Wednesday 28 January 2015

Semangat Waja

Assalamualaikum and good morning
Syukur kepada Allah kerana diberi nikmat masa lapang untuk terus menjadi penulis setia di blog kesayangan.

Disebabkan tajuk entry hari ni semangat waja so kena semangat la sikit tulis blog pagi-pagi macam ni..hehe

We must always remember, semangat kita untuk melakukan sesuatu adalah kunci kita menjadi kuat dan berjaya.. pentingnya semangat yang ada pada diri seseorang itu, sebab apabila ada semangat means dia betul-betul akan berusaha sehabis mungkin untuk mencapai kejayaan..
Semangat yang ada pada seorang pelajar amat penting untuk mencapai kejayaan dalam pelajarannya.
Semangat yang ada pada seorang peniaga amat penting untuk dia sentiasa berusaha dan meneruskan perniagaannya walaupun perniagaannya itu tidak mendatangkan keuntungan yang besar.
Semangat yang ada pada seorang da'ei amat penting untuk dia sentiasa berusaha, tak mengeluh dan tak berputus asa dengan tugas dakwah yang digendongnya.

Semangat yang tidak pernah mengalah itu amat penting supaya kita tidak mudah sedih and give up dalam kerja-kerja seharian kita.(means amalan or kerja yang baik-baik ja kalau nak buat kerja-kerja jahat MESTI cepat-cepat give up taw:))

Bukan susah nak jadi seseorang yang tak mudah berputus asa.. yang paling penting dia mestilah melakukan segala suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya.. ingat apa-apa pun jangan tinggal solat 5 waktu.. please ingat sampai mati..
then amalkan amalan-amalan sunnah..
then mesti ada motivasi diri yang tinggi supaya kita dapat memotivasikan diri and always think positive terutamanya bila kita menghadapi kegagalan..
dan kita juga mesti cari kawan yang dapat memberi nasihat dan dorongan ke arah yang lebih baik.





Kita juga boleh menghadiri ceramah motivasi and ceramah agama untuk menambah pengetahuan and mendorong kita menjadi seorang yang lebih tabah dan bersemangat..
And lebih memberi impak apabila kita mencabar diri kita untuk join pertandingan yang dianjurkan seperti Pencetus Ummah, Imam Muda and many more untuk mengasah bakat dan bekongsi ilmu dengan ramai orang.. Sebelum kita tumpukan kepada pertandingan-pertandingan yang besar, kita boleh juga join pertandingan yang seumpama dengannya yang dianjurkan di universiti or sekolah.
Contohnya pada 15/2/2015 akan diadakan saringan bagi pertandingan Perintis Ummah (PU) anjuran Islamic Festival (iFest) yang akan diadakan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai.



Semua dijemput hadir. Nantikan kehadiran juri jemputan,

PU Shahrul



IM Nazrul

Berusahalah sehabis mungkin sebelum sempat berputus asa.. Insyaallah kejayaan pasti menjadi milik kita.. amin
Segala yang baik dari secebis entry ini marilah sama-sama ambil pengajaran dan manfaat,
segala kekurangan dari secebis entry ini juga mohon teguran untuk diri yang lemah ini perbetulkan.
Sampai disini saja perkongsian kali ini, moga bertemu lagi:)
Wasalam:)




Tuesday 27 January 2015

Rakan Yang Hebat

Assalamualaikum
Alhamdulillah segala puji-pujian kepada Allah yang mengurniakan segala nikmat untuk kita untuk meneruskan kehidupan pada hari ini.

Sebelum kita tahu macammana kita nak jadi seorang sahabat yang hebat. Jom kita hayati pantun yang baru terbaca dekat salah satu group whassapp tadi. Saya rasa pantun yang simple dan lawak la jugak bagi saya, sedikit sebanyak ada memberi manfaat kepada kita semua bila kita hayati dan ambil pengajaran.

PANTUN MANGLISH (malay+english)

Pulau pandan so far ke tengah,
Gunung daik bercabang triple,
Benda mungkar together we tegah,
Dosa maksiat jangan ambil simple.

Buah cempedak outside the pagar,
Take the galah tolong jolokkan,
Larangan agama don't dilanggar,
Pesan ulamak don't dimomokkan.

Tanam pisang closed together,
So the puyuh cannot lari,
Kita tak hidup di dunia forever, 
That's why kena selalu muhasabah diri.

Two three kucing berlari,
Never be the same to kucing belang,
Make sure istighfar setiap hari,
Just in case ajal menjemput senang.

So high is the matahari,
Anak buffalo dead tertambat,
Always reflect membersihkan diri,
Selagi bernyawa before terlambat.

Bread is roti,
Shadow is bayang,
Before you mati,
Better you sembahyang.

take note! 

Renung-renungkanlah..

Ok berbalik kepada tajuk pada hari ni.. "Rakan Yang Hebat"


Macam mana yang dikatakan rakan yang hebat?
Rakan yang hebat tak semestinya yang tidak pernah melakukan kesalahan.
Rakan yang hebat juga tak semestinya yang sentiasa skor dalam exam.
Tapi rakan yang hebat adalah rakan yang sentiasa berada disisi kita ketika kita gembira mahupun sedih..
Rakan yang sanggup meluangkan masa mendengar masalah kita..
Rakan yang sentiasa berkongsi suka dan duka dengan kita..

Berusaha lah menjadi rakan yang hebat supaya satu hari nanti kita akan mendapat seorang rakan yang hebat.. yang dapat membimbing kita ke arah kebaikan.. yang dapat membantu kita  menyelesaikan masalah yang kita hadapi dalam kehidupan dengan baik.

Rakan yang hebat juga tidak akan meninggalkan atau memarahi atau merungut apabila dia mendapat rakan yang kurang menghargainya..(maksudnya rakan yang berada di samping kita bila kita senang tapi bila kita susah rakan itu hilang entah ke mana) tetapi dia membalas perbuatan sahabatnya itu dengan sifat atau peribadi sahabat yang baik.
Rakan seperti ini lah yang dapat mendorong sahabatnya untuk berubah ke arah kebaikan..

Jika ada sahabatnya yang liar or couple.. dia tidak berkawan dengan mereka tapi berdakwah kepada mereka..that's mean, dia tidak menghindarkan atau menjauhi dirinya dari sahabat-sahabat mereka yang liar or couple.. 

Bukan susah nak jadi sahabat yang hebat.
Cuba terima dan hargai semua orang disekeliling kita..
Ingatlah semua orang ada kelebihan dan kelemahan, sebab itu kita memerlukan sahabat supaya kita dapat memperbaiki diri kita ke arah yang lebih baik..



And yang paling penting, jangan lupa tugas kita sebagai seorang Da'ei..
Jangan tunggu bila kita perfect baru nak berdakwah sebab kita ni manusia biasa yang sering melakukan dosa.. so sampai bila-bila pon kita tak perfect..
And kalau kita terlanjur melakukan dosa jangan lah berputus asa dalam hidup tapi segera lah bertaubat..

"Seseorang telah bertanya kepada Rabiatul Adawiyah : 'Aku sering berbuat dosa dan aku menjadi semakin tidak taat. Tetapi, andai aku bertaubat, adakah Allah akan mengampuni ku?'. Rabiatul Adawiyah menjawab : 'Tidak! Tetapi apabila Allah ingin mengampunkan kau, maka, kau akan bertaubat...'"   

Sehingga disini sahaja perkongsian untuk hari ni.. Insyaallah moga bermanfaat untuk diriku sendiri dan sahabat-sahabat yang ingin menjadi sahabat yang hebat..

Wasalam
 





Qaseh Seorang Ayah

Assalamualaikum

Hari ni merupakan hari istimewa buat ayah tersayang. selamat ulang tahun yang ke-51 ayah.


Terima kasih atas segalanya ayah..
Ayah merupakan insan yang paling tabah dalam keluarga..
Ayah sentiasa berusaha untuk memberi yang terbaik untuk keluarga tercinta..
Pengorbanan seorang ayah tidak dapat kita bayangkan..
Ayah dapat memberi nasihat dan dorongan yang baik kepada isteri dan anak-anaknya..
Begitu besar pengorbanan seorang ayah hingga tak dapat diungkapkan oleh kata-kata..
Ayah menyediakan semua keperluan seharian kita.
Ayah sanggup membanting tulang untuk mengumpul wang demi kepentingan sebuah keluarga yang bahagia..
Ayah bukan sahaja memberikan segala keperluan seharian kita bahkan ayah memberikan kasih sayang yang tak terhingga kepada seisi keluarga..
Sebagai seorang anak yang berterima kasih kepada seorang ayah yang tak pernah kenal erti penat dan lelah..
Berterima kasih lah pada ayah..
Taatlah kepada ayah..
Walaupun ayah kita masih hidup or telah meninggal dunia..
Beramal dan berbuat baik lah sepanjang kehidupan kita, supaya amalan kita dapat membantu dan menempatkan ayah kita ditempat yang terbaik disisi Allah..
Amin..
Semoga kita semua menjadi anak yang soleh and solehan untuk kedua ibu bapa kita.. insyaallah



Friday 23 January 2015

Pandai ambil hati :)






Assalamualaikum and salam sejahtera:)
Alhamdulillah, syukur atas segala nikmat yang dikurniakan.
Hari ni tetiba rasa macam nak kongsi something dalam blog kesayangan. Maklumlah sejak cuti sem ni jarang sekali updated this blog.

Why? kenapa tajuk post aku kali ni 'Pandai ambil hati'?
Nak ambik hati sapa nih? haha..
Sabar baca sampai habis dulu baru tanya diri sendiri soalan-soalan tu..

Sebenarnya hati ni tergerak nak tulis something yang buat aku kagum dengan foreign. Situasi ni berlaku masa aku drop KL sebelum balik ke kampung halaman (Kedah jelapang padi:))
Paham-paham je la bila jalan-jalan kat KL tak sah kalau kita tak naik pengangkutan awam kan? terutamanya student macam aku.
Ingat lagi masa naik LRT dari Sri Rampai nak ke KL Central, waktu tu memang ramai sangat orang.. memang sesak dalam LRT tu.. memang rimas sangat. mungkin sebab aku tak biasa dengan situasi macam ni.
Tetiba ada seorang foreign ni masuk dalam LRT. Dia berdiri betul-betul depan pintu. Aku berdiri di sebelah pintu. Dalam LRT tu bukan dia sorang ja foreign tapi ramai lagi sebenaqnya cumanya dia la yang paling dekat dengan aku. Aku pon tengok dia secara tak sengaja dan senyum dekat dia.
Tetiba dia menegur kasut aku. "Oh. nice shoes." Aku terus memandang kasut yang aku pakai dan tersenyum sekali lagi. Dia terus bertanya " Do you play squash?". Aku terkejut lantas menjawab " Hm? No." Aku pon tersenyum dan bertanya " Where are you come from?" " I come from New Zealand" "Oh". Perbualan kami tak panjang. Walaubagaimana pon aku kagum dengan sikap dia yang pandai ambik hati dan bertegur sapa.

Sikap macam ni la perlu ada pada kaum muslim sebenarnya. Baru ramai orang akan tertarik dengan agama Islam. Sebab sikap dan peribadi yang mulia dan pandai mengambil hati seseorang.

 Sekadar perkongsian.
Ambil yang baik, perbaiki yang buruk:)
Wallahualam:)

Thursday 22 January 2015

Otak dah cramp ke guys??




Bismillah..

Assalamualaikum and salam sejahtera:)

Alhamdulillah final exam habis jugak akhirnya.. Sekarang tibanya waktu yang paling syok..hehe.. balik kampong..

But don’t forget untuk doa and tawakkal for the best result.. Cuti-cuti jugak tapi mesti la ada something yang kena buat kat rumah takkan nak tidoq and tengok TV ja kan? Haha..

Sebelum cerita tentang cuti, jom cerita tentang aktiviti bila habis ja exam.. Saat ni la yang paling dinanti-nanti oleh semua student.. yala untuk melepaskan stress la katakan..huhu..

Bila habis ja exam mesti semua orang senyum memanjang.. Ada yang selfie sebelum balik kampong.. Ada yang pi shopping.. Ada yang pi tengok wayang.. Ada yang pi main boling.. Ada yang qada’ tidoq (ye la waktu exam kena stay up untuk study.. waktu exam kena bangun awai nak baca buku. So bila lagi nak tidoq kalau bukan time habis exam? Hehe:)..

Bila tengok balik keadaan or peristiwa yang macam ni.. tetiba terfikir jap, exam ni sesuatu yang memenatkan or men’stress’kan ka? Sampai ada yang kata boleh cramp otak? Agaklaaaa..
Sebab apa? Main reason ialah nak dapat pointer or gred yang gempak. Kalau tanya semua orang, sapa nak failed dalam exam kali ni tolong angkat tangan.. Memang tak la.. Mesti tak dak yang nak angkat tangan sebab semua orang nak berjaya dalam hidup dia. Even mat rempit sekali pon, depa pon nak berjaya dalam hidup.

Hmm kalau macam tu semua orang memang kena or perlu rasa stress la..Sebab apa plak semua orang kena rasa stress? Yala dah semua orang nak berjaya.. Haha.. you must know stress bukan lah kunci untuk berjaya.. So tak perlu pon stress kalau nak berjaya tapi sapa yang nak berjaya mesti berusaha bersungguh-sungguh. Yala nak kecapi sesuatu yang indah mesti la lalui pelbagai rintangan dulu.

Cakap senang tapi nak buat susah. Betul aku setuju tu. Tapi bila kita dah berjaya buat benda yang susah tu baru lah kita dapat rasa kenikmatannya sebab tak semua orang rasa relax ja bila esok nak exam. Tak semua orang dah habis study bila esok dah nak exam. Tak semua orang yakin dengan dirinya untuk jawab exam esok. Tak semua orang percaya yang dia boleh skor untuk exam esok. Tak semua orang akan rasa tenang bila jawab exam.

Please friends.. tolong jangan push diri tu bila esok dah nak exam tapi push diri kita time baru hari first nak start belajar. Tolong jangan pandang rendah pada diri sendiri walaupun kita tau kita ni susah sangat nak ingat, nak faham apa yang kita belajar. Tolong dekatkan diri kita dengan Allah, supaya Allah mempermudahkan semua urusan kita.

Sekadar perkongsian dan peringatan untuk diri sendiri. Kerana diri ini seorang yang lemah:)

 

Wednesday 7 January 2015

Nipisnya Iman Kaum Adam






Assalamualaikum.. dan selamat pagi:)
Alhamdulillah..
Hari ni Allah masih melimpahkan segala nikmatnya untuk kita hidup..
Alhamdulillah juga sebab Allah masih memberi peluang untuk nina kongsi ilmu or pengalaman or peristiwa yang insyaallah bermanfaat untuk semua..

Bila hayati betul2 tajuk yang nina pilih untuk entry pagi ni..
MasyaAllah susah sebenarnya nak diulas..
Terutamanya bagi seorang wanita..
Tapi insyaallah nina akan usahakan juga untuk beri input baru kepada semua..

Kenapa nina pilih tajuk "Nipisnya Iman Kaum Adam"?
Sebenarnya banyak sebab nina pilih tajuk ni..
Yang paling penting, nina pilih tajuk ni sebab nak kita semua sama ada lelaki ataupun perempuan sama-samalah kita jaga ikhtilat (pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi) dan jaga pandangan:)
Apabila kita betul-betul jaga dua benda ni, Insyaallah iman kita akan terjaga..

Ok..nina akan cerita satu kisah yang dilalui oleh seorang sahabat..
Nina namakan wanita tersebut dengan gelaran "Afizah" (bukan nama betul pun..hehe) and nama lelaki tersebut "Aizad" (bukan nama betul jugak..)

Afizah dan Aizad tak pernah mengenali antara satu sama lain tapi mereka belajar dalam satu universiti..
Satu hari mereka menjadi ahli group discussion untuk subjek Ekonomi..
Dalam group ni, ada 3 orang ahli lelaki dan 2 orang ahli perempuan..
Antara ketiga-tiga jejaka dalam group ni, Aizad lah yang paling alim..
And Afizah dan kawannya, Balqis memang selalu join usrah dan ceramah-ceramah di masjid..

Aizad sentiasa berpegang pada satu kata-kata semangat yang membuat dirinya sentiasa mengingati Allah iaitu "Jaga ikhtilat and jangan lupa jugak untuk jaga pandangan"..

Satu hari lecturer Ekonomi berikan satu tugasan besar untuk buat satu program yang melibatkan masyarakat luar.. Setiap group mesti memegang satu unit..
Group Afizah diarahkan untuk memegang unit aktiviti..

Sepanjang perjalanan sebelum program, semua ahli unit memainkan peranan dengan baik..
Apa yang kurang faham terus rujuk kepada ketua unit iaitu Aizad..

Nak dijadikan cerita..
Satu hari Afizah ditugaskan oleh lecturer Ekonomi tersebut untuk menyenaraikan tugas-tugas setiap ahli group..
Afizah menggunakan medium sosial whasapp untuk menjalankan tugasnya..
Afizah mengambil keputusan untuk whasapp personal setiap ahli group termasuk Aizad untuk menyenaraikan tugas bagi setiap orang..
Kerana Afizah tahu kalau kita berhubung/berkomunikasi dengan ajnabi atas hal kerja, ia dibolehkan..
Tapi kita kenalah jaga batas2nya.. Contohnya kalau nak tanya something mesti back to main point..

Semua ahli kumpulan telah menyenaraikan tugas masing-masing kecuali Aizad..
Afizah terus menyoal..menyoal...dan menyoal.. melalui whasapp personal Aizad..
Sebab Afizah tahu mesejnya itu dibaca oleh Aizad..
(Aizad is typing....)

Contoh: (situasi di dalam whasapp)
Afizah:
Salam Aizad nak tanya..
utk aktiviti apa yang awak kena handle?
Please reply ASAP..
sebab lecturer nak kan list kerja setiap org
bg setiap unit..

N lagi satu awak ada softcopy 
paperwork tak?
Kalau boleh share dengan yang lain
termasuk aku sebab kami still
xde contoh utk rujuk..
 send ke email aku nnt aku send kpd yg lain
(email ni hanyalah rekaan semata2)

Harap sangat boleh bagi jawapan
secepat mungkin..
sebab sir dah mintak semuanya ni..
Aizad:
Sory lambat reply..
ada hal tadi..
Ana kat luar sekarang..
Emm..
Jap sbenarnya ana nak bagitau something dekat saudari..
Maaf kalau xsuka..
Tapi..
Mungkin ada baiknya bagi diri anda dan ana sendiri..
Err..
Nanti harap anda boleh passkan pesanan ni kepada yang lain..
Sebenarnya macam ni..
Ana badan allergy dengan perempuan seperti kamu yang bertudung labuh, yang berniqab and so on..
So boleh tak lepas ni tak perlu
contact ana terus?
Kalau ada apa2 nanti bagitau melalui orang tengah atau pun melalui
group whasapp..
Hari tu anda ada buat salah kat ana..
Tapi tak pe la..
Ana dah maafkan dan lupakan perkara tu..
Anda pon xsedar..
Tu je nak sampaikan..
Afizah:
(tergamam dan rasa bersalah..
macam2 yang terlintas dihati dan merungsingkan 
fikiran..tapi diri tak berdaya nak jawab semua
soalan yang dilontarkan..kata2 yang mampu ditulis adalah)
Ok.. sory sangat..
and Assalamualaikum..
Aizad:
So guna org tengah ye? kalau ada hal penting..
Maaf la, tak minta untuk ada hati selembut ni..
Iman pulak senipis kulit bawang..
Bukan apa, takut diri sendiri termakan kata-kata
yang selalu ana jadikan sebagai pegangan
Hmm
Dan sebenarnya ana memang bajet alim..
Tak pun sebenarnya.. hipokrit..
kbye
Tq sebab baca..
Assalamualaikum..

Kata-kata Aizad membuatkan Afizah banyak berfikir..
Afizah terima teguran tersebut sebagai pengajaran untuk dirinya sendiri..
Memang waktu first ditegur Afizah sedikit terkejut dan tersentap..
Sebab dia tak merasakan perbuatannya itu salah.. kerana dia berurusan atas hal kerja..
But kita mesti sentiasa menerima setiap teguran daripada sesiapa pun dengan hati yang terbuka..
Husnul zon lah dengan semua orang..
Afizah bertutur didalam hatinya:
 Setiap orang ada caranya sendiri untuk menjaga iman masing-masing..
Aizad nak jaga ikhtilat.. 
Aku sebagai umat islam perlu menyokong dan membantunya untuk menjadi pejuang agama Islam yang hebat..
Pejuang yang berjaya menewaskan nafsu..



Moga entry kali ini dapat memberi banyak pengajaran untuk kita semua..
Terutamanya para muslimah yang tercinta..
Untuk tahu lebih lanjut berkenaan ikhtilat.. baca la buku Tarbiah Sentap..
nina pon tahu banyak benda dari buku tu..

wasalam..


  




Monday 5 January 2015

Muhasabah Diri:)





Assalamualaikum..
Alhamdulillah sekali lagi Allah berikan sedikit masa lapang untuk hidupkan blog kesayangan..
Jom mulakan hari ni dengan doa..
"Bismillah hirrahmanirrahim.. Ya Allah.. Sempurnakanlah agamaku kerana ia menjadi peganganku.. Baikkan duniaku kerana disitulah kehidupanku dan baikkan akhiratku kerana itu tempat kembaliku.. Jadikan kehidupanku ini sebagai kesempatan untuk memperbanyakkan amal soleh dan jadikanlah kematianku sebagai tempat istirahat dari semua keburukan.."

Hari ni just nak kongsi sikit nasihat-nasihat yang insyaallah bermanfaat untuk kita:)

Hope entry ni dapat
memberi manfaat kepada
semua..






Ok.. first sekali, ingatlah apa-apa pun yang kita nak buat sentiasa fikirkan sama ada Allah murka or suka dengan perbuatan kita..
Tapi ramai orang yang suka memikirkan pandangan or persepsi orang lain untuk melakukan sesuatu..

Contohnya, hari ni ada ceramah kat masjid.. Ustaz ada bagi ceramah tentang aurat.. Alhamdulillah Allah buka hati dia untuk tersentuh dan sedar bahawa cara pemakaian dia sekarang tidaklah menepati hukum.. Dia terus ada kesedaran untuk berubah.. Keesokan harinya dia terus pakai baju kurung or baju-baju yang labuh (mean t-shirt muslimah).. Dia memang dah berazam tak mau dah pakai seluar jeans and baju-baju dia yang kecik-kecik..
Tiba-tiba satu hari ada la sorg member yang rapat dengan dia waktu zaman jahiliyah dia dulu..
Member ni yang dulu suka puji dia, baik dengan dia..
Tapi sekarang bila dia dah berubah ke arah kebaikan, mula mengutuk dia..
Dugaan yang paling besar bila ada orang yang baru nak start berubah ke arah kebaikan ialah kata-kata kawan-kawan di sekeliling dia..
Kata-kata yang boleh buat seseorang tak jadi nak berubah ke arah kebaikan:
"Buang tebiat apa hang ni pakai baju macam ni?"
"Wah dah jadi ustazah sekarang"
" Sejak bila hang pakai baju mak cik- mak cik ni?"
"Selekeh la aku tengok hang pakai baju ni!"
"Weyh hang demam ka hari ni?"
and many many many more ayat yang keluar dari mulut orang..

Kadang-kadang nina sendiri tak faham dengan perangai manusia sekarang yang suka memuji-muji perbuatan or benda yang buruk/dosa tapi memperlekehkan benda or perbuatan yang baik..

Sebenarnya kita sebagai seorang sahabat perlu menyokong or beri semangat bila ada kawan kita yang nak berubah ke arah kebaikan.. Walaupun kita still jahil bab-bab agama tapi at least bagi la kata-kata yang baik untuk kawan kita yang nak berubah.. Bukannya nak suruh bagi ceramah dekat orang yang nak berubah tu, tapi just bagi kata-kata yang boleh menaikkan semangat dia untuk meneruskan perjuangan dia..

Orang yang betul-betul berazam untuk berubah ke arah kebaikan pulak takkan mudah tergugat dengan kutukan-kutukan yang dilemparkan kepadanya..
Kalau betul-betul nak berubah, jangan pedulikan kata-kata cacian orang lain..
Selagi apa yang kita nak buat Allah redha, teruskanlah perjuangan walaupun dihina orang..
Tapi kalau benda yang kita buat tu Allah murka, segeralah bertaubat dan berhenti daripada melakukannya.
Jadilah orang yang kuat.. Walaupun kita insan yang lemah, mohonlah kekuatan dari Allah supaya diberi kekuatan untuk terus berjuang menentang nafsu..

 


  Yang keduanya..


Amalkanlah nasihat yang diberikan oleh pak cik dalam gambar di atas..(hehe..)
Tiga-tiga nasihat ni amat penting untuk kita..
Sebab iman kita sentiasa berubah-ubah. Ada ketika iman kita lemah.. Dan ada ketika iman kita kuat..
So always remember..
Jangan pernah tinggal solat 5 waktu start from now..
Mulalah tutup aurat dengan sempurna mulai saat ni.. tak rugi pun kita tutup aurat, untung ada la..
And jangan lupa untuk amalkan solat dhuha dan tahajjud.. Banyak kelebihan bila kita sentiasa melakukan solat-solat sunat.. Janganlah amalkan solat tahajjud and solat dhuha waktu exam week ja.. Amalkanlah selalu.. Cuba untuk konsisten dalam melakukannya.. (walaupun diri sendiri pun masih tak berjaya untuk mengamalkannya setiap hari.. tapi maybe ada insan yang lebih kuat, berjaya melakukannya.. tahniah to that person:)) At least kita ada niat dan usaha untuk melakukan solat sunat.. Insyaallah satu hari kita berjaya untuk mengamalkannya setiap hari.. Moga Allah permudahkan..

Then, 


Sayangilah dan berterima kasihlah dekat orang yang selalu menegur kesalahan kita..
Tak kiralah macam mana cara orang tegur kesalahan kita, terimalah teguran tersebut dengan hati yang terbuka..
Supaya kita sentiasa memperbaiki diri kita ke arah yang lebih baik..
Tapi malangnya sekarang, ramai yang tak suka ditegur tapi suka dipuji..
Susah nak jumpa orang yang suka dirinya ditegur.. padahal itulah yang terbaik untuk kita..
Macam mana kita nak tahu kesalahan atau kekurangan kita kalau kita tak suka ditegur??
Macam mana kita nak tingkatkan ilmu or amalan kita kalau kita tak tahu apa kekurangan yang ada pada diri kita?
That why kita perlukan teguran..

And the last point utk hari ni,peringatan untuk semua kerana manusia sering terlupa



 Bertaubatlah kepada Allah, sesungguhnya Allah menerima taubat hambanya..
Taubatlah dengan bersungguh-sungguh dan tanamlah azam untuk tidak mengulangi dosa yang telah dilakukan..
Moga Allah menerima taubat kita.. Amin..





Wasalam:)


Sunday 4 January 2015

LEMBARAN BARU






Assalamualaikum.. Selamat pagi:)
Alhamdulillah pagi ni diberi kesempatan untuk updated blog yang dah lama menyepi..
Bukan tak nak updated tapi faham-faham je la, minggu ni kan exam week..
Walaupun exam ada lagi 1 paper (C Programming) nina usahakan jugak untuk updated something waktu exam ni..



Sebelum terlambat, nina nak ucapkan tahniah kepada semua yang berjaya memasuki tahun 2015..
Tanamkan azam dan semangat baru yang lebih gigih dan mencabar untuk mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat.
Berazamlah untuk lebih dekat kepada Allah sebab itulah azam yang paling penting..



Back to the main point..
Lembaran baru..
Wahhh tak sangka dah masuk 20 tahun..hehe
Alhamdulillah moga pengalaman dapat mendewasakan kita..
Sebab diri still rasa macam budak sekolah rendah..

Untuk entry kali ni just nak tanya korang and myself..
Jom sama-sama muhasabah diri tentang amalan-amalan kita di tahun lepas 2014..
Berapa kali kita rindu Allah??
Sepanjang tahun 2014 berapa kali kita betul-betul rasa nikmat ketika melakukan ibadah kepada Allah??
Tup.. terdetik di hati, "Aku hidup ni sebab belas kasihan dan kasih Allah. Dialah yang memberi segala nikmat terutamanya nikmat udara untuk aku terus hidup sampai hari ini.. Tapi begitu sikit aku bersyukur kepadaNya..Allah...."
Menangislah tanda penyesalan supaya kita menjadi hamba yang lebih bersyukur..

Pernah tak tiba-tiba rasa sebak??
Pernah tak tiba-tiba rasa sedih??
Pernah tak tiba-tiba rasa rindu??



Nina rasa semua orang pernah merasainya..
Tapi malangnya ramai yang tak tahu kenapa perasaan sebak, sedih dan rindu ni datang tiba-tiba..
So nina nak bagitahu semua sekarang..
Sahabat-sahabat yang dikasihi, perasaan yang tiba-tiba menerpa dalam hati kita ni tandanya Allah rindukan kita..
Contohnya, tengah syok2 study (syok sangattt...hehe) tiba-tiba rasa sedih..
That's mean,
Allah rindukan rintihan doa dan hajat kita..
So cuba ingat balik bila kali terakhir kita bermunajat sepenuh curahan hati kita kepada Allah?
Semalam? Kelmarin? Minggu lepas?

Allah....
Allah sayangkan kita sebab tu Allah hadirkan perasaan sedih.. supaya kita mengadu dan merayu memohon kekuatan kepadaNya..

Bila tiba-tiba rasa nak nangis.
Sebak rasa macam ada yang tak kena. Ingatlah.. Allah sedang rindukan kita..
Mungkin bila sahabat baca satu entry islamik, tiba-tiba rasa tersentuh..
Padahal content entry tu sama ja macam tazkirah di surau..
Tapi time tu bila baca rasa sebak dan tersentuh..
Kalau rasa macam tu ucaplah Alhamdulillah sebab Allah yang berikan perasaan tu kat kita supaya kita kembali mengingati Allah..

So kalau lepas ni tiba-tiba kita lalui perasaan macam ni..
Cepat-cepat la kita pegi toilet and ambik wudhu'..
Masa ambik wudhu' tu hayati setiap titisan air yang jatuh pada anggota wudhu' kita..
Lepas tu, hamparkan sejadah untuk cepat-cepat jumpa Allah...
Solat sunat and than doa kepada Allah..
Mengadulah segala kesedihan yang menyelubungi hati ni kat Allah..
Berdoalah supaya Allah memberi kita kekuatan untuk mengharungi segala dugaan di dunia ini..
Berdoalah supaya Allah memudahkan segala urusan kita..
Insyaallah kita akan rasa lega sangat lepas tu..

Bersyukurlah kerana masih ada yang sayang.. (Alhamdulillah Ya Allah)
Walaupun time kita sedih, tiada bahu untuk bersandar untuk melepaskan rasa sedih, kecewa, marah and many more..
tapi ingatlah
kita masih ada lantai untuk bersujud..
Kita masih ada Allah yang sentiasa ada bersama kita sepanjang waktu untuk di adukan segala masalah..



So jangan sedih-sedih lagi sebab kita dah tahu jalan penyelesaian terbaik kalau kita rasa sedih satu hari nanti:)
La tahzan innallaha ma'ana..

Moga entry yang serba sedikit ni dapat bagi something yang bermanfaat kepada semua termasuklah diri nina sendiri.. Insyaallah..
Amin..



Ukhuwah fillah:)
Wasalam..