Friday, 11 September 2015

Diri Ini Insan Biasa

Assalamualaikum wbt..

Terasa rindu nak melakar sesuatu pada diari ini setelah sekian lama menyepi.. hampir sebulan lebih diari ini tersimpan kemas.. tiada niat untuk melupakan diari ini cuma diri semakin sibuk buat sementara waktu kerana ada cita-cita untuk mula menulis buku.. doakanlah agar impian ini tercapai tak lama lagi..hehe.. aamiin..



Alhamdulillah.. masa berlalu dengan begitu pantas.. sekarang aku telah pun menduduki tangga tahun dua dalam ijazah sarjana muda kejuruteraan elektrik.. harapan bermulanya sem baru ini, aku dapat meningkatkan pengetahuan aku dan terus cemerlang.. aamiin..

Pelbagai pengalaman dan cabaran hidup yang aku hadapi sepanjang di alam universiti ini.. Alhamdulillah semuanya membuatkan aku menjadi insan yang lebih kuat dan tabah..

Gembiranya aku dapat mengenali insan-insan yang sama-sama belajar di sini.. banyak yang aku pelajari daripada orang-orang di sekeliling aku.. terima kasih kepada insan-insan yang sudi berkawan dengan aku, walaupun aku hanyalah insan biasa..

Bermulanya sem baru, bermaksud bermulanya azam baru yang lebih baik dari sem sebelumnya.. Bagi aku azam dan semangat baru perlu ada supaya aku lebih bersemangat untuk belajar.. Azam tanpa usaha itu sia-sia.. Usaha dan sikap rajin perlu ada dalam diri supaya diri sentiasa consistent bersemangat dalam menimba ilmu..

Mulakan sem baru ini dengan bismillah dan niat belajar kerana Allah.. aku belajar dan menuntut ilmu di sini untuk menambahkan sebanyak mungkin ilmu dan mengecapi kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat.. aku ingin memberi kegembiraan dan berkongsi kejayaan dengan insan yang aku sayang (ibu dan ayahku).. supaya suatu hari nanti aku dapat meringankan beban mereka..
in shaa Allah.. aamiin..

Semoga hari ini lebih baik dari semalam untuk kita semua.. Semoga kita lebih dekat denganNya..



Assalamualaikum...

No comments:

Post a Comment