Tuesday 27 January 2015

Rakan Yang Hebat

Assalamualaikum
Alhamdulillah segala puji-pujian kepada Allah yang mengurniakan segala nikmat untuk kita untuk meneruskan kehidupan pada hari ini.

Sebelum kita tahu macammana kita nak jadi seorang sahabat yang hebat. Jom kita hayati pantun yang baru terbaca dekat salah satu group whassapp tadi. Saya rasa pantun yang simple dan lawak la jugak bagi saya, sedikit sebanyak ada memberi manfaat kepada kita semua bila kita hayati dan ambil pengajaran.

PANTUN MANGLISH (malay+english)

Pulau pandan so far ke tengah,
Gunung daik bercabang triple,
Benda mungkar together we tegah,
Dosa maksiat jangan ambil simple.

Buah cempedak outside the pagar,
Take the galah tolong jolokkan,
Larangan agama don't dilanggar,
Pesan ulamak don't dimomokkan.

Tanam pisang closed together,
So the puyuh cannot lari,
Kita tak hidup di dunia forever, 
That's why kena selalu muhasabah diri.

Two three kucing berlari,
Never be the same to kucing belang,
Make sure istighfar setiap hari,
Just in case ajal menjemput senang.

So high is the matahari,
Anak buffalo dead tertambat,
Always reflect membersihkan diri,
Selagi bernyawa before terlambat.

Bread is roti,
Shadow is bayang,
Before you mati,
Better you sembahyang.

take note! 

Renung-renungkanlah..

Ok berbalik kepada tajuk pada hari ni.. "Rakan Yang Hebat"


Macam mana yang dikatakan rakan yang hebat?
Rakan yang hebat tak semestinya yang tidak pernah melakukan kesalahan.
Rakan yang hebat juga tak semestinya yang sentiasa skor dalam exam.
Tapi rakan yang hebat adalah rakan yang sentiasa berada disisi kita ketika kita gembira mahupun sedih..
Rakan yang sanggup meluangkan masa mendengar masalah kita..
Rakan yang sentiasa berkongsi suka dan duka dengan kita..

Berusaha lah menjadi rakan yang hebat supaya satu hari nanti kita akan mendapat seorang rakan yang hebat.. yang dapat membimbing kita ke arah kebaikan.. yang dapat membantu kita  menyelesaikan masalah yang kita hadapi dalam kehidupan dengan baik.

Rakan yang hebat juga tidak akan meninggalkan atau memarahi atau merungut apabila dia mendapat rakan yang kurang menghargainya..(maksudnya rakan yang berada di samping kita bila kita senang tapi bila kita susah rakan itu hilang entah ke mana) tetapi dia membalas perbuatan sahabatnya itu dengan sifat atau peribadi sahabat yang baik.
Rakan seperti ini lah yang dapat mendorong sahabatnya untuk berubah ke arah kebaikan..

Jika ada sahabatnya yang liar or couple.. dia tidak berkawan dengan mereka tapi berdakwah kepada mereka..that's mean, dia tidak menghindarkan atau menjauhi dirinya dari sahabat-sahabat mereka yang liar or couple.. 

Bukan susah nak jadi sahabat yang hebat.
Cuba terima dan hargai semua orang disekeliling kita..
Ingatlah semua orang ada kelebihan dan kelemahan, sebab itu kita memerlukan sahabat supaya kita dapat memperbaiki diri kita ke arah yang lebih baik..



And yang paling penting, jangan lupa tugas kita sebagai seorang Da'ei..
Jangan tunggu bila kita perfect baru nak berdakwah sebab kita ni manusia biasa yang sering melakukan dosa.. so sampai bila-bila pon kita tak perfect..
And kalau kita terlanjur melakukan dosa jangan lah berputus asa dalam hidup tapi segera lah bertaubat..

"Seseorang telah bertanya kepada Rabiatul Adawiyah : 'Aku sering berbuat dosa dan aku menjadi semakin tidak taat. Tetapi, andai aku bertaubat, adakah Allah akan mengampuni ku?'. Rabiatul Adawiyah menjawab : 'Tidak! Tetapi apabila Allah ingin mengampunkan kau, maka, kau akan bertaubat...'"   

Sehingga disini sahaja perkongsian untuk hari ni.. Insyaallah moga bermanfaat untuk diriku sendiri dan sahabat-sahabat yang ingin menjadi sahabat yang hebat..

Wasalam
 





No comments: