Wednesday 8 July 2015

Cherita Hari Ini

Assalamualaikum:)

Rasa macam lama sangat tak kongsi cerita dekat sini sejak balik rumah ni..hehehe..
Maklumlah sibuk bercuti..
Hari ni aku just nak kongsi satu cerita yang aku baru terbaca pagi tadi.. cerita ni bagi aku banyak bagi manfaat dan pengajaran terutamanya kepada kita ni yang suka sangat bersangka buruk kepada orang.. tambahan pula kalau kita nampak sesuatu yang buruk di depan mata.. kita menghukum seseorang sebelum kita menyiasat kesahihannya terlebih dahulu..
jom sama-sama ambik pengajaran dengan cerita yang aku nak kongsi ni..



Aku memandu kereta menuju ke rumah dengan di temani ayah tercinta.. lampu isyarat bertukar warna kepada merah, aku mendengus perlahan kerana tidak sempat melepasi lampu isyarat tersebut.. aku dan ayah terdengar bunyi muzik rock yang terlalu kuat datang dari belakang kereta kami lalu berhenti di sebelah kereta yang ku pandu..
Aku dan ayah menoleh melihat pemuda yang memandu kereta dengan memasang muzik yang membingitkan telinga itu.. aku berasa geram dan marah dengan pemuda itu.. pemuda itu memakai jubah dan serban tetapi membuat orang disekelilingnya marah dan sakit hati dengan muzik yang kuat dipasang olehnya itu.. banyak kereta dan motosikal yang membunyikan hon kepadanya.. tetapi dia seolah-olah tidak mempedulikannya..
Lampu isyarat telah bertukar ke warna hijau.. aku memandu dengan tidak begitu laju supaya kenderaan yang memasang muzik membingitkan itu bergerak terlebih dahulu.. aku marah dan memaki pemuda tersebut dengan sikapnya yang tidak melambangkan fizikalnya yang memakai jubah itu.. aku berkata kepada ayahku, 

"Itulah pemuda zaman sekarang, luaran yang baik tidak bermakna perwatakannya juga baik.. pemuda itu memburukkan lagi imej orang yang berjubah dan berserban".

 Ayah tersenyum mendengar keluhan ku lalu berkata,

 "Pergilah kamu menegur pemuda itu atas kesalahannya ".

 Aku pon mengambil keputusan untuk mengekori kereta pemuda itu dengan tujuan untuk menegurnya. Kereta pemuda itu berhenti di stesen minyak. aku memandang sahaja lelaki itu. Aku melihat dia membeli majalah lalu keluar menuju ke keretanya.. Aku keluar dari keretaku untuk menegur pemuda itu sambil berkata di dalam hati

 'mesti pemuda itu membeli majalah yang bukan-bukan'

Aku pergi ke arahnya dengan muka yang merah kerana menahan marah. Aku segera menahan pintu kereta pemuda itu daripada tertutup lalu aku menegurnya kerana memasang muzik yang mengganggu ketenteraman orang sekeliling.. aku memandang majalah yang dibeli oleh pemuda itu tadi. rupanya sangkaan ku salah sama sekali. pemuda itu membeli majalah islamik.
Dia memandangku kehairanan.. dia mengambil sebuah buku dan pen lalu menulis sesuatu diatasnya.. aku menbacanya dan air muka ku terus berubah

 "Astagfirullah halazim.. apa yang aku dah buat ni "..

 di atas buku tersebut dia menyatakan

 'maaf saudara kerana saya seorang yang pekak dan bisu. Apa yang ingin saudara sampaikan?'.. 

Aku mengambil pen dan menulis sesuatu untuk membuatnya faham apa yang ingin disampaikan olehku

 'Saudara sebenarnya saya datang kerana ingin menegur saudara.. saudara memasang muzik yang sangat kuat sehingga mengganggu orang di sekeliling saudara..' 

 Lelaki tersebut mambalas

 'saya mohon maaf. saya tidak menyedari kesilapan saya itu kerana saya tidak mendengarnya.. bolehkah saudara menolong saya mematikan muzik tersebut? kerana saya tidak pernah menggunakannya.. kereta ini kereta abang saya..'.. 

aku tersenyum kepadanya lalu membantunya menghentikan muzik tersebut.. dia berterima kasih kepada ku.. kami bersalaman dan dia meminta diri untuk meneruskan perjalanannya..
Aku memasuki kereta ku dan memulakan perjalanan untuk pulang ke rumah.. ayah memandang ku yang terdiam sejak tadi.. ayah mengeluarkan kata-katanya 

 "Apa yang telah terjadi?"..

 aku menjawab pertanyaannya 

"Aku menyesali perbuatan ku yang cepat bersangka buruk pada orang lain"..




Betapa lemahnya kita sebagai seorang manusia.. kita tak terlepas dari melakukan dosa.. sama-sama kita ambik pengajaran dari cerita tadi.. cerita ni aku baca dari sebuah buku, dan aku tulis semula dalam blog aku untuk dijadikan pengajaran bersama.. cerita yang aku cerita dalam blog ni dah pon aku olah sikit-sikit supaya senang difahami dan tak terlalu panjang untuk aku taip.hehe.

Nasihat aku, sama-sama lah kita buang sikap kita yang selalu bersangka buruk pada orang lain.. mungkin orang yang kita bersangka buruk itu lebih mulia dari diri kita sendiri..
and rajin-rajinlah kita membaca sesuatu yang bermanfaat.. insyaAllah kita dapat mendidik diri kita ke arah yang lebih baik:)


Thanks for reading..
Assalamualaikum