Monday 5 January 2015

Muhasabah Diri:)





Assalamualaikum..
Alhamdulillah sekali lagi Allah berikan sedikit masa lapang untuk hidupkan blog kesayangan..
Jom mulakan hari ni dengan doa..
"Bismillah hirrahmanirrahim.. Ya Allah.. Sempurnakanlah agamaku kerana ia menjadi peganganku.. Baikkan duniaku kerana disitulah kehidupanku dan baikkan akhiratku kerana itu tempat kembaliku.. Jadikan kehidupanku ini sebagai kesempatan untuk memperbanyakkan amal soleh dan jadikanlah kematianku sebagai tempat istirahat dari semua keburukan.."

Hari ni just nak kongsi sikit nasihat-nasihat yang insyaallah bermanfaat untuk kita:)

Hope entry ni dapat
memberi manfaat kepada
semua..






Ok.. first sekali, ingatlah apa-apa pun yang kita nak buat sentiasa fikirkan sama ada Allah murka or suka dengan perbuatan kita..
Tapi ramai orang yang suka memikirkan pandangan or persepsi orang lain untuk melakukan sesuatu..

Contohnya, hari ni ada ceramah kat masjid.. Ustaz ada bagi ceramah tentang aurat.. Alhamdulillah Allah buka hati dia untuk tersentuh dan sedar bahawa cara pemakaian dia sekarang tidaklah menepati hukum.. Dia terus ada kesedaran untuk berubah.. Keesokan harinya dia terus pakai baju kurung or baju-baju yang labuh (mean t-shirt muslimah).. Dia memang dah berazam tak mau dah pakai seluar jeans and baju-baju dia yang kecik-kecik..
Tiba-tiba satu hari ada la sorg member yang rapat dengan dia waktu zaman jahiliyah dia dulu..
Member ni yang dulu suka puji dia, baik dengan dia..
Tapi sekarang bila dia dah berubah ke arah kebaikan, mula mengutuk dia..
Dugaan yang paling besar bila ada orang yang baru nak start berubah ke arah kebaikan ialah kata-kata kawan-kawan di sekeliling dia..
Kata-kata yang boleh buat seseorang tak jadi nak berubah ke arah kebaikan:
"Buang tebiat apa hang ni pakai baju macam ni?"
"Wah dah jadi ustazah sekarang"
" Sejak bila hang pakai baju mak cik- mak cik ni?"
"Selekeh la aku tengok hang pakai baju ni!"
"Weyh hang demam ka hari ni?"
and many many many more ayat yang keluar dari mulut orang..

Kadang-kadang nina sendiri tak faham dengan perangai manusia sekarang yang suka memuji-muji perbuatan or benda yang buruk/dosa tapi memperlekehkan benda or perbuatan yang baik..

Sebenarnya kita sebagai seorang sahabat perlu menyokong or beri semangat bila ada kawan kita yang nak berubah ke arah kebaikan.. Walaupun kita still jahil bab-bab agama tapi at least bagi la kata-kata yang baik untuk kawan kita yang nak berubah.. Bukannya nak suruh bagi ceramah dekat orang yang nak berubah tu, tapi just bagi kata-kata yang boleh menaikkan semangat dia untuk meneruskan perjuangan dia..

Orang yang betul-betul berazam untuk berubah ke arah kebaikan pulak takkan mudah tergugat dengan kutukan-kutukan yang dilemparkan kepadanya..
Kalau betul-betul nak berubah, jangan pedulikan kata-kata cacian orang lain..
Selagi apa yang kita nak buat Allah redha, teruskanlah perjuangan walaupun dihina orang..
Tapi kalau benda yang kita buat tu Allah murka, segeralah bertaubat dan berhenti daripada melakukannya.
Jadilah orang yang kuat.. Walaupun kita insan yang lemah, mohonlah kekuatan dari Allah supaya diberi kekuatan untuk terus berjuang menentang nafsu..

 


  Yang keduanya..


Amalkanlah nasihat yang diberikan oleh pak cik dalam gambar di atas..(hehe..)
Tiga-tiga nasihat ni amat penting untuk kita..
Sebab iman kita sentiasa berubah-ubah. Ada ketika iman kita lemah.. Dan ada ketika iman kita kuat..
So always remember..
Jangan pernah tinggal solat 5 waktu start from now..
Mulalah tutup aurat dengan sempurna mulai saat ni.. tak rugi pun kita tutup aurat, untung ada la..
And jangan lupa untuk amalkan solat dhuha dan tahajjud.. Banyak kelebihan bila kita sentiasa melakukan solat-solat sunat.. Janganlah amalkan solat tahajjud and solat dhuha waktu exam week ja.. Amalkanlah selalu.. Cuba untuk konsisten dalam melakukannya.. (walaupun diri sendiri pun masih tak berjaya untuk mengamalkannya setiap hari.. tapi maybe ada insan yang lebih kuat, berjaya melakukannya.. tahniah to that person:)) At least kita ada niat dan usaha untuk melakukan solat sunat.. Insyaallah satu hari kita berjaya untuk mengamalkannya setiap hari.. Moga Allah permudahkan..

Then, 


Sayangilah dan berterima kasihlah dekat orang yang selalu menegur kesalahan kita..
Tak kiralah macam mana cara orang tegur kesalahan kita, terimalah teguran tersebut dengan hati yang terbuka..
Supaya kita sentiasa memperbaiki diri kita ke arah yang lebih baik..
Tapi malangnya sekarang, ramai yang tak suka ditegur tapi suka dipuji..
Susah nak jumpa orang yang suka dirinya ditegur.. padahal itulah yang terbaik untuk kita..
Macam mana kita nak tahu kesalahan atau kekurangan kita kalau kita tak suka ditegur??
Macam mana kita nak tingkatkan ilmu or amalan kita kalau kita tak tahu apa kekurangan yang ada pada diri kita?
That why kita perlukan teguran..

And the last point utk hari ni,peringatan untuk semua kerana manusia sering terlupa



 Bertaubatlah kepada Allah, sesungguhnya Allah menerima taubat hambanya..
Taubatlah dengan bersungguh-sungguh dan tanamlah azam untuk tidak mengulangi dosa yang telah dilakukan..
Moga Allah menerima taubat kita.. Amin..





Wasalam:)


No comments: