Saturday 28 March 2020

Final Year Project (FYP)

Assalamualaikum and morning all :)

Ok harini niena ingat nak kongsi serba sikit pasal FYP niena masa degree dulu. Actually niena ambik entry nie daripada entry yang niena dah draft lama masa tengah buat FYP dulu but tak sempat nak siapkan dan post sebab mungkin stress sangat dengan FYP time tu. hehehehe

Tak sangka dah almost setahun tinggalkan negeri Johor. 4 tahun merantau kat sana, masa tu memang susah sangat nak balik kedah. But niena tak pernah menyesal dapat belajar kat sana, sebab masa tu rasa independent sangat. Luckily ada kawan-kawan yang always create memory together. hehehe

Alhamdullilah, angan-angan nak kerja area Utara dimakbulkan, walaupun dapat kerja di Perak bukan Kedah, but bersyukur sangat at least takda la jauh sangat nak balik Kedah kan. Ok, persoalan di entry semalam dah ada jawapan, selepas godek-godek entry yang berhabuk di dalam Draft blog niena. The answer is Capstone Project korang akan alami pada first semester during Forth year. Dalam masa yang sama juga, korang dah start dengan FYP part 1, maksudnya dah start cari tajuk sendiri and rough idea untuk FYP.

Jom kita compare dulu Capstone dengan FYP. Capstone? Macam yang niena mention di entry sebelum ni. Capstone is a group project, lebih kurang macam Lab project. But, untuk project ni korang must comeout with hardware product. Each group akan ada seorang mentor, means lecturer yang akan guide korang. Korang juga siap diberi schedule for every week task must be done.
FYP pulak? Macam yang korang dah sedia maklum, FYP is independent project. Korang boleh pilih samaada nak buat hardware or software. Schedule pun kena pandai-pandai arrange sendiri. Tak pandai arrange kerja merana lah korang masa last minit preparation nanti. Silap alamat kena extend semester only for FYP. huwaaaaaa itu yang kita takmahu sangat.

Ok back to our main topic, FYP. Apa title yang dipilih niena masa tu yep? Jeng jeng jeng.


Lama juga niena brainstorm cari idea masa tu, semester satu berlalu macam tu je sebab cari idea xjumpa-jumpa, lari mana entah. But alhamdulillah bantuan daripada lecturer-lecturer yang banyak sangat membantu, before end of semester niena finalise my FYP title; OPTIMAL LOCATION OF DISTRIBUTED GENERATOR FOR POWER LOSS REDUCTION VIA PARTICLE SWARM OPTIMIZATION. Apa benda pulak nih??? haha. Hokay-okay jangan gelabah, sabar je dulu. Let's me explain sikit-sikit, sampai hampa faham nah.

FYP niena ni dah terang lagi bersuluh, of course no hardware but 100% software programming. Using MATLAB software. Bagi niena, software lagi mencabar dari buat hardware sebabnya banyak kena pening kepala fikir how to program and paling mencabar bila masa nak present nanti risau program tersebut tetiba error, hah sudah.

Ok secara kasarnya, FYP project niena ni, niena cuba untuk find optimal location for DG (senang faham macam Genset) to reduce power loss dalam bus system. Method yang niena guna ialah PSO. So using PSO nie niena kena program dalam MATLAB supaya program tersebut boleh run dan cari location mana yang sesuai untuk reduce power losses. Haa dah dapat bayang-bayangkan pasal project yang niena buat nie kan.

Nak share paper FYP pon dah tak jumpa dah simpan kat mana, but kalau korang nak rujuk in details boleh cari dekat portal UTM untuk cari paper rujukan. Sebab niena ada upload di situ. Atau kalau nak rujuk lagi details boleh je ke library FKE untuk pinjam buku FYP senior-senior yang dah submit kat situ. Macam-macam title korang boleh rujuk.

Before niena tutup entry nie, niena share gift sikit la sebab tiba-tiba terjumpa slide presentation FYP yang susah payah hias bagi comel-comel (maybe niena je yang perasan slide nie comel. haha) kot-kot lah berguna pada yang tengah cari idea nak masukkan apa dalam slide presentation FYP korang kan.
Semoga bermanfaat dan korang guna dengan cara yang baik.



Ok all, thanks for your time, reading my entry. See you soon.

Assalamualaikum dan bubye, stay healthy key!

No comments: