Friday 8 September 2017

Rutin Budak Praktikal🙇

Assalamualaikum semua❤
dah lama betul rasanya tak menulis.

So harini nina nk kongsi la sikit pengalaman LI walaupun xda la banyak sgt..hehe

ok. first sekali bila nak intern mestilah kita akan pilih company and tmpt yg kita nak intern kan? mcm qeja jgk.. msti kita nk yg dekat dgn rumah so senang nk ulang alik.. xpayah fikir pasal rumah sewa n mkn minum..
Nina pon time first2 dulu mcm tu, tp apakan daya.. diri ni banyak sgt kekurangan..huhuhu (ayt sedih mintak simpati😆) yela.. rmh kwasan kg pendalaman, pastu lesen moto qeta ada tp qetanya xda😢.. nak bawak moto parents ckp bhya kawasan tu.. betul lah jgk nina pon takot nk bwk moto kwsan hutan tmbah pulak sengsorg..
So terpaksalah jugak berulang dr rmh sedara n balik kg tiap2 minggu.. dgn xda kawan LI skli kt tmpt LI.. dugaan2..

Btw, segala dugaan nilah buat nina lebih pndai berdikari.. pandai2 untuk cri jln penyelesaian n tak lari dri masalah.. 💪
Thank u Allah❤

Tapi nasihat nina kalau korg sama kes dgn nina, xyah la ada niat nk LI dekat2 rmh, baik LI dkat2 ngn kwn. supaya korg blh sama2 survive.. hehe.. cthnya time boring xda keja, ada jgk kwn nk sembang or nk ajk jln2 pusing company or ajak jd model n photographer.. haha

The second thing, korg msti bersabar bila intern ni.. biasalah suasana qeja ni lain dgn suasana bljr.. disoal tu biasa.. ye la, kita kn still belajar msti dorg aspect kita tahu lg bnyak dr dorg but sbenarnya kita still xleh challenge pengalaman yg dorg ada..

Ok. The most experience time LI nie adalah mcmmna kita nak berkomunikasi dengan pekerja-pekerja lain yang mostly lebih tua dan berpengalaman daripada kita. Actually, kita akan hadapi masalah nie bila kita start bekerja nanti, we as a boss to orang yg dah same age dengan ayah kita. How we want to communicate with them properly. Supaya kita dapat bekerja dengan baik dalam satu organisasi.

Hmm mcm dah habis ja apa yg nina nk kongsi,🤔
haaa lg satu pesanan, jgn la mind set tu LI ni xbest langsung, boring ja memanjang.. sebenarnya ikut company jugak.. ada company yg mmg tiap2 hri bdk2 intern ada keja smpai kena OT.. haaa, time ni mula la mengeluh penat LI sbb xleh nk relax..
Bila xda qeja, boring.. bila ada qeja, penat.. ish3.. nilah kita yg slalu sgt merungut..

For me, nina boring sgt bila xda qeja nk buat n bila xda pakcik yg ajak gi site so terpaksa dduk ofis smpai ptg. sbb nina lebih suka turun site sbb walaupun dorg xsempat nk terangkan satu2 pd kita at least kita blh tgok n bljr dr apa yg dorg buat.. ni pengalaman paling best time LI..

5 weeks to go, time ni mula la xsabar nk cpt2 hbis LI.. tp bila dh start class nnt msti mula rindu LI ni.. sbb xserabut dgn esaimen bagai.. huhu

________________________________________________________________________________

Hai semua, skrg nina dah habis LI cuma report still in progress lg..huhu..
esok dah mula kelas and bermulalah zaman tahun 4 nina di utm nie..
waaaa.. tak sabar rasa nak cepat2 habis belajar..hehehe
Btw, wish me best of luck and do the best for my capstone and fyp.. hope everything ease for me and frenz..
Lot of luve from me ^_^


Bubye jumpa lg dilain entry❤
Assalamualaikum

Friday 26 May 2017

SALAM RAMADHAN:)

Assalamualaikum semua.

dah lama betul tak menulis. disebabkan harini merupakan first ramadhan. and naseb baik pulak quota wifi yang dah habis untuk bulan ni tetiba boleh guna lagi. mungkin quota ni ikut bulan islam kot..haha.. by the why, sebelum tu niena nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua umat Islam di seluruh dunia. semoga sama-sama kita manfaatkan ramadhan untuk tahun ni dan sehingga dapat berjumpa ramadhan yang akan datang. In sha Allah.



Sebenarnya, tak da merancang pon untuk tulis entry about Ramadhan. tapi disebabkan kesunyian yang melanda di malam hari ni, yelah... mana tak sunyinya, sambut ramadhan di UTM bukan di rumah.. sunyi sebab ramai kawan-kawan balik rumah lagi... hmmm sabar je la...

Dah rancang ka jadual ramadhan unuk tahun ni? Untuk tadarus, solat teraweh, and soon?
Kalau yang dah ada matlamat tu, memang terbaik lah.. maksudnya dia memang dah bersedia untuk berjumpa ramadhan.. yang belum tu, dont worry, its not to late now.. tetapkan matlamat sekarang supaya apa yang kita nak tercapai sebelum kita bertemu syawal nanti..
Matlamat yang niena maksudkan bukan tema raya or fashion baju apa nak pakai raya ni tau.. ahahahaha.. itu lain cerita.. sekarang kita tengah cerita tentang matlamat ramadhan contohnya nak khatam quran dalam bulan ramadhan ni.



First, senaraikan apa yang korang nak buat sepanjang Ramadhan.
Antaranya, nak khatam quran, nak solat teraweh sepanjang ramadhan, nak bangun sahur sepanjang ramadhan, nak join kuliah/ceramah di masjid, nak iftar, nak banyakkan selawat, nak banyakkan sedekah..

Then, find a way untuk realisasikan impian korang.. kalau korang nak pastikan korang dapat khatam quran dalam bulan ni, korang boleh join tadarus quran ataupon boleh bahagikan setiap hari mesti habiskan 4 helai.  kalau korang nak consisten dalam solat teraweh untuk sepanjang ramadhan tak kisahlah hanya 8 rakaat atau 21 rakaat, so pastikan korang sentiasa ikut orang yang rajin ke masjid (ikut ayah, ibu, nenek or kawan).. so korang takkan rasa malas nak berteraweh.. and pastikan korang tak mula tengok drama korea pada bulan puasa.. confirm bila dah start tengok drama, korang akan malas nak berteraweh disebabkan nak luangkan masa teraweh tu dengan drama.. huhuhu..
Kalau korang nak consisten bangun untuk bersahur setiap pagi, pastikan sebelum tidur korang dah pasang niat yang sungguh-sungguh untuk bangun sahur, in sha Allah korang akan automatik sedar untuk sahur.. so lepas dah sedar tu jangan la tidur balik, confirmlah lepas dah tidur balik tu takkan terjaga semula..huhuhuhu...
Kalau korang nak join kuliah or ceramah agama sepanjang ramadhan, pastikan korang rajin ke masjid. contoh rajin-rajinkanlah solat dimasjid.. walaupun tak semua waktu korang solat di masjid, at least subuh, maghrib, and isyak pon dah memadai kan daripada tak ke masjid.
kalau korang nak beriftar pon pastikan selalu ke masjid, sebab kebanyakan masjid menyediakan juadah berbuka. so boleh lah korang beriftar beramai-ramai...

Tu lah serba sedikit rutin yang korang boleh add dalam timetable ramadhan masing-masing.. semoga bermanfaat. Jangan lakukan amalan baik hanya kerana Ramadhan tetapi lakukannya sebagai permulaan untuk amalan di bulan-bulan lain:)


Selamat malam, jangan lupa bersahur esok.. Assalamualaikum:)



Monday 27 February 2017

TRAVEL : Ke Korea Ke Kita

Assalamualaikum:)

Dah seminggu berlalu, tapi hati ni masih ada lah serpihanya tertinggal di Korea..hehe disebabkan suasana disana sangat menyenangkan.. tambahan pulak, musim winter time tu...
So harini sis nak kongsilah serba sikit pengalaman sis sepanjang disana selama lebih kurang 8hari 7malam...

Persediaan ke sana group sis yang uruskan sendiri sebab we xguna agent.. bak kata orang pergi travel sendiri ni lebih menjimatkan kos.. so we take the challenge untuk travel tanpa menggunakan guider..
Tugas aku untuk travel kali ni adalah untuk mencari penajaan, but disebabkan program kami lebih kepada jalan-jalan so penajaan adalah zero.. but each of us of courselah masing-masing dah dapat duet poket dari YTN untuk program GOP ni.. (duet untuk GOP, YTN bagi dalam RM3k but the last RM1k tu depends on pointer jugaklah.. so kalau bagus pointer dapat lah full RM3k, kalau pointer dah hampir ke laut macam aku ni, paham-paham je la dapat berapa je..huhuhu)..

So disebabkan penajaan macam dah takleh nak go on, aku pon diberi tugasan baru untuk handle bab flight ticket...masalah yang aku hadapi ialah takde ticket promo pada tarikh yang kami dah rancang.. lagi lama delay pembelian tiket, lagi tinggi pulak harga tiket naik.. so kami pun amek la keputusan untuk proceed je dengan harga tiket yang sedia ada tu.. risau lagi lama tunggu, lagi naik harga or tiket licin.. range harga tiket pergi balik untuk each person dalam RM1400.. agak mahal sebenarnya.. so my advice pada sapa-sapa yang nak travel nanti, serveylah harga tiket awal-awal, barulah korang proceed untuk paperwork GOP.. supaya duet xbanyak habis pd tiket flight....

Untuk makanan disana, kami ada sediakan bajet untuk beli makanan dari malaysia.. so kami decide untuk beli Brahim.. (memang mahal.. sebab makanan dy sedap n mengenyangkan.. tapi kalau ada yang nak tiru, fikir banyak kali sikit sbb banyak jugak duet yang akan habis pd Brahim ni.. so serveylah makanan lain kot ada yang lebih murah and berbaloi..hehe)..Brahim ni just untuk makan di Guest House nanti.. time tengah jalan-jalan kat sana perlu jugak makan luar.. of course lah perlu rasa makanan kat sana...

And the other things yang penting, korang jangan lupa untuk collect baucer diskaun untuk ke korea nanti.. tempatnya di KTO..
and jangan lupa jugak untuk ambil insurans sepanjang berada di korea nanti.. kami just ambil insurans by online with AXA.. sebagai advice, pergi daftar terus government insurans di Wisma Putra..(tapi tak berapa tau sangat bab ni.. boleh rujuk pada yang lebih arif.hehe)..and yang paling-paling penting, barang-barang winter disebabkan kami pergi time salji turun.. so kena lah belanja duet sikit untuk barang-barang ni...plus jangan lupa untuk tukar duet kat kedai money changer berdekatan. yang penting korang servey dulu harga supaya tak banyak sangat rugi sebab ada money changer ambil banyak untung.. Masa tu kami servey money changer paling murah di PKNS (rate 3.75 untuk 1000won) and Shah Alam (3.78 untuk 1000won).. but disebabkan aku ni orang kedah so fikir-fikir entah bila la nak pegi tukar duet kat sana... So aku pon servey money changer yang berdekatan ja.. Time tu just jumpa money changer Hassani je, terpaksalah tukar jugak walaupun rate harga dy agak tinggi (RM3.90 untuk 1000won)..huhuhu.. Kali kedua tukar di Kulim, kedai yang berderet dengan balai polis.. kat situ murah la sikit (RM3.80 untuk 1000won)..

Flight yang kami akan naik untuk ke Korea pada pkul 7pagi.. so kami semua perlu berkumpul awal supaya takda sebarang masalah yang berlaku as sorang member tertinggal, tak boleh check in, or tersangkut di imigresen.. so pkul 4pagi masing-masing dah bersetuju untuk kumpul and selesaikan packaging baggage (kami kongsi 40kg for 12 people)..
Alhamdulillah selamat naik flight untuk bertolak ke Korea.. selepas melepasi rintangan yang panjang (proses imigresen)..
Perjalanan selama 6jam atas flight sangat-sangat membosankan.. asyik bangun tido bangun n tido... hahaha.. tu je la aktiviti kami atas flight.. so my advice, kalau ada yang nak pergi travel memana lepas ni, downloadlah banyak-banyak movie dalam tablet/phone supaya tak kebosanan atas flight..



Sesampai saja di Incheon, kami terus bergegas untuk collect our baggage and than terus ke kedai untuk beli and topup TMoney.. (TMoney ni satu card yang digunakan untuk guna pengangkutan awam kat korea cth subway and bas)... Kami yang majoritynya tak berapa tahu sangat tentang kegunaan TMoney nie terus decide untuk topup 50000won dalam kad tersebut... Actually tak perlu pon untuk topup duet bebanyak dalam tu sebab nanti setiap stesen subway ada sediakan mesin untuk topup TMoney.. so masalah yang kami hadapi sepanjang travel ni, of courselah ramai tercicir TMoney yang semuanya ada banyak duet di dalam tu... so learn from our mistake ok? jangan topup banyak sangat dalam TMoney.. ala kadar je.. sebab hrga naik subway di korea agak murah dalam (1250won untuk sekali naik, tak kira berapa jauh perjalanan korang but must in the same track.. kalau korang perlu exchange track ada charge skit la..)

Duet dalam TMoney tu korang boleh topup before naik subway and after dah tiba masa korang nak balik Malaysia, korang blh keluarkan balance yang still ada dalam TMoney tu. So, xrugi pon kalau korang topup banyak duet dalam tu but the worse is kalau TMoney tu hilang as tercicir dalam subway n soon. If korang xnak keluarkn duet dalam TMoney tu? boleh je. simpan je la buat kenangan. hahaha. Tapi ada jugak yg jual pada kawan-kawan or kenalan lain yang bakal ke korea nanti. So, diorang x perlu beli n topup TMoney dah kat sana. Just used yang korang jual pada dorang je. So, korang boleh pilih lah option mana korang suka. heheheh






Sepanjang 6hari disana, banyak tempat yang kami visit.. and of course lah the wholeday jalan kaki or naik subway or naik bas.. but sangat penat mungkin cuaca sangat sejuk masa tu.. iyelah winter kan..
Sebelum sampai korea mmg excited gila, sbb xsabar nak main salji. After dah smpai sana, excited dia tu masa awal2 je, then mula rasa lepas nie xnak datang time winter dahhh.. huhuhu.. sejuk lutut nak jalan lama2 kat luar..
antara tempat yang kami visit Vivaldi Park (berbayar n tak ingat berapa..haha.. agak mahal.. ni tempat paling mahal kami pergi.. but sangat best iyelah bila lagi nak try and belajar main ski... seyesly rindu rasa nak main ski lagi walaupun berpuluh-puluh kali jugak jatuh atas ais)..



Then, of course lah tempat wajib kena pergi bila datang korea, Nami Islands(berbayar tapi murah je).. sangat cantik.. orang cakap time Autumn sangat cantik kat sini.. but Winter pon cantek jugak.. seyesly tak tipu... tambah pulak time tu salji turun..

Ok, time kat Nami Island nie lah tempat korang nak ambil gambar cantek2 ala2 artis korea gitu. Banyak sangat port yang cantek untuk bergambar, so jangan lepaskan peluang untuk ambil je bebanyak gambar kat sini.

The other thing is jangan lupa cuba makanan femes kat sini. Nina xnak sebut sbb nina lupa nak try time tu.huhuhuhu
disebabkan lapar sangat, nina and kawan-kawan yang jalan sekali makan je kat tempat yang dekat dengan kami. so sad. tapi not bad la sbb dapat rasa korea pnya octopus. hahahaha



The other places yang korang mesti pergi is Myeongdong street (tempat makan and banyak mall and barang-barang kosmetik), Insadong (beg and barang-barang souvenirs murah and banyak), Namdemon market (souvenir lagi banyak and murah), Namsan Tower (cantek untuk ambil gambar), Itaewon (time nilah korang nak makan ayam and daging selepas beberapa hari jadi vegeterian..haha.. and tempat wajib kena lawat kat sini ialah masjid itaewon.. paling best bila suasana nak solat jemaah.. walaupun jemaah kat sana tak ramai tapi rasa heaven sangat bila tengok orang korea pakai kopiah and tudung.. bayangkanlah Lee Min Ho, Park Bo Geum, Baekhyun, and Lee Jong Suk pakai kopiah...hahahah tulah perasaannya waktu tu..hehe),


Yeouido Park (taman yang cantek untuk bergambar) bayangkanlah time tu air dalam kolam pon beku. hhahahaha,


 Hongik University (sesuai if korang pergi with paperwork contoh program universiti as GOP),


 Ehwa University (nie pon sama sesuai kalau korang pergi under program universiti),


 and banyak lagi lah cuma dah tak ingat nama tempat..haha










The best memory ever... rasa nak travel lagi.. my advice try to travel and u can feel the feeling.. and travel might be your hobby...





Till meet again in the next entry.. annyeong..
haaa before that, sapa2 yang ada pengalaman lain di korea boleh la share di ruang komen untuk tatapan kawan2 yang bakal travel jugak nanti.

Assalamualaikum:)




Monday 13 February 2017

REORENTASI YTN WITH KUISCELL & LEMBAH AZWEN



Assalamualaikum..

Alhamdulillah sekali lagi diberi kesempatan untuk kongsi something new di blog ni..
Orentasi kali ni lain sikit.. sebab selalunya orentasi tak sampai 5hari.. tetiba kali ni, 5hari 4malam.. di 2 tempat pulak tu.. indoor and outdoor.. best seriously but agak penatlah sikit..hewhew…

3hari pertama program berlangsung di RhR Hotel bersama consultant Kuiscell.. the best program.. tak pernah rasa bosan or boring time program.. mungkin sebab penceramah pandai amek perhatian semua peserta.. aktiviti yang dibuat simple but have more impact.. banyak yang kami dapat from this program.. banyak jugak dapat tahu new knowledge disamping dapat kenal adik-adik yang baru masuk in this team..perkataan paling ingat WISDOM.. haha.. stiap huruf tu adalah maksudnya sendiri and all the meaning have one slot with one games.. yang paling aku ingat word 'O'.. the meaning is One Team... time ni pihak Kuiscell ada sediakan 1 game.. Game pasal Saham X and Y.. (sapa yang pernah main angkat tangan sikit..haha).. aku di antara orang-orang yang pernah main game saham ni, but the situation is difference. time first main with other consultant, aku tak berapa tau apa yang kitaorang nak dapatkan dari game saham ni.. just fikir and make decision yang tak merugikan company sendiri.. but untuk kali ni, baru aku betul-betul faham output yang pihak consultant nak sampaikan dari game ni.. sebenarnya game ni nak kita trust each other as one team walaupun kita berlainan group.. that game yang aku takkan pernah lupa disebabkan group akulah yang satu-satunya penyebab we does not look as one team in this game.. di sebabkan asyik pilih saham yang menguntungkan..hahaha maklumlah tak berapa pandai main walaupun dah second time main game ni..haha.. but its ok at least we learn something from the mistake, right?



Hari terakhir bersama Kuiscell, kami dapat berjumpa dengan salah seorang pengasas Kuiscell iaitu Ustaz Don.. we have some talk with him as a closing program bersama Kuiscell.. sempat jugak bergambar dengan Ustaz Don but gambar tu entah pada handphone siapa so sampai sekarang gambar tu diawang-awangan ja..huhuhu.. so sad..



Next day, kami bertolak ke Kem Site Lembah Azwen.. this part is quite challenge compare to hari-hari sebelum ni disebabkan all the activity is outdoor.. no indoor activity..
Bila outdoor ni banyak la sikit guna tenaga and dah tak ada masa nak feeling mengantuk.hahaha



First tu excited jugak.. sebab nampak kolam haha..
Hari pertama disini, kami just berkenalan buat kali kedua.. berkenalan melalui round ball games.. and than dibahagikan kumpulan... (mix boys and girls)..
Next, teruskan dengan activity ala-ala PLKN sikit... this game done group by group..
Then, barulah kitaorang masuk kolam untuk belajar berenang.. but of course lah pakai safety jaket.. heehehe.. nilah yang paling best.. boleh relax2 apungkan badan... 
And yang paling excited, kami diberi task untuk membuat rakit menggunakan bahan-bahan yang diberi.. (tong air, tali, kayu).. so pepandailah korang ikat yeer..
Lepas dah siap rakit untuk setiap kumpulan, we need to exchange the rakit.. that means korang akan lawan berkayak menggunakan rakit yang dibuat oleh other team.. time ni memang masing-masing frust sebab tak boleh nak cuba rakit sendiri..huhu...
Semua macam ala kita buat cantek-cantek at last orang lain yang naik rakit kita. Then, time tu dah rasa mcm tak da semangat nak naik rakit. hahahahaha



Activity sangat pack disebabkan just have 2 days kat sini.. so sebelah petang kami proceed with jungle tracking.. Time jungle tracking ni lah paling mencabar and banyak dugaan yang kitaorang lalui.. plus tetiba hujan pulak.. jalan dalam hutan tu jadi sangat licin.. so banyak yang terjadi.. dengan hujan satu hal, plus sesat pulak satu hal. but alhamdulillah kami semua selamat sampai di kem site.. agak lewat malam sebenarnya.. dalam pkul 12 macam tu kalau tak silap..



keesokannya, just one activity left before kami semua balik ke rumah masing-masing (yeayh..)...
this activity pon nice jugak.. activity wall climbing kalau tak silap nama dy..haha..
first time turun bangunan menggunakan tali macam tu.. walaupun bangunan tak setinggi mana, but nervous lah jugak... seram sejuk semua ada..  

That all the activity sepanjang orentasi buat kali kedua ni.. overall, memang best.. banyak pengalaman yang kami dapat.. hopefully dapat jumpa lagi dengan semua kawan-kawan and adik-adik..
till meet again..
see u:)



Assalamualaikum

Wednesday 18 January 2017

Q PULANG KE KAMPUNG HALAMAN

Assalamualaikum:)

Alhamdulillah akhirnya sampai juga ke kampung jelang padi untuk cuti sem kali ni…


(gambar from google je)

Walaupun cuti kali ni amatlah pendek disebabkan terlalu banyak aktiviti musim cuti kali ni, tapi alhamdulillah sempat luangkan masa yang sedikit ni dengan family…

By the way, cuti tahun ni tak da banyak masa untuk bela badan… hahaha..
Setiap hari mesti ada ja kerja yang perlu disiapkan…
So definition gemuk selepas bela lemak dirumah tu tak diguna pakai untuk cuti kali ni ye. haha



Almaklumlah, kita semakin dewasa.. lagi banyak tanggungjawab perlu diuruskan sendiri..
Senarai kerja aku sepanjang di kampung, aku dah senaraikan sebelum balik haritu… takut-takut terlupa…
First thing, time cuti ni aku nak servey tempat LI yang aku nak mohon nanti… Mostly area Penang… so ayah and ibu aku sokong ja aku nak apply tempat LI di Bandar Perda, P. Pinang… disebabkan tak terlalu jauh… berbanding Aloq Staq.. (done)

Second thing, is servey kereta.. iyelah nanti nak LI mestilah kena drive sendiri… disebabkan kereta kat rumah just ada 1… Triton pulak tu.. tak berani aku nak bawak kereta besaq-besaq nih… walaupun lesen dah lama…hahaha… nak beli kereta ni pon perlu buat perancangan kewangan yang detail.. silap perancangan tak makan la aku nanti… so bajet dalam RM350-RM400 sebulan in sha Allah aku masih mampu bayar dengan duet biasiswa aku..huhuhuhuhu… (not done yet… ayah masih berfikir-fikir..hehe)

Third, beli barang-barang keperluan untuk persiapan ke sana nanti.. hemmm.. untuk bab ni aku malas nak cerita detail lagi disebabkan persediaan masih banyak yang tak selesai… (KIV dulu ye)

Forth, tukar duet.. ni pon aku taknak elaborate panjang lagi.. (KIV jugak..hehe)

Lastly, simpan duet tabung simpanan selama ni kat Tabung Haji… hehe.. in sha Allah walaupun simpanan masih sikit.. cita-cita untuk ke sana tu penting… in sha Allah, moga Allah permudahkan nanti:)

Itu ja perancangan time cuti aku untuk cuti kali ni… korang punya cuti macam mana? Hopefully korang pun dapat rancang cuti dengan baik supaya takda kerja yang tertinggal bila dah nak habis cuti nanti…
Till meet again in the other entry…

Assalamualaikum:)


QURSUS PENGURUSAN HEMA UTM (PAHANG)

Assalamualaikum sekali lagi diberi kesempatan untuk updated pengalaman yang aku dapat di Rompin Beach Resort, Pahang baru-baru ni. Alhamdulillah…



Trip kali ni bukanlah dalam perancangan aku, disebabkan cuti aku terlalu padat.. tetapi disebabkan trip ni diwajibkan oleh HEMA, so terpaksalah gagahkan diri untuk hadir..
Btw, alhamdulillah tak pernah terdetik dalam hati perasaan rugi kerana terpaksa datang disebabkan daripada kursus inilah aku dapat belajar banyak benda secara taklangsung… walaupun programnya agak bosan…hahahaha…

Daripada kursus nilah aku dapat tahu serba sedikit benda baru, firstly ialah kelulusan Wisma Putra untuk ke luar negara… sebenarnya tak kiralah program ni under UTM or sendirian berhad macam pegi umrah n soon… kita perlu mohon kelulusan dari pada Wisma Putra untuk government insuran semasa di oversea nanti… iyelah.. kita tak tahu kalau-kalau something yang tak dijangka berlaku… at least kita dah buat persiapan rapi untuk ke sana nanti….

Selain aktiviti dalam dewan, dapatlah jugak jejalan amek angin di tepi laut… ambil gambar… buat istana pasir.. yang penting makanan paling win… hahaha… (seyes sedap..)

Tapi biasalah kalau just nak pergi bercuti sendiri or dengan family, kenalah simpan bajet awal-awal disebabkan tempat macam ni costing la sikit… utk package kami, seorang dikira RM150/days.. (hmmm telan ayaq liyoq banyak-banyak..haha)

Sepanjang 3hari 2malam disini, terasa tak nak balik UTM pulak..hahaha.. apa-apa pun perasaan nak balik kedah lagi berkobar-kobar…haha… maklumlah semua orang dah balik kampung, kita ja yang still in other program after exam… sampai result exam pun dah keluar dulu sebelum aku sempat balik kampung…hmmm


Olrite smpai disini saja updated untuk trip kali ni.. in sha Allah jumpa lagi dilain entry..

Assalamualaikum:)

Thursday 12 January 2017

Persediaan nak Jalan-jalan

Assalamualaikum semua:)

Alhamdulillah selamat sampai ke utm petang tadi..
walaupun penat sikit, tapi excited jugak nak hupdate blog nih..haha

But, rasanya sempat updated sikit ja sebabnya ada keja lain pulak lepas isyak japgi..
Just nak kongsi serba sikit persediaan yang aku dah buat untuk perancangan cuti ni...

Minggu lepas aku ada turun selangor untuk buat serba sikit persediaan kalau-kalau sempat.. sebenarnya just nak rehatkan minda daripada terkurung kat utm..hahaha
aku sempat servey harga winter shoes ja dekat ioi mall... hmmm.. harga tak mampu milik la nmpaknya.. but its ok.. at least aku dah boleh anggar size kasut untuk kaki aku ni... sambil jalan-jalan cuci-cuci la mata sikit-sikit sambil kira-kira bajet...

so dari jalan-jalan tu la aku rasa beli online lagi jimat..haha.. walaupun takot jugak nak beli barang-barang macam ni by online exspecially barang pre-order.. risau taksempat sampai ja.. kalau tak sempat sampai, menangis tak berlagu la alamatnya...huhuhuhuhuh
hopefully semuanya berjalan lancar.. aminn...

and sempat jugak servey tempat untuk beli universal plug.. kawan cakap harga kat malaysia just RM15, kalau nak beli kat sana ada ja, tapi mahal sikit la RM 30 gitu....

anyway, hopefully perjalanan ke pahang esok selamat sampai dan balik... amin...
in sha Allah kalau diberi kesempatan nanti aku updated serba sedikit pengisian di pahang nanti...
bubye...
assalamualaikum....





Saturday 7 January 2017

Paper Sindrome (LPS)

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah, sekali lagi tergatal tangan ni untuk tulis something hari ni.. walaupun esok ada last final paper untuk this semester... (hoorayy).. hahaha... dah lama menunggu saat ni...



Bila terkena virus LPS ni, aku ada la feel certain symptom..hahahaha
as malas gila nak tengok buku, asyik nak main lappy, tengok movie, tulis blog (kikiki), dah berangan-angan nak buat apa time cuti, fikir nak jalan-jalan mana balik ni, mengidam nak makan nasi minyak.. n banyak lagi... yang pasti lain orang, lain symptom dy... yang sama hanyalah malas nak amek last paper..haha

Btw setiap penyakit pasti ada penawarnya right? this symptom pon of course la ada penawarnya jugak... penawarnya ialah diri sendiri... try to motivate yourself.. contoh if korang belum start study, put the guide line first.. ok, hari ni aku mesti habiskan chapter 1 until 4, than tomorrow chap 5 & do past year paper.. walaupun kadang-kadang korang tak ikut pun guideline yang korang buat but at least korang dah nampak jalan korang nak study tu...hehe
and walaupun tengah dijangkiti LPS, korang must capai goal korang sebelum masuk dewan.. it's habiskan study 100%.. MESTI, takboleh elak2.. sebab kalau elak, maksudnya korang redha and tawakkal sebelum berusaha.. kalau tak sentuh banyak, sentuh sikit pun takpa, janji korang paham totally yang korang belajar sepanjang sem..jangan la time ni baru korang nak start pelajar dari A to Z.. memang tak sempat jawabnya... time ni just untuk revision.. means recall semula apa yang korang belajar awal sem dulu...


and lastly, in sha Allah , you can do the best in final...
and lepas dah habis nanti korang akan dapat la kata-kata semangat, "kau takpelah, LPS2 pon still pointer tinggi, aku ni LPS pastu pointer ke laut terus...".... so time tu, korang boleh la kongsi-kongsi tips2 apa yang patut..hahahah

Apa-apa pon, all the best pada semua yang belum habis final...
in sha Allah kita jumpa lagi di lain entry..


 Assalamualaikum