Thursday 22 January 2015

Otak dah cramp ke guys??




Bismillah..

Assalamualaikum and salam sejahtera:)

Alhamdulillah final exam habis jugak akhirnya.. Sekarang tibanya waktu yang paling syok..hehe.. balik kampong..

But don’t forget untuk doa and tawakkal for the best result.. Cuti-cuti jugak tapi mesti la ada something yang kena buat kat rumah takkan nak tidoq and tengok TV ja kan? Haha..

Sebelum cerita tentang cuti, jom cerita tentang aktiviti bila habis ja exam.. Saat ni la yang paling dinanti-nanti oleh semua student.. yala untuk melepaskan stress la katakan..huhu..

Bila habis ja exam mesti semua orang senyum memanjang.. Ada yang selfie sebelum balik kampong.. Ada yang pi shopping.. Ada yang pi tengok wayang.. Ada yang pi main boling.. Ada yang qada’ tidoq (ye la waktu exam kena stay up untuk study.. waktu exam kena bangun awai nak baca buku. So bila lagi nak tidoq kalau bukan time habis exam? Hehe:)..

Bila tengok balik keadaan or peristiwa yang macam ni.. tetiba terfikir jap, exam ni sesuatu yang memenatkan or men’stress’kan ka? Sampai ada yang kata boleh cramp otak? Agaklaaaa..
Sebab apa? Main reason ialah nak dapat pointer or gred yang gempak. Kalau tanya semua orang, sapa nak failed dalam exam kali ni tolong angkat tangan.. Memang tak la.. Mesti tak dak yang nak angkat tangan sebab semua orang nak berjaya dalam hidup dia. Even mat rempit sekali pon, depa pon nak berjaya dalam hidup.

Hmm kalau macam tu semua orang memang kena or perlu rasa stress la..Sebab apa plak semua orang kena rasa stress? Yala dah semua orang nak berjaya.. Haha.. you must know stress bukan lah kunci untuk berjaya.. So tak perlu pon stress kalau nak berjaya tapi sapa yang nak berjaya mesti berusaha bersungguh-sungguh. Yala nak kecapi sesuatu yang indah mesti la lalui pelbagai rintangan dulu.

Cakap senang tapi nak buat susah. Betul aku setuju tu. Tapi bila kita dah berjaya buat benda yang susah tu baru lah kita dapat rasa kenikmatannya sebab tak semua orang rasa relax ja bila esok nak exam. Tak semua orang dah habis study bila esok dah nak exam. Tak semua orang yakin dengan dirinya untuk jawab exam esok. Tak semua orang percaya yang dia boleh skor untuk exam esok. Tak semua orang akan rasa tenang bila jawab exam.

Please friends.. tolong jangan push diri tu bila esok dah nak exam tapi push diri kita time baru hari first nak start belajar. Tolong jangan pandang rendah pada diri sendiri walaupun kita tau kita ni susah sangat nak ingat, nak faham apa yang kita belajar. Tolong dekatkan diri kita dengan Allah, supaya Allah mempermudahkan semua urusan kita.

Sekadar perkongsian dan peringatan untuk diri sendiri. Kerana diri ini seorang yang lemah:)

 

No comments: