Wednesday 28 January 2015

Semangat Waja

Assalamualaikum and good morning
Syukur kepada Allah kerana diberi nikmat masa lapang untuk terus menjadi penulis setia di blog kesayangan.

Disebabkan tajuk entry hari ni semangat waja so kena semangat la sikit tulis blog pagi-pagi macam ni..hehe

We must always remember, semangat kita untuk melakukan sesuatu adalah kunci kita menjadi kuat dan berjaya.. pentingnya semangat yang ada pada diri seseorang itu, sebab apabila ada semangat means dia betul-betul akan berusaha sehabis mungkin untuk mencapai kejayaan..
Semangat yang ada pada seorang pelajar amat penting untuk mencapai kejayaan dalam pelajarannya.
Semangat yang ada pada seorang peniaga amat penting untuk dia sentiasa berusaha dan meneruskan perniagaannya walaupun perniagaannya itu tidak mendatangkan keuntungan yang besar.
Semangat yang ada pada seorang da'ei amat penting untuk dia sentiasa berusaha, tak mengeluh dan tak berputus asa dengan tugas dakwah yang digendongnya.

Semangat yang tidak pernah mengalah itu amat penting supaya kita tidak mudah sedih and give up dalam kerja-kerja seharian kita.(means amalan or kerja yang baik-baik ja kalau nak buat kerja-kerja jahat MESTI cepat-cepat give up taw:))

Bukan susah nak jadi seseorang yang tak mudah berputus asa.. yang paling penting dia mestilah melakukan segala suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya.. ingat apa-apa pun jangan tinggal solat 5 waktu.. please ingat sampai mati..
then amalkan amalan-amalan sunnah..
then mesti ada motivasi diri yang tinggi supaya kita dapat memotivasikan diri and always think positive terutamanya bila kita menghadapi kegagalan..
dan kita juga mesti cari kawan yang dapat memberi nasihat dan dorongan ke arah yang lebih baik.





Kita juga boleh menghadiri ceramah motivasi and ceramah agama untuk menambah pengetahuan and mendorong kita menjadi seorang yang lebih tabah dan bersemangat..
And lebih memberi impak apabila kita mencabar diri kita untuk join pertandingan yang dianjurkan seperti Pencetus Ummah, Imam Muda and many more untuk mengasah bakat dan bekongsi ilmu dengan ramai orang.. Sebelum kita tumpukan kepada pertandingan-pertandingan yang besar, kita boleh juga join pertandingan yang seumpama dengannya yang dianjurkan di universiti or sekolah.
Contohnya pada 15/2/2015 akan diadakan saringan bagi pertandingan Perintis Ummah (PU) anjuran Islamic Festival (iFest) yang akan diadakan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai.



Semua dijemput hadir. Nantikan kehadiran juri jemputan,

PU Shahrul



IM Nazrul

Berusahalah sehabis mungkin sebelum sempat berputus asa.. Insyaallah kejayaan pasti menjadi milik kita.. amin
Segala yang baik dari secebis entry ini marilah sama-sama ambil pengajaran dan manfaat,
segala kekurangan dari secebis entry ini juga mohon teguran untuk diri yang lemah ini perbetulkan.
Sampai disini saja perkongsian kali ini, moga bertemu lagi:)
Wasalam:)




No comments: