Saturday 28 March 2020

Final Year Project (FYP)

Assalamualaikum and morning all :)

Ok harini niena ingat nak kongsi serba sikit pasal FYP niena masa degree dulu. Actually niena ambik entry nie daripada entry yang niena dah draft lama masa tengah buat FYP dulu but tak sempat nak siapkan dan post sebab mungkin stress sangat dengan FYP time tu. hehehehe

Tak sangka dah almost setahun tinggalkan negeri Johor. 4 tahun merantau kat sana, masa tu memang susah sangat nak balik kedah. But niena tak pernah menyesal dapat belajar kat sana, sebab masa tu rasa independent sangat. Luckily ada kawan-kawan yang always create memory together. hehehe

Alhamdullilah, angan-angan nak kerja area Utara dimakbulkan, walaupun dapat kerja di Perak bukan Kedah, but bersyukur sangat at least takda la jauh sangat nak balik Kedah kan. Ok, persoalan di entry semalam dah ada jawapan, selepas godek-godek entry yang berhabuk di dalam Draft blog niena. The answer is Capstone Project korang akan alami pada first semester during Forth year. Dalam masa yang sama juga, korang dah start dengan FYP part 1, maksudnya dah start cari tajuk sendiri and rough idea untuk FYP.

Jom kita compare dulu Capstone dengan FYP. Capstone? Macam yang niena mention di entry sebelum ni. Capstone is a group project, lebih kurang macam Lab project. But, untuk project ni korang must comeout with hardware product. Each group akan ada seorang mentor, means lecturer yang akan guide korang. Korang juga siap diberi schedule for every week task must be done.
FYP pulak? Macam yang korang dah sedia maklum, FYP is independent project. Korang boleh pilih samaada nak buat hardware or software. Schedule pun kena pandai-pandai arrange sendiri. Tak pandai arrange kerja merana lah korang masa last minit preparation nanti. Silap alamat kena extend semester only for FYP. huwaaaaaa itu yang kita takmahu sangat.

Ok back to our main topic, FYP. Apa title yang dipilih niena masa tu yep? Jeng jeng jeng.


Lama juga niena brainstorm cari idea masa tu, semester satu berlalu macam tu je sebab cari idea xjumpa-jumpa, lari mana entah. But alhamdulillah bantuan daripada lecturer-lecturer yang banyak sangat membantu, before end of semester niena finalise my FYP title; OPTIMAL LOCATION OF DISTRIBUTED GENERATOR FOR POWER LOSS REDUCTION VIA PARTICLE SWARM OPTIMIZATION. Apa benda pulak nih??? haha. Hokay-okay jangan gelabah, sabar je dulu. Let's me explain sikit-sikit, sampai hampa faham nah.

FYP niena ni dah terang lagi bersuluh, of course no hardware but 100% software programming. Using MATLAB software. Bagi niena, software lagi mencabar dari buat hardware sebabnya banyak kena pening kepala fikir how to program and paling mencabar bila masa nak present nanti risau program tersebut tetiba error, hah sudah.

Ok secara kasarnya, FYP project niena ni, niena cuba untuk find optimal location for DG (senang faham macam Genset) to reduce power loss dalam bus system. Method yang niena guna ialah PSO. So using PSO nie niena kena program dalam MATLAB supaya program tersebut boleh run dan cari location mana yang sesuai untuk reduce power losses. Haa dah dapat bayang-bayangkan pasal project yang niena buat nie kan.

Nak share paper FYP pon dah tak jumpa dah simpan kat mana, but kalau korang nak rujuk in details boleh cari dekat portal UTM untuk cari paper rujukan. Sebab niena ada upload di situ. Atau kalau nak rujuk lagi details boleh je ke library FKE untuk pinjam buku FYP senior-senior yang dah submit kat situ. Macam-macam title korang boleh rujuk.

Before niena tutup entry nie, niena share gift sikit la sebab tiba-tiba terjumpa slide presentation FYP yang susah payah hias bagi comel-comel (maybe niena je yang perasan slide nie comel. haha) kot-kot lah berguna pada yang tengah cari idea nak masukkan apa dalam slide presentation FYP korang kan.
Semoga bermanfaat dan korang guna dengan cara yang baik.



Ok all, thanks for your time, reading my entry. See you soon.

Assalamualaikum dan bubye, stay healthy key!

Capstone Project UTM

Assalamualaikum and good everning :)

Setelah sekian lama tak update this blog rasa pelik sangat nak menaip. haha. Almaklumlah orang cakap nak jadi penulis yang hebat ni kena selalu menulis, ini dah bertahun tinggal memang jadi newbie balik la ye.

Ok, tetiba rasa nak update moment-moment masa study dulu pulak, walaupun sekarang dah di alam bekerja. Tulah orang cakap, hargai zaman belajar sebab korang akan rindu zaman ni bila dah bekerja nanti.

Moh le kita inspire junior-junior yang masih di alam Universiti especially junior UTM. This entry special for third year eh ke forth year eh buat Capstone Project? Ala lupa dah. Nevermind. Hope sapa yang tengah cari idea nak buat Capstone Project dapat la bantuan serba sedikit dari entry nih, hopefully la, walaupun niena pun xtau nak kongsi apa sangat. Sebab project yang dibuat xdelah segempak mana.hehe.

Ala hujan le pulak dekat luar, hujan syok tidur bukannya menaip.hmmm.

Btw niena teruskan dengan Capstone project group niena. We have 4 members in a group. We comeout with a few title (sory tak dapat nak comeout with those title sebab dah tiga tahun tinggal so mmg lupa.haha) but don't worry niena share title yang kitaorang pilih at last. Title yang dipilih is Green Bustop. What is it? Ok, more details on green bustop yang dibuat. Kitaorang compare kan bustop dalam UTM sekarang dengan bustop yang kitaorang akan comeout with additional improvement like solar panel, USB port for phone charger, dll.


The most difficult part dalam kitaorang punya project is nak pahamkan proses solar panel nak simpan power dalam battery; macammana nak present nanti bahawa yang menyalakan lampu di bustop dan yang charge phone di bustop tu adalah source dari solar bukan battery itself. Faham tak apa yang niena cuba untuk sampaikan? haha. kalau tak faham boleh tanya orang sebelah kot.hehe

At the end, kita orang comeout with idea why not kita provekan dulu batery yang dibeli tu dah zero (no power at all), then make a video that prove power from solar panel save in that batery. Then during presentation nanti continue with from that batery, we have some output like lamp, fan, and usb port for phone charger.

Alhamdulillah, presentation berjalan dengan lancar. Walaupun our group tidak tercalon sebagai top project but syukur sangat-sangat project kitaorang berjaya semasa demo presentation.


That all about our Capstone project yang biasa-biasa aje.hehe. Rasanya project junior-junior sekarang lagi gempak dan menarik. Boleh ke nak tau korang punya title for Capstone Project? Don't be shy untuk kongsi kat comment yep. Niena pun nak tau title project korang, boleh la dapat idea kalau ada next punya project. Master maybe hehe

Alright, sampai disini saja my first entry bagi tahun 2020, jumpa di next entry yea walaupun still takda idea nak share apa next entry nanti. Kalau nak bagi idea title next entry pun boleh, drop je kat comment, so nanti niena fikirkan ok ke x title yang korang suggest tu. Last reminder from me, stay at home and always stay save yea. Semoga COVID19 beransur dari negara kita tercinta ni. Amin. See you soon.



Assalamualaikum dan bubye.