Friday 26 May 2017

SALAM RAMADHAN:)

Assalamualaikum semua.

dah lama betul tak menulis. disebabkan harini merupakan first ramadhan. and naseb baik pulak quota wifi yang dah habis untuk bulan ni tetiba boleh guna lagi. mungkin quota ni ikut bulan islam kot..haha.. by the why, sebelum tu niena nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua umat Islam di seluruh dunia. semoga sama-sama kita manfaatkan ramadhan untuk tahun ni dan sehingga dapat berjumpa ramadhan yang akan datang. In sha Allah.



Sebenarnya, tak da merancang pon untuk tulis entry about Ramadhan. tapi disebabkan kesunyian yang melanda di malam hari ni, yelah... mana tak sunyinya, sambut ramadhan di UTM bukan di rumah.. sunyi sebab ramai kawan-kawan balik rumah lagi... hmmm sabar je la...

Dah rancang ka jadual ramadhan unuk tahun ni? Untuk tadarus, solat teraweh, and soon?
Kalau yang dah ada matlamat tu, memang terbaik lah.. maksudnya dia memang dah bersedia untuk berjumpa ramadhan.. yang belum tu, dont worry, its not to late now.. tetapkan matlamat sekarang supaya apa yang kita nak tercapai sebelum kita bertemu syawal nanti..
Matlamat yang niena maksudkan bukan tema raya or fashion baju apa nak pakai raya ni tau.. ahahahaha.. itu lain cerita.. sekarang kita tengah cerita tentang matlamat ramadhan contohnya nak khatam quran dalam bulan ramadhan ni.



First, senaraikan apa yang korang nak buat sepanjang Ramadhan.
Antaranya, nak khatam quran, nak solat teraweh sepanjang ramadhan, nak bangun sahur sepanjang ramadhan, nak join kuliah/ceramah di masjid, nak iftar, nak banyakkan selawat, nak banyakkan sedekah..

Then, find a way untuk realisasikan impian korang.. kalau korang nak pastikan korang dapat khatam quran dalam bulan ni, korang boleh join tadarus quran ataupon boleh bahagikan setiap hari mesti habiskan 4 helai.  kalau korang nak consisten dalam solat teraweh untuk sepanjang ramadhan tak kisahlah hanya 8 rakaat atau 21 rakaat, so pastikan korang sentiasa ikut orang yang rajin ke masjid (ikut ayah, ibu, nenek or kawan).. so korang takkan rasa malas nak berteraweh.. and pastikan korang tak mula tengok drama korea pada bulan puasa.. confirm bila dah start tengok drama, korang akan malas nak berteraweh disebabkan nak luangkan masa teraweh tu dengan drama.. huhuhu..
Kalau korang nak consisten bangun untuk bersahur setiap pagi, pastikan sebelum tidur korang dah pasang niat yang sungguh-sungguh untuk bangun sahur, in sha Allah korang akan automatik sedar untuk sahur.. so lepas dah sedar tu jangan la tidur balik, confirmlah lepas dah tidur balik tu takkan terjaga semula..huhuhuhu...
Kalau korang nak join kuliah or ceramah agama sepanjang ramadhan, pastikan korang rajin ke masjid. contoh rajin-rajinkanlah solat dimasjid.. walaupun tak semua waktu korang solat di masjid, at least subuh, maghrib, and isyak pon dah memadai kan daripada tak ke masjid.
kalau korang nak beriftar pon pastikan selalu ke masjid, sebab kebanyakan masjid menyediakan juadah berbuka. so boleh lah korang beriftar beramai-ramai...

Tu lah serba sedikit rutin yang korang boleh add dalam timetable ramadhan masing-masing.. semoga bermanfaat. Jangan lakukan amalan baik hanya kerana Ramadhan tetapi lakukannya sebagai permulaan untuk amalan di bulan-bulan lain:)


Selamat malam, jangan lupa bersahur esok.. Assalamualaikum:)



No comments: