Friday, 30 December 2016

OH FINAL !!!!

Assalamualaikum:)


Disebabkan sekarang ni musim final exam, aku xda banyak masa untuk updated story2 kat blog ni..
from now 3 paper left before kita holiday sakan cuti sem nanti..hehe..
one more thing yang aku paling excited sekarang disebabkan cuti aku kali ni akan sangat-sangat productive.hahahaha.. jadual cuti pon padat macam jadual belajar... and paling risau, adalah kepenatan..
btw, aku harap jadual yang padat time cuti ni dapat bagi aku seberapa banyak mungkin pengalaman dan kenangan.. in sha Allah:)

actually, updated kali ni xda cerita pape yang menarik sangat untuk dikongsi.. disebabkan soul dah lama ada kt rumah, just jasad je masih di sini untuk menghabiskan final..kui3

Aku sangat suka tengok orang pergi travel walaupun aku bukanlah seorang yang selalu travel..hehe.. disebabkan bukanlah dari kalangan orang-orang berada.. duet pun cukup-cukup untuk belajar...
But, time tengah belajar ni la sebenarnya banyak peluang yang korang ada untuk gi jejalan.. tak oversea pon, dalam-dalam malaysia pun jadi la nak... at least ada pengalaman mengembara tempat orang...



Serious talk, aku tak menyesal pilih tempat sambung belajar di pelusuk selatan ni, walaupun kampung halaman di pelusuk utara... sebabnya dari sinilah aku banyak belajar untuk berdikari..
maunya tak berdikari, naik bas dari utara nak ke selatan pun hampir 9 jam tau...
tapi kekadang tu terfikir juga, kalau belajar dekat dengan rumah lagi menjimatkan kos untuk pergi balik.. ye la, bas pergi balik dari utara ke selatan dah RM140..huhuhu... inilah dugaan.. belajar-belajarlah berjimat ye..



Time korang tengah di alam universiti ni lah, time korang suka untuk pegi jejalan tau... walaupun duet tak banyak mana, tapi keinginan nak jalan-jalan tu membuatkan semangat nak menyimpan dan berjimat cermat tu sangatlah tinggi... walaupun kekadang tergoda-goda dengan makanan-makanan mewah..hahahaha (kepci,bigfood,dominos,subway,shellout......arghhh)...



Bukanlah maksud aku di alam uni ni korang tak perlu belajar sungguh-sungguh, but belajar-belajar jugak, tapi cubalah untuk explore something else yang bermanfaat untuk masa depan korang jugak....
Belajar kena seronok, tak boleh stress2... hehehehehe...

ok back kepada isu utama kita, final exam...hahaha...
stiap orang berbeza-beza cara belajar.. ada yang belajar sorang-sorang.. ada yang belajar dalam group.. ada yang belajar dengan lagu.. ada yang belajar sambil ber'movie'..haha.. aku takda pape komen tentang cara belajar masing-masing... because it's up to you... yang mana korang rasa boleh go on... right?
but only one thing yang aku nak pesan, setiap yang kita lakukan dalam hidup ni, jangan lupa untuk minta redha dari kedua ibubapa kita... minta doa dari ibu kita... doa seorang ibu tu sangatlah ajaib dan dahsyat....
kadang-kadang kita malu untuk minta ibu mendoakan kejayaan kita.. but doa seorang ibu tu lah yang sangat berharga bagi seorang anak...
try it. than you can feel the effect... in sha Allah it will be better than before :)



olrite.. sampai di sini sahaja nampaknya pertemuan kita kali ni..
till we meet again in the other entry, in sha Allah
Assalamualaikum:)

Thursday, 1 December 2016

On the way from JB to Bangi

Assalamualaikum:)

Alhamdulillah tetiba rasa nak updated pengalaman sepanjang kem Future Up di Lenggeng baru-baru ni walaupun tak dapat panjat Broga..huhuhu

Broga Hill(gambar google)


Untuk program lonjakan akademik kali ni, kami bertolak dari JB ke Bangi berenam.. (dulu berdua, sekarang berenam..hehe.. dah ada kawan baru..)
Program selama 3hari je(jumaat, sabtu and ahad)..Disebabkan kami perlu berkumpul di bangi pada pukul 2.30 ptg untuk bertolak sama-sama ke N9.. jadi kami decide untuk bertolak dari JB ke Bangi sesudah subuh dalam pkul 6.30pagi..
Perjalanan mengambil masa dalm 4-5 jam.. kami naik bas dari Larkin ke TBS.. so dari TBS kami perlu amek train utk turun di Serdang (disebabkan Serdang lebih dekat dengan UNITEN, Bangi..hehe)...
Perjalanan selama 4-5 jam tu dipenuhi dengan dengkuran je.. takde pape yang menarik..haha.. sesampai je TBS, kami terus ke kaunter utk tukar coin KTM.. Kami terus ke tempat menunggu KTM supaya kami sampai di UNITEN awal..


Sementara menunggu KTM, kami berbual-bual berkenaan program nanti dan berbincang cara untuk balik ke JB nanti.. nak dijadikan cerita, dalam 10min macam tu, ada la train yang berhenti.. Kami terus berdiri untuk masuk, risau tertinggal train.. lepas masuk tetiba rasa canggih semacam je train ni.. dah upgrade rupanya KTM ni.. dah makin cantek.. macam train to busan... hahahahaha.. masing-masing seronok je.. taklama lepas tu, pintu train pun ditutup...
Tetiba terlintas dalam hati kami, betul ke KTM ni? kita salah naik ke? hah sudah!!!
Mau tak gabra atas tu...
Tetiba ada la pakcik ni mintak tiket pada kami semua, mau tak tercengang kt depan pakcik tu..
Dah la masing-masing takda tiket, coins KTM ada la.. yang RM1.90 tu... hahahahaha...
Rupa-rupanya kami bukan naik KTM, ternaik ETS rupanya..hahahah.. malu je... naseb baik tak kena denda ke apa... merasa lah kami naik ETS buat pertama kali.. hahahaha.. (pengajaran: malu bertanya sesat jalan...hahah)
So terpaksalah kami trun di stesen kajang n tunggu KTM dari kajang ke Serdang...
hahahaha... pengalaman2... naseb baik berenam, kalau sorang2 mau tak panik...



And alhamdulillah kami sampai di UNITEN, Bangi dengan selamat...
ehem...
setakat ni dulu cerita buat entry kali ni disebabkan aku kesuntukan masa..
in sha Allah dilain entry aku akan share tentang program bersama JAF consultant di Lenggeng pulak ye:)

Assalamualaikum...

Saturday, 19 November 2016

Nasihat kepada Sahabat:)

Assalamualaikum:)
Harini aku terasa ingin berkongsi sikit nasihat yang sangat terkesan pada diri aku sendiri.
Semoga sama-sama kita mengambil ibrah daripada nasihat pendek ini:)

Dalam 1 cermah yang dibawa oleh Ustaz Halim Shah (idola) baru-baru ni, banyak sangat input yang aku dapat. Antara kata-kata yang paling aku ingat adalah tunaikan segala permintaan orang kerana Nabi tidak pernah menolak permintaan orang...
Ada tiga cara untuk menunaikan permintaan orang, tapi yang aku ingat 2 ja.hehe..
Pertama, menolak permintaan tersebut dengan baik dan senyum.. ini pon merupakan salah satu cara kita menunaikan permintaan orang contoh nya kalau-kalau ada sahabat yang suka berhutang tapi tidak pernah bayar semula... cara yang kedua untuk tunaikan permintaan orang ialah memberikan apa yang diminta...


ada satu cerita yang dikongsi, suatu hari Nabi memakai rida' yang sangat cantek .. rida' itu diberikan oleh seseorang kepadanya.. satu ketika, ada seorang badwi(orang badwi= merupakan kalangan orang kaya ketika itu) menghampiri nabi lalu meminta rida' yang dipakai oleh nabi itu.. Nabi memberikan kepada orang badwi tersebut.. lalu orang badwi itu pun berlalu pergi... ketika orang badwi tersebut telah berlalu pergi, nabi memanggil seorang sahabat dan bertanya 'tahukah kamu kain apa yang dibawa oleh orang badwi itu?' .. sahabat lantas menjawab,'sesungguhnya engkau lebih mengetahui'.. nabi menjawab, "kain yang dibawa itu merupakan salah satu percikan api dari neraka".. lalu sahabat pun bertanya; "jika begitu kenapa kain itu engkau berikan kepadanya ya rasulullah?".. nabi menjawab;"kerana Allah tidak membenarkan aku menolak permintaan orang"..
Cerita ini lah yang aku ingat sampai sekarang kerana terdapat pengajaran yang sangat penting dari cerita ini...
Kenapa kain itu merupakan percikan api dari api neraka? hal ini kerana kita meminta-minta benda yang tidak kita perlukan..
berhati-hatilah dengan sikap meminta-minta.. jangan sampai dalam poket kita ada duet yang merupakan cebisan percikan api neraka...


Pengajaran yang kita dapat dari cerita tadi juga ialah rajin dan ringan-ringankanlah untuk memberi/berkongsi hak kita dengan orang lain.. amatlah besar ganjarannya..
bayangkan jika orang yang meminta kepada kita itu merupakan orang yang sangat miskin dan tidak mempunyai wang untuk makan, alangkah beruntungnya kita kerana dapat memberi bantuan kepada mereka... tidak perlu balasan dari mereka, cukuplah Allah sebagai saksi.. Allah pasti memberikan ganjaran kepada kita nanti...



setakat ini saja perkongsian untuk harini.. disebabkan jap lagi ada lab.. so mintak diri untuk berundur dulu...
Assalamualaikum:)

Friday, 18 November 2016

Need to improve ourself every day:)

Assalamualaikum and good evening:)
Alhamdulillah masih diberi nikmat sihat dan masa lapang oleh Allah..
dan masih diberi kesempatan untuk berkongsi serba sedikit ilmu... kalau ianya tak sampai kepada orang lain pun, in sha Allah ia menjadi notes penting pada diri sendiri pada masa akan datang...



Sementara menunggu untuk menunaikan solat asar.. terfikir untuk share sedikit input yang dapat dari ceramah Program Muslim to Mukmin (M2M) tadi..
Untuk slot yang pertama, ustaz Luqmanul Hakim al-Iskandarani membawakan ceramah yang bertajuk Keagungan Al-Quran..
Dalam ceramah slot ini, ustaz menerangkan details tentang mukjizat bahasa AQ..
So aku nak berkongsi sedikit input yang sempat dicatit..
Pertamanya, AQ merupakan kitab terakhir and merupakan kitab terbaik berbanding kitab-kitab sebelumnya (syumul) dan ia merupakan sumber kepada ilmu. Keduanya, di dalam AQ tiada perkataan yang sia-sia means tiada perkataan yang tidak mempunyai maksud. Ketiganya, susunan ayat yang telah disusun, tidak boleh ditukar ganti. Yang keempat, melengkapi makna zahir dan juga isyari. Yang seterusnya, penemuan sains. Daripada slot ini, kita dapat mengetahui lebih mendalam tentang AQ... istimewanya AQ.. contoh-contoh ayat AQ beserta penerangan daripada ustaz untuk kita lebih memahami keistimewaan mukjizat bahasa AQ.

Untuk slot yang kedua, ustaz Halim Shah membawakan Tafsir Surah Al-Mukminun...
slot ini sangat menarik.. slot ini menceritakan bagaimana kita ingin menjadi seorang yang benar-benar beriman. sebelum ustaz memulakan ceramahnnya, ustaz memberikan satu task kepada kami, jadi aku ingin berkongsi task tersebut dengan sesiapa yang berminat .. :)
Yang perempuan mesti diajar surah an-nur, dan yang lelaki mesti diajar surah maidah.. kerana dalam surah an-nur mempunyai tentang peradaban-peradaban perempuan manakala dalam surah maidah mempunyai perihal halal dan haram mencari rezeki...
Pelbagai rintangan yang bakal kita hadapi untuk mencapai sesuatu kejayaan dalam menjadi insan yang mukminun;
pertamanya, rintangan dari kebodohan dan kejahilan kita sendiri.. yang keduanya, rintangan dari nafsu jahat.
Seterusnya, syarat-syarat untuk menjadi orang yang berjaya. Pertamanya, sembahyang mestilah khusyuk. Keduanya, tinggalkan semua benda-benda sia-sia. Seterusnya, orang-orang yang sentiasa menjaga kemaluan mereka (jangan dekati zina).

Slot terakhir, slot bertajuk Teknologi : Cabaran dan Cara mengatasi yang dibawa oleh ustaz Juhazren Junaidi. Dalam slot ini banya membincangkan tentang teknologi zaman sekarang yang membuatkan manusia lebih meminati apps (seperti FB, whasapp dan seumpama dengannya) berbanding apps (tafsir AQ dan yang seumpama dengannya).

Setakat ini sahaja perkongsian yang dapat aku kongsikan untuk hari ini..
Ingatlah ilmu itu lebih berkat jika kita dekat dengan gurunya. Rajin-rajinkanlah ke majlis ilmu in sha Allah kita akan memperoleh ilmu yang sangat banyak walaupun dalam masa yang singkat kerana keberkatan yang ada dalam majlis ilmu tersebut..


"Berkatnya harta dengan zakat, berkatnya ilmu dengan mengajar"
Assalamualaikum dan selamat menunaikan solat asar :)

Saturday, 22 October 2016

Melaka Trip

Assalamualaikum semua.
Harini tetiba terasa nak berkongsi pengalaman trip ke melaka bersama kawan-kawan satu blok minggu ni.. (sebenarnya baru je sampai JB dari melaka time Isyak td. heheh)

Perancangan trip ni semua dibuat oleh kawan-kawan aku yang lain. Aku langsung tak terlibat dalam perancangan trip kali ni.. just join je.. hehehe..

Bila kawan ajak pegi trip ke melaka, rasa memang nak pegi walaupon dah banyak kali sampai melaka.. sebab tak pernah sampai sini dengan kawan-kawan lagi.. dengan family pernah la..

Trip ni dirancang untuk ke Afamosa water world.. sebab ada tiket promosi hehe..
Seminggu sebelum pergi sana dah rasa ketidaksabaran tu.. yela, first time nak masuk water world kat Melaka.. haha..

Kami bertolak dari JB ke Melaka lepas subuh dalam pukul 7..
Konvoi 3 buah kereta and semua gegirl je..

Destinasi utama mestilah Afamosa Water World..
Sampai sana tepat-tepat je. lagi 10-15 minit lagi pukul 11pagi..
Water World ni start buka pukul 11pagi.. tapi sebelum tu dah ramai yang tunggu di luar..
memang alamatnya kami kena beratur untuk ambil bracelet sebagai pas masuk..

Lepas check in, ada sesi photography sikit, and optional sama ada kita nak beli or tak. satu keping RM25..
Picture dy of course la cantek sbb siap ada background and animal balloon..
So, walaupun time bergambar rasa macam tak nak beli, tapi lepas nak check out tergoda-goda dengan perasaan nak beli.. hahahaha

After bergambar, kami terus ke tempat yang ada meja n kerusi untuk letak barang..
Loker untuk simpan barang perlu beli and sebelum tu kena tukar duet kepada token dulu..
kitaorang ambil loker yang besar disebabkan kami semua 13 orang and alhamdulillah muat-muat satu loker besar tu... so just kongsi sorg singgit untuk sewa loker..

Lepas dah selesai bab loker, kami ke tempat pelampung pulak.. pelampung untuk 1person and pair perlu disewa...
Kami just amek 6 pelampung pair... xamek yang 1person.. sebab nak jimat.. haha..
So satu pelampung pair RM21.. selepas dah pulangkn pelampung, kita akan dapat semula duet deposit RM10 daripada RM21 yang telah dibayar.. so jaga pelampung tu baik-baik eh.. jangan tinggal je.. kalau nak tinggal, pastikan korang amek semula.. Pelampung family and 4person korang tak perlu sewa sebab pelampung tu disediakan ditempat yang sepatutnya...

First game, kami start dengan kolam that look as laluan tu.. ala, yang ada ombak-ombak tu.. yang ada Wahaha tu..(Lazy river).
Lepas dah puas sikit main ombak, kami naik ke darat untuk main family and ice cream raft ride...
First time naik benda-benda camni, memang seram lah..haha
But, i must try it.. kami bahagi kepada 2 kumpulan, half naik family raft ride dulu and half lagi naik ice cream.. pastu nanti tukar-tukar..
So aku decide untuk ikut team family raft ride dulu.. seram jugak time nak masuk dalam pelampung tu.. tapi bila dah naik tu lagilah menyeramkan.. yela, rasa macam nak terjatuh je sebab berpusing-pusing... Memang perjalanan turun tu penuh dengan jeritan je..hahaha.. lawak betul.. bila dah sampai bawah, masing-masing penat sebab banyak jerit and gelak dalam air... tulah feedbacknya bila kaum-kaum hawa main... Tapi memang tak dinafikan family raft ride best and paling tak takut sangat sebenarnya..

Second try is, ice cream ride.. yang ni rasanya paling menakutkan.. haha.. part paling banyak jerit kat dalam ice cream tu... 180degree kena ayun..haha
lepas dah habis ride 2 jenis ni.. kami teruskan perjalanan dengan melalui laluan Lazy River...
Part paling tak tahan kat Lazy River ni bila sampai dekat Wahaha.. ramai yang menunggu ombak kat sini..haha

Pastu, kami gerak ke Slide yang perlu baik pelampung in pair.. ada dalam 2-3 jenis Slide yang perlu naik in part.. best and agak mencabar jugak but tak seram sangat sebab ada kawan yang teman..
Yang seram,bila sampai part Body Slide, Inner Tube Slide and High Speed Slide punya port.. seram sebab perlu naik sorang-sorang tanpa pelampung..haha menakutkan je..

Part yang paling best and santai kat sini of course lah dekat Wave Pool Stage...
Relax-relax je sambil main-main ombak.. sambil rehat-rehat...

Dalam pukul 4.30 petang separuh dari kami dah mula check out untuk check in Homestay Gabbana..
Dan yang separuh lagi, check out bila Afamosa tu dah nak tutup.. haha.. semangat dorang main air..

Malam tu, aku and 4 orang kawan lagi keluar ke Afamosa mall untuk cari kesejukan disebabkan rasa bahang di dalam rumah.. haha.. biasalah bila dah lama sangat berendam dalam air..


So aku suggest korang cari homestay yang ada aircond, so xda la terpaksa keluar time tengah penat and keletihan.. tapi advantagenya korang bolehlah sembil menyelam minum air.. boleh la cuci mata and beli apa-apa yang korang suka sebab harga barang ka sini semuanya ada always SALE...

So, bila dah sampai rumah, masing-masing pengsan keletihan...
Keesokan harinya, kami bersarapan dan bersiap-siap untuk check out homestay.. harga homestay RM130.. not bad lahh...
Sebelum check out kami ada kan short meeting untuk terangkan destinasi seterusnya..
Lepas check out, kita terus ke BandarayaMelaka,




 and ke Klebang..











And than, terus ke Batu Pahat and last destinasi ialah JB (UTM Sanjungan Bangsa).. hehe


Setakat ini saja perkongsian untuk harini.. walaupon banyak lagi yang nak dikongsi.. tapi disebabkan masih dalam kepenatan dan esok ada kelas and lab, so terpaksalah aku memohon diri terlebih dahulu..
Semoga bertemu lagi di lain entry..
Assalamualaikum:)




Tuesday, 11 October 2016

MEMORI ZAMAN KANAK-KANAK

Assalamualaikum:)
Alhamdulillah diberi rasa rajin untuk mencoret sesuatu hari ni walaupon sebenarnya aku ada test PCom esk malam..haha..



Sebelum tu aku nak ucapkan selamat berbuka kepada sesiapa yang berpuasa pada hari ini. Moga puasa kita diberkati dan diterima olehnya in sha Allah..



Sebenarnya hari ni aku nak kongsi serba sedikit peristiwa masa kecik-kecik dulu yang masih aku ingat.. hehe..
Mungkin boleh memberi serba sedikit input pada orang yang membaca walaupon tak banyak.. (hehe..)



Aku merupakan anak sulung dalam family.. and mempunyai adik yang tak jauh beza. beza umur dalam 2 tahun ja..
Bila kenangkan apa yang berlaku antara aku dan adik aku tu sangat-sangatlah trajis..(bagi aku la)
Bukan apa, banyak sangat peristiwa yang berlaku antara kami berdua yang aku ingat sampai sekarang..
Termasuklah suka sangat berebut tempat duduk sebelah pemandu di dalam kereta.. Sampaikan satu hari tu, sama-sama belari sebab nak berebut tempat duduk hadapan... And of course lah aku sebagai kakak sampai dulu di depan pintu kan..hehe
Tiba-tiba masa aku buka pintu kereta, adik aku sampai pada tempat yang sama and dahi dia terkena pintu yang aku buka..(agak kuat jugak la terhantuk dengan pintu kereta.. and darah keluar sangat banyak sebab time tu waktu tengahhari dalam pukul 12.30)...
Apa lagi, terkakulah aku kat situ, 'terkesima' , terkejut sangat-sangat...
Naseb baik lah ayah aku nampak apa yang berlaku time tu, and teruslah bergegas ke hospital untuk jahit dahi yang terbelah tu...
Allahu..
Tu lah apa yang berlaku tanpa dijangka..

Tak lama lepas tu, ada lah satu lagi perkara yang terjadi..
Seperti biasa, aku dan adik-adik aku akan belajar Al-Quran di rumah tokwan pada setiap malam kecuali malam jumaat (sebab bak kata kami dulu mengaji malam pun kena ada hari cuti, mana boleh tak cuti :p hehe)


And seperti biasa jugak, lepas habis je mengaji, kami akan bermain ramai-ramai sementara menunggu ayah. Macam-macamlah permainan yang berlegar-legar dalam kepala, ais water lah, polis tantree lah, lubang tikuslah, zero point lah, pukul berapa datuk harimau lah... and banyak lagi sebenarnya.. (semuanya mainan yang femes dulu-dulu, bebudak sekarang dah tak layan permainan-permainan macam ni.. game online je sekarang.. kan3)..
Nak dijadikan cerita, pada satu malam tu kami semua main permainan "Lubang Tikus"..
Dalam seronok-seronok main tu, tetiba adik aku tu tersembam (tersungkur) atas lantai, and gigi kapak  pecah separuh...
Apa lagi, gelabahlah semua orang and terus stop main..
Ya Allah, macam-macam yang tak disangka terjadi..

Pernah jugak time tengah main, adik aku sorg ni tengah rehat di sofa.
Tetiba dia panggil, and tunjuk kaki dia..
Terkejut betul masa tu.. ye la, kaki yang ditunjuk tu dah berlubang.. isi tercongkel dari kaki. nampak tulang kaki je warna putih.. Mahunya tak terkejut masa tu..
Aku tanya jugak kenapa boleh jadi macam tu, and dia cakap dia pon tak sedar. tiba-tiba je isi kaki dia hilang (hahaha.. boleh pulak macam tu eh.. alien curi ke..ish3)
Rupa-rupanya, sebelah sofa yang dia duduk tu, ada pasu bunga besar yang ada kelopak bunga hiasan yang tajam di pasu tu.. Mungkin, kelopak yang ajam tu lah yang menyebabkan isi kaki adik aku tercongkil agak dalam..


Lepas tu aku pon gelabah la jugak sebab tak tahu nak buat apa. yela masing-masing kanak-kanak lagi, tak tau nak fikir secara bijak lagi.. nak bagitau mak sedara and tok, takut kena marah..
Last2, adik ajak pergi basuh kaki dia kat bilik air..
Naseb baik tak sempat basuh lagi, mak sedara dapat detect ada yang tak kena.
So, selamat la sikit, kalau tak memang menjerit sakit la bila kena air..

Bahaya datang tanpa diduga..
Dugaan datang tanpa disangka..
Setiap yang berlaku, pasti akan ada pengajarannya/hikmahnya..
Setiap yang berlaku juga dapat mengajar kita banyak perkara dan mencoret sebuah pengalaman dan kenangan untuk masa akan datang..
Semoga sama-sama mengambil ibrah daripada short story yang dikongsi pada enry kali ini..


Sehingga bertemu lagi di lain entry.


Assalamualaikum:)

Saturday, 1 October 2016

LALAI DENGAN CINTA !!!

Assalamualaikum..
Hopefully kita semua dalam keadaan sihat :)

Alhamdulillah, sekali lagi diberi kesempatan masa untuk melakar sesuatu pada diari kesayangan ini..hehe
Before kita berstory-story, nak tanya jugak apa jadual kawan-kawan harini??
Yela, time cuti-cuti cenggini kadang-kadang ramai je yang menghabiskan masa dengan tido.. tonton muvi.. borak-borak kosong... gosip-gosip panas... shopping-shopping... kan3?
Hehe.. tapi i know uolss suma pandai manage masa, so in sha Allah masa tak habis dengan hal-hal yang tak berfaedah... :)

Hari ni aku ada join satu bengkel "Time Management" dengan kawan-kawan satu blok..
Alhamdulillah, banyak input yang aku and kawan-kawan dapat..
Semoga sama-sama dapat amalkan tips-tips yang diberi oleh Prof Madya Dr Md Asri bin Ngadi tadi...



So, aku nak berkongsi la serba sedikit input yang aku dapat tadi dengan kawan-kawan aku.. hehe (suwwit tak  :-p)

Ok, jom kita back kepada title sebelum aku kaitkan dengan input yang aku dapat dalam bengkel tadi..
Korang perasan tak, ramai sangat remaja sekarang terjebak dengan cinta-cinta monyet/ cinta sebelum nikah.. kenapa eh??
Sampaikan mereka berasa bangga dengan title 'couple'.. yela, asyik post di insta/facebook pasal cintan-cintun... ayat-ayat jiwang... ayat pick up line.. surat cinta.. pantun/sajak cinta.. semualah yang seumama dengannya...
Ish3..



Sedih bila tengok remaja sekarang lalai dengan cinta ..
Mereka buta mencari cinta yang abadi..(Cinta Ilahi)
Mungkin mereka terlalu banyak masa terluang sehingga banyak masa mereka untuk ber'whasapp'.. ber'weechat'.. ber'insta'.. ber'FB',, ber'twitter' ... ber'telegram'.. tentang cinta..

Satu lagi pendapat aku yang kuat adalah maybe mereka ni suka sangat tonton cerita-cerita cinta dari drama-drama korea..hehe..
boleh jadi kann...



Btw, apa pon punca daripada masalah cinta-cinta remaja ni semuanya datangnya dari diri sendiri yang tidak pandai melihat/membezakan benda yang baik dan buruk.. atas sebab ceteknya ilmu-ilmu agama yang sangat perlu kita tahu...

Aku pon bukanlah seorang yang tinggi pengetahuan agama tapi alhamdulullah Allah beri aku kesempatan untuk aku bersekolah di SMKA.. walaupun sekarang aku tidak meneruskan pengajian dalam bidang Syariah or Quran Sunnah or Arab tapi at least aku pernah tahu dan belajar perihal agama secara formal...

Mungkin di Matrik or Uni susah nak cari kelas formal dalam bidang agama melainkan kita meneruskan pengajian dalam bidang tersebut di alam Uni..
Tapi banyak je kelas-kelas informal yang dianjurkan..
So that why lah dekat Uni korang perlu sangat-sangat bijak menguruskan masa.. Masa-masa yang banyak terluang, selitkan dengan menghadiri kelas-kelas agama yang dianjurkan oleh Pusat Islam Uni.. Selitkan masa terluang dengan segala aktiviti berfaedah, supaya kita tidak terjebak dengan gejala-gejala sosial yang berlambak-lambak di depan mata kita..

Manusia ni sangat pelupa dan mudah terpengaruh.. tak mustahil orang yang ada pengetahuan agama dalam dirinya juga terjebak dengan masalah cinta.. that why kita tak boleh berhenti dari mencari motivasi diri supaya kita tidak lalai dan leka..Banyak jalan-jalan yang ada untuk kita menambah ilmu dan motivasi dalam diri.. antaranya berkawan dengan kawan-kawan yang sentiasa memberi nasihat, baca buku-buku motivasi, hadiri ceramah agama yang dianjurkan, hadiri kursus-kursus yang berfaedah.. dan macam-macam lagi....

Sebenarnya, masa yang kita ada dalam sehari hanyalah 24jam..
Jika kita mengisi masa yang kita ada dengan baik, kita takkan rasa banyaknya masa yang terluang..
Tetapi jika masa tersebut tidak digunakan sebaik mungkin, kita akan mula berasa banyaknya masa terluang tanpa apa-apa aktiviti...
Penuhilah masa yang ada dengan baik, supaya kita tak menyesal suatu hari nanti..
(senyum:))

Sebelum berundur diri, aku nak kongsi satu nasihat yang aku dapat dari bengkel pengurusan masa yang aku rasakan sangat-sangat perlu untuk kita semua amalakan.
"Cuba dan amalkan solat diawal waktu kerana banyak kelebihan yang bakal kita dapat. Jika kita berjaya mengurus solat lima waktu dengan baik, in sha Allah kita akan berjaya mengurus masa yang kita ada dengan sebaik mungkin."



SOLAT
Bukan part time
Bukan sometime
Bukan no time
Harus full time
Harus on time
Kalau boleh over time
sebab
MATI itu anytime..

Sehingga berjumpa lagi di lain hari..
Assalamualaikum:)




Wednesday, 14 September 2016

Learn & learn

Assalamualaikum:)
Dah lama tak menulis, tetiba time gap kelas ni la rasa macam nak tulis something kat sini..hehe.. (bajet free je time ni,kui3)
Btw title post tu aku dah tak tahu nak letak apa, and disebabkan ada nak kongsi something tentang belajar so tajuk tu je la yang nampak suitable.. hee~~~



Alhamdulillah dah masuk tahun 3 (sem 5), hopefully semuanya berjalan dgn lancar sehinggalah grad nanti..aminn..
tak banyak yang aku nak kongsi, just some experience and advice yang boleh dikatakan untuk memotivasikan diri aku sendiri jugak..
Biasalah kita sebagai manusia biasa, just a normal person not a perfect one.. sentiasa lupa and lemah semangat... so, bagi aku, kita sangat-sangat lah memerlukan motivasi diri setiap hari..

Usia sentiasa meningkat,, masa sentiasa ke hadapan tanpa boleh diulang..
makin lama, tanggungjawab dan ujian hidup kita makin dirasakan berat..
that a normal,
semua orang melaluinya.. semua orang menanggung tanggungjawab.. semua orang ada ujian dalam hidup... cuma mungkin tanggungjawab setiap orang tu berbeza-beza... ujian/dugaan setiap orang pon berbeza-beza...

Aku nak kongsi satu cerita dengan blog kesayangan ni supaya ada diantara insan di dunia ini dapat mengambil pengajaran dan ibrah daripadanya, in sha Allah.

...
tit ninit.. tit ninit.. (handphone berdering)
Aku tercari-cari phone kesayangan ku.. Mata aku pantas mengesan kedudukan handphone ku, lalu aku segerakan langkah untuk mengambilnya..
aku memeriksa whasapp yang masuk, terbeliak mata ku menatap gambar yang dikirim oleh kawan ku di dalam group whasapp roomate matrik dahulu.
"Amy nak kahwin??" mata ku terpaku pada gambar kad jemputan yang dihantar..
Aku lantas membalas whasapp Amy dan bertanya lebih lanjut tentang majlis perkahwinannya yang bakal berlansung tak lama lagi..
Aku sedikit sedih kerana majlis tersebut tidak diadakan pada waktu cuti semester tetapi hanya beberapa hari sebelum raya haji. Yang lebih menyedihkan apabila U aku mengumumkan bahawa cuti raya haji hanyalah sehari. Kebarangkalian untuk aku menghadiri majlis Amy amatlah tipis.. hmm..

Minggu pertama semester ini berlalu dengan cepat.. aku sedikit gembira selepas kelas berakhir..
Alhamdulillah, Allah permudahkan jalan untuk aku ke sana.. (muka tersenyum gembira)..
Ramai rakan sekelasku membuat perancangan untuk pulang ke kampung halaman pada cuti raya haji.. disebabkan ramai lecturer yang mengajarku membatalkan kelas pada minggu itu, kami dapat bercuti raya haji selama 5 hari.. hehe..

Aku merancang untuk menghadiri majlis kahwin Amy tak lama lagi..
Aku mula berasa takut untuk pergi berseorangan ke sana dengan menaiki bas, jadi lebih selamat jika ada kawan yang menemani aku ke sana.. disebabkan rumah Amy dan U aku agaklah jauh.. hampir 6jam perjalanan ke sana..
Aku mengajak seorang rakan kelas ku, Balqis untuk menemani aku ke sana.. Balqis juga merupakan rakan se'matrik' denganku dulu. Dia juga mengenali Amy, cuma mungkin dia tidak begitu rapat dengan Amy seperti aku..

Aku membuat perkiraan untuk ke sana dengan meniki bas.. "Hari ni dah hari khamis.. kenduri pada hari Sabtu.. ada lagi ke tiket bas untuk ke sana??" aku mula resah memikirkannya..
Aku mengajak Balqis ke kaunter tiket secepat mungkin.
Hah, naseb baik kaunter tiket tidak tutup.
"Pakcik tiket bas untuk hari sabtu ni, nak ke Pahang ada lagi ke?" Balqis dengan cepat menanyakan soalan kepada pakcik kaunter bas itu..
"Dah habis dik.. tiket harini dan esok dah habis.." jawab pakcik tersebut dengan wajah yang manis.
Aku dan Balqis saling berpandangan.. biar betul tiket dah habis..huhu
Kami melangkah lesu untuk pulang ke kolej..

Balqis mencadangkan untuk memeriksa tiket online apabila sampai di kolej nanti. Aku bersetuju dengan pendapatnya. Tak salah mencuba kan?

Sesampai di kolej, kami berdua memeriksa tiket online.
Hampir berjam-jam di hadapan laptop, masih tiada jalan untuk menyelesaikan masalah bas ini..
Masing-masing dengan wajah yang sedih dan lesu..
penat menatap laptop berjam-jam lamanya..
Aku mula mengeluarkan kata-kata, "Mungkin tiada rezeki untuk ke sana... " wajahku sedih..
Balqis memandangku sekejap, lalu mengalihkan pandangan pada laptop..
"Hmm.. jap kita cuba dulu check tiket dari sini ke Pahang pada hari esok.."
Balqis masih tidak berputus asa mencari iket bas yang masih berbaki dan sesuai untuk dibeli...
"Haaa.. ada.. pukul 2pagi.. dari Mersing ke Kuantan" balqis tersenyum, lalu menyambung kata-katanya..
"tapi, kita perlu naik bas dari sini ke Mersing dulu.. di Mersing, kita tunggu bas untuk ke Kuantan.. Dari Kuantan, saya boleh mintak tolong abang saya untuk pick up kita.. In sha Allah, boleh.. cuma kita perlu pastikan yang kita dapat sampai ke Mersing awal supaya tidak terlepas bas ke Kuantan.."
Aku memikirkan pendapat tersebut dengan berhati-hati.. sangat berisiko.. kalau-kalau kami terlepas bas macam mana??
Macam-macam soalan menghantui minda aku ketika ini..
Aku mula memeriksa tiket dari sini ke Mersing.. Ada!!! Pkul 2petang.. jadi kami ada 12 jam untuk kesana.. In sha Allah dalam tempoh yang panjang selama 12jam, kami tidak akan terlepas bas ke Kuantan..
Aku memandang kawanku..
Lalu menyetujui cadangannya..
"Semoga Allah permudahkan perjalanan kita.. " Amiin..

Aku balik ke bilik.. mengemas pakaian yang ingin dibawa..
Otakku ligat berfikir cabaran yang bakal aku dan Balqis hadapi nanti kerana masing-masing belum pernah menjejakkan kaki di stesen bas Mersing.. kerisauan kian melanda apabila memikirkan bas ke Kuantan akan sampai di Mersing pada pukul 2pagi.. selamatkah kami nanti?? bahaya tak tunggu di sana tengah malam kerana kami berdua perempuan? segala persoalan yang merungsingkan membelenggu fikiran ku ketika ini..

Tepat jam 2, kami memulakan perjalanan ke Mersing dengan menaiki bas..
Kami berdoa supaya perjalanan kami berjalan dengan lancar.. Amin..

Alhamdulillah.. kami tiba di Mersing tepat jam 5 petang..
Kami masih ada 9jam untuk menunggu bas seterusnya untuk ke Kuantan..
Kami menggunakan masa tersebut sebaik mungkin.. solat.. makan.. mencari bus stop dimana bas ke Kuantan tersebut akan berhenti kerana bas itu tidak akan masuk ke stesen bas tetapi hanya mengambil penumpang di Mersing di bus sop tepi jalan..
Kami mula risau apabila mengetahui hal tersebut... Tipulah tak risau, bila dapat tau kami perlu menunggu bas di bus stop tepi jalan berdua pada jam 2pagi.. Allahu...

Selepas menjumpai bus stop tersebut, kami mengambil keputusan untuk berehat di surau berdekatan..
Kami menghampiri Medan Selera yang berhampiran dengan bus stop.. tercari-cari di manakah surau..
Tetapi apabila menjumpai surau di situ, pintunya di kunci..hmm..
Balqis memberi pendapat untuk menanyakan tentang surau kepada peniaga-peniaga di situ..
"Kak, surau kat mana ye?" balqis meringankan mulut untuk bertanya..
"Kat sana dik.. " peniaga itu menjawab sambil menuding jarinya ke arah kiri kedainya..
Kami berterima kasih lalu berjalan ke arah yang ditunjuk..
Sesampai di hujung sebelah kiri Medan Selera tersebut, kami hanya ternampak tandas.. tidak kelihatan surau di situ.. lalu kami bertanya pula kepada pakcik yang menjaga tandas tentang kedudukan surau.. tetapi alangkah sedihnya kami berdua kerana tidak dapat memahami apa yang dikatakan oleh pakcik tersebut.. Maaf pakcik..
lalu kami meminta diri dan mengambil keputusan mencarinya sendiri..
kami melalui satu kedai runcit yang bersebelahan dengan tandas...
Ada seorang makcik yang menjaga kedai runcit tersebut.. Balqis segera mengorak langkah ke arah kedai tersebut lalu bertanyakan tentang surau yang terdekat...
Makcik tersebut lantas berkata, "Oh, surau di Medan Selera ni dah tak dibuka.. kalau adik nak ke surau, adik boleh pergi surau di dalam taman belakang ni.. dekat je.. surau kat Medan Selera ni bahaya sikit sebab tu dah di tutup.. sebab ada budak-budak selalu lepak kat situ.. kalau lepak je takpe, tapi dorang hisao sekali kat situ.. sebab tu bahaya kalau adik nak duduk kat surau Medan Selera ni.."
Aku dan Balqis berpandangan dengan wajah yang pucat kerana takot dan risau...

Makcik tersebut seakan-akan memahami perasaan kami ketika itu.. dia mengambil kunci motosikalnya untuk menghantar kami seorang demi seorang ke surau berhampiran dengan taman..
Kami amat berterima kasih dengan sikap perihatin seorang wanita berjiwa keibuan sepertinya.. Allah sahajalah yang dapat membanu jasa baiknya..

 Sesampai di surau, kami merehatkan diri seketika sebelum masuknya waktu maghrib..
Azan maghrib berkumandang, 3 orang makcik sampai di surau untuk solat berjemaah.. seorang dari kalangan mereka kelihatan lebih muda dari yang lain.. kami solat berjemaah bersama-sama.. selesai solat, makcik-makcik tersebut dengan ramah bertanyakan perihal kami berdua.. kami berbual-bual sementara menunggu masuknya waku isyak...
Selepas selepas solat, semua jemaah lelaki mengorak langkah pulang ke rumah masing-masing..
Makcik-makcik tersebut tidak sampai hati untuk meninggalkan kami berdua di situ kerana risau ada budak-budak nakal yang mengganggu.. kerana kawasan itu sedikit berbahaya..
salah seorang daripada mereka mencadangkan untuk membawa kami ke rumahnya, sementara menunggu bas pada pukul 2pagi kelak..
Kami merasa berat hati untuk menyusahkannya kerana dia kelihatan kurang sihat..
Namun, kami terpaksa akur dengan ajakan ke rumahnya selepas memikirkan tentang keselamatan jika kami terus menunggu di surau tersebut..

Kami berehat seketika di rumah makcik tersebut.. gelaran nekcha..
Dia memasang tv untuk kami berehat sambil menonton tv..
Tak lama lepas tu, dia menghidangkan karipap buatannya sendiri.. beserta dengan keropok ikan dan sos..
walaupon kami menyatakan bahawa kami sudah kenyang, nekcha tetap menghidangkan kami makanan supaya tidak lapar apabila di atas bas nanti..
Terima kasih nekcha kerana sudi memberi kami tumpang di rumahnya.. hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa baik nekcha..

Masa kian berlalu, jam menunjukkan pukul 1pagi.. kami mula bersiap-siap dan berkemas-kemas supaya tiada barang yang tercicir..
Jiran yang rapat dan sering menolong nekcha menghulurkan pertolongan untuk menghantar kami berdua ke bus stop dengan keretanya..
Dia dan isterinya menjemput kami di rumah nekcha..Allah... baiknya hati pasangan suami isteri ini.. sanggup menolong kami pada pukul 1pagi..
sesampai di bus stop, kami berterima kasih pada pasangan tersebut kerana sudi menghulurkan bantuan.. Alhamdulillah, kami selamat menaiki bas ke Kuantan pada pukul 1.30pagi.. 
...........
>> daripada cerita yang aku kongsikan tadi, dapatlah kita lihat bahawa dugaan yang Allah bagi pada kita pasti ada hikmah disebaliknya..
Perjalanan yang berliku-liku dengan bermacam dugaan dan rintangan dapat mengajar kita erti kehidupan..
Daripada rintangan yang kita hadapi, kita dapat mengenali insan-insan yang berhati mulia yang Allah hadirkan untuk membantu kita menghadapi kesusahan yang ditanggung...
ia juga mengajar kita untuk meringankan tulang kita untuk menghulurkan bantuan pada insan yang memerlukan walaupun kita tidak mengenalinya dengan rapat...
Usaha tangga kejayaan... Berusaha selagi mampu.. Putus asa bukanlah jalan penyelesaian bagi masalah yang dihadapi tetapi jalan penyelesaian yang betul ialah apabila kita berusaha untuk mencari jalan untuk menyelesaikan masalah tersebut...
Mohonlah pertolongan Allah tika kita buntu.. Semoga Allah permudahkan jalan untuk kita menyelesaikan setiap dugaan yang perlu kita hadapi... in sha Allah...
Kita bukan hanya belajar dari apa yang diajar  didalam kelas, tetepi kita juga belajar dari apa yang kita hadapi dalam kehidupan seharian kita..
belajar untuk  jadi seorang yang murah hati.. seorang yang ringan tulang... seorang yang menghormati orang lain... seorang yang suka bantu membantu...
Dengan lahirnya sikap sebegini dalam diri setiap insan, in sha Allah kita akan dapat hidup dengan bahagia dan tenteram ..



Semoga sama-sama kita mengambil ibrah daripada perkongsian post kali ini.. moga berjumpa lagi:)
Assalamualaikum...








Monday, 8 August 2016

Kalau dapat masuk Universiti, apa persiapan yang perlu ada?

Assalamualaikum semua..
Alhamdulillah masih diberi kekuatan dan nikmat yang tidak terhingga..
Semoga Allah memberkati segala pekerjaan kita.. aminn..

Ramai yang post di FB mengalu-alukan adik-adik/kawan-kawan baru yang bakal masuk ke alam Universiti tak lama lagi...
Tahniah kepada semua yang mendapat tawaran untuk menyambung pengajian di alam Universiti...

Mesti ramai yang tertanya-tanya apakah persiapan yang perlu ada sebelum memasuki alam U ni..
Disebabkan pengalaman aku dulu sebelum masuk ke UTM, aku pun pernah melalui situasi yang sama... Tertanya-tanya apakah persiapan yang perlu aku ada untuk menyambung pengajian di peringkat yang lebih tinggi...

So, thats why lah pada hari ni aku nak beri jawapan pada siapa-siapa yang tertanya-tanya persoalan yang sama pada diri sendiri...
Sekadar perkongsian dan peringatan bersama:)

Btw, the first thing aku nak ucapkan tahniah kepada kawan-kawan yang berjaya menempatkan diri ke Universiti tak kiralah U tempatan or oversea...
Semoga kita dapat terus istiqomah dalam menuntut ilmu...

Second thing, selepas U yang kita dapat, mestilah kita akan lihat secara terperinci berkenaan kos yang kita dapat right?
So, sementara cuti masih berbaki... buat lah servey serba sikit berkenaan subjek yang bakal kita belajar bekenaan kos yang kita dapat tu...

And than, of course lah kita akan servey yuran pengajian kita.. ni yang paling penting bagi aku.. sebab ianya bermain dengan duet...
Tak jadi masalah besar pada student yang berasal dari keluarga yang berkemampuan untuk membayar yuran dengan duet sendiri.. tapi ianya menjadi masalah besar pada student yang kurang berkemampuan untuk membelanjakan duet sendiri.. kerana yuran pengajian di U bukan macam kat sekolah... agaklah mahal... RM2,000 ke RM3,000 jugak kena spend nanti... tu baru yuran awal pengajian, tak termasuk lagi yuran kolej and yuran belajar untuk setiap sem..
So, sementara masih cuti ni, jangan lupa servey biasiswa and bantuan pengajian yang boleh kwn-kwn apply... dapat tak dapat tu, belakang cerita.. janji sekarang ada usaha untuk cari bantuan kewangan kwn-kwn sepanjang pengajian nanti...
And than, biasiswa selalunya akan dapat lambat sikit... so janganlah lupa untuk apply PTPTN dulu buat sementara.. in case nanti korang dapat biasiswa, cepat-cepatlah stop PTPTN and bayar terus semua hutang korang dengan PTPTN supaya nanti taklah terbeban dengan hutang...
Btw, untuk student yang tak dapat biasiswa, jangan lah bersedih hati... rezeki Allah tu Maha Luas.. walaupon kita ni merupakan salah seorang pelajar PTPTN, tak mustahil kita dapat jadi student yang lebih cemerlang dari student biasiswa right?
So, belajar betul-betul, in sha Allah, Allah mudahkan segala urusan kita..

Lepas tu, of course la korang kena servey jugak penginapan sepanjang pengajian di sana nanti...
Sama ada akan di sediakan kolej untuk di sewa.. ataupun memang disediakan rumah untuk student untuk disewa... ataupun korang perlu cari sendiri rumah yang perlu disewa...
selalunya bagi student tahun 1 yang baru masuk, U memang dah sediakan kolej/rumah untuk penginapan student baru...
Depends on U jugak sebenarnya, ada U yang sediakan penginapan untuk student baru masuk ja, so nanti bila dah masuk tahun 2 korang kena pandai-pandaikan diri untuk cari rumah sewa..
Kalau ikut pengalaman aku, UTM memang menyediakan Kolej yang cukup untuk semua student-student UTM.. so korang tak perlu risaulah pasal nak cari rumah sewa... sebab sepanjang pengajian korang kat UTM, korang boleh apply mana-mana kolej yang korang suka...

And than, benda yang selalu student baru fikir jugak ialah pengangkutan untuk ke kelas.. hahaha..
Aku tak berapa arif tentang U selain dari U aku sendiri, UTM...
Kalau di UTM, depends jugak dengan kolej yang korang duduk...
Selalunya student tahun 1 tak dibenarkan lagi untuk bawa kenderaan sendiri..
So, korang tak payah lah risau.. sebab selalunya kolej yang ditetapkan pada student berdasarkan kos masing-masing.. and selalunya kolej dan fakulti korang memang dekat ja... jalan kaki pon boleh... betul tak tipu...
tapi kalau rasa macam malas nak jalan kaki, boleh la tunggu shuttle bas yang memang dah disediakan...
Tapi selalunya, senior-senior yang tak bawa kereta or moto macam aku ni, stay ja dengan jalan kaki, jarang-jarang naik bas.. haha.. so, relax je la... sambil belajar kita exercise.. hehehe

Pastu korang akan fikir apa lagi? mestilah terfikir apa yang perlu dibawa ke sana right?
hhaha
Tak susah pon... korang bawak ja barang-barang yang korang selalu bawak ke asrama... sebab semua barang-barang tu lebih kurang ja..
Barang-barang mandi, baju, baldi, bekalan makanan (biskut, minuman 3 in1 and soon), alat-alat belajar, file sijil-sijil, and apa yang penting....
Untuk notes dalam kelas macam mana? perlu ke beli buku rujukan awal-awal?
Bagi aku tak perlu pon melainkan korang memang nak study awl di rumah sebelum lecturer ajar.. hehe
Sebab nanti korang akan ada lecture note yang kena download dari e-learning... and ada jugak lecturer yang hantar notes melalui email/telegram...
So, relax ja, masuk klas bawak pen n kertas kosong...
nanti lecture akan bagi tau pasal lecture notes and depa jugak akan syorkan korang beli buku-buku rujukan.. haa, time ni kalau korang rasa nak beli buku, boleh laaaa.. untuk buat rujukan...
Tapi aku dulu, time first year beli jgak buku-buku rujukan...
Masuk thn 2, aku pilih-pilih ja buku yang aku rasa penting and nak beli, tapi kebanyakannya aku pinjam ja buku rujukan senior-senior...hehe.. so dapat la jimat duet sikit...

Hmm, tu je kot yang aku rasa ramai student baru tertanya-tanya... harapnya dapat membantu serba sikit...
In sha Allah, jika diberi kesempatan untuk berkongsi pengalaman di UTM, aku akan berkongsi serba sedikit tentang life di sana and cara-cara nak spend masa-masa lapang supaya dapat timba banyak pengalaman dan pengetahuan selain daripada belajar in class ja..

Sampai di sini saja perkongsian untuk hari ini..
Moga hari esok lebih baik dari hari ini..

Assalamualaikum:)

Wednesday, 3 August 2016

Kuatlah Duhai Hati

Asalamualaikum..

Alhamdulillah diberi peluang untuk hidupkan diari tercinta pada waktu cuti di rumah walaupon internet taklah berapa laju macam di UTM..
Bukan tak berkeinginan nak coretkan sesuatu disini, cuma idea yang berlambak-lambak tu hilang beterbangan ja bila dah bercuti panjang dekat rumah..
nak dikatakan sibuk dengan kerja-kerja rumah, takda la sibuk sangat.. menyibukkan diri ada la..hehe


Semalam ada terdengar kata-kata Prof Dr Muhaya di TV Al-Hijrah, "jika anak-anak susah untuk meluahkan atau berkongsi masalah dengan kita, cuba untuk suruh anak-anak luahkannya dengan melukis".. pesannya kepada para ibubapa.
Aku terfikir kata-kata Dr Muhaya, bukan terfikir tentang keluarga yang bakal aku bina nanti, cuma terfikirkan tentang diri sendiri..
kadang-kadang susah jugak aku nak berkongsi masalah dengan seseorang tak kiralah ibu atau ayah, dengan adik-adik or dengan kawan-kawan...
Bukan tidak ingin berkongsi, cuma tidak selesa dan kekadang malu berkongsi masalah-masalah tertentu..
bagi aku, ada masalah yang perlu diselesaikan sendiri dan ada masalah yang perlu berkongsi dengan orang lain...
menyelesaikan masalah itu sendirian bukanlah bermaksud tidak mengambil kira pendapat orang lain, cuma cara mendapatkan nasihat dari orang lain itu bukan dengan menceritakan masalah sebenar yang kita hadapi...
Kita boleh mendapatkan nasihat untuk menyeselaikan masalah yang kita hadapi dengan membaca buku-buku motivasi yang dapat memberi inspirasi, dan juga menonton ceramah-ceramah atau cerita-cerita yang dapat memberi kita pengajaran untuk berfikir secara bijak.
That why lah rasanya aku berminat untuk menulis..

Susah nak lihat budaya suka membaca dalam kalangan remaja sekarang, mungkin kerana teknologi sekarang tersangatlah canggih sehinggakan ramai anak muda sekarang 24jam dengan handphone di tangan.. Bukan salah teknologi yang makin canggih, tapi salah pengguna yang tidak pandai menggunakan teknologi canggih itu dengan bijak... sehinggakan bukan manusia yang mengawal teknologi tetapi teknologi yang mengawal manusia... Allahu..

Ada kalanya aku juga seperti remaja lain, lebih suka menghabiskan masa dengan menonton televisyen daripada bersukan diluar rumah... Ada kalanya, aku lebih gemarkan hobi membaca daripada menonton tv yang boleh membuatkan mata aku sakit dek warna lampu yang keluar dari kaca cermin televisyen tu..
Bagi aku, lebih mudah untuk mencari buku yang bermanfaat berbanding rancangan televisyen yang bermanfaat pada hari ini..
Masakan tidak, rancangan televisyen hari ini dipenuhi dengan drama-drama novel cintan cintun...
Boleh rosak hati remaja kalau tidak dikawal...
Akibatnya, ramai remaja sekarang mencari kekasih tatkala diri masih menagih ilmu di alam persekolahan mahupun di alam universiti...

Aku ada terbaca satu buku yang membuatkan aku terfikir kata-kata penulis tersebut, 'cinta itu fitrah setiap manusia, tetapi kawallah ia sebelum ianya menjadi fitnah'...
Tidak salah jika cinta itu hadir dalam diri, kerana itu lumrah hidup kita sebagai manusia... Tetapi kita sebagai manusia yang dikurniakan Allah dengan akal yang mampu untuk menilai mana yang baik dan mana yang buruk....
sebab itu kita berhak untuk mengawal perasaan cinta itu selagi ianya tidak hadir tepat pada masanya...
bukannya, melayan perasaan cinta itu dengan mencari pasangan untuk ber'couple'...
melainkan anda sudah bersedia untuk berkahwin di usia remaja...

Banyak lagi cerita yang ingin aku kongsi..
In sha Allah aku akan sambung beberapa cerita tentang "bahayanya cinta sebelum nikah" di lain hari..
Moga Allah merahmati dan memberkati segala urusan kehidupan kita dan mengecapi kebahagian di dunia dan di akhirat...


~aku juga insan biasa~

Assalamualaikum:)





Monday, 9 May 2016

Jangan Derhaka

Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah sekali lagi diberi kesempatan untuk berkongsi sesuatu hari ni..:)
Walaupun masing-masing dalam kesibukan menghabiskan sisa-sisa silibus untuk sem ni yang masih berbaki, dan persiapan untuk menghadapi final exam dan menyambut kehadiran Ramadhan tak lama lagi...hehe..

Kali ni aku nak berkongsi sedikit tentang ibubapa..
sempena hari ibu beberapa hari yang lalu...
bersempena jugak dengan tugas yang dipertanggungjawabkan di dalam kelab KRU...

"Ya Allah jagalah kedua ibubapaku sepertimana mereka menjagaku ketika aku kecil"
aamiin...
siapa yang tidak menyayangi ibu dan ayah mereka kan? semua manusia pasti menyayangi ibubapanya, itulah lumrah manusia...
Tetapi, kenapa masih ada anak yang menderhaka pada ibu dan ayah mereka? kenapa masih ada yang sanggup melukai hati ibu mereka?  kenapa masih ada yang sanggup memukul dan memarahi orang tua mereka? kenapa masih ada yang sanggup membiarkan orang tua mereka keseorangan? kenapa masih ada yang sanggup membuang ibubapa mereka???
Allahhu alangkah sedihnya hati seorang ibu yang mengandungkan kita... alangkah sedihnya ayah yang sanggup berpenat lelah untuk kita.. tetapi anaknya langsung melupakannya ketika meningkat dewasa...

Wahai kawan...
cepatnya engkau melupakan kasih sayang seorang ibu...
pantasnya engkau lupa usaha gigih seorang ayah untuk memenuhi keinginan mu..
tidakkah kau terfikir untuk membahagiakan mereka suatu hari nanti?
kenapa engkau sanggup melukakan insan yang paling berharga dalam hidup ini?

Kawan,
berbaktilah kepada ibubapamu ketika mereka masih ada disisimu...
supaya kau tak menyesal suatu hari nanti..
berterima kasihlah kepada ibu,
kerana dialah yang melahirkan, menyayangi dan menjagamu dengan sebaiknya dari kecil sehinggalah dewasa...
kerana telah banyak pengorbanan yang dia lakukan demi anaknya yang dicintai..

Ingatlah,
Berdirinya kita disini sekarang adalah hasil dari didikan dan dorongan ibubapa yang sentiasa mengasihi kita...
Siapalah kita tanpa mereka....
Akan hadirkah kita kedunia ini tanpa mereka?

"Duhai sahabat,
janganlah kamu berfikir kamu berjaya hari ini adalah kerana hebatnya diri kamu,
sebenarnya kamu tidak mempunyai apa-apa tanpa berkat doa ibubapa kamu walaupun mereka tidak berpelajaran sekalipun."

Sedarlah wahai teman..
Masih ada masa untuk bertaubat..
Masih ada masa untuk berbakti kepada mereka..
Masih ada masa untuk menyayangi mereka...
Masih ada masa untuk mencari redha mereka..
Redha Allah terletak pada redha ibubapa..
sayangilah mereka, kasihilah mereka, taatilah mereka...
Justeru hidup akan tenang dan bahagia:)

"Belajarlah tentang erti kehidupan dari ayahmu,
Belajarlah tentang erti ketulusan dari ibumu"

Salam ukhuwah dari saya,
Nur Husnina binti Johari.
Setiausaha Kelab Remaja Ukhuwah.

"Ibu adalah guru terbaikku,
guru tentang kasih sayang, cinta dan keberanian.
Jika cinta itu manis seperti bunga,
maka ibuku adalah bunga cinta yang manis"

Assalamualaikum..

Tuesday, 3 May 2016

Jalan-jalan.. Pulau Perhentian

Assalamualaikum semua:)
Alhamdulillah selamat sampai di UTM pagi semalam dengan selamat..

Untuk updated story kali ni, aku nak cerita tentang Pulau Perhentian je..hehe
disebabkan terlalu rindu, aku usaha untuk updated jugak diari ni walaupun malam ni ada test Statistic... semoga aku dan kawan-kawan dapat jawab dengan baik... ameen..



Aku harap story aku kali ni bukanlah sekadar diari untuk diri aku semata-mata tapi juga memberi manfaat pada orang lain yang akan ke Pulau Perhentian nanti... :)



Trip ni memang membuatkan aku fikir berkali-kali sama ada nak join trip or tak disebabkan cuti tak panjang dan dihimpit pulak dengan 2-3 test minggu ni...
Disebabkan hati ni dah berkobar-kobar nak ke sana, last2 sampai jugak walaupun stay kat sana hanya 1hari setengah je...

Btw, trip ni memang dah dirancang dari awal and kami dah pilih pakej yang sesuai.. Pakej yang kami pilih ialah pakaj 3 hari 2 malam, cuma ada la beberapa orang yang tak boleh stay sampai habis program,hehe, termasuklah aku...

Perjalanan ke sana ambil masa hampir 9-10 jam jugak.. kami bertolak dari Selangor ke Jeti untuk ke Pulau Perhentian pada pukul 11.30 malam.. naik bas je.. nak ambil aura jalan-jalan la katakan, kalau naik flight tak da feel sangat sebab sekejap dah sampai.. haha...
Alhamdulillah selamat sampai di Jeti pada pukul 8.30 pagi camtu... menunggu turn untuk naik bot ke pulau pon ambik masa tau.. hampir sejam juga menunggu.. maklumlah time cuti kan, ramai yang pergi melancong..

Pengalaman naik bot hampir 20minit tu la yang paling best walaupun dalam kepala dah fikir risau kalau-kalau bot terbalik ke apa..haha..
aku punya nasihat pada kawan-kawan yang nak pergi sana, kalau naik bot nanti duduk bahagian belakang (dekat dengan pemandu bot) baru tak basah dengan air laut, tapi kalau rasa nak ambil feel air laut boleh la duduk bahagian depan sekali.. haha...

Paling excited bila dah sampai D'Lagoon.. excited bila tengok air laut dah bertukar warna, semakin jernih... haha..
Turun je bot, terus serbu tempat untuk check in bilik.. sebab nak cepat-cepat letak barang... dah excited sangat nak ambil gambar pemandangan kat situ..
Bilik aku khas untuk 3 orang.. nama bilik Cobia.. hehe.. bilik not bad la cuma tak da plague untuk charge phone dalam bilik, yang ada dekat kafe je...



Lepas check in, masing-masing siapkan diri untuk makan tengah hari and menunggu aktiviti untuk hari pertama..
Makanan yang disediakan sangat sedap... setiap kali makan mesti licin semua lauk... hahaha
tak tau lah sama ada masakan sedap sangat or kami ni kelaparan disebabkan terlalu penat... btw, makanan memang tiptop laaa... tambah pulak, makan dengan ada nya angin pantai...

Aktiviti pertama kami di sini, flying fox and banana bot... aku tak nafikan yang aku memang tak pernah main 2 aktiviti ni tambahan pulak dekat sini... memang first time nak mencuba...
Flying fox tu tak la extreme sangat, so sesuai la untuk aku yang baru nak mencuba... best.. cuma time nak mula turun ke bawah tu gayat sikit,,, bila dah sampai di tengah-tengah tali dah terasa keseronokan tu... sebab nampak pemandangan yang cantek dari atas... cuma aku nasihatkan, kalau nak main flying fox pilih tali untuk gantung tu panjang sikit supaya bila dah nak sampai ke tempat ending tak terhentuk kepala pada besi...

Aktiviti seterusnya, banana bot... seram jugak nak try main sebab aku tak pandai berenang dan jenis yang takot lemas... tapi naseb baik banana bot ni semua orang jatuh pada tempat yang sama, so tak de la risau sorang-sorang tengah laut... agak menyeramkan banana bot ni sebab kita jatuh dengan kuat dalam air... so memang dah rasa macam lemas.. naseb baik ada jaket keselamatan je... and tenaga kawan-kawan lelaki 3 orang.. kalau 8 orang semua perempuan, sampai esok la kami tak dapat naik banana bot tu semula... hahaha... best, rugi kalau tak mencuba...

Tamat aktiviti untuk hari pertama, so kami jalan-jalan and bergambar dengan pemandangan yang cantik sementara ada masa yang terluang... alang-alang dah basah dengan main banana bot, so berendam la terus dalam laut sambil belajar apungkan badan and tahan nafas dalam air...



Sebelah malam, kami luangkan masa bersama dengan game-game menguji minda,, hahahaha...
antaranya game JoJoJoJoJoooo, Black magic, around the world and banyak lagi... hehe...
Malam pun berakhir dengan game yang tak dapat diselesaikan..

Keesokan paginya, kami akan memulakan aktiviti dengan snorkeling 1... aktiviti yang paling best,,,
excited nak jumpa penyu...
untuk snorkeling trip 1, kami singgah di 3 tempat...
first, tempat penyu... tapi malangnya atas bot je nampak penyu, bila turun ke laut penyu dah lari,,, huhuhuhu...
tak da rezeki nak jumpa si penyu nampaknya...
Tempat kedua, tempat ikan-ikan... contohnya ikan nemo... ikan kecik-kecik je.. so boleh la bagi roti...
Best sebab banyak sangat ikan,, yang warna-warni pun ada... at least ada la kenangan rasa geli di jari sebab ikan tergigit..hahaha..
Tempat ketiga, di pulau.. so kat situ boleh la bergambar or berehat... selepas penat berenang-renang..hehe...
time ni, aku and kawan-kawan ambik kesempatan untuk menyelam... canik sangat dasar laut.. ada taik penyu,, haha,, ada batu karang, ada gamat, ada ikan besar sikit beserta muka yang pelik... aku dah tak ingat apa nama ikan tu,,, haha...

untuk sebelah petang, kami ada snorkeling 2 tapi malangnya aku dan 2 orang kawan tidak berkesempatan untuk join disebabkan terpaksa balik awal ke Johor...
Kawan-kawan yang lain cakap, trip kedua boleh pegang gamat and lain-lain...
and than, jungle tracking ke tempat kincir angin... so dapat la lihat view dari atas bukit...
Untuk sebelah malam, ada BBQ... jelesnya tak dapat makan makanan BBQ... huhuhuhu...

And than, keesokan harinya merupakan aktiviti terakhir, iaitu CSR membersihkan pantai...
selepas selesai, semua bertolak balik ke Selangor...

Setakat ni saja perkongsian untuk kali ni disebabkan masa terlalu hampir dengan test.. haha..
in sha Allah, ada rezeki berjumpa lagi kita di sini...
Moga ukhuwah yang terbina, makin erat selamanya... hingga ke jannah... :)

Assalamualaikum...


Wednesday, 20 April 2016

Ingin Berubah

Assalamualaikum and hello:)


Dah berkurun nampaknya aku menyepikan diri daripada diari ni..haha
bukan niat dihati nak kosong kan diari ni tanpa apa-apa berita, cuma masa tidak mengizinkan..
sementara ada masa yang masih berbaki sekarang, aku nak luangkan sedikit masa aku untuk coretkan sesuatu yang aku rasa penting buat seseorang yang ingin berubah ke arah yang lebih baik :) in sha Allah...

Bukan senang untuk mengubah diri ini ke arah yang lebih baik.. sangat-sangat susah.. aku tak nafikan kesusahan tu...
Sebab tu kita perlu ada usaha dan bertekad dengan sesungguhnya supaya dapat berubah ke arah yang lebih baik secara consistent.. yang paling penting jangan takut dengan kata-kata atau ejekan dari orang lain..


Jom kita tengok satu contoh situasi yang berkaitan dengan tiltle post untuk kali ni,
contohnya seseorang itu lahir dalam family yang kurang memberi didikan agama..
so dari kecil sampailah dewasa dia tidak pandai untuk solat..
Tapi bila mengenali kawan-kawan di universiti, dia cuba belajar untuk solat walaupun kurang tahu..
Pertama sekali dia perlulah mempunyai keinginan yang tinggi untuk belajar solat..
and than, dia berusaha untuk mencari kawan atau guru untuk mengajarnya solat secara detail..
lepas dah belajar, mesti ada usaha untuk mengamalkannya setiap hari tanpa meninggalkannya..
tidak berputus asa walaupun diejek... buat apa nak malu kan?? kita belajar sesuatu yang baik:)
Don't worry about what other people say.. if you are doing the right things..
sentiasa memperbetulkan kesalahan-kesalahan dalam solat dan berusaha untuk melaksanakan solat dengan sempurna...
dengan usaha yang gigih dan doa kepada Allah supaya dipermudahkan urusan, in sha Allah dia dapat menyempurnakan solatnya seperti kawan-kawan yang lain... :)



Bila ingin berubah, buanglah perkataan TAPI mulut kita.. tiada yang mustahil, untuk kita jadi seseorang yang lebih baik... walaupun jalan yang perlu kita tempuhi penuh dengan cabaran, kita pasti akan berjaya untuk berubah jika tiada perkataan putus asa dalam diri:)
"Ingatlah Allah tidak akan membebani seseorang itu melainkan bebanan itu mampu ditanggung/ditempuhi oleh kita"

Begitu jugalah dalam konteks kita sebagai seorang student, yang sentiasa dihantui oleh assignment, quiz, test, final dan macam-macam lagi...
kegagalan bukanlah bermaksud kita kalah, tapi ia bermaksud kita akan memulakan langkah baru untuk kecapi kejayaan:)
Always smile friends..
setiap penyakit pasti ada ubatnya, setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya...

Cuba untuk jadi seorang yang terbaik diantara yang terbaik:)
walaupun ianya tak mudah.. tapi sekurang-kurangnya kita berusaha..





Jika diri tekad untuk berubah, pasti semuanya akan terasa lebih mudah walaupun pelbagai dugaan perlu dihadapi :)

Salam sayang buat sahabat.. semoga berjaya berubah ke arah yang lebih baik dan diredhai Allah.. aamiin:) Ingatlah.....


Assalamualaikum.. :)




 


Friday, 25 March 2016

Ingatkan Aku Andai Aku Lupa

Assalamualaikum... :)

Sebelum aku melelapkan mata aku yang dah letih menghadap buku EMT, aku nak coretkan something yang bagi pendapat aku penting bagi diri aku... supaya aku tidak akan lupa...
tentang Ilmu...



Dulu, ibu aku selalu pesan; "Along, kita ni orang yang menuntut ilmu, pakailah tudung yang labuh, tambah pulak along belajar aliran agama..".. Aku ingat lagi pesan ibu semasa aku di menengah rendah... Di sebabkan nasihat itulah aku teruskan dengan tudung aku tanpa mencontohi kawan-kawan aku yang bertudung biasa-biasa saja..

Bila semakin membesar di menengah tinggi, aku mula ada pendirian sendiri untuk bertudung labuh.. Alhamdulillah mungkin kerana Allah hadirkan aku di sekolah agama dan dikelilingi orang yang baik-baik:)

Bila semakin membesar di alam matrik, aku bertekad untuk membanyakkan tudung bidang'60 walaupun aku masih memakai tudung bidang'45 dan 50 supaya satu hari nanti aku akan konsisten dengan tudung bidang'60...

Bila di alam Uni, alhamdulillah aku dapat biasakan diri sampai sekarang untuk memakai tudung yang labuh..

Coretan aku kali ni bukanlah berkenaan dengan tudung, tapi dari kisah tudung lah aku mula memikirkan tentang ilmu... tentang kata-kata ibuku yang telah lama berlalu tapi masih tersemat di ingatan... (haha.. ayat novel sikit)

Ilmu itu cahaya, suci.. ilmu akan mudah terpahat ditempat yang bersih.. tapi susah untuk dipahat pada tempat yang kotor..
kita sering mengeluh, "kenapa aku susah nak faham subjek ni? kenapa kawan-kawan aku boleh faham? lecturer ni ajar tak faham la... kawan aku terangkan bab ni tak faham la and soon "


inilah kita, sering menyalahkan orang lain tanpa melihat salah pada diri kita sendiri..
cuba kita renung dan fikirkan, "aku susah nak faham ilmu yang aku belajar ni sebab aku ada buat salah dengan seseorang ke? aku susah nak menghafal sesuatu ni sebab aku ada mengumpat kawan aku ke tadi?"

Kadang-kadang Allah hadirkan ujian pada kita untuk kita memikirkan dosa-dosa yang kita telah lakukan dan segera memohon ampun,
tapi kita susah untuk sedar, malah menyalahkan pihak lain atas ujian yang Allah bagi pada kita...

Aku rajin study siang dan malam tapi kenapa Aku masih tidak skor dalam exam?
Aku tidak pernah ponteng kelas tapi kenapa aku masih tidak boleh faham subjek ni?
Aku selalu study group tapi kenapa aku asyik lupa apa yang aku dah belajar?
Kalau kita selalu jadi macam ni, adalah yang something wrong dengan diri kita..
Cuba kita fikirkan semula...
Adakah betul niat aku belajar kerana Allah dan kerana cintakan ilmu?
Adakah aku amalkan adab-adab menuntut ilmu?
Adakah aku telah seimbangkan ilmu duniawi dengan ilmu ukhrawi dalam diri aku?
Think about it..

Jika niat kita telah terpesong, perbetulkanlah...
Ikhlaskan hati, belajar kerana Allah, in sha Allah kita akan dipermudahkan untuk mendapat result yang cemerlang dalam exam.
Jika kita tidak mengamalkan adab-adab menuntut ilmu, amalkanlah..
Hormati guru, tekun berusaha dan tawakkal, menjauhi maksiat, banyakkan zikir dan doa, minta doa dan redha dari ibubapa...
Jika kita sekarang hanya mementingkan ilmu duniawi, seimbangkan lah duniawi dan ukhrawi..
Luangkan masa antara maghrib dan isyak untuk mendengar tazkirah, menghadiri ceramah agama di masjid...


Coretan ini terhasil kerana aku terfikir,
jika hanya kerana tudung, ilmu susah untuk lekat difikiran, inikan pula jika kita tidak menghormati guru yang menyampaikan ilmu pada kita..


Fikir-fikirkanlah:)

Sekian saja coretan untuk malam ni.. selamat malam semua...


Assalamualaikum