Sunday 25 February 2018

Kelas Tafaquh MSI

Assalamualaikum:)

Alhamdulillah hari nie diberi kesempatan utk berkongsi serba sedikit apa yang niena and kawan2 yang bersama ke kelas tafaquh tadi.
Ok, sebagai permulaan. nina intro sikit yep maybe ada yang belum tau.
Kat UTM nie, masjid kita (MSI) sgt aktif mengadakan pelbagai program untuk kita sebenarnya. cumanya kadang2 kita je xtau kan.
Contohnya kelas tafaquh nie.
Ok kelas nie diadakan setiap hari kalau xsilap niena. Tapi niena selalu pergi kuliah untuk hari ahad sahaja disebabkan hari ahad niena ada sedikit masa yang free utk diluangkan. So niena cuba utk mula consistent utk ke kuliah nie walaupun hanya sehari dalam seminggu.
Kelas nie diadakan lepas asar pada pukul 5 hingga 6.30 petang di Dewan Al-Marbawi,MSI. Ter buka kepada staff and student. So, kalau korang berkelapangan jom lah sama2 isi masa kita di kelas tafaquh nie:)

Ok. Untuk setiap hari ahad, kuliah akan disampaikan oleh Ustaz Mahyudin menggunakan kitab Riyadhus Shalihin (boleh rujuk gambar kat bawah ye)





Kalau korg xde kitab nie blh je dtg, sbb MSI ada sediakn kitab nie dlm dewan. So boleh pinjam untuk rujuk semasa kuliah disampaikan.

Ok back to the main point. Pengisian untuk hari nie.
First thing yang niena dapat dari kuliah nie, apa perbezaan antara takabur, riak dan ujub?
Haaa ada x yg tau? yg dah tau tu mmg terer lah, yg xtau lg tu meh niena cerita.
Takabur, riak dan ujub nie merupakan perbuatan membesarkan diri sendiri.
Perbezaan antara ketiga-tiga ini :
- Takabur = ditunjukkan dengan lafaz.
- Riak =  ditunjukkan melalui sikap.
- Ujub = terdetik didalam hati. Paling bahaya kerana dekat dengan syirik kecil.
Ha untuk ubati penyakit membesarkan diri nie, kita kena sentiasa berasa cukup, redha dengan ketentuan Allah, merasa lebih rendah kerana ada orang yang lebih hebat dari kita, jangan sentiasa pandang orang yang lebih tinggi dari kita kerana akan timbulnya hasad dengki/cemburu kecuali kepada orang yang selalu membaca Quran dan bersedekah and semestinya kena selalu beristiqfar.

Next, ada 3 tanda orang munafik. Pertama, bila bercakap dia menipu. So elakkan daripada bercakap bohong, cuba untuk bercakap benar dalam apa keadaan sekali pun. Yang kedua, diberi amanah tapi dia khianati. And the last one, berjanji tapi mungkiri.

Ok setakat ini shaja perkongsian untuk malam nie. selamat memulakan sesi pembelajaran esok hari. Kat bawah nie niena lampirkan bersama jadual kelas tafaquh untuk tatapan bersama. Semoga kita menjadi lebih baik dan sentiasa diberkati Allah:)


Buat kawan-kawan yang still berada di UTM dan menghadiri kelas tafaqquh nie, jangan la segan silu untuk berkongsi ilmu di ruang komen yep.
Sharing is caring :)

Assalamualaikum

Wednesday 14 February 2018

Universal Studio Singapore (USS)

Assalamualaikum:)
Hai semua. Dah lama sesangat rasanya xupdated new entry kat sini.
Maklumlah dah final year kan (acah je mcm busy sgt.haha)

But tetiba excited plak kan nk updated something kt sini. Maybe sbb xsabar nak share pengalaman di uss kot.



Actually ramai je kwn yang dah sampai sini before nina. But saja nak share utk yang bakal pergi uss xlama lagi. Kot2 lah membantu.

Before tibanya hari kejadian (hahaha..),lebih kurang setahun before gi uss. kami satu organisasi nie ada bincang untuk buat familyday sesama kami. Objektif utama nak rapatkan lagi ukhuwah sesama kami. And start to brainstorm how to generate money for all in this organisation.
And kami comeout dengan satu keputusan untuk generate duit melalui ambil tender rumah hantu semasa Pesta Konvokesyen. And alhamdulillah kami dapat buat rumah hantu nie sebanyak dua kali Pesta Konvo and dapat tampung serba sedikit duit untuk menjayakan familyday. This actually more kpd reward pada yang join untuk menjayakan rumah hantu lah.

And alhamdulillah, perancangan selama lebih kurang setahun untuk adakan familyday akhirnya berjaya.
Kami pergi ke uss melalui agen so lebih senang. Kalau nak pergi tanpa agen pon ok je, maybe lebih murah:)
Anggaran kos untuk seorang adalah RM280. Duit nie bukanlah totally dari duet rumah hantu ada juga guna duet sendiri.
Semasa hari kejadian, kami berkumpul pada pukul 7 pagi and bertolak menaiki bas travel agency dalam pkul 8 lebih macam tu kalau xsilap. Dalam perjalanan, kami berhenti sarapan. Sarapan dibawa dari UTM, so lebih jimat. hehehe
Ok lepas dah siap sarapan, kami terus ke destinasi go through border malaysia and singapore. Time nie dinasihatkan kepada gentleman2 sekalian supaya xbawa rokok. Klau bawa kena bayar cukai, mahal plak tu 15sgd kalau xsilap. so xpayah lah bawak ye. Kalau korang bernaseb baik tu maybe lah akan terlepas daripada bayar cukai.

Ok.. sesampai je di USS, kami terus masuk ke dalam sementara xramai. sebabnya takot kena beratur panjang untuk naik rollercoaster. First rollercoaster yg nina naik Battlestar Galaxia Cyclon than baru masuk Human. Nie rollercoaster paling mencabar and seram gila kat sini. Terbaiklah org yang guide nina mmg pernah datang sini, so dia bawa kami ke tempat yang mencabar and akan ramai org dulu. Time nie lama jugak beratur tp oklah sbb xde la gila2 pnya lama. Sebelum naik Cyclon nie takot jugak sbb teaser dy tunjuk mcm seram n bila tiba masa nina naik mmg seriusly seram... bg nina lah.. mmg mostly tutup mata n jerit je. buka mata 2-3 kali je. tu pon kali pertama buka mata nampak langit. kali kedua nampak bawak menjunam. Gila xseram.arghhhh. Tapi mmg xdinafikanlah mmg best.


Then, lepas tu, kami naik transformers and egypt. Yang nie paling best bagi nina and xdalah scary sgt mcm Human and Cyclon tu.. so blh lah kalau nak ulang2 naik banyak kali. Then, baru kami ke tempat2 lain mcm jurassic park, far far away, wall climbing and soon. Sayangnya niena xdapat naik Puss n Boots sbb time tu cuaca mcm nak hujan and berangin sikit so dorg tutup jap n tunggu cuaca ok sikit. Total yang nina try lebih kurang belas-belas jugak lah. Sampai sakit gila tumit kaki maybe sbb bnyak jalan and berdiri.



Masa kat sini, guna lorker untuk letak barang bagi rollercoaster yg xboleh bawa barang je trmasuk phone. so kena pandai2 guna lorker kalau xnak kena cas duit. loker ada yg 45min je free ada yg 60min. Bab makan, kami mmg xde beli mkanan langsung kat sana, sebabnya nina just tukar duet sikit je RM99=33sgd. makan dalam tu sangat lah mahal and kalau nak beli kena tahu makanan mana je yg halal ok. so nina ada bwa air and roti bilis sebagai bekal. kongsi2 dengan kengkawan. sebenarnya xboleh bawa mknn msuk uss, tapi pandai2lah simpan dalam beg sbb dy xdelah check dalam beg cuma kt border singapore tu je dorg buka beg tapi xpe je kat situ.

Ok, sekarang kita cita pasal souvenirs. kalau makanan pon mahal inikan pulak souvenirs. mestilah lg mahal. conclusinya mmg xcukup kalau bawak range RM100 je msuk uss. nasihat nina, bawa la lebih sikit kalau korg suka mkn and suka shopping. hrga fridge magnet 4pieces = 20sgd. untuk keychain, 3pieces=20sgd. tu jelah yang nina igt.

Setakat nie sahajalah entry untuk kali nie. Happy Holiday and CNY semua. kalau ada sebarang pertanyaan blh je drop komen kat bawah. in sha Allah nina reply:) bubye assalamualaikum.