Friday 27 March 2015

WEAKNESS AS A HUMAN

Assalamualaikum..
Alhamdulillah..
Syukur Ya Allah..

Hari ni hari untuk aku rehat di bilik. Rehat tu means study dekat bilik, buat kerja-kerja mengemas bilik sikit, laksanakan tanggungjawab yang tertangguh, memotivasikan diri and soon..(haha.. rehat la sangat~)
 
Sebenarnya hari ni salah satu hari yang bermakna bagiku, sebab aku semakin sedar betapa lemahnya makhluk yang bernama manusia. Lemahnya seorang insan itu jika tidak memohon kekuatan dari Allah. Kerana hanya Allah lah yang dapat bantu semua makhluknya.
Aku bersyukur kerana Allah hadirkan aku di UTM di kelilingi sahabat-sahabat yang sentiasa memberi dorongan ke arah yang lebih baik pada ku.. Tanpa bantuan Allah melalui sahabat-sahabatku siapalah aku disini..


'Diagnosis' ialah satu buku yang aku rasa boleh menaikkan semangat remaja-remaja sekarang terutamanya bakal-bakal doktor pada masa akan datang. Walaupon aku tidak berminat dengan bidang kedoktoran tapi aku suka membaca dan menghayati nukilan pengalaman para doktor.
Aku kagum dengan doktor yang berpegang teguh pada Allah dalam setiap kerja mereka..

Why not hadirkan juga engineer muslim yang sentiasa mengingati Allah dalam setiap kerja yang di laksanakannya?
Kenapa kita perlu pisahkan agama dengan kerja seharian kita?
Kan lebih baik dan mulia jika setiap kerja yang kita lakukan sentiasa ada Allah dalam fikiran dan hati kita..

Apa jawapan hampa kalau aku tanya "Apa pandangan kamu tentang student elektrik?"
Mohon jawab seikhlas hati..

Aku sebagai salah seorang student elektrik teringin sangat nak baca buku yang mengisahkan tentang pengalaman seorang engineer muslim yang berjaya. Exspecially dalam bidang elektrik.. Tapi adakah wujud buku sedemikian rupa? Ke aku ja yang tak pernah perasan tentang kehadiran buku tersebut?
Buku yang dapat beri motivasi kepada bakal-bakal siswa siswi di universiti untuk menceburi bidang ini..
 
Aku tahu subjek-subjek elektrik semuanya agak membunuh student-studentnya..
Aku tahu sebab aku on my way to explore more about electric..
Tapi tak pernah ke sapa-sapa terfikir even seorang engineer, kita still memerlukan pertolongan Allah..
Sebab itulah sekarang aku memerlukan buku motivasi as an engineer untuk kembali kepada Allah..
Untuk memudahkan aku nak relate engineering with islam..

Dalam kita sibuk mengejar ilmu untuk exam. Think more about we as a caliph in this earth.
Kita semua ialah pendakwah and khalifah di muka bumi Allah ini even kita bakal engineer satu hari nanti, even kita bakal doktor satu hari nanti, even kita seorang guru satu hari nanti..
Siapa pun kita satu hari nanti, ingatlah kita still seorang pendakwah.. kita diamanahkan oleh Allah untuk saling ingat-mengingati..

Jadilah engineer yang dapat membantu manusia megingati Allah, Jadilah doktor yang dapat mengingatkan pesakitnya kepada Allah, Jadilah guru yang dapat mengingati anak muridnya kepada Allah, Jadilah insan yang sentiasa mengingati Allah dan mendorong orang disekelilingnya untuk mengingati Allah..
Alangkah indahnya jika semuanya menginagti Allah dalam setiap kerja yang kita lakukan..
Hanya dengan mengingati Allah kita akan  menjadi kuat.. Islam akan bangun dan berdiri kukuh..

Tapi....
Alangkah sedihnya..
Angan-angan hanya tinggal angan-angan..
Kenapa?
Sebab kita sekarang lebih mementingkan hal-hal duniawi berbanding ukhrawi..
Sebab kita lebih mementingkan budaya barat berbanding budaya islam yang lebih mulia..
Inilah zaman yang banyaknya berlaku kezaliman dan penindasan.. banyaknya jenayah.. Orang yang kaya semakin kaya bahkan yang miskin semakin tertindas..
Sedihnya Ya Allah..

Bagunlah semula kawan-kawan,
Aku tahu kita lemah..
Mulalah perjuangan mu dengan diri sendiri,
And teruskan berjuang dengan keluarga, sahabat, orang yang terdekat and seluruh umat manusia..
Jangan pernah lelah untuk memperjuangkan agama Allah..
Allah tidak akan bebani seseorang itu melainkan dia dapat mengharunginya..
Insyaallah moga Allah mudahkan segala urusan kita.. as a student and da'ei:)

Syukran, Assalamualaikum..
*moga nukilan ini dapat memotivasikan aku untuk study subjek2 elektik terutamanya electronic device;)



~nhj
skee
tahun 1
sem 2
 





No comments: