Friday 28 November 2014

GUTER FREUND

Assalamualaikum and hello!!!

Alhamdulillah, Allah kurniakan nikmat masa lapang hari ini untuk hidupkan blog kesayangan yang dah lama tak updated..(hehe..lama sgt)
"GUTER FREUND"?????
means good friend in German..
dulu pernah belajar perkataan German dengan kawan so boleh la tau sikit-sikit..  minat la jugak.. kalau tak tau pon boleh google translate ja.. :)

Apa ya yang nak kongsi hari ni?
Rasanya more kepada diri sendiri yang nak jadi kawan yang baik dan anak yang soleh/solehah kepada ibu bapa.

Hidup sebagai seorang pelajar (penuntut ilmu) memang tak pernah lepas dari memikirkan hal exam, test, quiz, assignment, dicussion, lab report, thesis, and macam-macam lagi..
tu satu hal..
lepas exam/test/quiz, fikir pulak pasal result
ada yang cakap 'ok ke result aku?'
ada jugak yang cakap 'alaaaa..soalan susahnya.. apa yang study tak masuk pon!!'
ada jugak yang cakap 'alhamdulillah..'
ada jugak yang cakap 'hmm lepas ni kena  study betol-betol ni!'
and macam-macam lagi yang keluar dari mulut kita, yang bezanya perkataan baik or buruk..

Ni la sikap majority student sekarang..
Lebih pentingkan result exam daripada ilmu yang berkat..
sebab tu la ada yang meniru..macam-macam idea.... macam-macam tips... just untuk meniru..



So hari ni, tukar la niat kita..ingat balik apa niat utama kita..
"Ya Allah, aku menuntut ilmu kerana mu ya Allah.."
itu la niat utama kita.. kalau kita dah pegang kukuh niat ni insyaallah semua urusan dipermudahkan.. exam dipermudahkan.. test dipermudahkan.. quiz dipermudahkan..semuanya akan dipermudahkan.. insyaallah..



Kalau kita dah betul-betul pegang and ingat niat utama kita, insyaallah apa-apa pon result yang kita dapat kita akan terima dengan hati yang terbuka.. kita akan sentiasa bersyukur kepada Allah walaupon kita failed..

sebab apa pulak nak bersyukur kalau failed??????
sebab kita tahu Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita..
mungkin kalau kita cemerlang sekarang, kita akan rasa diri kita pandai dan terus tak focus kepada pelajaran..
mungkin kalau kita cemerlang sekarang, kita akan jadi seorang yang sombong..
sebab itu Allah tangguh kejayaan kita, supaya sekarang kita jadi orang yang gigih berusaha dan tak pernah putus asa..
Yakin la kita pasti akan berjaya satu hari nanti..

Sebab apa Allah tolong orang yang belajar kerana Allah??
sebab orang yang belajar kerana Allah akan sentiasa mengingati Allah dalam setiap perbuatannya..
cth?
bila nak start belajar, baca bismillah dan doa belajar supaya apa yang kita study hari ni diberkati..
bila dapat jawab soalan yang dibuat, ucap Alhamdulillah.
bila tak dapat jawab soalan yang susah, rujuk kepada kawan atau guru, ucap terima kasih kepada mereka sebab membantu walaupun soalan yang kita tanya kawan kita pon xpandai nak selesaikan..
bila selesai study, ucap Alhamdulillah..
bila dengar azan waktu study, berhenti belajar dan terus bergerak untuk solat..



ingat la apa pon yang kita buat sentiasa mendahulukan Allah, insyaallah kita akan berjaya dunia dan akhirat..amin..

wasalam :)

~Ya Allah! Today I woke up. I am healthy. I am alive. I finished updated my blog. Thank you:)








Friday 7 November 2014

FESTIVAL CONVO UTM KE-53





Assalamualaikum:)

Alhamdulillah.. syukur sgt sbb diberikan waktu lapang utk update my beloved blog..
Post hari ni bukan nak cerita tentang convo sebab sy baru tahun satu nak convo apa awal sangat..
Belajar pon baru ciput (sikit) ja..
Tapi just nak kongsi perasaan bila jadi student yang terlibat secara tak langsung..haha



First sekali rasa terkejut jugak sebab dapat mesej dari kak senior kat sini yang MSI MART(Masjid UTM Mart) memerlukan student yang nak bekerja di MSI MART pada hari Convo nnt..
So sy and 2 org kawan, tiqah and bibah pon menawarkan diri untuk membantu..
Kami berkhidmat dengan MSI MART semalam 2 hari ja..
But kami dapat banyak pengalaman disamping dapat gaji..hehehehe.. walaupun RM33 ja.. Tapi sy dapat rasakan duit dengan usaha kerja sendiri..

Hari first keja:
Hari ni baru reheasel utk convo

  • Dapat tahu serba sedikit apa yang perlu dibuat.. Contohnya keluarkan baju, tudung, jubah, t-shirt, kerepek dan macam-macam lagi dari stor.
  • Dapat tahu harga barang-barang yang dijuai di MSI MART.
  • Dapat pengalaman melayan pelanggan.
Hari second keja:
Hari convo pelajar master and PHD
  • Hari ni tak ramai sangat pelanggan sebab semuanya sibuk didewan lagipon kedudukan MSI MART tak ramai yang tahu sebab tempatnya agak tertutup.
  • Semuanya berjalan seperti hari first.. tapi hari ni lebih banyak makanan yang dijual seperti burger ayam, burger daging, kebab ayam, kebab daging, nasi lemak, roti dan banyak lagi..
  • Di sebabkan tak ramai pelanggan sy and tiqah ambik keputusan nak jual sambil berjalan.. So kami pon berjalan la sambil bawa burger and kebab dalam bekas.. Haha.. Lawak betul.. Semua orang tengok.. Aduhhh tak terfikir malu sebelum promote diri nak menjual sambil jalan dekat kak bee tadi..Huhuhu
  • Smpai je depan DSI (Dewan UTM) ramai betul orang.. sy and tiqah rasa macam nak batalkan ja niat untuk menjual.. Tapi kami terus kan jugak..
  • First tempat yang kami duduk agak terlindung.. Tak dak pon orang nak beli.. Huhu.. Kami cuba juga cari tempat yang terbuka sikit.. tapi semuanya penuh..
  • Sampai la selesai majlis convo and pelajar2 master and PHD keluar dari DSI.. Alhamdulillah ada seorang abang yang beli 2 burger yang kami jual.. Mungkin lapar sebab lama sangat kat dalam DSI..
  • Kemudian tiqah mencari tempat yang lebih terbuka and strategik untuk jual semua burger ni..
  • So kami pon berpindah ke tempat yang menjadi laluan orang ramai..
  • Waktu khusyuk menjual tiba-tiba ternampak Dr Hafiz berhadapan dengan kami.. Ya Allah malunyaaaaaaaaaaaaa... Pengetua senyum ja tengok kami menjual kat laluan orang ramai..hahahahahahaha... Lawak betul... Tak sangka boleh jumpa Pengetua kat sini..hehe
  • Yang best sekali, kami jumpa and sempat berbual dengan seorang abang dari Sabah.. Kebetulan dia lah pembeli paling banyak burger kat kami..hhehe.. So abang tu pon cerita serba sedikit tentang dirinya..
  • Dia seorang student engineering jugak.. dia sekarang Engineer bahagian Petroleum, Bahan mentah.. (Delium)
  • Abang tu cakap walaupon adik-adik ambik kos Elektrik adik still boleh pergi ke bidang petroleum..so jangan sempitkan pemikiran or skop adik
  • Dia jugak cakap dia datang sini untuk Convo kakak ipar dia yang ambik PHD..
  • Wahhh family depa memang sporting and peramah..
tu la serba sedikit pengalaman Convo masa sy first years..
hehe..thats all..
always in my memory..
wasalam:)


YAYASAN TENAGA NASIONAL (YTN)

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh..

Alhamdulillah rezeki dari Allah.. sy mendapat biasiswa YTN yang telah diumumkan baru-baru ni..
So sy nak kongsi serba sdikit tentang pengalaman dan persediaan sy sebelum, semasa n selepas interview YTN..

Selepas habis matrik (KMPK), sperti kwn2 sy yg lain jgk, sy mula search biasiswa apa yg available utk sy apply...
Satu hari ada kawan yg menyiarkn pic ttg biasiwa YTN yg baru ja dibuka utk pelajar yg ingin menyambng pengajian di IPTA..
So sy pon try apply YTN walaupon sy mmg xtrfikir nk apply YTN pd mulanya.. Sy cuma nk apply JPA only.. Tp lepas brbincang dgn ibu n ayah, ayah syorkan sy utk apply..
Jd sy pon apply.. dkat laman web YTN...

Tak berapa lama kemudian sy pon memulakn pengajian di UTM..
Sy dpat tahu sy dipilih utk menghadiri intrview YTN tak lama lg..
Sy bersyukur kerana mnjd salah seorg yg terpilih ke intrview trsebut..
Sy trdengar kwn baru sy di UTM mengatakan bahawa interview trsebut akan dibuat di Selangor.. Sy mula risau dan macam2 perkara yg sy fikir..
"Mcmmna nk p intrview nnt?" "nak naik apa?" "xkan nk suruh ayah dari kedah dtg johor semata2 nk hantar aku pegi intrview kt selangor?"
Mcm2 lg soalan yg entah apa2 yg sy trfikir..
Sy mula cari kwn2 yg dpt intrview YTN jgk.. Alhamdulillah ada kawan sebelah bilik yg dpt jugak intrvw trsebut..
So klaw apa2 nnt ada jgk kawan yg boleh kita rujuk..

Tak brapa lama kmudian.. sy n kawan sy dpt msg dri pihak YTN tentang intrvw trsebut..
Alhamdulillah sy brsyukur sgt bila intrview 2 akan diadakan di UTM.. so tak payah la fikir nk pegi Selangor lg..

Hari sebelum interview.. Sy n kawan mula buat preparation utk esk.. kmi mula cari serba sikit maklumat ttg YTN and TNB.. kami juga ada baca blog people yg ada pengalaman interview YTN..
Dari blog2 tu la kmi dpat tahu serba sikit apa yg perlu kami sdiakan..

Persediaan yg sy buat:
  • kenalkan diri dlm BM [nama, umur, asal, belajar di mana, jurusan apa, nama ayah n ibu, umur ayah n ibu, pekerjaan ayah n ibu, motto hidup n apa2 lg yg pnting..]
  • kenalkan diri dlm BI [sama jgk dgn BM]
  • pencapaian/kejayaan waktu sekolah dulu in BM n BI..
  • kena ada ayat promote diri sikit.. cth crita la apa kelebihan kita tp jgn la tipu..
  • cari maklumat yg berkaitan dgn bidang yg diambil.. cth electical engineering "Sapa org 1st jadi engineer in electric kat malaysia?"
  • cari maklumat ttg YTN n TNB.. cth CEB, NEB, TNB..
Tiba lah hari yg dinantikan.. Waktu intrview YTN bertindih dgn jadual klas circuit theory.. ni la kli pertama ponteng klas kt UTM.. mmg takot sbb nnt xdpat nk follow circuit theory.. tp nk buat macammna trpaksa la ponteng jgk..

Smpai ja dkat HEMA.. kmi tggu dikerusi depan kaunter mendaftar.. lpas daftar kita akn dapat no gilirn masing2.. n kna snap pic utk kgunaan pihak YTN..
Lama jgk kmi tggu sbb sblom 2 waktu lunch..
So kmi smpat la buat preparation trakhir.. ada jgk dgar kawan yg nak intrview jgk ckp nnt depa tanya apa sumber tenaga yg boleh menggantikan fossil fuel yg akn habis xlama lg?
Sy n kawan trus trdiam.. mcm ni ka soalan.. kami xprepare apa pon berkenaan isu2 semasa.. Just tau mcm 2 je la..
Wktu yg suntuk tu la kmi bincang sesama kami..

No sy n kawan dipanggil utk msok ke bilik interview.. interview secara berkumpulan.. kebetulan sy n kawan dpat intrview group yg sama..

Masuk ja bilik interview ada 3 org panel, 2 org lelaki n 1 perempuan..
Kami duduk di kerusi yang disediakan..
So ketua panel ada bg penerangan sedikit and that the panel said to me, "Ok sila kenalkan serba sedikit ttg diri kamu mula dari awak"..
panel tersebut menanyakan soalan dalam BM, tp kami tahu dy ign kami introduce diri dlm BI melalui penerangannya diawal td..
So sy start brcakap all about my self.. diikuti olh kawan2 yg lain..

Soalan seterusnya melibatkan isu2 semasa ttg YTN n TNB..
Kami menjawab berdasarkan pengetahuan dan pemikiran masing2 in English..
Agak banyak jugak soalan yg mencabar..
Selesai sja intrview kmi dibenarkan keluar..
Sy brsyukur kerana dpat jugak jwb soalan panel2 trsebut walaupon xbnyak..
Sy cuma bertawakkal kpd Allah sbb sy rsa sy dh buat semampu yg blh..
Bismillah hitawakkal tualallah..

Intrview dh pon habis yg tiggal skarang berdoa dan minta yg trbaik dri Allah..
Ya Allah jika itu yg trbaik utk ku, permudahkan lah.. jika itu bukan utk ku, aku trima Ya Allah sesungguhnya engkaulah yg maha mengetahui..

Dan Alhamdulillah.. baru2 ni sy terima email dari pihak YTN..
'Sukacita dimaklumkan bahawa anda telah berjaya terpilih bagi bantuan pendidikan berbentuk BIASISWA di IPTA tajaan YTN bagi kemasukan September tahun 2014.'

Harap coretan yg simple ni dapat bantu adik2 or kwn2 yg akn apply YTN nnt..
wasalam;)



Tuesday 4 November 2014

Episod Hari Ini





Assalamualaikum..

Alhamdulillah dapat mulakan pagi ni dengan baik..
Hari ni hari rabu n merupakan hari plg best dan relaks sebab kelas utk hri ni just 1class only...
Lepas kelas insyaallah kami akan bergerak rmai2 ke Fesco.. Yela hari ni kan hari terakhir Festa Convo..


Harap dapat faham circuit theory utk hri ni.. amin..
Circuit Theory utk hri ni msti blajar tajuk baru..huhu..harap sgt dpt follow...



thats all for today
tq:)