Saturday 10 October 2015

Daku seorang SU

Assalamualaikum.. selamat petang..

Hampir sebulan meninggalkan diari ini berjerebu.. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menghidupkan diari ini kembali..hehehe



Kenapalah tajuk post kali ni macam boring ja?? haha..
Tapi ada kisah yang tersirat disebalik title yang boring tu sebenarnya..

Sambil-sambil study instrument, aku nak cerita la sikit pengalaman seorang SU.. haha
(release tension sat)..



Aku seorang yang kurang berminat dengan kerja-kerja seorang SU tapi aku terjebak secara tidak langsung dalam tugas ni.. bermula dengan menjadi seorang Timb SU sebuah kelab, berterusan sehingga memegang jawatan SU untuk satu program yang agak besar.. dan tak lama lagi akan menjadi SU kelab secara official..
Aku sendiri macam tak percaya yang aku dapat menjalankan tugas yang aku kurang gemar ni..
(unbelievable)..

Daripada peristiwa ini aku mula sedar bahawa tidak semestinya perkara yang kita tidak suka itu buruk bagi kita..
kerana aku banyak belajar daripada tugas-tugas seorang SU itu sendiri..
Banyak pengalaman dan pengetahuan yang aku dapat..

Jangan pernah takut untuk mencuba sesuatu yang baru.. yakin pada diri sendiri yang kita boleh hadapinya..
Sikap berani mencuba tu perlu ada.. jangan takut.. jika kesilapan yang kita lakukan buat kali pertama, belajarlah dari kesilapan itu untuk masa akan datang supaya kita dapat memperbaiki kelemahan diri kearah yang lebih baik..



Pesanan buat diri sendiri, sahabat-sahabat, adik-adik, kakak-kakak..
Manfaatkan alam universiti.. cungkil dan cari sebanyak mungkin softskill supaya kita dapat menimba pengalaman dan pengetahuan tentang sesuatu organisasi mahupun program..

Hidup itu indah apabila niat ikhlas kerana Allah.. kerja itu mudah dan tidak membebankan jika dilakukan hanya kerana Allah..

Terimalah apa jua takdir yang ditentukan Allah walaupun ia bukanlah seperti yang kita harapkan.. kerana Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita berbanding diri kita sendiri yang begitu banyak kelemahan.

Segala perkongsian untuk sama-sama mengambil ibrah, maaf andai ada kesilapan dalam penulisan yang tak seberapa ini..
Diakhiri diari hari ini dengan Assalamualaikum..



#moga ALLAH redha


No comments: