Friday 28 November 2014

GUTER FREUND

Assalamualaikum and hello!!!

Alhamdulillah, Allah kurniakan nikmat masa lapang hari ini untuk hidupkan blog kesayangan yang dah lama tak updated..(hehe..lama sgt)
"GUTER FREUND"?????
means good friend in German..
dulu pernah belajar perkataan German dengan kawan so boleh la tau sikit-sikit..  minat la jugak.. kalau tak tau pon boleh google translate ja.. :)

Apa ya yang nak kongsi hari ni?
Rasanya more kepada diri sendiri yang nak jadi kawan yang baik dan anak yang soleh/solehah kepada ibu bapa.

Hidup sebagai seorang pelajar (penuntut ilmu) memang tak pernah lepas dari memikirkan hal exam, test, quiz, assignment, dicussion, lab report, thesis, and macam-macam lagi..
tu satu hal..
lepas exam/test/quiz, fikir pulak pasal result
ada yang cakap 'ok ke result aku?'
ada jugak yang cakap 'alaaaa..soalan susahnya.. apa yang study tak masuk pon!!'
ada jugak yang cakap 'alhamdulillah..'
ada jugak yang cakap 'hmm lepas ni kena  study betol-betol ni!'
and macam-macam lagi yang keluar dari mulut kita, yang bezanya perkataan baik or buruk..

Ni la sikap majority student sekarang..
Lebih pentingkan result exam daripada ilmu yang berkat..
sebab tu la ada yang meniru..macam-macam idea.... macam-macam tips... just untuk meniru..



So hari ni, tukar la niat kita..ingat balik apa niat utama kita..
"Ya Allah, aku menuntut ilmu kerana mu ya Allah.."
itu la niat utama kita.. kalau kita dah pegang kukuh niat ni insyaallah semua urusan dipermudahkan.. exam dipermudahkan.. test dipermudahkan.. quiz dipermudahkan..semuanya akan dipermudahkan.. insyaallah..



Kalau kita dah betul-betul pegang and ingat niat utama kita, insyaallah apa-apa pon result yang kita dapat kita akan terima dengan hati yang terbuka.. kita akan sentiasa bersyukur kepada Allah walaupon kita failed..

sebab apa pulak nak bersyukur kalau failed??????
sebab kita tahu Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita..
mungkin kalau kita cemerlang sekarang, kita akan rasa diri kita pandai dan terus tak focus kepada pelajaran..
mungkin kalau kita cemerlang sekarang, kita akan jadi seorang yang sombong..
sebab itu Allah tangguh kejayaan kita, supaya sekarang kita jadi orang yang gigih berusaha dan tak pernah putus asa..
Yakin la kita pasti akan berjaya satu hari nanti..

Sebab apa Allah tolong orang yang belajar kerana Allah??
sebab orang yang belajar kerana Allah akan sentiasa mengingati Allah dalam setiap perbuatannya..
cth?
bila nak start belajar, baca bismillah dan doa belajar supaya apa yang kita study hari ni diberkati..
bila dapat jawab soalan yang dibuat, ucap Alhamdulillah.
bila tak dapat jawab soalan yang susah, rujuk kepada kawan atau guru, ucap terima kasih kepada mereka sebab membantu walaupun soalan yang kita tanya kawan kita pon xpandai nak selesaikan..
bila selesai study, ucap Alhamdulillah..
bila dengar azan waktu study, berhenti belajar dan terus bergerak untuk solat..



ingat la apa pon yang kita buat sentiasa mendahulukan Allah, insyaallah kita akan berjaya dunia dan akhirat..amin..

wasalam :)

~Ya Allah! Today I woke up. I am healthy. I am alive. I finished updated my blog. Thank you:)








No comments: