Thursday 25 February 2016

GO GO CHAIYOK :)

Assalamualaikum..
alhamdulillah masih ada sikit masa lapang untuk melepaskan rindu kat diari tersayang nie....



hmm.. tak banyak yang aku nak berkongsi buat masa sekarang, cuma ada sikit note yang aku nak lekatkan pada coretan kali ni..haha

bukan senang nak menjadi seorang penulis yang hebat, kerana ia memerlukan idea dan gaya penyampaian yang senang difahami oleh semua pembaca..
bukan mudah untuk menjadi seorang usahawan berjaya, kerana ia memerlukan kesabaran yang amat tinggi dalam melayani pelanggan..
bukan mudah untuk menjadi seorang student terbaik, memerlukan minat dan usaha yang gigih..

betul kata orang, setiap manusia pasti pernah merasai kegagalan dalam hidup.. tak kisah la, apa jenis kegagalan tersebut.. semestinya kita semua pernah melaluinya..
orang yang berjaya, tidak pernah rasa lelah dan lemah bila menemui kegagalan tetapi sentiasa bersemangat untuk menghadapinya dengan sebaik mungkin, sehinggalah kejayaan yang diingini dicapai walaupun ianya memerlukan bertahun-tahun lamanya...

mesej aku kat sini cuma satu, gagal bukan lah bermakna kita lemah tapi membuatkan kita semakin kuat..
pernah tak rasa, bila kita gagal dalam sesuatu, pasti kita akan mencari semula kekuatan.
ada yang mencari kekuatan dengan berdoa kepada Allah, ada juga yang mengadu pada ibubapa tersayang, ada yang berkongsi dengan sahabat karib....
waktu itulah baru kita tersedar, bahawa kita hanyalah insan yang lemah.. yang memerlukan sokongan dari orang lain...



kegagalan sebenarnya baik untuk kita.. pelikkan kenapa aku cakap gagal tu baik? hahahaha
kalau kita tanya pada semua orang yang hidup kat dunia ni, semua orang akan jawab "aku tak nak gagal.. "...
mestilah semua orang nak berjaya dalam hidup mereka right? Aku pon sama..
cuma kita ni hanyalah seorang manusia, jika Allah dah takdirkan kita gagal dalam sesuatu kerja, pasti ada hikmah disebalik kegagalan itu..
sebab Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita.. :)

hmm.. mungkin coretan aku kali ni setakat ni ja.. masa yang aku ada taklah sebanyak mana.. tapi alhamdulillah, sekurang-kurangnya aku masih dapat memotivasikan diri aku sendiri dalam masa yang singkat ini..

sebelum kita bersurai (hehehe),
i want to wish hepi bezday for my roomate..
may Allah bless U..
All the best..
(penat i nak sorokkan apa yang i tulis pada roomate sorang ni tau..huhuhu)


"Ya Allah, sesungguhnya aku bermohon kepadaMu kekuatan untuk melakukan kebajikan, meninggalkan kemungkaran, dan mencintai orang-orang yang miskin dan lemah. Jika engkau ingin menimpakan fitnah kepada hambaMu, maka ambillah nyawaku dalam keadaan aku bebas dari fitnah dan kesesatan."

semoga hari esok lebih baik untuk kita dari semalam:)

Assalamualaikum..

No comments: