Wednesday 18 February 2015

TERUSKAN PERJUANGAN :)






Assalamualaikum.. selamat pagi:)
Alhamdulillah
Syukur kerana Allah still bagi kesempatan untuk nina coretkan secebis kata-kata semangat untuk tatapan diriku yang lemah ini dan insyaallah kepada para sahabat yang setia membaca.

Sebelum tu nina nak ucapkan selamat memulakan sesi pembelajaran terutamanya buat sahabat-sahabat yang belajar di UTM:)

Sebenarnya nina pon tak tau kenapa nina pilih Teruskan Perjuangan sebagai tajuk entry nina pada hari ni..
Mungkin sebab nina nak datangkan semangat pada diri sendiri and kawan-kawan untuk sambung belajar dengan bersungguh-sungguh dan hepi selalu selepas sekian lama memelihara badan di rumah..
Maklumlah berat badan pon dah makin bertambah..(huhu..)

Teruskanlah perjuanganmu wahai sahabat..
Even result tak segempak mana..
Bersyukurlah dengan ketentuan ilahi..
Ingatlah sahabat..
Setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya..
 Sahabat..
Perbaikilah niatmu..
Belajar hanya kerana Allah..
Kerana belajar itu dituntut dalam Islam..
Mati ketika belajar itu shahid..
Pasti dirimu takkan kecewa tika kamu gagal sekali pon..
Tapi bila kegagalan yang kamu hadapi, kamu akan menjadi lebih kuat..
Dan kamu akan menjadi hamba Allah yang sentiasa mengingatinya..
Memohon pertolongan darinya..
Allahu rabbi..
Sentiasalah kamu Husnul Zon sahabat..
Fikirlah yang baik-baik tentang dirimu dan orang lain..
Fikirlah yang baik-baik tentang result mu even kamu gagal sekali pon..
Mungkin jika kejayaan menjadi milikmu sekarang, kamu akan menjadi seorang yang sombong, bongkak..
Nauzubillah..
Sebab itu Allah sentiasa menguji umatnya..
Kuatkanlah imanmu sahabat..
Sebab kita tidak terlepas dari menghadapi ujian Allah..
Setiap manusia ada masalah dan ujian yang Allah berikan kepada mereka..
Supaya kita dapat menjadi ummat yang taat dan kuat imannya..
Teruskanlah perjuanganmu....
Insyaallah kejayaan menjadi milikmu..

nukilan ikhlas :
Nur Husnina bt Johari
(Nie_naa)



salamullah:)
 

No comments: