Friday, 25 March 2016

Ingatkan Aku Andai Aku Lupa

Assalamualaikum... :)

Sebelum aku melelapkan mata aku yang dah letih menghadap buku EMT, aku nak coretkan something yang bagi pendapat aku penting bagi diri aku... supaya aku tidak akan lupa...
tentang Ilmu...



Dulu, ibu aku selalu pesan; "Along, kita ni orang yang menuntut ilmu, pakailah tudung yang labuh, tambah pulak along belajar aliran agama..".. Aku ingat lagi pesan ibu semasa aku di menengah rendah... Di sebabkan nasihat itulah aku teruskan dengan tudung aku tanpa mencontohi kawan-kawan aku yang bertudung biasa-biasa saja..

Bila semakin membesar di menengah tinggi, aku mula ada pendirian sendiri untuk bertudung labuh.. Alhamdulillah mungkin kerana Allah hadirkan aku di sekolah agama dan dikelilingi orang yang baik-baik:)

Bila semakin membesar di alam matrik, aku bertekad untuk membanyakkan tudung bidang'60 walaupun aku masih memakai tudung bidang'45 dan 50 supaya satu hari nanti aku akan konsisten dengan tudung bidang'60...

Bila di alam Uni, alhamdulillah aku dapat biasakan diri sampai sekarang untuk memakai tudung yang labuh..

Coretan aku kali ni bukanlah berkenaan dengan tudung, tapi dari kisah tudung lah aku mula memikirkan tentang ilmu... tentang kata-kata ibuku yang telah lama berlalu tapi masih tersemat di ingatan... (haha.. ayat novel sikit)

Ilmu itu cahaya, suci.. ilmu akan mudah terpahat ditempat yang bersih.. tapi susah untuk dipahat pada tempat yang kotor..
kita sering mengeluh, "kenapa aku susah nak faham subjek ni? kenapa kawan-kawan aku boleh faham? lecturer ni ajar tak faham la... kawan aku terangkan bab ni tak faham la and soon "


inilah kita, sering menyalahkan orang lain tanpa melihat salah pada diri kita sendiri..
cuba kita renung dan fikirkan, "aku susah nak faham ilmu yang aku belajar ni sebab aku ada buat salah dengan seseorang ke? aku susah nak menghafal sesuatu ni sebab aku ada mengumpat kawan aku ke tadi?"

Kadang-kadang Allah hadirkan ujian pada kita untuk kita memikirkan dosa-dosa yang kita telah lakukan dan segera memohon ampun,
tapi kita susah untuk sedar, malah menyalahkan pihak lain atas ujian yang Allah bagi pada kita...

Aku rajin study siang dan malam tapi kenapa Aku masih tidak skor dalam exam?
Aku tidak pernah ponteng kelas tapi kenapa aku masih tidak boleh faham subjek ni?
Aku selalu study group tapi kenapa aku asyik lupa apa yang aku dah belajar?
Kalau kita selalu jadi macam ni, adalah yang something wrong dengan diri kita..
Cuba kita fikirkan semula...
Adakah betul niat aku belajar kerana Allah dan kerana cintakan ilmu?
Adakah aku amalkan adab-adab menuntut ilmu?
Adakah aku telah seimbangkan ilmu duniawi dengan ilmu ukhrawi dalam diri aku?
Think about it..

Jika niat kita telah terpesong, perbetulkanlah...
Ikhlaskan hati, belajar kerana Allah, in sha Allah kita akan dipermudahkan untuk mendapat result yang cemerlang dalam exam.
Jika kita tidak mengamalkan adab-adab menuntut ilmu, amalkanlah..
Hormati guru, tekun berusaha dan tawakkal, menjauhi maksiat, banyakkan zikir dan doa, minta doa dan redha dari ibubapa...
Jika kita sekarang hanya mementingkan ilmu duniawi, seimbangkan lah duniawi dan ukhrawi..
Luangkan masa antara maghrib dan isyak untuk mendengar tazkirah, menghadiri ceramah agama di masjid...


Coretan ini terhasil kerana aku terfikir,
jika hanya kerana tudung, ilmu susah untuk lekat difikiran, inikan pula jika kita tidak menghormati guru yang menyampaikan ilmu pada kita..


Fikir-fikirkanlah:)

Sekian saja coretan untuk malam ni.. selamat malam semua...


Assalamualaikum


 


No comments:

Post a Comment