Wednesday 7 January 2015

Nipisnya Iman Kaum Adam






Assalamualaikum.. dan selamat pagi:)
Alhamdulillah..
Hari ni Allah masih melimpahkan segala nikmatnya untuk kita hidup..
Alhamdulillah juga sebab Allah masih memberi peluang untuk nina kongsi ilmu or pengalaman or peristiwa yang insyaallah bermanfaat untuk semua..

Bila hayati betul2 tajuk yang nina pilih untuk entry pagi ni..
MasyaAllah susah sebenarnya nak diulas..
Terutamanya bagi seorang wanita..
Tapi insyaallah nina akan usahakan juga untuk beri input baru kepada semua..

Kenapa nina pilih tajuk "Nipisnya Iman Kaum Adam"?
Sebenarnya banyak sebab nina pilih tajuk ni..
Yang paling penting, nina pilih tajuk ni sebab nak kita semua sama ada lelaki ataupun perempuan sama-samalah kita jaga ikhtilat (pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi) dan jaga pandangan:)
Apabila kita betul-betul jaga dua benda ni, Insyaallah iman kita akan terjaga..

Ok..nina akan cerita satu kisah yang dilalui oleh seorang sahabat..
Nina namakan wanita tersebut dengan gelaran "Afizah" (bukan nama betul pun..hehe) and nama lelaki tersebut "Aizad" (bukan nama betul jugak..)

Afizah dan Aizad tak pernah mengenali antara satu sama lain tapi mereka belajar dalam satu universiti..
Satu hari mereka menjadi ahli group discussion untuk subjek Ekonomi..
Dalam group ni, ada 3 orang ahli lelaki dan 2 orang ahli perempuan..
Antara ketiga-tiga jejaka dalam group ni, Aizad lah yang paling alim..
And Afizah dan kawannya, Balqis memang selalu join usrah dan ceramah-ceramah di masjid..

Aizad sentiasa berpegang pada satu kata-kata semangat yang membuat dirinya sentiasa mengingati Allah iaitu "Jaga ikhtilat and jangan lupa jugak untuk jaga pandangan"..

Satu hari lecturer Ekonomi berikan satu tugasan besar untuk buat satu program yang melibatkan masyarakat luar.. Setiap group mesti memegang satu unit..
Group Afizah diarahkan untuk memegang unit aktiviti..

Sepanjang perjalanan sebelum program, semua ahli unit memainkan peranan dengan baik..
Apa yang kurang faham terus rujuk kepada ketua unit iaitu Aizad..

Nak dijadikan cerita..
Satu hari Afizah ditugaskan oleh lecturer Ekonomi tersebut untuk menyenaraikan tugas-tugas setiap ahli group..
Afizah menggunakan medium sosial whasapp untuk menjalankan tugasnya..
Afizah mengambil keputusan untuk whasapp personal setiap ahli group termasuk Aizad untuk menyenaraikan tugas bagi setiap orang..
Kerana Afizah tahu kalau kita berhubung/berkomunikasi dengan ajnabi atas hal kerja, ia dibolehkan..
Tapi kita kenalah jaga batas2nya.. Contohnya kalau nak tanya something mesti back to main point..

Semua ahli kumpulan telah menyenaraikan tugas masing-masing kecuali Aizad..
Afizah terus menyoal..menyoal...dan menyoal.. melalui whasapp personal Aizad..
Sebab Afizah tahu mesejnya itu dibaca oleh Aizad..
(Aizad is typing....)

Contoh: (situasi di dalam whasapp)
Afizah:
Salam Aizad nak tanya..
utk aktiviti apa yang awak kena handle?
Please reply ASAP..
sebab lecturer nak kan list kerja setiap org
bg setiap unit..

N lagi satu awak ada softcopy 
paperwork tak?
Kalau boleh share dengan yang lain
termasuk aku sebab kami still
xde contoh utk rujuk..
 send ke email aku nnt aku send kpd yg lain
(email ni hanyalah rekaan semata2)

Harap sangat boleh bagi jawapan
secepat mungkin..
sebab sir dah mintak semuanya ni..
Aizad:
Sory lambat reply..
ada hal tadi..
Ana kat luar sekarang..
Emm..
Jap sbenarnya ana nak bagitau something dekat saudari..
Maaf kalau xsuka..
Tapi..
Mungkin ada baiknya bagi diri anda dan ana sendiri..
Err..
Nanti harap anda boleh passkan pesanan ni kepada yang lain..
Sebenarnya macam ni..
Ana badan allergy dengan perempuan seperti kamu yang bertudung labuh, yang berniqab and so on..
So boleh tak lepas ni tak perlu
contact ana terus?
Kalau ada apa2 nanti bagitau melalui orang tengah atau pun melalui
group whasapp..
Hari tu anda ada buat salah kat ana..
Tapi tak pe la..
Ana dah maafkan dan lupakan perkara tu..
Anda pon xsedar..
Tu je nak sampaikan..
Afizah:
(tergamam dan rasa bersalah..
macam2 yang terlintas dihati dan merungsingkan 
fikiran..tapi diri tak berdaya nak jawab semua
soalan yang dilontarkan..kata2 yang mampu ditulis adalah)
Ok.. sory sangat..
and Assalamualaikum..
Aizad:
So guna org tengah ye? kalau ada hal penting..
Maaf la, tak minta untuk ada hati selembut ni..
Iman pulak senipis kulit bawang..
Bukan apa, takut diri sendiri termakan kata-kata
yang selalu ana jadikan sebagai pegangan
Hmm
Dan sebenarnya ana memang bajet alim..
Tak pun sebenarnya.. hipokrit..
kbye
Tq sebab baca..
Assalamualaikum..

Kata-kata Aizad membuatkan Afizah banyak berfikir..
Afizah terima teguran tersebut sebagai pengajaran untuk dirinya sendiri..
Memang waktu first ditegur Afizah sedikit terkejut dan tersentap..
Sebab dia tak merasakan perbuatannya itu salah.. kerana dia berurusan atas hal kerja..
But kita mesti sentiasa menerima setiap teguran daripada sesiapa pun dengan hati yang terbuka..
Husnul zon lah dengan semua orang..
Afizah bertutur didalam hatinya:
 Setiap orang ada caranya sendiri untuk menjaga iman masing-masing..
Aizad nak jaga ikhtilat.. 
Aku sebagai umat islam perlu menyokong dan membantunya untuk menjadi pejuang agama Islam yang hebat..
Pejuang yang berjaya menewaskan nafsu..



Moga entry kali ini dapat memberi banyak pengajaran untuk kita semua..
Terutamanya para muslimah yang tercinta..
Untuk tahu lebih lanjut berkenaan ikhtilat.. baca la buku Tarbiah Sentap..
nina pon tahu banyak benda dari buku tu..

wasalam..


  




2 comments:

Ummu Uwais said...

keep writing nina! moga menjadi saham akhirat kelak.

salam support dari,
Atiqah..

Diari HidupKu:) said...

hehe.. insyaallah.. selagi ada kekuatan utk menulis, kte truskan..