Tuesday 17 March 2015

Untukmu Yang Tersayang

Assalamualaikum:)

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..
Syukur kepada Allah atas segala kenikmatan yang Allah pinjamkan kepada kita semua sementara kita masih hidup di dunia ini.
Terima kasih ya Allah sebab kurniakan sedikit masa lapang untuk sentiasa menghidupkan medium dakwah ku:)

Bila ingat-ingat balik, agak lama jugak aku tak updated blog ni.. Maklumlah sekarang dah sem 2 and test 1 sedang menghampiri aku.. (ajet-ajet study..hehe)
Alhamdulillah sepanjang sem 2 ni banyak pengalaman yang aku dapat exspecially dalam program iFest baru-baru ni..Terima kasih kepada semua yang memeriahkan dan menjayakan program yang pertama kali dilaksanakan ini..



Banyak yang aku belajar, and yang paling penting aku dapat kenal ramai kawan..
"Perbanyakkanlah sahabat mukminmu, sebab sahabat kita dapat bantu kita nanti di akhirat. insyaallah"



Okay sebelum start study Circuit And System pagi ni, jom kita muhasabah diri dulu. Sebab apa? Sebab motivasi yang tinggi dalam diri seseorang merupakan salah satu faktor kejayaan seseorang itu..


Untukmu Yang Tersayang ? Awat aku pilih tajuk ni untuk muhasabah diri? Awat tak pilih tajuk teruslah berusaha ka jangan pernah mengalah ka and yang sewaktu dengan nya?
Hehehe.
Aku pilih tajuk ni tak dak sebab pon.. saja la macam sedap didengar dan dapat tarik minat aku untuk baca banyak kali entry ni..
Tajuk ni jugak sebenarnya penting untuk semua orang supaya sentiasa mengingati Yang Tersayang dalam setiap perbuatan seharian kita..



Kalau dalam hati kita Yang Tersayang itu ialah Allah, mesti kita takut untuk melakukan perbuatan yang mengundang dosa. Dan akan terus istiqomah mengamalkan perbuatan sunnah.
Contohnya, kita takkan cuba untuk melewatkan atau meninggalkan solat sebab kita tau Allah akan murka.. Sapa yang nak Yang Tersayang murka pada kita? Mesti semua orang nak buat yang terbaik untuk mendapat cinta dari Yang Tersayang.

Kalau Ibu Bapa kita ialah Yang Tersayang bagi kita, mesti kita takkan buat perbuatan yang boleh mengecewakan mereka. Kita akan berusaha untuk buat yang terbaik dalam semua perkara supaya senyuman manis terukir di bibir mereka. Contohnya, adakah seseorang yang sangat mencintai ibu dan ayahnya akan buat perkara yang akan menjatuhkan maruah keluarga? Semestinya tidak. Tapi sekarang ramai yang mengaku sayangkan family tapi still buat perbuatan-perbuatan jahat seperti mencuri and seumpama dengannya.. Inikah insan yang dikatakan sayang kepada keluarga? 

Kalau dalam hati kita, orang yang kita sayang ialah sahabat-sahabat kita, pasti semua orang dapat jadi insan yang kberakhlak mulia. Sebab kita sentiasa ingin jadi sahabat yang terbaik disamping insan yang kita sayang. Jika baik akhlak sahabat kita, jadikanlah sahabatmu itu sebagai pendamping supaya kita dapat mencontohi akhlaknya. Tapi jika akhlak sahabat kita buruk, jadikanlah dia sebagai pengikut supaya kita dapat membantu dan membimbing sahabat ke arah yang lebih baik..

Kalau orang yang kita sayangi itu ialah special boyfren(BF) or special girlfren(GF)........
Cuba sama-sama kita fikirkan huraiannya..
Pasti akan ada banyak huraian yang akan kita dengar dari setiap orang..
Antaranya:

1)mestilah seseorang itu akan jadi baik sebab dia nak BF/GF dia happy..
*Nina setuju dengan jawapan dia tetapi adakah perkara yang buat BF/GF kita happy tu akan buat Allah redha atau murka? Fikir-fikirkanlah.. 
Contohnya kalau kita berubah kepada jahiliyah kepada orang yang berilmu dan berakhlak mulia untuk jadi yang terbaik dimata BF/GF kita, alhamdulillah.. 
Tapi jika kita halalkan semua perkara yang haram antara kita dan BF/GF kita, nauzubillah..*

2)mestilah seseorang tu akan jadi lebih jauh dari Allah..
 *Nina memang setuju dengan jawapan ni.. sebab apa? Sebabnya kita memang dilarang untuk couple even ada crush pon tak boleh sebenarnya.. Sebab bila kita dah letak something else sebagai Yang Tersayang terutamanya couple kita pasti kita akan kecundang akhirnya..
Tak salah nak sayang someone dalam hidup kita tapi sayanglah mereka sebagai sahabat seperjuangan kita.Ataupun pilihlah jalan yang menghalalkan rasa sayang tu..*

[Sahabat, renung-renungkanlah.. fikir-fikirkanlah.. 
muhasabah diri itu penting supaya kita dapat memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.
Andai ada salah kita di masa lalu, bertaubatlah kerana Allah itu maha pengampun.
Jika kita tidak pernah melalui hal-hal yang sedemikian, bersyukurlah dan berdoalah supaya kita terhindar dari cinta yang tidak halal untuk kita..
Sama-samalah kita berusaha untuk jadi yang terbaik disisi Allah, insyaallah Allah akan mempermudahkan segala urusan kita.]

"Tarbiah bukan segala-galanya tapi segala-galanya bermula dengan tarbiah" 

Assalamualaikum warahmatullah:)


 
 
 

 

 
 
 

No comments: