Friday 5 February 2021

AKTIVITI PETANG SEMASA PKP

 Assalamualaikum dan salam sejahtera

Happy weekend semua. Hopefully semua dalam keadaan sihat dan dijauhkan dari jangkitan COVID19. Semestinya kita semua yang jauh daripada family memang tengah rindu sangat nak balik ke kampung kan. Semoga keadaan sekarang kembali pulih seperti sebelum ni, inshaAllah.

Hari ni nina nak share sikit tentang aktiviti petang di rumah semasa PKP ni, special untuk orang yang tengah nak turunkan berat badan macam nina. Kalau ikutkan kiraan, dah lebih kurang 2 weeks nina start aktiviti keluarkan peluh ni. Disebabkan terlalu lama bela lemak tepu dalam badan sebelum ni. Jadi walaupun ada hari yang penat sangat dengan kerja, nina paksa juga diri ni untuk buat senaman at least 20 minit.

Untuk waktu petang nina just buat senaman zumba. Nina cari ja di youtube zumba yang senang untuk follow step by step. Mula-mula tu risau juga sebab sebelum ni ada la dengar-dengar cerita, berzumba ni kalau nanti kita stop secara tiba-tiba akan menaikkan lagi berat badan kita. Tapi bila difikirkan balik, daripada terus biarkan tanpa lakukan apa-apa aktiviti pun sama ja dengan membiarkan berat naik lagi daripada sedia kala. Jadi sebab tu la nina pilih untuk teruskan senaman zumba ni tiap-tiap petang, at least kita dapat keluarkan peluh tiap-tiap hari. Kalau tak turun berat dalam masa yang singkat pun xpa, janji kita dah ubah cara hidup kita ke arah yang lebih sihat. So, inshaAllah berat kita akan turun sikit-sikit.

Sejak akhir-akhir ni memang nina selalu cari info-info berkenaan berat badan, antara info yang nina jumpa ialah berkenaan sarapan pagi. Satu article ni ada menyatakan salah satu sebab berat badan kita naik adalah apabila kita selalu skip breakfast. Bila fikirkan balik, nina memang jarang ambil breakfast. Kadang-kadang ja nina akan makan pagi. Mostly nina akan makan tengah hari ja terus, no breakfast. Jadi, nina baru cuba untuk tidak tinggalkan breakfast, walaupun awal-awal tu macam tak selera juga nak makan pagi-pagi, but lama-lama rasa macam lapar je kalau tak makan pagi.

Maaf la sebab dah melencong pula ke bab makan, hehe. Jadi kat sini sebenarnya nina nak utarakan, disamping kita amalkan senaman-senama untuk turunkan berat badan, kita juga kena jaga pemakanan. Macam nina, nina mulakan sikit-sikit step yang nina rasa nina boleh follow. Kalau korang rasa malas nak lakukan zumba, korang boleh ja pilih aktiviti lain yang sesuai sebab banyak lagi jenis senaman yang kita boleh buat indoor ja.

Haa, satu lagi, korang jangan cepat stress kalau berat korang lambat turun selepas beberapa minggu lakukan senaman secara consistent sebab setiap orang berlainan jangka masa yang diambil untuk turunkan berat badan. Just be happy dan jangan pressure sangat okay. At least awal-awal ni korang dapat maintain dulu korang punya berat supaya tidak terus meningkat. InshaAllah lama kelamaan berat korang akan turun sikit-sikit.

Korang boleh juga rujuk post nina sebelum ini https://nurhusniena.blogspot.com/2021/01/macammana-nak-turunkan-berat-badan.html dan https://nurhusniena.blogspot.com/2021/01/5-senaman-pagi-untuk-kecilkan-kaki.html untuk makluman tambahan semasa nina mula untuk turunkan berat badan. Semoga kita dapat sama-sama kurus semula. Amin.

See you again next time. Assalamualaikum, bubye.