Friday 19 December 2014

Kebahagiaan sebenar





Assalamualaikum and hello everyone:)

Alhamdulillah atas segala nikmat yang Allah berikan:)

Hari ni excited sangat nak updated blog sebab nak kongsi cerita semalam.
Semalam nina and friends pecah rekod makan sebab langsung tak turun makan kat kafe and just duduk kat bilik seharian sampai boring. huhu.
Sebab semalam semua orang kat sini makan special. hehe
Sarapan kami makan roti with tuna and milo panas. room made.. Buat breakfast kat bilik Aimy (kawan)..
Tengahhari pulak call delivery.. kami makan KFC.eat together at Atiqah's room. huhu
Petang pulak call delivery UTM.. makan coklat balang.. delivery sampai bilik.. ni yang paling terbaik... haha




Hari ni nak kongsi juga pendapat tentang budak-budak zaman sekarang.. zaman IT.. zaman banyaknya laman sosial.. whasapp la.. weechat la.. instagram laa.. facebook laaa.. twitter laa.. and many many many more:)
Memang cabaran kita yang hidup zaman ni..
Image umat Islam boleh tercalar bila kita terlalu terpengaruh dengan laman-laman sosial yang ada sekarang..
Bukan nina maksudkan kita tak boleh guna laman-laman sosial yang ada sekarang, tapi perlu ada batas dalam menggunakannya..

Contohnya penggunaan weechat.. ada yang bercinta dalam weechat padahal tak kenal antara satu sama lain.. perlu ke dik? Masalahnya sekarang golongan yang selalu gunakan laman sosial ni boleh la dikatakan still kanak-kanak.. Golongan sekolah menengah dah pandai buat benda-benda pelik kat weechat.. Active user in weechat..
Hmm.. tak tau nak cakap but just nak semua sedar gunala kemudahan yang ada sebaiknya.. Jangan gunakan sesuatu kemudahan yang akan memudaratkan diri sendiri..
Kalau nak buat sesuatu, fikirkan Allah terlebih dahulu.. Allah suka or murka dengan perbuatan kita..
Then, adik kena fikir jugak tentang mak ayah kita.. Salah mereka ka tak beri pendidikan agama secukupnya kat kita.. Walaupun mereka tak bagi pendidikan agama kat  kita, still salah kita..Sebab apa, sebab kita tak dak usaha nak cari or nak join program-program keagamaan..
Ingat la apa-apa yang berlaku jangan salahkan orang lain, salahkan diri sendiri dahulu supaya kita dapat perbaiki kesalahan tersebut. Dan sentiasa ingat kita ni insan yang lemah dan sering melakukan dosa.

Bukan nak marah cuma nak tegur sebab manusia ni selalu terlupa and leka dengan dunia..
Jangan asyik mengejar dunia sampai lupa nak kejar akhirat..

Pesanan dan ingatan buat diri sendiri dan kawan-kawan:
"Jangan segan berdoa dan melafazkan taubat kepada Allah."
from status FB (Hafiz Hamidun)

Semua orang pernah melakukan kesalahan sebab kita semua tak perfect..
Bila kita tersedar dari kesilapan, cepat-cepat lah bertaubat kepada Allah..
Allah maha pengampun lagi maha pengasih..
Isyaallah moga taubat kita diterima Allah dan doa kita dimakbulkan Allah..
Amin..

Sekadar perkongsian dari diri yang lemah ini.. Moga entry yang serba sikit ini dapat memberi manfaat kepada semua terutamanya diri sendiri:)

Always remember :

"kebahagiaan sebenar kita apabila Allah tidak hilang dari hati kita:)"





Wasalam:)




Thursday 18 December 2014

JADILAH YANG TERBAIK






Assalamualaikum and hello...

Alhamdulillah Allah still bagi kesempatan untuk kita hidup hari ini..
Alhamdulillah dengan nikmat masa lapang yang Allah beri dapat juga updated blog untuk minggu ni..

Hari ni just nak kongsi story-story yang nina rasa menarik sepanjang minggu ni.. insyaallah:)



first sekali nak kongsi pendapat sikit,
hari khamis semalam, waktu kelas dinamika with Sir Aidil Adha..
Sir ada kongsi something,cth ayat yang seakan-akan dengan ayat sir
"Kita ni merupakan golongan terpelajar, tapi dekat luar sana ramai orang yang terlibat dengan gejala sosial and jenayah cthnya kes pecah rumah.. Kes-kes macam ni melibatkan budak belasan tahun.
Depa ni tidak ada kesedaran dan tidak tahu kelebihan yang ada pada diri masing-masing, sebab itu kita sebagai golongan terpelajar perlu memainkan peranan supaya golongan ni dapat diselamatkan"..
Lepas ja dengar ayat sir ni, tiba-tiba terfikir, betol apa yang sir cakap.. kita kena adakan program yang melibatkan golongan yang seperti ini.. contohnya streat dakwah dekat kawasan mat-mat rempit..
Tapi program dakwah ni mungkin tak sesuai untuk perempuan, tapi kaum lelaki kena mainkan peranan ni. Just cadangan and pandangan sendiri lepas dengar kata-kata sir masa kelas terakhir untuk sem ni..

Second, nak kongsi buku yang akan dikeluarkan oleh Karangkraf bulan 2 nanti.. yang ditulis oleh Sir Aidil Adha sendiri.. Tajuknya "Dari Andalusia ke Amerika"..
Nina dapat la tahu serba sedikit apa yang berkaitan dengan tajuk ni dengan melawat blog yang ada diceritakan "Sejarah yang digelapkan : Islam di Amerika."

Pastu nak kongsi la sikit program-program yang menarik yang akan run pada bulan 3 nanti di UTM.
Iaitu Program I-Festivel.. Insyaallah akan dijalankan selama 5 hari bermula pada 4/3/2015 hingga 8/3/2015..
insyaallah pelbagai aktiviti or program yang menarik akan dijalankan contohnya aktiviti memanah, Forum Perdana with Ustaz Kazim Elias, Autoshow (superbike and antik car), pertandingan mewarna to all children yang 12 tahun kebawah, 30 minit bersama Ustaz Don Danial with TV Al-Hijrah, soccer, Larian Amal, Kempen Derma Darah, Untukmu Wanita with Profesor Dr Muhaya, pertandingan Video Grafi, Forum with Mufti Wilayah and Mufti Johor Rakaman ikim fm, Teh Tarik terbuka Johor, Klinik Tajwid, Tarbiah Sentap, Perintis Ummah (juara : RM 2500), Musabaqoh, pertandingan Nasyeed, dan Gempaq..
Insyaallah semua program tersebut akan diusahakan supaya berjaya dijalankan pada bulan 3 nanti:)

And the last one, I wish good luck for all my friends for our final next week.
Buatlah yang terbaik, insyaallah dengan pertolongan Allah kejayaan akan jadi milik kita..



wasalam:)



Friday 12 December 2014

Indahnya Cinta Lillahi Ta'ala:)






Assalamualaikum and hello..
Alhamdulillah kita masih diberi kesempatan untuk hidup kat dunia ini..
Alhamdulillah dengan segala nikmat yang Allah kurniakan..



Feeling happy sebab dapat updated blog pada hari ini..



Awal pagi tadi 'terbaca' (hehe) entry seorang sahabat..
Alhamdulillah dapat serba sedikit pengajaran dari entry yang ditulis.

Aku bersyukur sebab dapat kenal dengan ramai kenalan yang banyak memberi aku inspirasi dan contoh teladan yang baik..
Bukan senang nak consistent jadi baik.. I means sentiasa melakukan kebaikan, ibadah-ibadah sunat, husnul zon dengan orang and seumpama dengannya..
Tapi melalui sahabat and family la kita dapat kekuatan untuk cuba consistent or istiqomah dengan semua amalan-amalan sunnah..

Semua orang tak perfect tapi cuba la untuk jadi yang terbaik..
Walaupun susah nak jadi yang terbaik di mata manusia, tapi jadi la yang terbaik di sisi Allah..
Itu yang paling penting..
Apapun yang kita nak buat jangan fikir apa orang kata, tapi fikir Allah murka atau suka dengan perbuatan kita..

Kat sini aku nak kongsi jugak tentang student yang selalu stay up and student yang tidur awal pastu study waktu pagi..
hampa semua student yang macam mana?
Bukan nak cerita tentang keburukan and kebaikan stay up or study awal pagi..
sebab tu semua kita boleh ja google kalau kita betul-betul nak tau..
Tapi just nak kongsi pendapat..

Apa yang hampa dapat sebenarnya kalau stay up?
*dapat siap kan assignment, esok dah kena hantaq..
 [perlu ke? sapa suruh buat keja last minit? ]
*sebab esok kan nak final exam dah.. kena la stay up..
[confirm ke boleh jawab semua soalan esk kalau stay up?]
*sebab tak boleh tidoq la..
[krik2.. ada jugak orang macam ni.. sapa suruh minum nescafe? sapa suruh tidoq lama sangat waktu siang?]
*and bermacam-macam lagi sebab orang stay up

Salah ka kalau kita stay up?
~aku tak pernah kata stay up tu salah..
 memang tak salah kita stay up..
 tak mau tidoq terus pon tak pa..
 TAPI
 ag bangun sembahyang subuh ka dak?
 pukul berapa ag sembahyang subuh?
 pukul 7? pukul 8? pukul 9?
 sembahyang subuh ka dhuha?

Please la fikir sendiri benda-benda macam ni..
tak kesian kat diri sendiri ka?
tak kesian kat roomate ka?
tak pasal-pasal nanti kena heret ke neraka sebab roomate sendiri tak bangun subuh..

Kan bagus kalau sama-sama tido awal and bangun awal pagi untuk study..
sekali gus boleh buat solat tahajjud sama-sama..

Ikhlas la  dalam menuntut ilmu insyaallah Allah akan mempermudahkan segala urusan kita..
Dahulukan Allah dalam semua hal..
Even esok nak final exam.. kena study betol-betol.. tak boleh tido.. tak boleh sembang.. tak boleh tengok movie.. tak boleh main phone..
TAPI jangan sampai tak sempat nak solat..jangan sampai tak sempat nak baca Quran.. jangan sampai tak sempat nak join Usrah.. jangan sampai tinggalkan majis-majlis ilmu..
Ingat result exam bukan boleh jamin kita masuk syurga..
Tapi buat la yang terbaik dalam final exam..
Ingat la Allah sentiasa bersama kita..
Jika kita tidak tinggalkan Allah, Allah akan bantu kita..

Sekadar teguran dan pandangan..
Insyaallah bermanfaat untuk semua..
Ambil yang baik, buang yang buruk..
Sama-sama perbaiki diri insyaallah berjaya dunia akhirat..

Good luck for all my friends..
for our final exam..
Do the best in final..


 Wasalam:)

Wednesday 10 December 2014

Hebatnya Ikatan Persahabatan

Assalamualaikum and good evening..

Hmm xtaw nak kongsi apa sebenaqnya.. tapi alang-alang dah boleh connect dengan wifi UTM yang  limited ni, trus je la updated blog ni yang dah lama menyepi. maklumlah minggu ni buzy dengan segala macam assignment yang kena submit sebelum study week..

Haa.. saya nak kongsi sikit tentang pengisian usrah semalam bersama Kak Anis :)
Walaupun tak ramai yang dapat hadir semalam tapi alhamdulillah usrah berjalan seperti biasa.
Harap lepas ni ramai lagi yang dapat hadir..

Tajuk usrah semalam "Ukhuwah Islamiyah" (ikatan persaudaraan berlandaskan islam)

Just nak kongsi sikit pengisian yang penting bagi saya. Dan saya rasa semua orang perlu tahu dan amalkan nya. Iaitu Rukun Ukhuwah.
Rukun Ukhuwah ada 3:
  • bersangka baik (level yang paling rendah)
  • berlapang dada (level sederhana)
  • melebihkan sahabat (level yang paling tinggi)
Tiga rukun ni amat penting dalam bersahabat.
Cuba renungkan kita sekarang di level yang mana? adakah di level yang paling tinggi?
Level yang paling rendah pon belum tentu kita boleh buat.

Contoh:
Kawan tak datang kelas. So apa yang kita fikir tentang kawan kita?
  1. Ala tidoq lambat la tu semalam, pastu tak mai kelas
  2. ponteng ja tau budak tu
  3. Apala depa ni, kelas tak mau mai
Pernahkah kita fikir seperti ni?
  1. Dia sakit kot sebab tu tak mai kelas.
  2. Sat lagi dia mai la tu
  3. Ada hal yang lebih penting yang nak diuruskan tu
Renung-renungkan lah seketika:)
moga bermanfaat untuk diri sendiri dan sahabat

That's all for today..
insyaallah jika diberi peluang dan kesempatan nanti blog ni akan terus dihidupkan dengan benda-benda yang bermanfaat insyaallah.
dah2 jom study, final dah dekat:)
 Assalamualaikum



Friday 28 November 2014

GUTER FREUND

Assalamualaikum and hello!!!

Alhamdulillah, Allah kurniakan nikmat masa lapang hari ini untuk hidupkan blog kesayangan yang dah lama tak updated..(hehe..lama sgt)
"GUTER FREUND"?????
means good friend in German..
dulu pernah belajar perkataan German dengan kawan so boleh la tau sikit-sikit..  minat la jugak.. kalau tak tau pon boleh google translate ja.. :)

Apa ya yang nak kongsi hari ni?
Rasanya more kepada diri sendiri yang nak jadi kawan yang baik dan anak yang soleh/solehah kepada ibu bapa.

Hidup sebagai seorang pelajar (penuntut ilmu) memang tak pernah lepas dari memikirkan hal exam, test, quiz, assignment, dicussion, lab report, thesis, and macam-macam lagi..
tu satu hal..
lepas exam/test/quiz, fikir pulak pasal result
ada yang cakap 'ok ke result aku?'
ada jugak yang cakap 'alaaaa..soalan susahnya.. apa yang study tak masuk pon!!'
ada jugak yang cakap 'alhamdulillah..'
ada jugak yang cakap 'hmm lepas ni kena  study betol-betol ni!'
and macam-macam lagi yang keluar dari mulut kita, yang bezanya perkataan baik or buruk..

Ni la sikap majority student sekarang..
Lebih pentingkan result exam daripada ilmu yang berkat..
sebab tu la ada yang meniru..macam-macam idea.... macam-macam tips... just untuk meniru..



So hari ni, tukar la niat kita..ingat balik apa niat utama kita..
"Ya Allah, aku menuntut ilmu kerana mu ya Allah.."
itu la niat utama kita.. kalau kita dah pegang kukuh niat ni insyaallah semua urusan dipermudahkan.. exam dipermudahkan.. test dipermudahkan.. quiz dipermudahkan..semuanya akan dipermudahkan.. insyaallah..



Kalau kita dah betul-betul pegang and ingat niat utama kita, insyaallah apa-apa pon result yang kita dapat kita akan terima dengan hati yang terbuka.. kita akan sentiasa bersyukur kepada Allah walaupon kita failed..

sebab apa pulak nak bersyukur kalau failed??????
sebab kita tahu Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita..
mungkin kalau kita cemerlang sekarang, kita akan rasa diri kita pandai dan terus tak focus kepada pelajaran..
mungkin kalau kita cemerlang sekarang, kita akan jadi seorang yang sombong..
sebab itu Allah tangguh kejayaan kita, supaya sekarang kita jadi orang yang gigih berusaha dan tak pernah putus asa..
Yakin la kita pasti akan berjaya satu hari nanti..

Sebab apa Allah tolong orang yang belajar kerana Allah??
sebab orang yang belajar kerana Allah akan sentiasa mengingati Allah dalam setiap perbuatannya..
cth?
bila nak start belajar, baca bismillah dan doa belajar supaya apa yang kita study hari ni diberkati..
bila dapat jawab soalan yang dibuat, ucap Alhamdulillah.
bila tak dapat jawab soalan yang susah, rujuk kepada kawan atau guru, ucap terima kasih kepada mereka sebab membantu walaupun soalan yang kita tanya kawan kita pon xpandai nak selesaikan..
bila selesai study, ucap Alhamdulillah..
bila dengar azan waktu study, berhenti belajar dan terus bergerak untuk solat..



ingat la apa pon yang kita buat sentiasa mendahulukan Allah, insyaallah kita akan berjaya dunia dan akhirat..amin..

wasalam :)

~Ya Allah! Today I woke up. I am healthy. I am alive. I finished updated my blog. Thank you:)








Friday 7 November 2014

FESTIVAL CONVO UTM KE-53





Assalamualaikum:)

Alhamdulillah.. syukur sgt sbb diberikan waktu lapang utk update my beloved blog..
Post hari ni bukan nak cerita tentang convo sebab sy baru tahun satu nak convo apa awal sangat..
Belajar pon baru ciput (sikit) ja..
Tapi just nak kongsi perasaan bila jadi student yang terlibat secara tak langsung..haha



First sekali rasa terkejut jugak sebab dapat mesej dari kak senior kat sini yang MSI MART(Masjid UTM Mart) memerlukan student yang nak bekerja di MSI MART pada hari Convo nnt..
So sy and 2 org kawan, tiqah and bibah pon menawarkan diri untuk membantu..
Kami berkhidmat dengan MSI MART semalam 2 hari ja..
But kami dapat banyak pengalaman disamping dapat gaji..hehehehe.. walaupun RM33 ja.. Tapi sy dapat rasakan duit dengan usaha kerja sendiri..

Hari first keja:
Hari ni baru reheasel utk convo

  • Dapat tahu serba sedikit apa yang perlu dibuat.. Contohnya keluarkan baju, tudung, jubah, t-shirt, kerepek dan macam-macam lagi dari stor.
  • Dapat tahu harga barang-barang yang dijuai di MSI MART.
  • Dapat pengalaman melayan pelanggan.
Hari second keja:
Hari convo pelajar master and PHD
  • Hari ni tak ramai sangat pelanggan sebab semuanya sibuk didewan lagipon kedudukan MSI MART tak ramai yang tahu sebab tempatnya agak tertutup.
  • Semuanya berjalan seperti hari first.. tapi hari ni lebih banyak makanan yang dijual seperti burger ayam, burger daging, kebab ayam, kebab daging, nasi lemak, roti dan banyak lagi..
  • Di sebabkan tak ramai pelanggan sy and tiqah ambik keputusan nak jual sambil berjalan.. So kami pon berjalan la sambil bawa burger and kebab dalam bekas.. Haha.. Lawak betul.. Semua orang tengok.. Aduhhh tak terfikir malu sebelum promote diri nak menjual sambil jalan dekat kak bee tadi..Huhuhu
  • Smpai je depan DSI (Dewan UTM) ramai betul orang.. sy and tiqah rasa macam nak batalkan ja niat untuk menjual.. Tapi kami terus kan jugak..
  • First tempat yang kami duduk agak terlindung.. Tak dak pon orang nak beli.. Huhu.. Kami cuba juga cari tempat yang terbuka sikit.. tapi semuanya penuh..
  • Sampai la selesai majlis convo and pelajar2 master and PHD keluar dari DSI.. Alhamdulillah ada seorang abang yang beli 2 burger yang kami jual.. Mungkin lapar sebab lama sangat kat dalam DSI..
  • Kemudian tiqah mencari tempat yang lebih terbuka and strategik untuk jual semua burger ni..
  • So kami pon berpindah ke tempat yang menjadi laluan orang ramai..
  • Waktu khusyuk menjual tiba-tiba ternampak Dr Hafiz berhadapan dengan kami.. Ya Allah malunyaaaaaaaaaaaaa... Pengetua senyum ja tengok kami menjual kat laluan orang ramai..hahahahahahaha... Lawak betul... Tak sangka boleh jumpa Pengetua kat sini..hehe
  • Yang best sekali, kami jumpa and sempat berbual dengan seorang abang dari Sabah.. Kebetulan dia lah pembeli paling banyak burger kat kami..hhehe.. So abang tu pon cerita serba sedikit tentang dirinya..
  • Dia seorang student engineering jugak.. dia sekarang Engineer bahagian Petroleum, Bahan mentah.. (Delium)
  • Abang tu cakap walaupon adik-adik ambik kos Elektrik adik still boleh pergi ke bidang petroleum..so jangan sempitkan pemikiran or skop adik
  • Dia jugak cakap dia datang sini untuk Convo kakak ipar dia yang ambik PHD..
  • Wahhh family depa memang sporting and peramah..
tu la serba sedikit pengalaman Convo masa sy first years..
hehe..thats all..
always in my memory..
wasalam:)


YAYASAN TENAGA NASIONAL (YTN)

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh..

Alhamdulillah rezeki dari Allah.. sy mendapat biasiswa YTN yang telah diumumkan baru-baru ni..
So sy nak kongsi serba sdikit tentang pengalaman dan persediaan sy sebelum, semasa n selepas interview YTN..

Selepas habis matrik (KMPK), sperti kwn2 sy yg lain jgk, sy mula search biasiswa apa yg available utk sy apply...
Satu hari ada kawan yg menyiarkn pic ttg biasiwa YTN yg baru ja dibuka utk pelajar yg ingin menyambng pengajian di IPTA..
So sy pon try apply YTN walaupon sy mmg xtrfikir nk apply YTN pd mulanya.. Sy cuma nk apply JPA only.. Tp lepas brbincang dgn ibu n ayah, ayah syorkan sy utk apply..
Jd sy pon apply.. dkat laman web YTN...

Tak berapa lama kemudian sy pon memulakn pengajian di UTM..
Sy dpat tahu sy dipilih utk menghadiri intrview YTN tak lama lg..
Sy bersyukur kerana mnjd salah seorg yg terpilih ke intrview trsebut..
Sy trdengar kwn baru sy di UTM mengatakan bahawa interview trsebut akan dibuat di Selangor.. Sy mula risau dan macam2 perkara yg sy fikir..
"Mcmmna nk p intrview nnt?" "nak naik apa?" "xkan nk suruh ayah dari kedah dtg johor semata2 nk hantar aku pegi intrview kt selangor?"
Mcm2 lg soalan yg entah apa2 yg sy trfikir..
Sy mula cari kwn2 yg dpt intrview YTN jgk.. Alhamdulillah ada kawan sebelah bilik yg dpt jugak intrvw trsebut..
So klaw apa2 nnt ada jgk kawan yg boleh kita rujuk..

Tak brapa lama kmudian.. sy n kawan sy dpt msg dri pihak YTN tentang intrvw trsebut..
Alhamdulillah sy brsyukur sgt bila intrview 2 akan diadakan di UTM.. so tak payah la fikir nk pegi Selangor lg..

Hari sebelum interview.. Sy n kawan mula buat preparation utk esk.. kmi mula cari serba sikit maklumat ttg YTN and TNB.. kami juga ada baca blog people yg ada pengalaman interview YTN..
Dari blog2 tu la kmi dpat tahu serba sikit apa yg perlu kami sdiakan..

Persediaan yg sy buat:
  • kenalkan diri dlm BM [nama, umur, asal, belajar di mana, jurusan apa, nama ayah n ibu, umur ayah n ibu, pekerjaan ayah n ibu, motto hidup n apa2 lg yg pnting..]
  • kenalkan diri dlm BI [sama jgk dgn BM]
  • pencapaian/kejayaan waktu sekolah dulu in BM n BI..
  • kena ada ayat promote diri sikit.. cth crita la apa kelebihan kita tp jgn la tipu..
  • cari maklumat yg berkaitan dgn bidang yg diambil.. cth electical engineering "Sapa org 1st jadi engineer in electric kat malaysia?"
  • cari maklumat ttg YTN n TNB.. cth CEB, NEB, TNB..
Tiba lah hari yg dinantikan.. Waktu intrview YTN bertindih dgn jadual klas circuit theory.. ni la kli pertama ponteng klas kt UTM.. mmg takot sbb nnt xdpat nk follow circuit theory.. tp nk buat macammna trpaksa la ponteng jgk..

Smpai ja dkat HEMA.. kmi tggu dikerusi depan kaunter mendaftar.. lpas daftar kita akn dapat no gilirn masing2.. n kna snap pic utk kgunaan pihak YTN..
Lama jgk kmi tggu sbb sblom 2 waktu lunch..
So kmi smpat la buat preparation trakhir.. ada jgk dgar kawan yg nak intrview jgk ckp nnt depa tanya apa sumber tenaga yg boleh menggantikan fossil fuel yg akn habis xlama lg?
Sy n kawan trus trdiam.. mcm ni ka soalan.. kami xprepare apa pon berkenaan isu2 semasa.. Just tau mcm 2 je la..
Wktu yg suntuk tu la kmi bincang sesama kami..

No sy n kawan dipanggil utk msok ke bilik interview.. interview secara berkumpulan.. kebetulan sy n kawan dpat intrview group yg sama..

Masuk ja bilik interview ada 3 org panel, 2 org lelaki n 1 perempuan..
Kami duduk di kerusi yang disediakan..
So ketua panel ada bg penerangan sedikit and that the panel said to me, "Ok sila kenalkan serba sedikit ttg diri kamu mula dari awak"..
panel tersebut menanyakan soalan dalam BM, tp kami tahu dy ign kami introduce diri dlm BI melalui penerangannya diawal td..
So sy start brcakap all about my self.. diikuti olh kawan2 yg lain..

Soalan seterusnya melibatkan isu2 semasa ttg YTN n TNB..
Kami menjawab berdasarkan pengetahuan dan pemikiran masing2 in English..
Agak banyak jugak soalan yg mencabar..
Selesai sja intrview kmi dibenarkan keluar..
Sy brsyukur kerana dpat jugak jwb soalan panel2 trsebut walaupon xbnyak..
Sy cuma bertawakkal kpd Allah sbb sy rsa sy dh buat semampu yg blh..
Bismillah hitawakkal tualallah..

Intrview dh pon habis yg tiggal skarang berdoa dan minta yg trbaik dri Allah..
Ya Allah jika itu yg trbaik utk ku, permudahkan lah.. jika itu bukan utk ku, aku trima Ya Allah sesungguhnya engkaulah yg maha mengetahui..

Dan Alhamdulillah.. baru2 ni sy terima email dari pihak YTN..
'Sukacita dimaklumkan bahawa anda telah berjaya terpilih bagi bantuan pendidikan berbentuk BIASISWA di IPTA tajaan YTN bagi kemasukan September tahun 2014.'

Harap coretan yg simple ni dapat bantu adik2 or kwn2 yg akn apply YTN nnt..
wasalam;)



Tuesday 4 November 2014

Episod Hari Ini





Assalamualaikum..

Alhamdulillah dapat mulakan pagi ni dengan baik..
Hari ni hari rabu n merupakan hari plg best dan relaks sebab kelas utk hri ni just 1class only...
Lepas kelas insyaallah kami akan bergerak rmai2 ke Fesco.. Yela hari ni kan hari terakhir Festa Convo..


Harap dapat faham circuit theory utk hri ni.. amin..
Circuit Theory utk hri ni msti blajar tajuk baru..huhu..harap sgt dpt follow...



thats all for today
tq:)

Thursday 30 October 2014

DIALAH SEGALANYA


Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah Allah masih memberi kita rezeki udara supaya kita dpt teruskan kehidupan pd hri ini.
Allah lah segalanya dlm hidup kta..
Dialah yg memberi pertolongan kpd hamba2nya..
Dialah yg memberi ujian kpd hamba2nya..
Dialah yg melimpahkan rezeki kpd kita..

Tapi kenapa kita hari ini lupa kpd Allah??
Kita hanya ingat kepada Allah waktu kita sedih, keseorangan, dicaci, difitnah, dikutuk, dibiarkan tanpa dipedulikan..
Bahkan waktu kita gembira, seronok, happy, gelak smpai terkeluaq ayaq mata kita xigt Allah sikit pon..

Waktu kita mendpt berita gmbira, siapa yg pertama kita kongsi brsama?


Adakah ALLAH????
Ask yourself frenz..
Mejoriti nya tidak..
Habis 2 sapa yg first kita kongsi kegembiraan kita???
Adakah IBU DAN AYAH kita???
Ask yourself 1 more time..
Kebanyakannya tidak..
Hbis 2 kongsi dengan sapa??
KAWAN kita??
Setengahnya tidak..
Depa kongsi dgn sapa lg klaw bukan their BF/GF..

Waktu kita dapat tahu berita buruk or sedih pulak mcmmna??


Waktu 2 lah baru kita ingat kpd Allah..
Waktu ini lah kita akan kembali kpd Allah..
Mula merintih, mengadu dan merayu meminta pertolongan dan kekuatan dari Allah..
Subhanallah..

Layakkah kita mendapat pertolongan Allah?
Sesungguhnya kita tidak layak..
Tapi Allah Maha pengampun,pengasih lagi Maha penyayang..
Allah tetap membantu hamba2nya..
Subhanallah..

Muhasabah lah diri kita tiap2 hari..
Sebab we are not perfect, kta sntiasa mlakukan dosa..
Bertaubat lah tiap2 hari..
Sebab setiap manusia tdk terlepas dr mlakukan dosa..

*Segala yg baik sama2lah kita ambil pengajaran, segala yg buruk mohon maaf kan. Jika ada kesalahan mohon betulkan..
*Sebagai nasihat kepada saudara seagama islam..insyaallah..

Wallahualam:)


Saturday 25 October 2014

CINTA♡


Assalamualaikum...ツ


Wasalamullah..シ

BUKANKU PINTA

Assalamualaikum...

Sahabat...
♥Bukan ku pinta dilahirkan tanpa ibu dan ayah..
♥Bukan ku pinta dilahirkan dlm keadaan bukan islam..
♥Bukan ku pinta dilahirkan jahil dlm agama..
♥Bukan ku pinta mnjdi seorg yg tidak pandai mmbaca al-quran..
♥Bukan ku pinta mnjd org yg miskin ilmu pengetahuan..
♥Bukan ku pinta mnjd anak yg derhaka..
♥Bukan ku pinta mnjd seorg sahabat yg tidak mmberi cth yg baik..
♥Bukan ku pinta mnjd sahabat yg tidak menegur kesalahan sahabatnya....
Tapi
♡Aku sntiasa berdoa supaya dapat hidup dalam keluarga yg soleh dan solehah..
♡Aku sntiasa berdoa supaya hidup dan matiku dalam islam..
♡Aku sntiasa brdoa supaya ilmu agamaku sntiasa brtambah..
♡Aku sentiasa brdoa supaya mnjdi seorg yg sentiasa brpegang kepada al-quran dan sunnah..
♡Aku setiasa berdoa supaya mnjd org yg kaya dgn ilmu..
♡Aku sentiasa brdoa supaya mnjd anak yg soleh dan solehah..
♡Aku setiasa berdoa supaya aku dapat menjd sahabat yg sentiasa mmbimbing sahabat2ku..
♡Aku sentiasa berdoa supaya aku mnjd seorg sahabat yg berani menegur kesalahan sahabat2ku..
♡Aku berdoa agar ukhuwah kita kekal hingga ke syurga....aminnnnn...😢

Wasalamualaikum.😉

Ana or Aku

🌷Ana..
Satu ungkapan yg jarang didengar..
Jarang org gnakan pnggilan ni..
Klaw ada msti akn diejek org..
Padahal ia satu perkataan or panggilan diri yg indah n sopan...
Lembut ungkapannya..
Manis didengar..

🌷Aku...
Satu ungkapan yg slalu didengar..
Hampir smua remaja sekarang menggunakannya..
Sebagai ungkapan sepanjang hari..
Kasarnya tuturannya..
Semua menggemari n selesa menggunakannya..
Ia suatu perkataan yg biasa..
Kerap kali didengar..

🌹Apa bezanya 2 perkataan ini???
♥org yg mggunaknnya
     -ana=slalu digunakn olh org yg prnah                      mmpelajari bhasa arab or org yg                    mengetahui mksd ana dlm bhsa                      melayu..
             =digunakn olh org islam dgn                              saudara seagama
              =digunakn olh org islam apabila                       brtemu knalan baru trutamanya                     apabila knalan trsebut warak or                     lebih tua dri kta..
  -aku=slalu digunakn olh seseorg apabila                 brbual dgn kenalan rapat or lama..
          =digunakn apabla menyapa or brbual             dgn kenalan yg sebaya umur..

🌹Apa prsamaan 2 perkataan ni???
♡Merupakan kata gnti nma diri bg seseorg
♡Blh digunakn sesuai dgn keadaan dan            situasi mngikut kselesaan diri sseorg..

🌻Moral of the story:
Walau dimana pon kta brada jagalah tutur kata kita sbb prkataan 2 melambangkan peribadi sseorg.. why not kita guna ungkapan 'ana' bila brbual dgn rakan2.. xsalah menggunakn ungkapan 'aku' apabila brbual.. ikutlah keselesaan kita dan org yg kita berbual..
🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺
That all from me..
Klaw ada salah silap dlm entry ni mohon tunjuk kn..
Wallahualam..
Wasalamualaikum..
★☺👍★



Tuesday 21 October 2014

Reading♥♥♥

Must read a lot of books to upgrade your knowledge♡

Subhanallah

♥Allah tidak akan menguji seseorang  melainkan setimpal dengan kekuatan seseorang itu. ♥

Friday 6 June 2014

result exam


assalamualaikum....
all the best to all my frenz....
congrat 4 your result...
what ever we get, just accept it...
because allah lbih mngetahui apa yg trbaik utk kta....



igt lah stiap org pasti akn mncapai kjayaan dlm hidup nyaaa
insyaallah
jgn brputus asa....





Saturday 10 May 2014

Thursday 24 April 2014

^_^

assalamualaikum...
alhamdulillah......
just 1 paper ja lg.....
FIZIK^_^

apa yg pntg skrg, tawakal kpd Allah.....
utk paper2 yg dh jwb minggu lpas....
insyaallah,Allah akn bg yg trbaik utk kta...

kjayaan dunia e2 pnting...
tp always remember kjayaan akhirat e2 lbih pnting.....

apa pon brlaku, brsyukur la kpd Allah....
sbb Allah lebih mngetahui apa yg trbaik utk hamba2nya.....

klau kta blom brjaya skrg,igt lah Allah akn bg kta kjayaan 1 hari nnt....
klau kta brjaya skrg, brsyukur lah kpd Allah...n tgkatkn ktakwaan kpd Allah....

klau blom brjaya skrg,muhasabah lah diri slalu...
mgkin kta ni org yg slalu tangguh solat(melambat2kn solat)....
so Allah mlambatkn jgak kjayaan kta.....
mgkin kta akn jd org yg sombong....
sbb 2 Allah mlambatkn kjayaan utk kta....

waallahualam...
#klauadaygsalah,mohonbtolkn...

 

Sunday 13 April 2014

PSPM

ASSALAMUALAIKUM..


mcm2 dugaan yg dtg waktu stdy week ni....apa2 pon igt lah Allah lebih mngetahui apa yg trbaik utk hamba2nya.....ada hikmah disebalik masalah yg mnimpa kita.....

Saturday 12 April 2014

HATI


LUAHAN HATI.



"ya Allah peliharalah hatiku drpd mncintai slain engkau,
pliharalah hati ku drpd mncintai slain Rasullullah,
pliharalah hatiku drpd mncntai slain diriku,
pliharalah hatiku drpd mncntai slain ibu n ayah ku,
pliharalah hatiku drpd mncntai slain saudara2ku,
pliharalah hatiku drpd mncintai slain guru2ku,
pliharalh hati ku drpd mncintai slain shbt2ku,
pliharalah hatiku drpd mncintai slain saudara seprjuangnku,
pliharalah aku drpd mncintai AJNABI slain suamiku..."

Amin....

Sunday 23 March 2014

mumtahanah

assalamualaikum
al-mumtahanah.....
tahu x apa maksudnya....
td lpas subuh rsa sikit trsentuh bila tgok trjemahan ayt ni
"wanita yg diuji"
surah ttg "wanita yg diuji" ada di dlm al-quran
subhanallah
mgkin org lain dh lama tahu ttg surah ni
tp tba2 hati rasa trsentuh pg td.....
entah la...mgkin Allah nk bg kta semangat untuk trus mghadapi dgn sabar smua dugaan yg ditanggung
moga dipermdahkn sgala urusan...amin
insyaallah


Saturday 22 March 2014

SAHABAT

kawan yang bijak akan fikir dulu sblm brcakap sbb dy tkot kwnnya terasa dgn kata2nya...
kawan yg baik akn sedia mmaafkan ksalahan kwannya sbb dy tahu smua org ada mlakukan ksalahn...
kwan yg mmbawa ke syurga akn tegur kwannya bla kwannya buat salah sbb dy nk brsama2 dgn kawannya di syurga nnt.....
#kawankranaAllah

Friday 21 March 2014

WANITA

WANITA INSAN YG LEMAH, TPI ALLAH BG BANYAK KEISTIMEWAAN KEPADA WANITA

antara klebihan wanita:
*dikurniakan sifat penyayang n hati yg lembut, Allah mudah mnerima doanya.
*syurga seorang anak terletak di bawah telapak kaki ibu
*apabila seorang wanita taat kpd suaminya, menjaga solatnya n berpuasa, nescaya semua makhluk dilangit mendoakan utknya.
*apabila ia tidak tidur n berjaga malam kerana menjaga ank nya, nescaya Allah memberi ganjaran pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba.
*ganjaran bg wanita yg sedang mengandung, malaikat beristigfar untuknya.
*apabila dia sakit semasa bersalin, maka pahala jihat di berikan untuknya.

#brsyukurlah kerana dilahirkan sebagai seorang wanita


Saturday 15 March 2014

mmmmmmmmm

salamullah

best sangat bila tgok org pandai programming
teringit nk buat tp xreti
tp rasa seronok bila kawan sendiri dapat buat
insyaallah bila free nnt boleh belajar
so, bila kita ada klebihan dlm ssuatu bidang
jgn sia2kn.....but gunakn ke arah yg betul
conthnya sbgai medium dakwah.......
wasalam





Friday 14 March 2014

MATEMATIK....lemahnya aku!!!

Rintihan seorang sahabat(A) kepada sahabatnya(B)

A: B, ko free x?aku ada smething la nk cta kt ag....

B:insyaallah...aku free...awat ni?ag nmpak pucat ja...ag sakit ka?

A:aku sedih la....aku ni always dpat result mcm entah papa ja....tmbah pula subjek math.....td cg masok bg markah exam....taw x aku dpat markah paling redah.....aku rasa aku ni hina sgt....blajar mcm orang laen jgk....tp result aku lpas ke belakang.....

B:A jgn la mcm ni.....Allah uji kta sbb Allah tahu kita kuat....ag kena bersyukur taw...walaupon ag xpandai dalam math, ag masih diberi kelebihan ttg ilmu2 agama.... bkn mcm org laen...stiap org ada klebihan n klemahan dy.....aku suka tgok ag mcm ni....baik,pmurah,pandai bg kta semangat utk org,pandai baca quran......baik n rapat dgn ustaz2 n ustazah....aku sedih bila tgok ag merungut mcm ni bila Allah bg sikit ujian kt ag...

A terdiam n tiba2 air matanya mngalir

A: B trima ksih sbb sudi dgr masalah aku n bg nasihat n kata2 smangat kt aku....aku akn kuat kn smangat aku utk belajar n jd yg terbaik....insyaallah....

B trsenyum n bersyukur mendgr kta2 sahabtnya itu

PENGAJARAN
nowadays, students rmai yg mrungut n sedih bila dpat result yg rendah.....start dri pada ni.....cuba utk bersyukur walaupon dpat zero marks in your exam.....sbb Allah lbih mngetahui apa yg terbaik utk kta.....

wasalam;)