Monday 27 February 2017

TRAVEL : Ke Korea Ke Kita

Assalamualaikum:)

Dah seminggu berlalu, tapi hati ni masih ada lah serpihanya tertinggal di Korea..hehe disebabkan suasana disana sangat menyenangkan.. tambahan pulak, musim winter time tu...
So harini sis nak kongsilah serba sikit pengalaman sis sepanjang disana selama lebih kurang 8hari 7malam...

Persediaan ke sana group sis yang uruskan sendiri sebab we xguna agent.. bak kata orang pergi travel sendiri ni lebih menjimatkan kos.. so we take the challenge untuk travel tanpa menggunakan guider..
Tugas aku untuk travel kali ni adalah untuk mencari penajaan, but disebabkan program kami lebih kepada jalan-jalan so penajaan adalah zero.. but each of us of courselah masing-masing dah dapat duet poket dari YTN untuk program GOP ni.. (duet untuk GOP, YTN bagi dalam RM3k but the last RM1k tu depends on pointer jugaklah.. so kalau bagus pointer dapat lah full RM3k, kalau pointer dah hampir ke laut macam aku ni, paham-paham je la dapat berapa je..huhuhu)..

So disebabkan penajaan macam dah takleh nak go on, aku pon diberi tugasan baru untuk handle bab flight ticket...masalah yang aku hadapi ialah takde ticket promo pada tarikh yang kami dah rancang.. lagi lama delay pembelian tiket, lagi tinggi pulak harga tiket naik.. so kami pun amek la keputusan untuk proceed je dengan harga tiket yang sedia ada tu.. risau lagi lama tunggu, lagi naik harga or tiket licin.. range harga tiket pergi balik untuk each person dalam RM1400.. agak mahal sebenarnya.. so my advice pada sapa-sapa yang nak travel nanti, serveylah harga tiket awal-awal, barulah korang proceed untuk paperwork GOP.. supaya duet xbanyak habis pd tiket flight....

Untuk makanan disana, kami ada sediakan bajet untuk beli makanan dari malaysia.. so kami decide untuk beli Brahim.. (memang mahal.. sebab makanan dy sedap n mengenyangkan.. tapi kalau ada yang nak tiru, fikir banyak kali sikit sbb banyak jugak duet yang akan habis pd Brahim ni.. so serveylah makanan lain kot ada yang lebih murah and berbaloi..hehe)..Brahim ni just untuk makan di Guest House nanti.. time tengah jalan-jalan kat sana perlu jugak makan luar.. of course lah perlu rasa makanan kat sana...

And the other things yang penting, korang jangan lupa untuk collect baucer diskaun untuk ke korea nanti.. tempatnya di KTO..
and jangan lupa jugak untuk ambil insurans sepanjang berada di korea nanti.. kami just ambil insurans by online with AXA.. sebagai advice, pergi daftar terus government insurans di Wisma Putra..(tapi tak berapa tau sangat bab ni.. boleh rujuk pada yang lebih arif.hehe)..and yang paling-paling penting, barang-barang winter disebabkan kami pergi time salji turun.. so kena lah belanja duet sikit untuk barang-barang ni...plus jangan lupa untuk tukar duet kat kedai money changer berdekatan. yang penting korang servey dulu harga supaya tak banyak sangat rugi sebab ada money changer ambil banyak untung.. Masa tu kami servey money changer paling murah di PKNS (rate 3.75 untuk 1000won) and Shah Alam (3.78 untuk 1000won).. but disebabkan aku ni orang kedah so fikir-fikir entah bila la nak pegi tukar duet kat sana... So aku pon servey money changer yang berdekatan ja.. Time tu just jumpa money changer Hassani je, terpaksalah tukar jugak walaupun rate harga dy agak tinggi (RM3.90 untuk 1000won)..huhuhu.. Kali kedua tukar di Kulim, kedai yang berderet dengan balai polis.. kat situ murah la sikit (RM3.80 untuk 1000won)..

Flight yang kami akan naik untuk ke Korea pada pkul 7pagi.. so kami semua perlu berkumpul awal supaya takda sebarang masalah yang berlaku as sorang member tertinggal, tak boleh check in, or tersangkut di imigresen.. so pkul 4pagi masing-masing dah bersetuju untuk kumpul and selesaikan packaging baggage (kami kongsi 40kg for 12 people)..
Alhamdulillah selamat naik flight untuk bertolak ke Korea.. selepas melepasi rintangan yang panjang (proses imigresen)..
Perjalanan selama 6jam atas flight sangat-sangat membosankan.. asyik bangun tido bangun n tido... hahaha.. tu je la aktiviti kami atas flight.. so my advice, kalau ada yang nak pergi travel memana lepas ni, downloadlah banyak-banyak movie dalam tablet/phone supaya tak kebosanan atas flight..



Sesampai saja di Incheon, kami terus bergegas untuk collect our baggage and than terus ke kedai untuk beli and topup TMoney.. (TMoney ni satu card yang digunakan untuk guna pengangkutan awam kat korea cth subway and bas)... Kami yang majoritynya tak berapa tahu sangat tentang kegunaan TMoney nie terus decide untuk topup 50000won dalam kad tersebut... Actually tak perlu pon untuk topup duet bebanyak dalam tu sebab nanti setiap stesen subway ada sediakan mesin untuk topup TMoney.. so masalah yang kami hadapi sepanjang travel ni, of courselah ramai tercicir TMoney yang semuanya ada banyak duet di dalam tu... so learn from our mistake ok? jangan topup banyak sangat dalam TMoney.. ala kadar je.. sebab hrga naik subway di korea agak murah dalam (1250won untuk sekali naik, tak kira berapa jauh perjalanan korang but must in the same track.. kalau korang perlu exchange track ada charge skit la..)

Duet dalam TMoney tu korang boleh topup before naik subway and after dah tiba masa korang nak balik Malaysia, korang blh keluarkan balance yang still ada dalam TMoney tu. So, xrugi pon kalau korang topup banyak duet dalam tu but the worse is kalau TMoney tu hilang as tercicir dalam subway n soon. If korang xnak keluarkn duet dalam TMoney tu? boleh je. simpan je la buat kenangan. hahaha. Tapi ada jugak yg jual pada kawan-kawan or kenalan lain yang bakal ke korea nanti. So, diorang x perlu beli n topup TMoney dah kat sana. Just used yang korang jual pada dorang je. So, korang boleh pilih lah option mana korang suka. heheheh






Sepanjang 6hari disana, banyak tempat yang kami visit.. and of course lah the wholeday jalan kaki or naik subway or naik bas.. but sangat penat mungkin cuaca sangat sejuk masa tu.. iyelah winter kan..
Sebelum sampai korea mmg excited gila, sbb xsabar nak main salji. After dah smpai sana, excited dia tu masa awal2 je, then mula rasa lepas nie xnak datang time winter dahhh.. huhuhu.. sejuk lutut nak jalan lama2 kat luar..
antara tempat yang kami visit Vivaldi Park (berbayar n tak ingat berapa..haha.. agak mahal.. ni tempat paling mahal kami pergi.. but sangat best iyelah bila lagi nak try and belajar main ski... seyesly rindu rasa nak main ski lagi walaupun berpuluh-puluh kali jugak jatuh atas ais)..



Then, of course lah tempat wajib kena pergi bila datang korea, Nami Islands(berbayar tapi murah je).. sangat cantik.. orang cakap time Autumn sangat cantik kat sini.. but Winter pon cantek jugak.. seyesly tak tipu... tambah pulak time tu salji turun..

Ok, time kat Nami Island nie lah tempat korang nak ambil gambar cantek2 ala2 artis korea gitu. Banyak sangat port yang cantek untuk bergambar, so jangan lepaskan peluang untuk ambil je bebanyak gambar kat sini.

The other thing is jangan lupa cuba makanan femes kat sini. Nina xnak sebut sbb nina lupa nak try time tu.huhuhuhu
disebabkan lapar sangat, nina and kawan-kawan yang jalan sekali makan je kat tempat yang dekat dengan kami. so sad. tapi not bad la sbb dapat rasa korea pnya octopus. hahahaha



The other places yang korang mesti pergi is Myeongdong street (tempat makan and banyak mall and barang-barang kosmetik), Insadong (beg and barang-barang souvenirs murah and banyak), Namdemon market (souvenir lagi banyak and murah), Namsan Tower (cantek untuk ambil gambar), Itaewon (time nilah korang nak makan ayam and daging selepas beberapa hari jadi vegeterian..haha.. and tempat wajib kena lawat kat sini ialah masjid itaewon.. paling best bila suasana nak solat jemaah.. walaupun jemaah kat sana tak ramai tapi rasa heaven sangat bila tengok orang korea pakai kopiah and tudung.. bayangkanlah Lee Min Ho, Park Bo Geum, Baekhyun, and Lee Jong Suk pakai kopiah...hahahah tulah perasaannya waktu tu..hehe),


Yeouido Park (taman yang cantek untuk bergambar) bayangkanlah time tu air dalam kolam pon beku. hhahahaha,


 Hongik University (sesuai if korang pergi with paperwork contoh program universiti as GOP),


 Ehwa University (nie pon sama sesuai kalau korang pergi under program universiti),


 and banyak lagi lah cuma dah tak ingat nama tempat..haha










The best memory ever... rasa nak travel lagi.. my advice try to travel and u can feel the feeling.. and travel might be your hobby...





Till meet again in the next entry.. annyeong..
haaa before that, sapa2 yang ada pengalaman lain di korea boleh la share di ruang komen untuk tatapan kawan2 yang bakal travel jugak nanti.

Assalamualaikum:)




3 comments:

Unknown said...

beznya dpat p travel..:)

Unknown said...

serius la xguna agent?kitorang pn rancang nk g ytn juga tahun depan

Diari HidupKu:) said...

ha'a xguna agent just pergi sendiri.. hehe gi ytn ke korea? haha.. tp mcm better dalam group tu ada la sorg or dua yg dah pernah ke sana.. and ada internet sendiri.. murah je.. walaupun kat sana senang sangat nak dpt wifi dorg tp wifi sendiri berguna jugak bila korang nk cari tempat.. tapi seyes cakap walaupun dy punya train sangat bnyak terminal tp susah nak sesat sebab senang je nk baca maps subway dy..