Wednesday 18 January 2017

Q PULANG KE KAMPUNG HALAMAN

Assalamualaikum:)

Alhamdulillah akhirnya sampai juga ke kampung jelang padi untuk cuti sem kali ni…


(gambar from google je)

Walaupun cuti kali ni amatlah pendek disebabkan terlalu banyak aktiviti musim cuti kali ni, tapi alhamdulillah sempat luangkan masa yang sedikit ni dengan family…

By the way, cuti tahun ni tak da banyak masa untuk bela badan… hahaha..
Setiap hari mesti ada ja kerja yang perlu disiapkan…
So definition gemuk selepas bela lemak dirumah tu tak diguna pakai untuk cuti kali ni ye. haha



Almaklumlah, kita semakin dewasa.. lagi banyak tanggungjawab perlu diuruskan sendiri..
Senarai kerja aku sepanjang di kampung, aku dah senaraikan sebelum balik haritu… takut-takut terlupa…
First thing, time cuti ni aku nak servey tempat LI yang aku nak mohon nanti… Mostly area Penang… so ayah and ibu aku sokong ja aku nak apply tempat LI di Bandar Perda, P. Pinang… disebabkan tak terlalu jauh… berbanding Aloq Staq.. (done)

Second thing, is servey kereta.. iyelah nanti nak LI mestilah kena drive sendiri… disebabkan kereta kat rumah just ada 1… Triton pulak tu.. tak berani aku nak bawak kereta besaq-besaq nih… walaupun lesen dah lama…hahaha… nak beli kereta ni pon perlu buat perancangan kewangan yang detail.. silap perancangan tak makan la aku nanti… so bajet dalam RM350-RM400 sebulan in sha Allah aku masih mampu bayar dengan duet biasiswa aku..huhuhuhuhu… (not done yet… ayah masih berfikir-fikir..hehe)

Third, beli barang-barang keperluan untuk persiapan ke sana nanti.. hemmm.. untuk bab ni aku malas nak cerita detail lagi disebabkan persediaan masih banyak yang tak selesai… (KIV dulu ye)

Forth, tukar duet.. ni pon aku taknak elaborate panjang lagi.. (KIV jugak..hehe)

Lastly, simpan duet tabung simpanan selama ni kat Tabung Haji… hehe.. in sha Allah walaupun simpanan masih sikit.. cita-cita untuk ke sana tu penting… in sha Allah, moga Allah permudahkan nanti:)

Itu ja perancangan time cuti aku untuk cuti kali ni… korang punya cuti macam mana? Hopefully korang pun dapat rancang cuti dengan baik supaya takda kerja yang tertinggal bila dah nak habis cuti nanti…
Till meet again in the other entry…

Assalamualaikum:)


QURSUS PENGURUSAN HEMA UTM (PAHANG)

Assalamualaikum sekali lagi diberi kesempatan untuk updated pengalaman yang aku dapat di Rompin Beach Resort, Pahang baru-baru ni. Alhamdulillah…



Trip kali ni bukanlah dalam perancangan aku, disebabkan cuti aku terlalu padat.. tetapi disebabkan trip ni diwajibkan oleh HEMA, so terpaksalah gagahkan diri untuk hadir..
Btw, alhamdulillah tak pernah terdetik dalam hati perasaan rugi kerana terpaksa datang disebabkan daripada kursus inilah aku dapat belajar banyak benda secara taklangsung… walaupun programnya agak bosan…hahahaha…

Daripada kursus nilah aku dapat tahu serba sedikit benda baru, firstly ialah kelulusan Wisma Putra untuk ke luar negara… sebenarnya tak kiralah program ni under UTM or sendirian berhad macam pegi umrah n soon… kita perlu mohon kelulusan dari pada Wisma Putra untuk government insuran semasa di oversea nanti… iyelah.. kita tak tahu kalau-kalau something yang tak dijangka berlaku… at least kita dah buat persiapan rapi untuk ke sana nanti….

Selain aktiviti dalam dewan, dapatlah jugak jejalan amek angin di tepi laut… ambil gambar… buat istana pasir.. yang penting makanan paling win… hahaha… (seyes sedap..)

Tapi biasalah kalau just nak pergi bercuti sendiri or dengan family, kenalah simpan bajet awal-awal disebabkan tempat macam ni costing la sikit… utk package kami, seorang dikira RM150/days.. (hmmm telan ayaq liyoq banyak-banyak..haha)

Sepanjang 3hari 2malam disini, terasa tak nak balik UTM pulak..hahaha.. apa-apa pun perasaan nak balik kedah lagi berkobar-kobar…haha… maklumlah semua orang dah balik kampung, kita ja yang still in other program after exam… sampai result exam pun dah keluar dulu sebelum aku sempat balik kampung…hmmm


Olrite smpai disini saja updated untuk trip kali ni.. in sha Allah jumpa lagi dilain entry..

Assalamualaikum:)

Thursday 12 January 2017

Persediaan nak Jalan-jalan

Assalamualaikum semua:)

Alhamdulillah selamat sampai ke utm petang tadi..
walaupun penat sikit, tapi excited jugak nak hupdate blog nih..haha

But, rasanya sempat updated sikit ja sebabnya ada keja lain pulak lepas isyak japgi..
Just nak kongsi serba sikit persediaan yang aku dah buat untuk perancangan cuti ni...

Minggu lepas aku ada turun selangor untuk buat serba sikit persediaan kalau-kalau sempat.. sebenarnya just nak rehatkan minda daripada terkurung kat utm..hahaha
aku sempat servey harga winter shoes ja dekat ioi mall... hmmm.. harga tak mampu milik la nmpaknya.. but its ok.. at least aku dah boleh anggar size kasut untuk kaki aku ni... sambil jalan-jalan cuci-cuci la mata sikit-sikit sambil kira-kira bajet...

so dari jalan-jalan tu la aku rasa beli online lagi jimat..haha.. walaupun takot jugak nak beli barang-barang macam ni by online exspecially barang pre-order.. risau taksempat sampai ja.. kalau tak sempat sampai, menangis tak berlagu la alamatnya...huhuhuhuhuh
hopefully semuanya berjalan lancar.. aminn...

and sempat jugak servey tempat untuk beli universal plug.. kawan cakap harga kat malaysia just RM15, kalau nak beli kat sana ada ja, tapi mahal sikit la RM 30 gitu....

anyway, hopefully perjalanan ke pahang esok selamat sampai dan balik... amin...
in sha Allah kalau diberi kesempatan nanti aku updated serba sedikit pengisian di pahang nanti...
bubye...
assalamualaikum....





Saturday 7 January 2017

Paper Sindrome (LPS)

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah, sekali lagi tergatal tangan ni untuk tulis something hari ni.. walaupun esok ada last final paper untuk this semester... (hoorayy).. hahaha... dah lama menunggu saat ni...



Bila terkena virus LPS ni, aku ada la feel certain symptom..hahahaha
as malas gila nak tengok buku, asyik nak main lappy, tengok movie, tulis blog (kikiki), dah berangan-angan nak buat apa time cuti, fikir nak jalan-jalan mana balik ni, mengidam nak makan nasi minyak.. n banyak lagi... yang pasti lain orang, lain symptom dy... yang sama hanyalah malas nak amek last paper..haha

Btw setiap penyakit pasti ada penawarnya right? this symptom pon of course la ada penawarnya jugak... penawarnya ialah diri sendiri... try to motivate yourself.. contoh if korang belum start study, put the guide line first.. ok, hari ni aku mesti habiskan chapter 1 until 4, than tomorrow chap 5 & do past year paper.. walaupun kadang-kadang korang tak ikut pun guideline yang korang buat but at least korang dah nampak jalan korang nak study tu...hehe
and walaupun tengah dijangkiti LPS, korang must capai goal korang sebelum masuk dewan.. it's habiskan study 100%.. MESTI, takboleh elak2.. sebab kalau elak, maksudnya korang redha and tawakkal sebelum berusaha.. kalau tak sentuh banyak, sentuh sikit pun takpa, janji korang paham totally yang korang belajar sepanjang sem..jangan la time ni baru korang nak start pelajar dari A to Z.. memang tak sempat jawabnya... time ni just untuk revision.. means recall semula apa yang korang belajar awal sem dulu...


and lastly, in sha Allah , you can do the best in final...
and lepas dah habis nanti korang akan dapat la kata-kata semangat, "kau takpelah, LPS2 pon still pointer tinggi, aku ni LPS pastu pointer ke laut terus...".... so time tu, korang boleh la kongsi-kongsi tips2 apa yang patut..hahahah

Apa-apa pon, all the best pada semua yang belum habis final...
in sha Allah kita jumpa lagi di lain entry..


 Assalamualaikum