Sunday 28 February 2016

Hari Ini.. Itulah hakikatnyaa..

Assalamualaikum..
Semua sihat ke ni? Hehe..

Hari ni aku nak kongsi serba sikit cerita yang aku harap dapat memotivasikan diri kita setiap hari:)
Cerita ini hanyalah dari pandangan aku dan sesiapa yang berpandangan sama dengan aku.. tidak ada kaitan dengan mana-mana pihak..

Hmm.. entah la macam mana nak mulakan, tapi aku ada soalan untuk kita..
Rasa tak zaman kita sekarang ni sangat-sangat bergantung kepada duet? Semua benda berkait dengan duet.. even kebajikan yang kita nak buat pon orang mementingkan duet.. susah nak dapatkan keikhlasan seseorang sekarang ni..
kebanyakannya mengharapkan balasan iaitu DUET...


nak buat macam mana kan, sebab kita hidup pada zaman ni..
Apa-apa pun, kita sepatutnya dapat mengubah serba sedikit yang termampu.. contohnya, apa yang kita buat perlulah fikir untuk membuat kebajikan kepada insan-insan lain.. biar Allah sahaja yang balas kebajikan kita pada orang lain..
Tapi orang sekarang, bila tolong insan lain, dia lebih mengharapkan balasan..



Inilah yang dikatakan, "manusia sekarang yang hidup serba moden dan mewah, tapi nilai moral kian mereput.."

bayangkan apa akan jadi pada kita kalau semua manusia yang hidup dekat dunia ni hilang nilai-nilai moral dalam diri?
Bumi kita penuh dengan sampah sarap..
Barang kita dicuri..
Penipuan dalam perniagaan..
Gejala sosial semakin merebak..
Kes bunuh, pecah rumah, rogol and soon berleluasa..
tak mustahilkan semua benda tu boleh jadi kalau setiap diantara kita telah hilang nilai moral dalam diri.. kan?
That's why aku rasa aku perlu pertahankan pandangan aku...
 
Tak ke kita rasa takot dan gerun kalau hal-hal buruk yang kita taknak berlaku?
of course la semua orang tak nak.. semuanya nak hidup aman dan tenteram..
Dah tu, tak salahkan kalau kita cuba untuk terapkan sebanyak mungkin nilai moral dalam diri kita sendiri? :)

Alangkah indahnya kalau kita dapat hidup dalam suasana saling bantu-membantu..
Tak rugi kan kalau kita suka untuk membuat kebajikan kepada orang, even benda tu orang selalu ambil mudah je..
contohnya kutip sampah di tepi jalan and buang dalam tong.. bantu orang yang buta melintas jalan.. bantu cikgu mengangkat buku yang banyak.. memberi salam pada orang lain..
Banyak lagi kebajikan yang kita boleh buat tau.. tapi jarang sangat orang amalkan sekarang..

Manusia ni saling memerlukan antara satu sama lain..
bila kita dalam kesusahan in sha Allah ada yang sudi untuk membantu kita...
bila kita senang, jangan lah kita lupa, masih ada yang susah diluar sana, yang menanti bantuan dari kita walaupun sikit..
Hidup ini indah jika dihiasi dengan sesuatu yang suci dan cantik, tapi ia akan suram jika kita menghiasinya dengan benda yang kotor dan busuk..


Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui..
tiada sesuatu pun yang terlepas dri pengetahuan Allah..
cuba kita sama-sama bermuhasabah,
Aku hidup di dunia ini untuk apa?
Adakah demi mengejar duet? Adakah untuk mengejar kekayaan? Adakah untuk mengejar pangkat?
Adakah untuk mengejar populariti? Adakah untuk mengejar jawatan?
Fikir-fikirkanlah....
kita hidup di dunia tak lama, setiap manusia pasti akan mati..
sama ada sekarang ataupun hari-hari lain..
 Amalan baik yang kita lakukan pasti akan mendapat balasan yang setimpal dari Allah kelak, begitu juga dengan amalan jahat pasti akan mendapat balasannya..

:) sampai disini saja nukilan aku untuk kali ini..
aku perlukan masa untuk study pulak.. hehe
tambah pulak esok ada quiz basic power.. harap semakin power lah lepas quiz nanti..hahaha
aku akhiri dulu dengan ucapan Assalamualaikum dan selamat malam semua:)
hopefully we will meet again;)








Thursday 25 February 2016

GO GO CHAIYOK :)

Assalamualaikum..
alhamdulillah masih ada sikit masa lapang untuk melepaskan rindu kat diari tersayang nie....



hmm.. tak banyak yang aku nak berkongsi buat masa sekarang, cuma ada sikit note yang aku nak lekatkan pada coretan kali ni..haha

bukan senang nak menjadi seorang penulis yang hebat, kerana ia memerlukan idea dan gaya penyampaian yang senang difahami oleh semua pembaca..
bukan mudah untuk menjadi seorang usahawan berjaya, kerana ia memerlukan kesabaran yang amat tinggi dalam melayani pelanggan..
bukan mudah untuk menjadi seorang student terbaik, memerlukan minat dan usaha yang gigih..

betul kata orang, setiap manusia pasti pernah merasai kegagalan dalam hidup.. tak kisah la, apa jenis kegagalan tersebut.. semestinya kita semua pernah melaluinya..
orang yang berjaya, tidak pernah rasa lelah dan lemah bila menemui kegagalan tetapi sentiasa bersemangat untuk menghadapinya dengan sebaik mungkin, sehinggalah kejayaan yang diingini dicapai walaupun ianya memerlukan bertahun-tahun lamanya...

mesej aku kat sini cuma satu, gagal bukan lah bermakna kita lemah tapi membuatkan kita semakin kuat..
pernah tak rasa, bila kita gagal dalam sesuatu, pasti kita akan mencari semula kekuatan.
ada yang mencari kekuatan dengan berdoa kepada Allah, ada juga yang mengadu pada ibubapa tersayang, ada yang berkongsi dengan sahabat karib....
waktu itulah baru kita tersedar, bahawa kita hanyalah insan yang lemah.. yang memerlukan sokongan dari orang lain...



kegagalan sebenarnya baik untuk kita.. pelikkan kenapa aku cakap gagal tu baik? hahahaha
kalau kita tanya pada semua orang yang hidup kat dunia ni, semua orang akan jawab "aku tak nak gagal.. "...
mestilah semua orang nak berjaya dalam hidup mereka right? Aku pon sama..
cuma kita ni hanyalah seorang manusia, jika Allah dah takdirkan kita gagal dalam sesuatu kerja, pasti ada hikmah disebalik kegagalan itu..
sebab Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita.. :)

hmm.. mungkin coretan aku kali ni setakat ni ja.. masa yang aku ada taklah sebanyak mana.. tapi alhamdulillah, sekurang-kurangnya aku masih dapat memotivasikan diri aku sendiri dalam masa yang singkat ini..

sebelum kita bersurai (hehehe),
i want to wish hepi bezday for my roomate..
may Allah bless U..
All the best..
(penat i nak sorokkan apa yang i tulis pada roomate sorang ni tau..huhuhu)


"Ya Allah, sesungguhnya aku bermohon kepadaMu kekuatan untuk melakukan kebajikan, meninggalkan kemungkaran, dan mencintai orang-orang yang miskin dan lemah. Jika engkau ingin menimpakan fitnah kepada hambaMu, maka ambillah nyawaku dalam keadaan aku bebas dari fitnah dan kesesatan."

semoga hari esok lebih baik untuk kita dari semalam:)

Assalamualaikum..

Saturday 20 February 2016

Great experience..

4hb Feb

Assalamualaikum and heloo semua..
lama menyepikan..
baru ingat nak conteng banyak-banyak cerita dalam Diari ni masa cuti tapi apakan daya terlalu sibok membela badan... kui3..haha



hmm macam-macam aku nak kongsi sebenarnya, tapi bila nak menaip je idea tu terus lari laju-laju.. tak sempat nak kejar..
so aku kongsi je la apa yang masih berbaki di minda.. ye ;)

Alhamdulillah, masa cuti sebulan ni aku tak la membuang masa sangat sebabnya aku belajar kereta tapi malangnya tak sempat nak test jpj.. huhuhu terpaksa lah aku tangguh lagi... in sha Allah bulan 4 nanti boleh dapat lesen.. aamiin.. macam-macam hal yang menyedihkan aku berlaku time cuti ni..huhuhuh.. ni lah namanya dugaan..phone prob, test jpj tak sempat..

itu lah lumrah kehidupan.. takkan pernah terlepas dari dugaan hidup and takkan boleh lari dari masalah yang timbul..

in sha Allah 6hb ni result aku and kawan-kawan akan keluar.. semoga kami semua mendapat keputusan yang baik.. and dapat sambung belajar dengan hepi.. :)
 and one more thing, 6hb ni jugak aku ada kenduri dekat rumah kawan sekolah rendah aku dulu.. tahniah kepada sahabat yang bakal mendirikan rumah tangga.. tahniah juga pada imam muda najdi and mat luthfi...hehehe

haha.. untuk coretan kali ni, rasa macam tak masuk je dengan tajuk post.. hahaha... jom kita berbalik kepada title asal yee.. :)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

20hb Feb

sambungan....
haha.. alhamdulillah dah nak masuk minggu kedua kuliah..
tak sempat untuk post sesuatu time cuti sem, hanya tersimpan rapi didalam draft file sebab dah mati akal nak tulis apa..
so, aku sambung coretan yang tak seberapa time cuti haritu dengan pengalaman-pengalaman aku di UTM:)

alhamdulillah hampir di garisan penghujung tahun 2 FKE ...
sepanjang 2 tahun ni, banyak benda yang aku belajar and banyak jenis kawan2 yang aku kenal..

Alam universiti ni amat boring tau kalau kita tak teroka apa yang best di Uni.. terokalah and kumpullah sebanyak mungkin pengalaman di Uni selagi mampu..

hehe.. tapi study jangan lupa pulak sebab tu yang lebih utama;)

bila masok Uni, aktifkanlah diri untuk join program-program yang boleh beri kita pengalaman yang sangat berguna bila kita di alam pekerjaan nanti..
first masuk alam Uni dulu, tak pernah terfikir pasal program/kelab/persatuan yang aku nak join, just fokus kepada kos yang akan aku belajar nanti.. aku rasa kawan-kawan lain pon lebih kurang sama macam aku..kan3

boleh lah dikatakan aku kenal macam-macam jenis student,
ada yang study hard and tak join aktiviti luar.. ada jugak yang terlalu aktif ber'program' sampai mengabaikan pelajaran... ada jugak yang pandai balance kan antara belajar dengan aktiviti luar..
so, bolehlah pilih nak jadi student yang macam mana:)

"perlu ke join prog? penat tau join program ni.. baik duduk bilik je.."
:)
Jawapan aku senang je, melaksana sesuatu program memang penat tapi banyak sangat pengalaman yang kita akan belajar dari kepenatan tu.. cuba la dulu.. belum cuba belum tahu, kalau dah cuma mesti nak join lagi.. :) sebab apa aku cakap macam tu? sebab aku dah melaluinya sendiri.. pasti akan rasa rindu untuk join program..
kelebihannya? banyak sangat..
dapat kenal kawan baru dari pelbagai kos.. dapat tahu cara untuk berurusan dengan orang yang berpangkat.. dapat kenal orang atasan.. dapat tahu tugas-tugas sesuatu unit... dapat belajar cara untuk mengurus masa dengan baik..  dapat sijil (hahaha)

coretan aku untuk harini hanyalah untuk berkongsi serba sikit pengalaman dan nasihat kepada diri sendiri dan kawan-kawan..
setiap orang mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing.. tiada yang sempurna..
setiap orang pernah melakukan kesalahan, tapi jangan kita lupa Allah Maha Pengampun..
tidak layak untuk kita merasakan diri kita ini lebih baik dari orang lain, padahal ramai lagi orang yang lebih baik di sisi Alah..
jom sama-sama cuba untuk jadi yang terbaik di antara yang terbaik:)


assalamualaikum:)