Friday 30 December 2016

OH FINAL !!!!

Assalamualaikum:)


Disebabkan sekarang ni musim final exam, aku takda banyak masa untuk updated story kat blog ni..
from now 3 paper left before kita holiday sakan cuti sem nanti..hehe..
one more thing yang aku paling excited sekarang disebabkan cuti aku kali ni akan sangat-sangat productive.hahahaha.. jadual cuti pon padat macam jadual belajar... and paling risau, adalah kepenatan..
by the way, aku harap jadual yang padat time cuti ni dapat bagi aku seberapa banyak mungkin pengalaman dan kenangan.. in sha Allah:)

actually, updated kali ni takda cerita apa-apa yang menarik sangat untuk dikongsi.. disebabkan soul dah lama ada kt rumah, just jasad je masih di sini untuk menghabiskan final.. hehe

Aku sangat suka tengok orang pergi travel walaupun aku bukanlah seorang yang selalu travel..hehe.. disebabkan bukanlah dari kalangan orang-orang berada.. duit pun cukup-cukup untuk belajar...
But, time tengah belajar ni la sebenarnya banyak peluang yang korang ada untuk gi jejalan.. tak oversea pon, dalam-dalam malaysia pun jadi la nak... at least ada pengalaman mengembara tempat orang...



Serious talk, aku tak menyesal pilih tempat sambung belajar di pelusuk selatan ni, walaupun kampung halaman di pelusuk utara... sebabnya dari sinilah aku banyak belajar untuk berdikari..
maunya tak berdikari, naik bas dari utara nak ke selatan pun hampir 9 jam tau...
tapi kekadang tu terfikir juga, kalau belajar dekat dengan rumah lagi menjimatkan kos untuk pergi balik.. ye la, bas pergi balik dari utara ke selatan dah RM140..huhuhu... inilah dugaan.. belajar-belajarlah berjimat ye..

Time korang tengah di alam universiti ni lah, time korang suka untuk pegi jejalan tau... walaupun duet tak banyak mana, tapi keinginan nak jalan-jalan tu membuatkan semangat nak menyimpan dan berjimat cermat tu sangatlah tinggi... walaupun kekadang tergoda-goda dengan makanan-makanan mewah..hahahaha (kepci,bigfood,dominos,subway,shellout......arghhh)...



Bukanlah maksud aku di alam uni ni korang tak perlu belajar sungguh-sungguh, but belajar-belajar jugak, tapi cubalah untuk explore something else yang bermanfaat untuk masa depan korang jugak....
Belajar kena seronok, tak boleh stress2... hehehehehe...

ok back kepada isu utama kita, final exam...hahaha...
stiap orang berbeza-beza cara belajar.. ada yang belajar sorang-sorang.. ada yang belajar dalam group.. ada yang belajar dengan lagu.. ada yang belajar sambil ber'movie'..haha.. aku takda pape komen tentang cara belajar masing-masing... because it's up to you... yang mana korang rasa boleh go on... right?
but only one thing yang aku nak pesan, setiap yang kita lakukan dalam hidup ni, jangan lupa untuk minta redha dari kedua ibubapa kita... minta doa dari ibu kita... doa seorang ibu tu sangatlah ajaib dan dahsyat....
kadang-kadang kita malu untuk minta ibu mendoakan kejayaan kita.. but doa seorang ibu tu lah yang sangat berharga bagi seorang anak...
try it. than you can feel the effect... in sha Allah it will be better than before :)



olrite.. sampai di sini sahaja nampaknya pertemuan kita kali ni..
till we meet again in the other entry, in sha Allah
Assalamualaikum:)

No comments: