Saturday 23 January 2021

LET'S REFRESH OUR OWN LIFE

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selamat Tahun Baru 2021 dan Selamat BerPKP 2.0. Hehehehe.

Alang-alang dah sunyi-sunyi dekat rumah, tak boleh balik kampung, keluar jalan-jalan pun tak boleh. Jadi nina cuba lah untuk update new post setakat yang mampu. Moga bermanfaat serba sedikit untuk kita semua. InshaAllah.

Ada tak kat sini orang yang tertanya-tanya persoalan yang sama macam aku? Pernah tak korang tertanya-tanya kenapa perempuan ada waktu ‘CUTI’ (datang bulan)?

Bila aku terfikirkan persoalan ni, memang tak ada jawapan pun yang terlintas. So daripada fikirkan jawapan untuk persoalan tu, why not kita fikirkan kebaikan dia kan?

Setiap kali datang bulan, aku tak nafikan kadang-kadang tu aku rasa seronok sangat sebab it like your free time without schedule. Contohnya, kalau weekdays, hang akan focus dengan kerja hang untuk siapkan on time, tapi weekends, hang boleh buat apa yang hang suka like tidur sepanjang hari atau makan 24 jam sambil tengok TV. Fuhhhh, seronokkan tak da siapa ganggu. Tambahan pula, kalau housemate kau pun cuti sama tarikh dengan kau. Orang muda-muda cakap cuti berjemaah gitu.  Sama la dengan waktu datang bulan, waktu biasa hang kena jaga solat supaya on time dan tidak tertinggal, tapi masa datang bulan, hang bebas tak da risau tertinggal solat sebab hang memang tak boleh solat. Tapi perasan tak kita ni kadang-kadang terlupa dengan nikmat yang Allah bagi kat kita, datang bulan bukanlah bermaksud kita tak boleh ingat pada Allah, kita masih boleh zikir tau. Boleh dengar ceramah agama, boleh buka bacaan Al-Quran atau selawat. Tapi aku pun tak nafikan, aku pun sering lupa dan tak amalkan benda tu semua.

Tapi aku juga tak nafikan, bila sampai ja waktu datang bulan tamat, aku mula semangat susun jadual amalan-amalan yang aku nak amalkan, contohnya baca Al-Quran tiap kali lepas solat Maghrib. Aku bersyukur sangat sebab Allah masih detikkan hati aku untuk sentiasa ingat dan dekatkan diri aku padaNya. Alhamdulillah.

Aku pun orang biasa, bukan ustazah ataupun yang berpengetahuan tinggi pasal agama. Tapi sedar tak kita, walaupun kita ni orang biasa-biasa saja, kita salah seorang contoh yang melambangkan agama yang kita bawa. Why not kita cuba untuk jadi baik walaupun kita ni tak baik mana? Why not kita cuba untuk amalkan amalan yang baik walaupun kita tau kadang-kadang kita ada perasaan malas dan tinggalkan amalan tersebut. Selagi kita tak pernah putus asa untuk mencuba, inshaAllah Allah akan permudahkan urusan kita. Please never give up. Bukan untuk urusan dunia sahaja kita tidak boleh menyerah kalah, urusan akhirat juga kita kena kuat untuk tidak menyerah kalah. Sebab lawan kita untuk urusan akhirat bukan calang-calang orang tetapi syaitan yang sentiasa menghasut kita ke jalan yang salah sehingga kadang-kadang kita lalai dan terperangkap dalam tipu dayanya.

Kalau masa datang bulan kita lalai untuk ingat kepada Allah, jangan menyesal tapi tidak buat apa-apa tindakan. Cuba untuk rasa menyesal dan set untuk lakukan amalan-amalan tersebut selepas habis datang bulan. Cuba untuk mula solat diawal waktu, cuba untuk solat se’khusyuk’ yang boleh, cuba untuk tidak tinggalkan Al-Quran dan cuba untuk amalkan amalan-amalan Sunnah yang lain. At least walau kita tersasar sekali pun, kita dah wujudkan kita punya start point untuk jadi lebih baik setiap kali habisnya datang bulan.

Pernah tak korang rasa jeles sangat dengan orang yang datang bulan tapi masih tak tinggal selawat dan doa? Jeles kan. Tipu lah kalau cakap tak da wujud perasaan jeles tu. Aku pun tak tergolong lagi dalam kalangan yang macam tu. Sis tak kuat. Walau kita tak mampu buat macam tu, kita boleh cuba untuk dengar selawat bagi menggantikan lagu-lagu Kpop kan? Cuba dengan yang mudah dulu inshaAllah lama-kelamaan ia akan jadi kebiasaan kita.

Setakat ini sahaja perkongsian untuk hari ini. InshaAllah jumpa lagi di lain entry. Please stay safe. 

Assalamualaikum semua dan have a nice weekend:)


No comments: