Wednesday 14 September 2016

Learn & learn

Assalamualaikum:)
Dah lama tak menulis, tetiba time gap kelas ni la rasa macam nak tulis something kat sini..hehe.. (bajet free je time ni,kui3)
Btw title post tu aku dah tak tahu nak letak apa, and disebabkan ada nak kongsi something tentang belajar so tajuk tu je la yang nampak suitable.. hee~~~



Alhamdulillah dah masuk tahun 3 (sem 5), hopefully semuanya berjalan dgn lancar sehinggalah grad nanti..aminn..
tak banyak yang aku nak kongsi, just some experience and advice yang boleh dikatakan untuk memotivasikan diri aku sendiri jugak..
Biasalah kita sebagai manusia biasa, just a normal person not a perfect one.. sentiasa lupa and lemah semangat... so, bagi aku, kita sangat-sangat lah memerlukan motivasi diri setiap hari..

Usia sentiasa meningkat,, masa sentiasa ke hadapan tanpa boleh diulang..
makin lama, tanggungjawab dan ujian hidup kita makin dirasakan berat..
that a normal,
semua orang melaluinya.. semua orang menanggung tanggungjawab.. semua orang ada ujian dalam hidup... cuma mungkin tanggungjawab setiap orang tu berbeza-beza... ujian/dugaan setiap orang pon berbeza-beza...

Aku nak kongsi satu cerita dengan blog kesayangan ni supaya ada diantara insan di dunia ini dapat mengambil pengajaran dan ibrah daripadanya, in sha Allah.

...
tit ninit.. tit ninit.. (handphone berdering)
Aku tercari-cari phone kesayangan ku.. Mata aku pantas mengesan kedudukan handphone ku, lalu aku segerakan langkah untuk mengambilnya..
aku memeriksa whasapp yang masuk, terbeliak mata ku menatap gambar yang dikirim oleh kawan ku di dalam group whasapp roomate matrik dahulu.
"Amy nak kahwin??" mata ku terpaku pada gambar kad jemputan yang dihantar..
Aku lantas membalas whasapp Amy dan bertanya lebih lanjut tentang majlis perkahwinannya yang bakal berlansung tak lama lagi..
Aku sedikit sedih kerana majlis tersebut tidak diadakan pada waktu cuti semester tetapi hanya beberapa hari sebelum raya haji. Yang lebih menyedihkan apabila U aku mengumumkan bahawa cuti raya haji hanyalah sehari. Kebarangkalian untuk aku menghadiri majlis Amy amatlah tipis.. hmm..

Minggu pertama semester ini berlalu dengan cepat.. aku sedikit gembira selepas kelas berakhir..
Alhamdulillah, Allah permudahkan jalan untuk aku ke sana.. (muka tersenyum gembira)..
Ramai rakan sekelasku membuat perancangan untuk pulang ke kampung halaman pada cuti raya haji.. disebabkan ramai lecturer yang mengajarku membatalkan kelas pada minggu itu, kami dapat bercuti raya haji selama 5 hari.. hehe..

Aku merancang untuk menghadiri majlis kahwin Amy tak lama lagi..
Aku mula berasa takut untuk pergi berseorangan ke sana dengan menaiki bas, jadi lebih selamat jika ada kawan yang menemani aku ke sana.. disebabkan rumah Amy dan U aku agaklah jauh.. hampir 6jam perjalanan ke sana..
Aku mengajak seorang rakan kelas ku, Balqis untuk menemani aku ke sana.. Balqis juga merupakan rakan se'matrik' denganku dulu. Dia juga mengenali Amy, cuma mungkin dia tidak begitu rapat dengan Amy seperti aku..

Aku membuat perkiraan untuk ke sana dengan meniki bas.. "Hari ni dah hari khamis.. kenduri pada hari Sabtu.. ada lagi ke tiket bas untuk ke sana??" aku mula resah memikirkannya..
Aku mengajak Balqis ke kaunter tiket secepat mungkin.
Hah, naseb baik kaunter tiket tidak tutup.
"Pakcik tiket bas untuk hari sabtu ni, nak ke Pahang ada lagi ke?" Balqis dengan cepat menanyakan soalan kepada pakcik kaunter bas itu..
"Dah habis dik.. tiket harini dan esok dah habis.." jawab pakcik tersebut dengan wajah yang manis.
Aku dan Balqis saling berpandangan.. biar betul tiket dah habis..huhu
Kami melangkah lesu untuk pulang ke kolej..

Balqis mencadangkan untuk memeriksa tiket online apabila sampai di kolej nanti. Aku bersetuju dengan pendapatnya. Tak salah mencuba kan?

Sesampai di kolej, kami berdua memeriksa tiket online.
Hampir berjam-jam di hadapan laptop, masih tiada jalan untuk menyelesaikan masalah bas ini..
Masing-masing dengan wajah yang sedih dan lesu..
penat menatap laptop berjam-jam lamanya..
Aku mula mengeluarkan kata-kata, "Mungkin tiada rezeki untuk ke sana... " wajahku sedih..
Balqis memandangku sekejap, lalu mengalihkan pandangan pada laptop..
"Hmm.. jap kita cuba dulu check tiket dari sini ke Pahang pada hari esok.."
Balqis masih tidak berputus asa mencari iket bas yang masih berbaki dan sesuai untuk dibeli...
"Haaa.. ada.. pukul 2pagi.. dari Mersing ke Kuantan" balqis tersenyum, lalu menyambung kata-katanya..
"tapi, kita perlu naik bas dari sini ke Mersing dulu.. di Mersing, kita tunggu bas untuk ke Kuantan.. Dari Kuantan, saya boleh mintak tolong abang saya untuk pick up kita.. In sha Allah, boleh.. cuma kita perlu pastikan yang kita dapat sampai ke Mersing awal supaya tidak terlepas bas ke Kuantan.."
Aku memikirkan pendapat tersebut dengan berhati-hati.. sangat berisiko.. kalau-kalau kami terlepas bas macam mana??
Macam-macam soalan menghantui minda aku ketika ini..
Aku mula memeriksa tiket dari sini ke Mersing.. Ada!!! Pkul 2petang.. jadi kami ada 12 jam untuk kesana.. In sha Allah dalam tempoh yang panjang selama 12jam, kami tidak akan terlepas bas ke Kuantan..
Aku memandang kawanku..
Lalu menyetujui cadangannya..
"Semoga Allah permudahkan perjalanan kita.. " Amiin..

Aku balik ke bilik.. mengemas pakaian yang ingin dibawa..
Otakku ligat berfikir cabaran yang bakal aku dan Balqis hadapi nanti kerana masing-masing belum pernah menjejakkan kaki di stesen bas Mersing.. kerisauan kian melanda apabila memikirkan bas ke Kuantan akan sampai di Mersing pada pukul 2pagi.. selamatkah kami nanti?? bahaya tak tunggu di sana tengah malam kerana kami berdua perempuan? segala persoalan yang merungsingkan membelenggu fikiran ku ketika ini..

Tepat jam 2, kami memulakan perjalanan ke Mersing dengan menaiki bas..
Kami berdoa supaya perjalanan kami berjalan dengan lancar.. Amin..

Alhamdulillah.. kami tiba di Mersing tepat jam 5 petang..
Kami masih ada 9jam untuk menunggu bas seterusnya untuk ke Kuantan..
Kami menggunakan masa tersebut sebaik mungkin.. solat.. makan.. mencari bus stop dimana bas ke Kuantan tersebut akan berhenti kerana bas itu tidak akan masuk ke stesen bas tetapi hanya mengambil penumpang di Mersing di bus sop tepi jalan..
Kami mula risau apabila mengetahui hal tersebut... Tipulah tak risau, bila dapat tau kami perlu menunggu bas di bus stop tepi jalan berdua pada jam 2pagi.. Allahu...

Selepas menjumpai bus stop tersebut, kami mengambil keputusan untuk berehat di surau berdekatan..
Kami menghampiri Medan Selera yang berhampiran dengan bus stop.. tercari-cari di manakah surau..
Tetapi apabila menjumpai surau di situ, pintunya di kunci..hmm..
Balqis memberi pendapat untuk menanyakan tentang surau kepada peniaga-peniaga di situ..
"Kak, surau kat mana ye?" balqis meringankan mulut untuk bertanya..
"Kat sana dik.. " peniaga itu menjawab sambil menuding jarinya ke arah kiri kedainya..
Kami berterima kasih lalu berjalan ke arah yang ditunjuk..
Sesampai di hujung sebelah kiri Medan Selera tersebut, kami hanya ternampak tandas.. tidak kelihatan surau di situ.. lalu kami bertanya pula kepada pakcik yang menjaga tandas tentang kedudukan surau.. tetapi alangkah sedihnya kami berdua kerana tidak dapat memahami apa yang dikatakan oleh pakcik tersebut.. Maaf pakcik..
lalu kami meminta diri dan mengambil keputusan mencarinya sendiri..
kami melalui satu kedai runcit yang bersebelahan dengan tandas...
Ada seorang makcik yang menjaga kedai runcit tersebut.. Balqis segera mengorak langkah ke arah kedai tersebut lalu bertanyakan tentang surau yang terdekat...
Makcik tersebut lantas berkata, "Oh, surau di Medan Selera ni dah tak dibuka.. kalau adik nak ke surau, adik boleh pergi surau di dalam taman belakang ni.. dekat je.. surau kat Medan Selera ni bahaya sikit sebab tu dah di tutup.. sebab ada budak-budak selalu lepak kat situ.. kalau lepak je takpe, tapi dorang hisao sekali kat situ.. sebab tu bahaya kalau adik nak duduk kat surau Medan Selera ni.."
Aku dan Balqis berpandangan dengan wajah yang pucat kerana takot dan risau...

Makcik tersebut seakan-akan memahami perasaan kami ketika itu.. dia mengambil kunci motosikalnya untuk menghantar kami seorang demi seorang ke surau berhampiran dengan taman..
Kami amat berterima kasih dengan sikap perihatin seorang wanita berjiwa keibuan sepertinya.. Allah sahajalah yang dapat membanu jasa baiknya..

 Sesampai di surau, kami merehatkan diri seketika sebelum masuknya waktu maghrib..
Azan maghrib berkumandang, 3 orang makcik sampai di surau untuk solat berjemaah.. seorang dari kalangan mereka kelihatan lebih muda dari yang lain.. kami solat berjemaah bersama-sama.. selesai solat, makcik-makcik tersebut dengan ramah bertanyakan perihal kami berdua.. kami berbual-bual sementara menunggu masuknya waku isyak...
Selepas selepas solat, semua jemaah lelaki mengorak langkah pulang ke rumah masing-masing..
Makcik-makcik tersebut tidak sampai hati untuk meninggalkan kami berdua di situ kerana risau ada budak-budak nakal yang mengganggu.. kerana kawasan itu sedikit berbahaya..
salah seorang daripada mereka mencadangkan untuk membawa kami ke rumahnya, sementara menunggu bas pada pukul 2pagi kelak..
Kami merasa berat hati untuk menyusahkannya kerana dia kelihatan kurang sihat..
Namun, kami terpaksa akur dengan ajakan ke rumahnya selepas memikirkan tentang keselamatan jika kami terus menunggu di surau tersebut..

Kami berehat seketika di rumah makcik tersebut.. gelaran nekcha..
Dia memasang tv untuk kami berehat sambil menonton tv..
Tak lama lepas tu, dia menghidangkan karipap buatannya sendiri.. beserta dengan keropok ikan dan sos..
walaupon kami menyatakan bahawa kami sudah kenyang, nekcha tetap menghidangkan kami makanan supaya tidak lapar apabila di atas bas nanti..
Terima kasih nekcha kerana sudi memberi kami tumpang di rumahnya.. hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa baik nekcha..

Masa kian berlalu, jam menunjukkan pukul 1pagi.. kami mula bersiap-siap dan berkemas-kemas supaya tiada barang yang tercicir..
Jiran yang rapat dan sering menolong nekcha menghulurkan pertolongan untuk menghantar kami berdua ke bus stop dengan keretanya..
Dia dan isterinya menjemput kami di rumah nekcha..Allah... baiknya hati pasangan suami isteri ini.. sanggup menolong kami pada pukul 1pagi..
sesampai di bus stop, kami berterima kasih pada pasangan tersebut kerana sudi menghulurkan bantuan.. Alhamdulillah, kami selamat menaiki bas ke Kuantan pada pukul 1.30pagi.. 
...........
>> daripada cerita yang aku kongsikan tadi, dapatlah kita lihat bahawa dugaan yang Allah bagi pada kita pasti ada hikmah disebaliknya..
Perjalanan yang berliku-liku dengan bermacam dugaan dan rintangan dapat mengajar kita erti kehidupan..
Daripada rintangan yang kita hadapi, kita dapat mengenali insan-insan yang berhati mulia yang Allah hadirkan untuk membantu kita menghadapi kesusahan yang ditanggung...
ia juga mengajar kita untuk meringankan tulang kita untuk menghulurkan bantuan pada insan yang memerlukan walaupun kita tidak mengenalinya dengan rapat...
Usaha tangga kejayaan... Berusaha selagi mampu.. Putus asa bukanlah jalan penyelesaian bagi masalah yang dihadapi tetapi jalan penyelesaian yang betul ialah apabila kita berusaha untuk mencari jalan untuk menyelesaikan masalah tersebut...
Mohonlah pertolongan Allah tika kita buntu.. Semoga Allah permudahkan jalan untuk kita menyelesaikan setiap dugaan yang perlu kita hadapi... in sha Allah...
Kita bukan hanya belajar dari apa yang diajar  didalam kelas, tetepi kita juga belajar dari apa yang kita hadapi dalam kehidupan seharian kita..
belajar untuk  jadi seorang yang murah hati.. seorang yang ringan tulang... seorang yang menghormati orang lain... seorang yang suka bantu membantu...
Dengan lahirnya sikap sebegini dalam diri setiap insan, in sha Allah kita akan dapat hidup dengan bahagia dan tenteram ..



Semoga sama-sama kita mengambil ibrah daripada perkongsian post kali ini.. moga berjumpa lagi:)
Assalamualaikum...








No comments: