Friday 29 May 2015

ALHAMDULILLAH :')

Assalamualaikum.. mornink..
hari ni tetiba rasa tergerak hati untuk updated new post in my blog..
mungkin sebab aku rasa nak luahkan something dekat blog aku yang dah lama menyepi ni kott.. hehe

aku bersyukur sebab Allah still bagi dugaan pada aku.. ini bermakna Allah masih sayangkan aku..
aku gembira sebab dikelilingi sahabat yang dapat menjadi pendengar dan penasihat yang baik pada aku supaya aku tidak tercicir dalam membuat sesuatu keputusan..

Back to the main point.. sekarang baru aku betul-betul sedar, setiap makhluk yang bergelar manusia yang Allah ciptakan mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing. Walaupon pada pandangan kita, seseorang itu mempunyai banyak kelebihan dan banyak nikmat yang Allah pinjamkan pada nya... pastilah dia pun mempunyai kekurangan dan masalah yang perlu dihadapi..

sebab itu kita kena sentiasa bersyukur dengan apa yang kita miliki sekarang.. walaupon kita rasakan kita ni serba kekurangan.. itulah yang terbaik untuk kita.. sesungguhnya Allah lebih mengetahui dari makhluknya..

aku tak nafikan, ada ketika terdetik jugak persoalan "kenapa Allah bagi dugaan ni pada aku??" bila kembali kepada fikiran yang waras dan berfikir dari aspek positif, baru aku dapat muhasabah diri aku semula.. "Allah takkan duga seseorang itu melainkan sesuai dengan kemampuan seseorang itu"

Ingatlah sahabat:
Allah bagi masalah kat kita sebab Allah nak kita dekat dengannya.. so, kalau rasa berat sangat masalah yang dihadapi, cepat-cepat ambik wudu' and solat.. doalah.. nangislah.. mengadu pada Allah.. insyaallah kita akan kembali tenang dan dapat rasakan masalah yang kita hadapi taklah begitu berat jika dibandingkan dengan masyarakat Rohingya.. Allahu rabbi T_T



aku jugak bersyukur sebab dijadikan sebagai seorang wanita..
uniknya seseorang wanita itu, Allah kurniakan kekuatan yang luar biasa padanya.. Allah kurniakan hati yang lembut padanya.. Hati yang mudah tersentuh..
dugaan menjadi seorang wanita, supaya dapat menjaga hatinya dengan baik..
lumrah seseorang wanita, mudah menyayangi dan mencintai.. (mungkin jugak apa yang aku nyatakan salah sebab apa yang aku tulis ni berdasarkan apa yang aku rasakan.. sebab aku juga seorang wanita)

lemahnya kita sebagai perempuan jika kita tidak dapat melindungi diri kita dan hati kita daripada dicemari..
lemahnya kita...
kembalilah memohon bimbingan dan kekuatan pada Allah supaya kita dapat menjaga kehormatan dan martabat kita sebagai wanita..
wanita yang tidak mudah kecundang..
wanita yang tak mudah mencintai seseorang yang belum halal untuknya..
ingatlah.. cinta Allah itu lebih kita perlukan daripada cinta manusia.. jika tiada cinta Allah mana mungkin kita dapat hidup seperti sekarang ini..

Bergembira dan bersyukurlah.. dengan apa yang Allah pinjamkan pada kita sekarang..
moga coretan yang ringkas ini dapat memberi pembimbing kepada sesiapa yang memerlukan kata-kata semangat untuk menghadapi masalah yang dihadapi..
sama-samalah kita muhasabah diri supaya sentiasa berada dalam kasih sayang Allah..
aminnnn ya rabbal alamin...

~nhj





Saturday 2 May 2015

Aku Bersyukur:)

Assalamualaikum:)
Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah..

Alhamdulillah diberi kesempatan oleh Allah untuk menghidupkan blog kesayangan yang menjadi salah satu medium dakwah tika hidup di zaman teknologi ini.
Alhamdulillah selamat sampai ke UTM semalam.
Insyaallah aku nak kongsi serba sedikit ilmu dan pengalaman yang aku dapat baru-baru ni.

Dalam masa yang singkat, Allah telah mengajar aku untuk menjadi seorang insan yang lebih tabah dan berani.. Dan tika inilah aku tersedar dari mimpi ku yang panjang sebelum ni, aku mula bangun untuk mencapai keredhaan dari Allah insyaallah..
Aku tak mau mencapai keredhaan Allah seorang diri, sebab tu lah aku nak kongsi dengan sapa-sapa ja yang ingin mengetahui dan mengambil ibrah dari entry aku kali ni..

Tarbiah? Dakwah? Amal Jamaie? Sir Wa Haza?
Adakah aku sudah betol-betol paham apa semua ni?
Insyaallah dengan ilmu yang serba sedikit ini akan aku manfaatkan untuk dikongsi bersama..

Apa itu Tarbiah Islamiyah?
Tarbiah tu ialah pendidikan. Tarbiah Islamiyah pula usaha-usaha yang berterusan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT secara sempurna.
Okey. dah faham? belum eh..  ok, meh nak bagi contoh supaya kita lebih memahami istilah Tarbiah Islamiyah ni.
Seperti yang aku faham, contoh tarbiah islamiyah ni, apabila seseorang itu berusaha untuk mendekatkan diri kepada Allah seperti menunaikan solat, berpuasa, bersedekah, dengan niat lillahi taala dan seseorang itu berusaha melakukan ibadah tersebut sesempurna mungkin supaya ibadahnya diterima Allah..

Okey jom tengok apa pulak matlamat tarbiah?? 
Seperti yang aku belajar baru-baru ni. matlamat tarbiah ada 3:
1) Ta'alluq billah maksudnya kebergantungan kepada Allah.
 ~
[maksudnya di sini tarbiah islamiyah membuatkan seseorang itu sentiasa bergantung dengan Allah, sentiasa mengingati Allah dan memohon pertolongan dan perlindungan dari Allah.. means hubungan seseorang itu dengan Allah rapat]

2) membina insan muttaqin yang menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah.
~
[seseorang yang melalui proses tarbiah islamiyah akan lebih redha dengan segala yang berlaku dalam kehidupannya dan tidak mementingkan duniawi.]

3)melahirkan mukmin yang praktikal.

Jelaskan matlamat-matlamat tarbiah islamiyah? 
Kita boleh lihat ruang lingkup tarbiah dari 4 bahagian iaitu Tarbiah Ruhiyah, Tarbiyah Aqliyah, Tarbiah Jasadiyah, dan Tarbiah Siasiyah..

Tarbiah Ruhiyah..
Tarbiah ini lebih kepada individu. Tariyah yang berkaitan dengan dalaman seseorang.. lebih kepada ketuhanan..
Seperti solat 5 waktu, solat rawatib, solat tahajjud dan lain-lain..
Tarbiah Ruhiyah ni penting sebab seseorang akan menjadi kuat dan tabah apabila ruhnya kuat.

Tarbiah Aqliyah
Tarbiah ini berkaitan dengan akal fikiran.
Contohnya bila kita melihat ke langit pada waktu malam.. kita kaitkan keindahan alam dengan kebesaran Allah SWT. 
Selain itu, dengan membaca buku-buku ilmiah juga dapat mendorong kita untuk memikirkan kekuasaan Allah..

Tarbiah Jasadiyah
Tarbiah ini lebih kepada fizikal..
Contohnya dengan bersukan kita depat menyihatkan badan kita dan menjadi lebih cergas untuk beribadah kepada Allah..

Tarbiyah Siasiyah      
 Tarbiah ini lebih kepada masyarakat.
Contohnya dalam sesuatu organisasi, kita mentadbir negara dengan cara Islam.
Tarbiah ini penting untuk mencapai Ustaziatul A'lam iaitu tertegaknya islam di mata dunia.

Apa pula wasilah atau medium tarbiah? 
medium tarbiah terbahagi kepada 2 :
*nizomiyah (tarbiah yang berorganisasi seperti sekolah)
*non-nizomiyah (tarbiah yang tidak berstruktur atau berorganisasi). Seperti :
1) Usrah (Kumpulan kecil yang menerangkan tentang islam dan saling ingat mengingati. umpama satu family:) )
2) Katibah (seperti qiamullail)
3) rehlah/ jaulah (seperti berkelah)
4) daurah (kefahaman)
5)nadwah (seperti seminar)
6) mukhayyam/ tamrin (program outdoor selama beberapa hari) 
7) muktamar (seperti Annual Grand Meeting, AGM)

Nilah serba sedikit yang aku tahu tentang tarbiah. moga ilmu yang sedikit ini memberi manfaat pada semua.

"Jangan memandang orang dengan maksiat yang dia lakukan, tapi pandanglah seseorang dengan masa depannya." 



Wasalam:)