Sunday 28 February 2016

Hari Ini.. Itulah hakikatnyaa..

Assalamualaikum..
Semua sihat ke ni? Hehe..

Hari ni aku nak kongsi serba sikit cerita yang aku harap dapat memotivasikan diri kita setiap hari:)
Cerita ini hanyalah dari pandangan aku dan sesiapa yang berpandangan sama dengan aku.. tidak ada kaitan dengan mana-mana pihak..

Hmm.. entah la macam mana nak mulakan, tapi aku ada soalan untuk kita..
Rasa tak zaman kita sekarang ni sangat-sangat bergantung kepada duet? Semua benda berkait dengan duet.. even kebajikan yang kita nak buat pon orang mementingkan duet.. susah nak dapatkan keikhlasan seseorang sekarang ni..
kebanyakannya mengharapkan balasan iaitu DUET...


nak buat macam mana kan, sebab kita hidup pada zaman ni..
Apa-apa pun, kita sepatutnya dapat mengubah serba sedikit yang termampu.. contohnya, apa yang kita buat perlulah fikir untuk membuat kebajikan kepada insan-insan lain.. biar Allah sahaja yang balas kebajikan kita pada orang lain..
Tapi orang sekarang, bila tolong insan lain, dia lebih mengharapkan balasan..



Inilah yang dikatakan, "manusia sekarang yang hidup serba moden dan mewah, tapi nilai moral kian mereput.."

bayangkan apa akan jadi pada kita kalau semua manusia yang hidup dekat dunia ni hilang nilai-nilai moral dalam diri?
Bumi kita penuh dengan sampah sarap..
Barang kita dicuri..
Penipuan dalam perniagaan..
Gejala sosial semakin merebak..
Kes bunuh, pecah rumah, rogol and soon berleluasa..
tak mustahilkan semua benda tu boleh jadi kalau setiap diantara kita telah hilang nilai moral dalam diri.. kan?
That's why aku rasa aku perlu pertahankan pandangan aku...
 
Tak ke kita rasa takot dan gerun kalau hal-hal buruk yang kita taknak berlaku?
of course la semua orang tak nak.. semuanya nak hidup aman dan tenteram..
Dah tu, tak salahkan kalau kita cuba untuk terapkan sebanyak mungkin nilai moral dalam diri kita sendiri? :)

Alangkah indahnya kalau kita dapat hidup dalam suasana saling bantu-membantu..
Tak rugi kan kalau kita suka untuk membuat kebajikan kepada orang, even benda tu orang selalu ambil mudah je..
contohnya kutip sampah di tepi jalan and buang dalam tong.. bantu orang yang buta melintas jalan.. bantu cikgu mengangkat buku yang banyak.. memberi salam pada orang lain..
Banyak lagi kebajikan yang kita boleh buat tau.. tapi jarang sangat orang amalkan sekarang..

Manusia ni saling memerlukan antara satu sama lain..
bila kita dalam kesusahan in sha Allah ada yang sudi untuk membantu kita...
bila kita senang, jangan lah kita lupa, masih ada yang susah diluar sana, yang menanti bantuan dari kita walaupun sikit..
Hidup ini indah jika dihiasi dengan sesuatu yang suci dan cantik, tapi ia akan suram jika kita menghiasinya dengan benda yang kotor dan busuk..


Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui..
tiada sesuatu pun yang terlepas dri pengetahuan Allah..
cuba kita sama-sama bermuhasabah,
Aku hidup di dunia ini untuk apa?
Adakah demi mengejar duet? Adakah untuk mengejar kekayaan? Adakah untuk mengejar pangkat?
Adakah untuk mengejar populariti? Adakah untuk mengejar jawatan?
Fikir-fikirkanlah....
kita hidup di dunia tak lama, setiap manusia pasti akan mati..
sama ada sekarang ataupun hari-hari lain..
 Amalan baik yang kita lakukan pasti akan mendapat balasan yang setimpal dari Allah kelak, begitu juga dengan amalan jahat pasti akan mendapat balasannya..

:) sampai disini saja nukilan aku untuk kali ini..
aku perlukan masa untuk study pulak.. hehe
tambah pulak esok ada quiz basic power.. harap semakin power lah lepas quiz nanti..hahaha
aku akhiri dulu dengan ucapan Assalamualaikum dan selamat malam semua:)
hopefully we will meet again;)








No comments: