Friday 29 January 2021

5 SENAMAN PAGI UNTUK KECILKAN KAKI


 Assalamualaikum dan salam sejahtera

Selamat tengah hari semua. Nampaknya hari ni lambat sikit update untuk entry terbaru maybe sebab banyak aktiviti diawal pagi tadi. Nevermind. Btw, how your weekend? Is it great? Mestilah kan, reward selepas bekerja. 

Okay, hari ni nina akan share dengan korang semua, senaman pagi yang nina amalkan selepas subuh sebelum mandi untuk pergi kerja. Sebelum tu, nina nak tanya juga pada siapa yang berjaya turunkan berat badan semasa PKP ni, boleh ke korang suggest makanan yang korang tinggalkan dan amalkan untuk turunkan berat badan terutamanya bahagian paha. Buat masa sekarang nina memang hanya lakukan aktiviti yang boleh keluarkan peluh tanpa diet makanan. Nina makan je apa yang ada di rumah dan nina rasa nak makan. Hehehe. Tapi the one thing yang nina tak tinggalkan ialah minum air suam diawal pagi. Bagi sesiapa yang selalu minum air sejuk tu cubalah korang amalkan minum air suam pula dan tengok dia punya hasil nanti. Okay?

Back to our main topik, senaman apa yang nina amalkan setiap pagi. Waktu pagi ni semestinya waktu yang paling malas sekali nak lakukan senaman tambahan pula kalau hari bekerja, dengan rushing nak bersiap pergi kerja lagi. Waktu weekend pun, korang akan rasa malas juga untuk lakukan senaman, sebab hari cuti selalunya most of us ambil masa yang lama sikit untuk rehatkan mata. So, senaman waktu pagi ni, korang cuba pilih senaman yang senang dilakukan dan tidak mengambil masa yang terlalu lama. Kalau nina, nina just refer pada video di Youtube. Nina pilih 5 senaman ringkas dan buat dalam masa 5 minit sahaja. Just macam warming up kepada badan kita selepas berjam-jam tidur.

Senaman yang pertama, Gluteal Piriformis Activation. Apa tu? Haa nina pun taktau apa maksud sebenar nama senaman ni, sebab nina just rujuk semula sumber yang nina rujuk. Senang cakap senaman ni, korang perlu berdiri tegak dan angkat kaki kanan ke depan dan turunkan tangan kiri ke bawah untuk sentuh kaki yang diangkat tersebut. Ulang step yang sama bagi kaki kiri dan tangan kanan. Ulang perkara yang sama sehingga cukup seminit. (Boleh rujuk gambar dibawah untuk lebih memahamkan cara senaman tersebut).


Okay caranya lebih kurang macam gaya di atas cuma cuba luruskan kaki dan tangan korang. Masa nina cuba cari gambar untuk memahamkan korang cara senaman yang nina maksudkan, nina baru faham rupanya gluteal dan piriformis tersebut merupakan nama kepada muscles kita. Details mungkin boleh cuba kaji sendiri sebab nina pun kurang arif berkenaan hal ni. Al maklumlah tak pernah belajar Biologi. 

Cara kedua, nina amalkan Side Lunges. Cara ni mudah je, cuba renggangkan kaki dan turunkan badan ke arah kaki kanan dahulu dan kemudian ke arah kaki kiri. Contoh seperti gambar dibawah. Kalau semasa lakukan senaman ni ada terasa force pada bahagian paha sebelah dalam maksudnya korang lakukan dengan cara yang betul.




Senaman ni ada banyak kebaikan, antaranya dapat menguatkan kaki dan kumpulan otot besar pada badan kita. Jadi serba sedikit kekuatan otot ini dapat meningkatkan metabolisme kita. Ia bermanfaat untuk menurunkan berat badan.

Cara yang ketiga adalah Sumo Squad. Senaman ini melibatkan otot yang ada pada bahagian paha kita. Kerana kaedah gerakan bagi senaman ini kita perlu berdiri tegak dan regangkan sedikit kaki. Kemudian, turunkan badan sehingga lutut dibengkokkan sedikit. Ia seperti kita duduk di atas invisible chair. Dan ulang step tersebut sehingga cukup seminit. Rujuk gambar dibawah untuk lebih memahami cara gerakan senaman tersebut.


Kaedah ini juga berguna bagi menguatkan otot pada kaki. Ini salah satu cara untuk membuang lemak pada bahagian paha yang menyebabkan paha kita berlaga antara satu sama lain. Sebelum ni, nina ada terfikir juga, macammana kalau niat lakukan senaman untuk kecilkan kaki tapi tiba-tiba berotot pulak? hahaha. Risau juga sebenarnya tapi hopefully tak terjadi la mcm tu. 

Cara senaman yang keempat, Squat with Side Kick. Okay, senaman ni lebih kurang dengan senaman yang ketiga tadi cuma ada penambahan tendangan sahaja. Ala-ala belajar gusti sikit. Hehehe. Details boleh tengok gambar seperti dibawah ni ye.

Senaman ni korang akan rasa lenguh sikit pada kaki sebab ada banyak sikit pergerakan berbanding senaman yang nina dah huraikan diatas. But nina rasa senaman ni paling menarik dan seronok nak buat sebab ala-ala macam tengah berlakon cerita fighter. Hehe.

Okay finally, senaman yang akhir ialah Side Lying Leg Lift. Senaman ni senang ja dan ramai sebenarnya practice senaman tersebut untuk mengecilkan kaki. Caranya korang perlu baring secara mengiring, kemudian angkat dan turunkan kaki yang berada di sebelah atas. Lakukan selama setengah minit dan ubah posisi ke arah kanan/kiri pula. Rujuk gambar dibawah ya.



Cuba untuk lakukan 5 senaman tersebut setiap pagi. Dan hasilnya kita akan sama-sama lihat nanti. Selamat mencuba ya. Semoga kita berjumpa lagi di lain entry.

Assalamualaikum, Bubye.

No comments: