Wednesday 18 January 2017

QURSUS PENGURUSAN HEMA UTM (PAHANG)

Assalamualaikum sekali lagi diberi kesempatan untuk updated pengalaman yang aku dapat di Rompin Beach Resort, Pahang baru-baru ni. Alhamdulillah…



Trip kali ni bukanlah dalam perancangan aku, disebabkan cuti aku terlalu padat.. tetapi disebabkan trip ni diwajibkan oleh HEMA, so terpaksalah gagahkan diri untuk hadir..
Btw, alhamdulillah tak pernah terdetik dalam hati perasaan rugi kerana terpaksa datang disebabkan daripada kursus inilah aku dapat belajar banyak benda secara taklangsung… walaupun programnya agak bosan…hahahaha…

Daripada kursus nilah aku dapat tahu serba sedikit benda baru, firstly ialah kelulusan Wisma Putra untuk ke luar negara… sebenarnya tak kiralah program ni under UTM or sendirian berhad macam pegi umrah n soon… kita perlu mohon kelulusan dari pada Wisma Putra untuk government insuran semasa di oversea nanti… iyelah.. kita tak tahu kalau-kalau something yang tak dijangka berlaku… at least kita dah buat persiapan rapi untuk ke sana nanti….

Selain aktiviti dalam dewan, dapatlah jugak jejalan amek angin di tepi laut… ambil gambar… buat istana pasir.. yang penting makanan paling win… hahaha… (seyes sedap..)

Tapi biasalah kalau just nak pergi bercuti sendiri or dengan family, kenalah simpan bajet awal-awal disebabkan tempat macam ni costing la sikit… utk package kami, seorang dikira RM150/days.. (hmmm telan ayaq liyoq banyak-banyak..haha)

Sepanjang 3hari 2malam disini, terasa tak nak balik UTM pulak..hahaha.. apa-apa pun perasaan nak balik kedah lagi berkobar-kobar…haha… maklumlah semua orang dah balik kampung, kita ja yang still in other program after exam… sampai result exam pun dah keluar dulu sebelum aku sempat balik kampung…hmmm


Olrite smpai disini saja updated untuk trip kali ni.. in sha Allah jumpa lagi dilain entry..

Assalamualaikum:)

No comments: