Sunday 25 February 2018

Kelas Tafaquh MSI

Assalamualaikum:)

Alhamdulillah hari nie diberi kesempatan utk berkongsi serba sedikit apa yang niena and kawan2 yang bersama ke kelas tafaquh tadi.
Ok, sebagai permulaan. nina intro sikit yep maybe ada yang belum tau.
Kat UTM nie, masjid kita (MSI) sgt aktif mengadakan pelbagai program untuk kita sebenarnya. cumanya kadang2 kita je xtau kan.
Contohnya kelas tafaquh nie.
Ok kelas nie diadakan setiap hari kalau xsilap niena. Tapi niena selalu pergi kuliah untuk hari ahad sahaja disebabkan hari ahad niena ada sedikit masa yang free utk diluangkan. So niena cuba utk mula consistent utk ke kuliah nie walaupun hanya sehari dalam seminggu.
Kelas nie diadakan lepas asar pada pukul 5 hingga 6.30 petang di Dewan Al-Marbawi,MSI. Ter buka kepada staff and student. So, kalau korang berkelapangan jom lah sama2 isi masa kita di kelas tafaquh nie:)

Ok. Untuk setiap hari ahad, kuliah akan disampaikan oleh Ustaz Mahyudin menggunakan kitab Riyadhus Shalihin (boleh rujuk gambar kat bawah ye)





Kalau korg xde kitab nie blh je dtg, sbb MSI ada sediakn kitab nie dlm dewan. So boleh pinjam untuk rujuk semasa kuliah disampaikan.

Ok back to the main point. Pengisian untuk hari nie.
First thing yang niena dapat dari kuliah nie, apa perbezaan antara takabur, riak dan ujub?
Haaa ada x yg tau? yg dah tau tu mmg terer lah, yg xtau lg tu meh niena cerita.
Takabur, riak dan ujub nie merupakan perbuatan membesarkan diri sendiri.
Perbezaan antara ketiga-tiga ini :
- Takabur = ditunjukkan dengan lafaz.
- Riak =  ditunjukkan melalui sikap.
- Ujub = terdetik didalam hati. Paling bahaya kerana dekat dengan syirik kecil.
Ha untuk ubati penyakit membesarkan diri nie, kita kena sentiasa berasa cukup, redha dengan ketentuan Allah, merasa lebih rendah kerana ada orang yang lebih hebat dari kita, jangan sentiasa pandang orang yang lebih tinggi dari kita kerana akan timbulnya hasad dengki/cemburu kecuali kepada orang yang selalu membaca Quran dan bersedekah and semestinya kena selalu beristiqfar.

Next, ada 3 tanda orang munafik. Pertama, bila bercakap dia menipu. So elakkan daripada bercakap bohong, cuba untuk bercakap benar dalam apa keadaan sekali pun. Yang kedua, diberi amanah tapi dia khianati. And the last one, berjanji tapi mungkiri.

Ok setakat ini shaja perkongsian untuk malam nie. selamat memulakan sesi pembelajaran esok hari. Kat bawah nie niena lampirkan bersama jadual kelas tafaquh untuk tatapan bersama. Semoga kita menjadi lebih baik dan sentiasa diberkati Allah:)


Buat kawan-kawan yang still berada di UTM dan menghadiri kelas tafaqquh nie, jangan la segan silu untuk berkongsi ilmu di ruang komen yep.
Sharing is caring :)

Assalamualaikum

No comments: