Friday 4 December 2015

Far far away

Assalamualaikum semua..
Macam mana keadaan hari ni??
:)


Alhamdulillah, telah berlalu minggu-minggu yang agak memenatkan..
tapi tak semestinya minggu yang akan datang selepas ni akan berehat-rehat saja,
maybe akan semakin penat sebabnya final exam dah dekat (T_T) huhuhu



Mesti tertanya-tanyakan kenapa post aku ber'title'kan far far away ? padahal final exam semakin menghampiri bukannya semakin jauh..
hahahahhahaha..

kerana aku rasakan kesibukan ini membuatkan aku semakin jauh dari Allah.. masa ku menjadi serba singkat... dan aku tidak rasakan kenikmatan setiap saat yang aku jalani sepanjang seminggu ini.. mungkin kerana terlalu sibukkan diri dengan hal-hal yang lebih ke arah duniawi sampaikan tidak mempunyai masa yang lebih untuk luangkan masa mengadu dengan sepuas hati kepada Allah.. masa bersama Allah hanyalah ketika solat fardhu.. Allahu..



Kita selalu mengeluh pada diri sendiri dan kawan-kawan bila kita terlalu sibuk hinggakan tiada masa lapang.. tapi kita tidak pernah mengadu pada Allah..
padahal Allah lah sebaik-baik penolong..

Sebenarnya, tanpa kita sedar, Allah sibukkan kita supaya kita mengingatinya dan sentiasa memohon pertolongan kepadanya. Kita rasakan kesibukan itu buruk pada kita, padahal ianya baik untuk kita..
Lemahnya kita kerana tidak menyedari kerinduan Allah kepada kita melalui dugaan-dugaan yang diberikan kepada kita..

Inilah manusia tidak pernah terlepas dari kesalahan.. tidak terlepas dari sifat lupa..
kerana itu kita sentiasa memerlukan peringatan sepanjang masa..
supaya kita cepat tersedar dari lamunan/mimpi..

Berusahalah untuk sentiasa menjadi yang terbaik di antara yang terbaik..
semua orang tidak terlepas dari melakukan dosa..
mohonlah keampunannya jika tersedar bahawa kita telah melakukan hal yang tidak disukai Nya..

Sekadar nasihat pada diri sendiri yang lemah
dan juga kawan-kawan yang sentiasa menyokong diri ini..
tanpa aku sedar ataupon tidak..
terima kasih semua:')







No comments: