Friday 19 December 2014

Kebahagiaan sebenar





Assalamualaikum and hello everyone:)

Alhamdulillah atas segala nikmat yang Allah berikan:)

Hari ni excited sangat nak updated blog sebab nak kongsi cerita semalam.
Semalam nina and friends pecah rekod makan sebab langsung tak turun makan kat kafe and just duduk kat bilik seharian sampai boring. huhu.
Sebab semalam semua orang kat sini makan special. hehe
Sarapan kami makan roti with tuna and milo panas. room made.. Buat breakfast kat bilik Aimy (kawan)..
Tengahhari pulak call delivery.. kami makan KFC.eat together at Atiqah's room. huhu
Petang pulak call delivery UTM.. makan coklat balang.. delivery sampai bilik.. ni yang paling terbaik... haha




Hari ni nak kongsi juga pendapat tentang budak-budak zaman sekarang.. zaman IT.. zaman banyaknya laman sosial.. whasapp la.. weechat la.. instagram laa.. facebook laaa.. twitter laa.. and many many many more:)
Memang cabaran kita yang hidup zaman ni..
Image umat Islam boleh tercalar bila kita terlalu terpengaruh dengan laman-laman sosial yang ada sekarang..
Bukan nina maksudkan kita tak boleh guna laman-laman sosial yang ada sekarang, tapi perlu ada batas dalam menggunakannya..

Contohnya penggunaan weechat.. ada yang bercinta dalam weechat padahal tak kenal antara satu sama lain.. perlu ke dik? Masalahnya sekarang golongan yang selalu gunakan laman sosial ni boleh la dikatakan still kanak-kanak.. Golongan sekolah menengah dah pandai buat benda-benda pelik kat weechat.. Active user in weechat..
Hmm.. tak tau nak cakap but just nak semua sedar gunala kemudahan yang ada sebaiknya.. Jangan gunakan sesuatu kemudahan yang akan memudaratkan diri sendiri..
Kalau nak buat sesuatu, fikirkan Allah terlebih dahulu.. Allah suka or murka dengan perbuatan kita..
Then, adik kena fikir jugak tentang mak ayah kita.. Salah mereka ka tak beri pendidikan agama secukupnya kat kita.. Walaupun mereka tak bagi pendidikan agama kat  kita, still salah kita..Sebab apa, sebab kita tak dak usaha nak cari or nak join program-program keagamaan..
Ingat la apa-apa yang berlaku jangan salahkan orang lain, salahkan diri sendiri dahulu supaya kita dapat perbaiki kesalahan tersebut. Dan sentiasa ingat kita ni insan yang lemah dan sering melakukan dosa.

Bukan nak marah cuma nak tegur sebab manusia ni selalu terlupa and leka dengan dunia..
Jangan asyik mengejar dunia sampai lupa nak kejar akhirat..

Pesanan dan ingatan buat diri sendiri dan kawan-kawan:
"Jangan segan berdoa dan melafazkan taubat kepada Allah."
from status FB (Hafiz Hamidun)

Semua orang pernah melakukan kesalahan sebab kita semua tak perfect..
Bila kita tersedar dari kesilapan, cepat-cepat lah bertaubat kepada Allah..
Allah maha pengampun lagi maha pengasih..
Isyaallah moga taubat kita diterima Allah dan doa kita dimakbulkan Allah..
Amin..

Sekadar perkongsian dari diri yang lemah ini.. Moga entry yang serba sikit ini dapat memberi manfaat kepada semua terutamanya diri sendiri:)

Always remember :

"kebahagiaan sebenar kita apabila Allah tidak hilang dari hati kita:)"





Wasalam:)




Thursday 18 December 2014

JADILAH YANG TERBAIK






Assalamualaikum and hello...

Alhamdulillah Allah still bagi kesempatan untuk kita hidup hari ini..
Alhamdulillah dengan nikmat masa lapang yang Allah beri dapat juga updated blog untuk minggu ni..

Hari ni just nak kongsi story-story yang nina rasa menarik sepanjang minggu ni.. insyaallah:)



first sekali nak kongsi pendapat sikit,
hari khamis semalam, waktu kelas dinamika with Sir Aidil Adha..
Sir ada kongsi something,cth ayat yang seakan-akan dengan ayat sir
"Kita ni merupakan golongan terpelajar, tapi dekat luar sana ramai orang yang terlibat dengan gejala sosial and jenayah cthnya kes pecah rumah.. Kes-kes macam ni melibatkan budak belasan tahun.
Depa ni tidak ada kesedaran dan tidak tahu kelebihan yang ada pada diri masing-masing, sebab itu kita sebagai golongan terpelajar perlu memainkan peranan supaya golongan ni dapat diselamatkan"..
Lepas ja dengar ayat sir ni, tiba-tiba terfikir, betol apa yang sir cakap.. kita kena adakan program yang melibatkan golongan yang seperti ini.. contohnya streat dakwah dekat kawasan mat-mat rempit..
Tapi program dakwah ni mungkin tak sesuai untuk perempuan, tapi kaum lelaki kena mainkan peranan ni. Just cadangan and pandangan sendiri lepas dengar kata-kata sir masa kelas terakhir untuk sem ni..

Second, nak kongsi buku yang akan dikeluarkan oleh Karangkraf bulan 2 nanti.. yang ditulis oleh Sir Aidil Adha sendiri.. Tajuknya "Dari Andalusia ke Amerika"..
Nina dapat la tahu serba sedikit apa yang berkaitan dengan tajuk ni dengan melawat blog yang ada diceritakan "Sejarah yang digelapkan : Islam di Amerika."

Pastu nak kongsi la sikit program-program yang menarik yang akan run pada bulan 3 nanti di UTM.
Iaitu Program I-Festivel.. Insyaallah akan dijalankan selama 5 hari bermula pada 4/3/2015 hingga 8/3/2015..
insyaallah pelbagai aktiviti or program yang menarik akan dijalankan contohnya aktiviti memanah, Forum Perdana with Ustaz Kazim Elias, Autoshow (superbike and antik car), pertandingan mewarna to all children yang 12 tahun kebawah, 30 minit bersama Ustaz Don Danial with TV Al-Hijrah, soccer, Larian Amal, Kempen Derma Darah, Untukmu Wanita with Profesor Dr Muhaya, pertandingan Video Grafi, Forum with Mufti Wilayah and Mufti Johor Rakaman ikim fm, Teh Tarik terbuka Johor, Klinik Tajwid, Tarbiah Sentap, Perintis Ummah (juara : RM 2500), Musabaqoh, pertandingan Nasyeed, dan Gempaq..
Insyaallah semua program tersebut akan diusahakan supaya berjaya dijalankan pada bulan 3 nanti:)

And the last one, I wish good luck for all my friends for our final next week.
Buatlah yang terbaik, insyaallah dengan pertolongan Allah kejayaan akan jadi milik kita..



wasalam:)



Friday 12 December 2014

Indahnya Cinta Lillahi Ta'ala:)






Assalamualaikum and hello..
Alhamdulillah kita masih diberi kesempatan untuk hidup kat dunia ini..
Alhamdulillah dengan segala nikmat yang Allah kurniakan..



Feeling happy sebab dapat updated blog pada hari ini..



Awal pagi tadi 'terbaca' (hehe) entry seorang sahabat..
Alhamdulillah dapat serba sedikit pengajaran dari entry yang ditulis.

Aku bersyukur sebab dapat kenal dengan ramai kenalan yang banyak memberi aku inspirasi dan contoh teladan yang baik..
Bukan senang nak consistent jadi baik.. I means sentiasa melakukan kebaikan, ibadah-ibadah sunat, husnul zon dengan orang and seumpama dengannya..
Tapi melalui sahabat and family la kita dapat kekuatan untuk cuba consistent or istiqomah dengan semua amalan-amalan sunnah..

Semua orang tak perfect tapi cuba la untuk jadi yang terbaik..
Walaupun susah nak jadi yang terbaik di mata manusia, tapi jadi la yang terbaik di sisi Allah..
Itu yang paling penting..
Apapun yang kita nak buat jangan fikir apa orang kata, tapi fikir Allah murka atau suka dengan perbuatan kita..

Kat sini aku nak kongsi jugak tentang student yang selalu stay up and student yang tidur awal pastu study waktu pagi..
hampa semua student yang macam mana?
Bukan nak cerita tentang keburukan and kebaikan stay up or study awal pagi..
sebab tu semua kita boleh ja google kalau kita betul-betul nak tau..
Tapi just nak kongsi pendapat..

Apa yang hampa dapat sebenarnya kalau stay up?
*dapat siap kan assignment, esok dah kena hantaq..
 [perlu ke? sapa suruh buat keja last minit? ]
*sebab esok kan nak final exam dah.. kena la stay up..
[confirm ke boleh jawab semua soalan esk kalau stay up?]
*sebab tak boleh tidoq la..
[krik2.. ada jugak orang macam ni.. sapa suruh minum nescafe? sapa suruh tidoq lama sangat waktu siang?]
*and bermacam-macam lagi sebab orang stay up

Salah ka kalau kita stay up?
~aku tak pernah kata stay up tu salah..
 memang tak salah kita stay up..
 tak mau tidoq terus pon tak pa..
 TAPI
 ag bangun sembahyang subuh ka dak?
 pukul berapa ag sembahyang subuh?
 pukul 7? pukul 8? pukul 9?
 sembahyang subuh ka dhuha?

Please la fikir sendiri benda-benda macam ni..
tak kesian kat diri sendiri ka?
tak kesian kat roomate ka?
tak pasal-pasal nanti kena heret ke neraka sebab roomate sendiri tak bangun subuh..

Kan bagus kalau sama-sama tido awal and bangun awal pagi untuk study..
sekali gus boleh buat solat tahajjud sama-sama..

Ikhlas la  dalam menuntut ilmu insyaallah Allah akan mempermudahkan segala urusan kita..
Dahulukan Allah dalam semua hal..
Even esok nak final exam.. kena study betol-betol.. tak boleh tido.. tak boleh sembang.. tak boleh tengok movie.. tak boleh main phone..
TAPI jangan sampai tak sempat nak solat..jangan sampai tak sempat nak baca Quran.. jangan sampai tak sempat nak join Usrah.. jangan sampai tinggalkan majis-majlis ilmu..
Ingat result exam bukan boleh jamin kita masuk syurga..
Tapi buat la yang terbaik dalam final exam..
Ingat la Allah sentiasa bersama kita..
Jika kita tidak tinggalkan Allah, Allah akan bantu kita..

Sekadar teguran dan pandangan..
Insyaallah bermanfaat untuk semua..
Ambil yang baik, buang yang buruk..
Sama-sama perbaiki diri insyaallah berjaya dunia akhirat..

Good luck for all my friends..
for our final exam..
Do the best in final..


 Wasalam:)

Wednesday 10 December 2014

Hebatnya Ikatan Persahabatan

Assalamualaikum and good evening..

Hmm xtaw nak kongsi apa sebenaqnya.. tapi alang-alang dah boleh connect dengan wifi UTM yang  limited ni, trus je la updated blog ni yang dah lama menyepi. maklumlah minggu ni buzy dengan segala macam assignment yang kena submit sebelum study week..

Haa.. saya nak kongsi sikit tentang pengisian usrah semalam bersama Kak Anis :)
Walaupun tak ramai yang dapat hadir semalam tapi alhamdulillah usrah berjalan seperti biasa.
Harap lepas ni ramai lagi yang dapat hadir..

Tajuk usrah semalam "Ukhuwah Islamiyah" (ikatan persaudaraan berlandaskan islam)

Just nak kongsi sikit pengisian yang penting bagi saya. Dan saya rasa semua orang perlu tahu dan amalkan nya. Iaitu Rukun Ukhuwah.
Rukun Ukhuwah ada 3:
  • bersangka baik (level yang paling rendah)
  • berlapang dada (level sederhana)
  • melebihkan sahabat (level yang paling tinggi)
Tiga rukun ni amat penting dalam bersahabat.
Cuba renungkan kita sekarang di level yang mana? adakah di level yang paling tinggi?
Level yang paling rendah pon belum tentu kita boleh buat.

Contoh:
Kawan tak datang kelas. So apa yang kita fikir tentang kawan kita?
  1. Ala tidoq lambat la tu semalam, pastu tak mai kelas
  2. ponteng ja tau budak tu
  3. Apala depa ni, kelas tak mau mai
Pernahkah kita fikir seperti ni?
  1. Dia sakit kot sebab tu tak mai kelas.
  2. Sat lagi dia mai la tu
  3. Ada hal yang lebih penting yang nak diuruskan tu
Renung-renungkan lah seketika:)
moga bermanfaat untuk diri sendiri dan sahabat

That's all for today..
insyaallah jika diberi peluang dan kesempatan nanti blog ni akan terus dihidupkan dengan benda-benda yang bermanfaat insyaallah.
dah2 jom study, final dah dekat:)
 Assalamualaikum