Saturday 2 May 2015

Aku Bersyukur:)

Assalamualaikum:)
Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah..

Alhamdulillah diberi kesempatan oleh Allah untuk menghidupkan blog kesayangan yang menjadi salah satu medium dakwah tika hidup di zaman teknologi ini.
Alhamdulillah selamat sampai ke UTM semalam.
Insyaallah aku nak kongsi serba sedikit ilmu dan pengalaman yang aku dapat baru-baru ni.

Dalam masa yang singkat, Allah telah mengajar aku untuk menjadi seorang insan yang lebih tabah dan berani.. Dan tika inilah aku tersedar dari mimpi ku yang panjang sebelum ni, aku mula bangun untuk mencapai keredhaan dari Allah insyaallah..
Aku tak mau mencapai keredhaan Allah seorang diri, sebab tu lah aku nak kongsi dengan sapa-sapa ja yang ingin mengetahui dan mengambil ibrah dari entry aku kali ni..

Tarbiah? Dakwah? Amal Jamaie? Sir Wa Haza?
Adakah aku sudah betol-betol paham apa semua ni?
Insyaallah dengan ilmu yang serba sedikit ini akan aku manfaatkan untuk dikongsi bersama..

Apa itu Tarbiah Islamiyah?
Tarbiah tu ialah pendidikan. Tarbiah Islamiyah pula usaha-usaha yang berterusan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT secara sempurna.
Okey. dah faham? belum eh..  ok, meh nak bagi contoh supaya kita lebih memahami istilah Tarbiah Islamiyah ni.
Seperti yang aku faham, contoh tarbiah islamiyah ni, apabila seseorang itu berusaha untuk mendekatkan diri kepada Allah seperti menunaikan solat, berpuasa, bersedekah, dengan niat lillahi taala dan seseorang itu berusaha melakukan ibadah tersebut sesempurna mungkin supaya ibadahnya diterima Allah..

Okey jom tengok apa pulak matlamat tarbiah?? 
Seperti yang aku belajar baru-baru ni. matlamat tarbiah ada 3:
1) Ta'alluq billah maksudnya kebergantungan kepada Allah.
 ~
[maksudnya di sini tarbiah islamiyah membuatkan seseorang itu sentiasa bergantung dengan Allah, sentiasa mengingati Allah dan memohon pertolongan dan perlindungan dari Allah.. means hubungan seseorang itu dengan Allah rapat]

2) membina insan muttaqin yang menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah.
~
[seseorang yang melalui proses tarbiah islamiyah akan lebih redha dengan segala yang berlaku dalam kehidupannya dan tidak mementingkan duniawi.]

3)melahirkan mukmin yang praktikal.

Jelaskan matlamat-matlamat tarbiah islamiyah? 
Kita boleh lihat ruang lingkup tarbiah dari 4 bahagian iaitu Tarbiah Ruhiyah, Tarbiyah Aqliyah, Tarbiah Jasadiyah, dan Tarbiah Siasiyah..

Tarbiah Ruhiyah..
Tarbiah ini lebih kepada individu. Tariyah yang berkaitan dengan dalaman seseorang.. lebih kepada ketuhanan..
Seperti solat 5 waktu, solat rawatib, solat tahajjud dan lain-lain..
Tarbiah Ruhiyah ni penting sebab seseorang akan menjadi kuat dan tabah apabila ruhnya kuat.

Tarbiah Aqliyah
Tarbiah ini berkaitan dengan akal fikiran.
Contohnya bila kita melihat ke langit pada waktu malam.. kita kaitkan keindahan alam dengan kebesaran Allah SWT. 
Selain itu, dengan membaca buku-buku ilmiah juga dapat mendorong kita untuk memikirkan kekuasaan Allah..

Tarbiah Jasadiyah
Tarbiah ini lebih kepada fizikal..
Contohnya dengan bersukan kita depat menyihatkan badan kita dan menjadi lebih cergas untuk beribadah kepada Allah..

Tarbiyah Siasiyah      
 Tarbiah ini lebih kepada masyarakat.
Contohnya dalam sesuatu organisasi, kita mentadbir negara dengan cara Islam.
Tarbiah ini penting untuk mencapai Ustaziatul A'lam iaitu tertegaknya islam di mata dunia.

Apa pula wasilah atau medium tarbiah? 
medium tarbiah terbahagi kepada 2 :
*nizomiyah (tarbiah yang berorganisasi seperti sekolah)
*non-nizomiyah (tarbiah yang tidak berstruktur atau berorganisasi). Seperti :
1) Usrah (Kumpulan kecil yang menerangkan tentang islam dan saling ingat mengingati. umpama satu family:) )
2) Katibah (seperti qiamullail)
3) rehlah/ jaulah (seperti berkelah)
4) daurah (kefahaman)
5)nadwah (seperti seminar)
6) mukhayyam/ tamrin (program outdoor selama beberapa hari) 
7) muktamar (seperti Annual Grand Meeting, AGM)

Nilah serba sedikit yang aku tahu tentang tarbiah. moga ilmu yang sedikit ini memberi manfaat pada semua.

"Jangan memandang orang dengan maksiat yang dia lakukan, tapi pandanglah seseorang dengan masa depannya." 



Wasalam:) 
 
 
 


 


No comments: