Friday 27 March 2015

WEAKNESS AS A HUMAN

Assalamualaikum..
Alhamdulillah..
Syukur Ya Allah..

Hari ni hari untuk aku rehat di bilik. Rehat tu means study dekat bilik, buat kerja-kerja mengemas bilik sikit, laksanakan tanggungjawab yang tertangguh, memotivasikan diri and soon..(haha.. rehat la sangat~)
 
Sebenarnya hari ni salah satu hari yang bermakna bagiku, sebab aku semakin sedar betapa lemahnya makhluk yang bernama manusia. Lemahnya seorang insan itu jika tidak memohon kekuatan dari Allah. Kerana hanya Allah lah yang dapat bantu semua makhluknya.
Aku bersyukur kerana Allah hadirkan aku di UTM di kelilingi sahabat-sahabat yang sentiasa memberi dorongan ke arah yang lebih baik pada ku.. Tanpa bantuan Allah melalui sahabat-sahabatku siapalah aku disini..


'Diagnosis' ialah satu buku yang aku rasa boleh menaikkan semangat remaja-remaja sekarang terutamanya bakal-bakal doktor pada masa akan datang. Walaupon aku tidak berminat dengan bidang kedoktoran tapi aku suka membaca dan menghayati nukilan pengalaman para doktor.
Aku kagum dengan doktor yang berpegang teguh pada Allah dalam setiap kerja mereka..

Why not hadirkan juga engineer muslim yang sentiasa mengingati Allah dalam setiap kerja yang di laksanakannya?
Kenapa kita perlu pisahkan agama dengan kerja seharian kita?
Kan lebih baik dan mulia jika setiap kerja yang kita lakukan sentiasa ada Allah dalam fikiran dan hati kita..

Apa jawapan hampa kalau aku tanya "Apa pandangan kamu tentang student elektrik?"
Mohon jawab seikhlas hati..

Aku sebagai salah seorang student elektrik teringin sangat nak baca buku yang mengisahkan tentang pengalaman seorang engineer muslim yang berjaya. Exspecially dalam bidang elektrik.. Tapi adakah wujud buku sedemikian rupa? Ke aku ja yang tak pernah perasan tentang kehadiran buku tersebut?
Buku yang dapat beri motivasi kepada bakal-bakal siswa siswi di universiti untuk menceburi bidang ini..
 
Aku tahu subjek-subjek elektrik semuanya agak membunuh student-studentnya..
Aku tahu sebab aku on my way to explore more about electric..
Tapi tak pernah ke sapa-sapa terfikir even seorang engineer, kita still memerlukan pertolongan Allah..
Sebab itulah sekarang aku memerlukan buku motivasi as an engineer untuk kembali kepada Allah..
Untuk memudahkan aku nak relate engineering with islam..

Dalam kita sibuk mengejar ilmu untuk exam. Think more about we as a caliph in this earth.
Kita semua ialah pendakwah and khalifah di muka bumi Allah ini even kita bakal engineer satu hari nanti, even kita bakal doktor satu hari nanti, even kita seorang guru satu hari nanti..
Siapa pun kita satu hari nanti, ingatlah kita still seorang pendakwah.. kita diamanahkan oleh Allah untuk saling ingat-mengingati..

Jadilah engineer yang dapat membantu manusia megingati Allah, Jadilah doktor yang dapat mengingatkan pesakitnya kepada Allah, Jadilah guru yang dapat mengingati anak muridnya kepada Allah, Jadilah insan yang sentiasa mengingati Allah dan mendorong orang disekelilingnya untuk mengingati Allah..
Alangkah indahnya jika semuanya menginagti Allah dalam setiap kerja yang kita lakukan..
Hanya dengan mengingati Allah kita akan  menjadi kuat.. Islam akan bangun dan berdiri kukuh..

Tapi....
Alangkah sedihnya..
Angan-angan hanya tinggal angan-angan..
Kenapa?
Sebab kita sekarang lebih mementingkan hal-hal duniawi berbanding ukhrawi..
Sebab kita lebih mementingkan budaya barat berbanding budaya islam yang lebih mulia..
Inilah zaman yang banyaknya berlaku kezaliman dan penindasan.. banyaknya jenayah.. Orang yang kaya semakin kaya bahkan yang miskin semakin tertindas..
Sedihnya Ya Allah..

Bagunlah semula kawan-kawan,
Aku tahu kita lemah..
Mulalah perjuangan mu dengan diri sendiri,
And teruskan berjuang dengan keluarga, sahabat, orang yang terdekat and seluruh umat manusia..
Jangan pernah lelah untuk memperjuangkan agama Allah..
Allah tidak akan bebani seseorang itu melainkan dia dapat mengharunginya..
Insyaallah moga Allah mudahkan segala urusan kita.. as a student and da'ei:)

Syukran, Assalamualaikum..
*moga nukilan ini dapat memotivasikan aku untuk study subjek2 elektik terutamanya electronic device;)



~nhj
skee
tahun 1
sem 2
 





Friday 20 March 2015

VACANTNESS:'(

Bismillah..
Assalamualaikum:)

Pernah tak tiba-tiba rasa kosong ja??
Tiba-tiba ja rasa tak happy, rasa sunyi, rasa betul-betul kosong waktu tu??
Pernah tak??



Mesti semua orang pernah rasakan?
Aku pon pernah rasa perasaan macam tu.. Dok hepi-hepi, gelak-gelak dengan kawan tiba-tiba malam rasa sunyi and kosong sangat..
Sampai aku sendiri tak tau sebab apa aku rasa perasaan macam tu..
Waktu tu baru terlintas dalam fikiran,
Aku ada buat something yang salah ka tanpa aku sedar?
Sebab tu Allah nak aku ingat dan memohon ampun atas dosa yang aku buat.



Sebenarnya rasa kosong je dalam hati tu satu nikmat tapi kita ja tak sedar.. dan kita selalu ingat perasaan tu satu musibah or beban yang patut ditanggung oleh kita.. time ni la kita rasa sedih and soon..
Tapi kalau kita rasa perasaan ni satu nikmat or satu anugerah dari Allah insyaallah kita akan gembira dengan rasa kosong yang Allah hadirkan dalam hati kita.
Tak semestinya bila kita rasa kosong, kita kena gelak memanjang atau sedih and muram jaaaa.. Tapi I means kita gembira dengan rasa kosong tu ialah kita cepat-cepat jumpa Allah dalam solat.. berdoa mohon ampun dan kekuatan darinya.. nangis sepuas-puasnya.. mengadu semua masalah kita pada Allah..
Itulah tanda kita hepi and bersyukur dengan rasa kosong dalam hati yang Allah hadirkan.



Memang susah nak jadi orang yang kuat menghadapi setiap cabaran yang Allah beri dalam hidup kita.. Tapi ingatlah Allah tidak akan membebani seseorang melainkan seseorang itu dapat mengharunginya..
Insyaallah bila kita ingat kata-kata tu, kita akan lebih kuat dan tabah mengharungi segala dugaan dalam hidup ni..

And one more thing yang kita kena selalu ingat, Allah lah sebaik-baik penolong dan pendengar.. Merayulah pada Allah agar diberi kekuatan dan pertolongan.. Mengadulah pada Allah.. Insyaallah Allah akan bantu kita..
"Setiap penyakit pasti ada ubatnya, Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya"
Cuma manusia hanya perlukan usaha dan ikhtiar untuk mendapatkan ubat untuk sesuatu penyakit and mendapatkan jalan penyelesaian untuk setiap masalah..

 *Moga sedikit perkongsian dalam entry ni dapat memberi kekuatan pada diri yang lemah ini..

*Moga orang yang menghadapi sakit dapat menemui ubat yang dapat menyebuhkan penyakit tersebut..
(ingatlah.. kalau kita menghadapi penyakit yang kronik, bersyukurlah kerana dengan menghadapi kesakitan yang kita tanggung itu kita lebih dekat dengan Allah.. Dan ingatlah ajal maut itu tidak mengira orang sakit or tidak, sebab kadang-kadang orang yang sihat tu menemui ajal terlebih dahulu daripada orang yang sakit..)

*Moga orang yang menanggung masalah yang besar dalam hidupnya, tabah mengharunginya dan menemui jalan penyelesaian suatu hari nanti.. insyaallah..
(Ingatlah.. Allah bagi dugaan pada seseorang sebab Allah nak tinggikan darjat seseorang tu di sisi Allah:))

Be strong.. Allah always with us..



Assalamualaikum:)


Tuesday 17 March 2015

Untukmu Yang Tersayang

Assalamualaikum:)

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..
Syukur kepada Allah atas segala kenikmatan yang Allah pinjamkan kepada kita semua sementara kita masih hidup di dunia ini.
Terima kasih ya Allah sebab kurniakan sedikit masa lapang untuk sentiasa menghidupkan medium dakwah ku:)

Bila ingat-ingat balik, agak lama jugak aku tak updated blog ni.. Maklumlah sekarang dah sem 2 and test 1 sedang menghampiri aku.. (ajet-ajet study..hehe)
Alhamdulillah sepanjang sem 2 ni banyak pengalaman yang aku dapat exspecially dalam program iFest baru-baru ni..Terima kasih kepada semua yang memeriahkan dan menjayakan program yang pertama kali dilaksanakan ini..



Banyak yang aku belajar, and yang paling penting aku dapat kenal ramai kawan..
"Perbanyakkanlah sahabat mukminmu, sebab sahabat kita dapat bantu kita nanti di akhirat. insyaallah"



Okay sebelum start study Circuit And System pagi ni, jom kita muhasabah diri dulu. Sebab apa? Sebab motivasi yang tinggi dalam diri seseorang merupakan salah satu faktor kejayaan seseorang itu..


Untukmu Yang Tersayang ? Awat aku pilih tajuk ni untuk muhasabah diri? Awat tak pilih tajuk teruslah berusaha ka jangan pernah mengalah ka and yang sewaktu dengan nya?
Hehehe.
Aku pilih tajuk ni tak dak sebab pon.. saja la macam sedap didengar dan dapat tarik minat aku untuk baca banyak kali entry ni..
Tajuk ni jugak sebenarnya penting untuk semua orang supaya sentiasa mengingati Yang Tersayang dalam setiap perbuatan seharian kita..



Kalau dalam hati kita Yang Tersayang itu ialah Allah, mesti kita takut untuk melakukan perbuatan yang mengundang dosa. Dan akan terus istiqomah mengamalkan perbuatan sunnah.
Contohnya, kita takkan cuba untuk melewatkan atau meninggalkan solat sebab kita tau Allah akan murka.. Sapa yang nak Yang Tersayang murka pada kita? Mesti semua orang nak buat yang terbaik untuk mendapat cinta dari Yang Tersayang.

Kalau Ibu Bapa kita ialah Yang Tersayang bagi kita, mesti kita takkan buat perbuatan yang boleh mengecewakan mereka. Kita akan berusaha untuk buat yang terbaik dalam semua perkara supaya senyuman manis terukir di bibir mereka. Contohnya, adakah seseorang yang sangat mencintai ibu dan ayahnya akan buat perkara yang akan menjatuhkan maruah keluarga? Semestinya tidak. Tapi sekarang ramai yang mengaku sayangkan family tapi still buat perbuatan-perbuatan jahat seperti mencuri and seumpama dengannya.. Inikah insan yang dikatakan sayang kepada keluarga? 

Kalau dalam hati kita, orang yang kita sayang ialah sahabat-sahabat kita, pasti semua orang dapat jadi insan yang kberakhlak mulia. Sebab kita sentiasa ingin jadi sahabat yang terbaik disamping insan yang kita sayang. Jika baik akhlak sahabat kita, jadikanlah sahabatmu itu sebagai pendamping supaya kita dapat mencontohi akhlaknya. Tapi jika akhlak sahabat kita buruk, jadikanlah dia sebagai pengikut supaya kita dapat membantu dan membimbing sahabat ke arah yang lebih baik..

Kalau orang yang kita sayangi itu ialah special boyfren(BF) or special girlfren(GF)........
Cuba sama-sama kita fikirkan huraiannya..
Pasti akan ada banyak huraian yang akan kita dengar dari setiap orang..
Antaranya:

1)mestilah seseorang itu akan jadi baik sebab dia nak BF/GF dia happy..
*Nina setuju dengan jawapan dia tetapi adakah perkara yang buat BF/GF kita happy tu akan buat Allah redha atau murka? Fikir-fikirkanlah.. 
Contohnya kalau kita berubah kepada jahiliyah kepada orang yang berilmu dan berakhlak mulia untuk jadi yang terbaik dimata BF/GF kita, alhamdulillah.. 
Tapi jika kita halalkan semua perkara yang haram antara kita dan BF/GF kita, nauzubillah..*

2)mestilah seseorang tu akan jadi lebih jauh dari Allah..
 *Nina memang setuju dengan jawapan ni.. sebab apa? Sebabnya kita memang dilarang untuk couple even ada crush pon tak boleh sebenarnya.. Sebab bila kita dah letak something else sebagai Yang Tersayang terutamanya couple kita pasti kita akan kecundang akhirnya..
Tak salah nak sayang someone dalam hidup kita tapi sayanglah mereka sebagai sahabat seperjuangan kita.Ataupun pilihlah jalan yang menghalalkan rasa sayang tu..*

[Sahabat, renung-renungkanlah.. fikir-fikirkanlah.. 
muhasabah diri itu penting supaya kita dapat memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.
Andai ada salah kita di masa lalu, bertaubatlah kerana Allah itu maha pengampun.
Jika kita tidak pernah melalui hal-hal yang sedemikian, bersyukurlah dan berdoalah supaya kita terhindar dari cinta yang tidak halal untuk kita..
Sama-samalah kita berusaha untuk jadi yang terbaik disisi Allah, insyaallah Allah akan mempermudahkan segala urusan kita.]

"Tarbiah bukan segala-galanya tapi segala-galanya bermula dengan tarbiah" 

Assalamualaikum warahmatullah:)