Tuesday 10 November 2015

Egokah???

Assalamualaikum dan hepi holiday..



serabutnya kepala bila fikirkan pasal assignment yang bertimbun.. test yang makin dekat..
untuk berehat daripada fikirkan hal-hal yang serabut ni, aku luangkan sedikit masa untuk mencoretkan sesuatu pada blog yang sekian lama bersarang ni.

Ego? kenapa topik aku kali ni tentang ego?
mungkin sebab ramai manusia sekarang yang sangat ego sekarang.. Ego dengan diri sendiri.. Ego dengan kawan-kawan disekelilingnya..
Ego untuk mengaku kesalahan diri sendiri tetapi lebih banyak menyalahkan dan melihat kesalahan dan kesilapan orang lain berbanding diri sendiri.



Aku tahu semua manusia ada kelemahan dan kesilapan yang telah mereka lakukan. Namun manusia boleh berubah walaupun dia telah melakukan sebesar-besar kesalahan.. Allah itu maha pengampun.. Jangan bersedih dan takut untuk berubah ke arah kebaikan..

kita juga perlu menjadi seseorang yang pemaaf kerana kita juga memerlukan kemaafan dari orang yang telah kita buat kesilapan. Bukan mudah untuk memaafkan orang lain yang telah menyakiti, tetapi tidak salahkan jika kita cuba untuk menerima dan maafkan orang yang telah insaf? Tell your self.

Buang dan ketepikan sifat ego tak salah kan? Tak dosa kan?
So, kenapa nak pertahankan jugak sifat ego diri sendiri kalau ia akan memburukkan keadaan?

Ada perkara yang perlu kita luahkan pada orang ramai tetapi ada juga perkara yang perlu kita selesaikan sendiri tanpa menghebahkan pada orang ramai.
Itu pada pandangan aku.. mungkin lain orang lain caranya:)
so kita perlu hormati cara orang lain supaya orang lain juga hormat cara kita.. selagi ia tidak melanggar hukum yang Allah tetapkan

Okey azan maghrib dah berkumandang.. in sha Allah kalau ada kelapangan nanti kita jumpa lagi..
bubye.. assalamualaikum:)


 







No comments: