Friday 11 December 2015

FINALLLL !!!!!!!!!!!!!!

Assalamualaikum..
Bismillah..
Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk berkongsi sesuatu di dalam diari ini:)
Walaupun diri ini merasa kesibukan yang amat sangat sejak akhir-akhir ini.. (hehe..ayat skema)

Asal post kali ni tentang final ni?? Seram sejuk pulak rasa nak baca.. baik aku baca buku and study untuk final.. kannnnn
Haaaa.. so sebelum hampa semua baca entry kali ni, jom sama-sama reset our mind...
kita tuntut ilmu kerana cintakan ilmu bukan kerana nak final exam.. barulah ada feeling nak belajar.. takde lah stress-stress bagai..haha
Tapi aku tak nafikan, semua orang nak dapat result yang terbaik.. nak yang terbaik.. dan terbaik...
So, bila inginkan sesuatu yang terbaik perlulah ada usaha yang terbaik.. right?
Tapi tidak semua orang berusaha dengan jalan usaha yang betul.. majoriti students sekarang hanya berusaha untuk study sepanjang hari tapi dia lupa akan usaha-usaha lain..
Usaha apakah itu?????

Nak tau ka??? hehhhe
Usaha mendekatkan diri dengan yang Maha Esa....
Usaha memohon  pertolongan dari Nya...
Usaha memohon keberkatan dalam setiap amalan dan perbuatan yang kita lakukan sepanjang hayat kita...
Inilah kunci utama....

Keberkatan akan ilmu yang kita belajar tu penting.. sangat penting.. dengan keberkatan itulah kita dapat kecapi kejayaan yang hakiki..

Korang pernah tak ada kawan yang macam ni,
A : Dia seorang yang bijak dan genius.. tapi tidak menutup aurat, solat jarang-jarang, tidak pernah puasa.. (nauzubillah)..
B : Dia seorang student yang rajin, menghormati guru, tidak pernah tinggal solat, selalu mengamalkan solat dan puasa sunat tetapi lemah sedikit dalam bab pelajaran..
C :  Dia seorang yang sopan, lemah lembut, rajin, tidak pernah tinggal solat, dan selalu skor markah paling tinggi dalam subjek yang dia ambil..

Bertuahnya siapa yang memiliki sifat-sifat seperti sahabat C kerana memiliki sifat yang majoriti antara kita dambakan.. tapi setiap insan tidak terlepas dari memiliki kelemahan dalam diri.. tidak terlepas dari ujian dari yang Maha Kuasa.. that why kita jangan terlalu mengagungkan seseorang sehingga ke tahap 'perfect' dan apabila kelemahannya terbongkar di depan mata kita.. kita sentiasa memandang hina sahabat itu.. (nauzubillah)

Aku sangat kagum dengan sahabat B yang tidak pernah kenal erti putus asa malah lebih gigih dan gigih untuk mengecapi kejayaan.. mungkin kejayaan bukan miliknya buat masa yang terdekat ini tapi percayalah Allah tidak pernah menghampakan kita.. kejayaan itu pasti dimiliki suatu hari nanti.. percayalah:)

Aku turut gembira dengan kecemerlangan yang dikecapi oleh sahabat A, tapi dia tidak dapat menjadi seorang role model bagiku.. Sebab aku taknak berjaya tapi jauh dari Allah.. Aku bersyukur dengan apa yang Allah berikan pada Aku selagi aku dapat rasakan hubungan aku dengan Nya rapat..

Ini pendapat aku.. yang aku nak kongsi dalam diari ku...
mungkin tak semua pendapatku betul, korang tapis-tapis lah yee:)
aku juga seorang insan yang biasa..
cuma diri ini cuba untuk mengingati sahabat-sahabat yang sedia membaca open diariku ini... hehehe
Maaf andai terkasar bahasa and tersalah bicara...
jom sama-sama perbaiki diri ke arah yang lebih baik ;)

Assalamualaikum:)
Thanks for reading (tu pon kalau ada yang baca...hehehe... sory la untuk entry kali ni xde gambar, sebab iolls malas nak search..)
PESANAN UNTUK DIRI SENDIRI AND SEMUA :
ALL THE BEST FOR OUR FINAL;)
 

Friday 4 December 2015

Far far away

Assalamualaikum semua..
Macam mana keadaan hari ni??
:)


Alhamdulillah, telah berlalu minggu-minggu yang agak memenatkan..
tapi tak semestinya minggu yang akan datang selepas ni akan berehat-rehat saja,
maybe akan semakin penat sebabnya final exam dah dekat (T_T) huhuhu



Mesti tertanya-tanyakan kenapa post aku ber'title'kan far far away ? padahal final exam semakin menghampiri bukannya semakin jauh..
hahahahhahaha..

kerana aku rasakan kesibukan ini membuatkan aku semakin jauh dari Allah.. masa ku menjadi serba singkat... dan aku tidak rasakan kenikmatan setiap saat yang aku jalani sepanjang seminggu ini.. mungkin kerana terlalu sibukkan diri dengan hal-hal yang lebih ke arah duniawi sampaikan tidak mempunyai masa yang lebih untuk luangkan masa mengadu dengan sepuas hati kepada Allah.. masa bersama Allah hanyalah ketika solat fardhu.. Allahu..



Kita selalu mengeluh pada diri sendiri dan kawan-kawan bila kita terlalu sibuk hinggakan tiada masa lapang.. tapi kita tidak pernah mengadu pada Allah..
padahal Allah lah sebaik-baik penolong..

Sebenarnya, tanpa kita sedar, Allah sibukkan kita supaya kita mengingatinya dan sentiasa memohon pertolongan kepadanya. Kita rasakan kesibukan itu buruk pada kita, padahal ianya baik untuk kita..
Lemahnya kita kerana tidak menyedari kerinduan Allah kepada kita melalui dugaan-dugaan yang diberikan kepada kita..

Inilah manusia tidak pernah terlepas dari kesalahan.. tidak terlepas dari sifat lupa..
kerana itu kita sentiasa memerlukan peringatan sepanjang masa..
supaya kita cepat tersedar dari lamunan/mimpi..

Berusahalah untuk sentiasa menjadi yang terbaik di antara yang terbaik..
semua orang tidak terlepas dari melakukan dosa..
mohonlah keampunannya jika tersedar bahawa kita telah melakukan hal yang tidak disukai Nya..

Sekadar nasihat pada diri sendiri yang lemah
dan juga kawan-kawan yang sentiasa menyokong diri ini..
tanpa aku sedar ataupon tidak..
terima kasih semua:')