Tuesday 13 October 2015

Engkau Cinta Aku ?

Assalamualaikum dan salam maal hijrah kepada semua :)



Alhamdulillah hari ni diberi lagi kesempatan untuk berkongsi sesuatu pada diari tersayang..
Curious kan dengan tajuk atas tu? hahaha..
But tajuk nilah yang menjadi kegilaan ramai sekarang..
sampaikan majoriti movie-movie or drama-drama kat TV semuanya tentang cinta..



Tipulah kalau cakap aku tidak suka dengan perasaan cinta. semua orang suka dengan rasa cinta, sebab dengan perasaan itulah yang membuatkan kita bahagia..
Contohnya, dengan perasaan cinta dan kasih sayang ibu dan ayahlah kita dapat hidup dengan gembira sehingga sekarang.
Right?

Majoriti antara kita lupa dan tidak sedar bahawa nikmat kita masih hidup hari ini adalah kerana cinta Allah kepada kita. Kerana Allah inginkan yang lebih baik dari kita. Allah inginkan perubahan kearah yang lebih baik dalam diri kita. supaya kita lebih dekat dengannya pada hari ini berbanding semalam. Tapi adakah kita rasa bersyukur dengan nikmat hari ini yang Allah kurniakan kepada kita? Tepuk dada tanya iman...



Ramai di antara kita sekarang lebih mengejar cinta yang sia-sia berbanding cinta yang hakiki. Cinta dan kasih sayang ibu dan ayah, dibalas dengan bantahan dan amarah tapi cinta ajnabi yang belum halal baginya, dibalas dengan penuh kasih sayang. Inikah tanda ummat akhir zaman? Nauzubillah.
Tapi itulah kenyataan apa yang berlaku sekarang.

Semua yang berlaku sekarang ini salah siapa? Adakah salah diri sendiri yang mudah terpengaruh dengan cinta murahan? Adakah salah ibubapa yang kurang memberikan kasih sayang dan perhatian? Adakah salah sahabat yang sering mendorong ke arah kemaksiatan? Adakah salah media massa dan teknologi yang terlalu terbuka dan meluas? Adakah salah undang-undang yang tidak mengambil tindakan?
Soal dan soal diri sendiri berulang kali supaya kita tidak lupa..

Tidak guna kita mencari salah siapa dengan apa yang telah dan sering berlaku sekarang. Kerana apa yang lebih penting adalah berusaha mencari jalan penyelesaian atas setiap masalah yang timbul.
This case sama jugak dengan case exam, Apabila kita gagal dalam sesuatu subjek adakah kita akan mencari salah siapa yang menyebabkan kita gagal ataupun kita cari jalan penyelesaian untuk mencegah kegagalan daripada berulang??
Tell yourself.



Bukan mudah nak menghindarkan diri dari terjebak dengan hal-hal seperti ini. Orang yang banyak ilmu agama di dada pun boleh terjebak dengan masalah hati ini. Sebab itulah pentingnya kita menjaga pandangan dan menjaga batas pergaulan. Jangan biarkan diri kita walaupun sekali terjebak dengan masalah hati. Berdoalah pada Allah agar sentiasa mendorong kita ke arah yang lebih baik.

Kawan or sahabat merupakan orang yang banyak mendorong kita sekarang, right? exspecially for those who living in hostel or uni.. bukan mudah untuk mencari orang yang dapat membawa kita ke arah yang lebih baik dan bukan mudah juga untuk menjadi orang yang dapat mendorong seseorang ke arah yang lebih baik. But berusahalah dahulu.. In sha Allah, akan dipermudahkan segala yang susah itu. Tidak ada benda yang mustahil bagi Allah. Kalau kita betul-betul percaya pada Allah, pasti kita yakin bahawa kita dapat jadi yang terbaik diantara yang terbaik.



"Jodoh itu ada. Kalau bukan sekarang, mungkin tahun depan. Kalau bukan tahun depan, mungkin lima tahun lagi. Kalau bukan lima tahun lagi, mungkin dua puluh tahun lagi. Jika bukan di dunia, mungkin di syurga. Tiada apa yang perlu dirisaukan"

Tidak perlu mencari kalau belum tiba masanya. Bukan semua yang couple di usia muda kekal hingga berkahwin. So, tidak perlu risau, kerana Allah lebih mengetahui siapa yang terbaik buat kita berbanding diri kita sendiri. Berdoalah supaya Allah jodohkan kita dengan orang yang terbaik buat kita. Aamiin.







 Bersabarlah duhai hati. Jangan cemarinya dengan sesuatu yang kotor. Jagalah ia kerana suatu hari nanti ia akan diisi dengan sesuatu yang selayaknya berada di hati. :)

Moga sama-sama mengambil pengajaran dan teladan..
Maaf andai terdapat kesalahan dalam penulisan yang kerdil ini..



Assalamualaikum

 






Saturday 10 October 2015

Daku seorang SU

Assalamualaikum.. selamat petang..

Hampir sebulan meninggalkan diari ini berjerebu.. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menghidupkan diari ini kembali..hehehe



Kenapalah tajuk post kali ni macam boring ja?? haha..
Tapi ada kisah yang tersirat disebalik title yang boring tu sebenarnya..

Sambil-sambil study instrument, aku nak cerita la sikit pengalaman seorang SU.. haha
(release tension sat)..



Aku seorang yang kurang berminat dengan kerja-kerja seorang SU tapi aku terjebak secara tidak langsung dalam tugas ni.. bermula dengan menjadi seorang Timb SU sebuah kelab, berterusan sehingga memegang jawatan SU untuk satu program yang agak besar.. dan tak lama lagi akan menjadi SU kelab secara official..
Aku sendiri macam tak percaya yang aku dapat menjalankan tugas yang aku kurang gemar ni..
(unbelievable)..

Daripada peristiwa ini aku mula sedar bahawa tidak semestinya perkara yang kita tidak suka itu buruk bagi kita..
kerana aku banyak belajar daripada tugas-tugas seorang SU itu sendiri..
Banyak pengalaman dan pengetahuan yang aku dapat..

Jangan pernah takut untuk mencuba sesuatu yang baru.. yakin pada diri sendiri yang kita boleh hadapinya..
Sikap berani mencuba tu perlu ada.. jangan takut.. jika kesilapan yang kita lakukan buat kali pertama, belajarlah dari kesilapan itu untuk masa akan datang supaya kita dapat memperbaiki kelemahan diri kearah yang lebih baik..



Pesanan buat diri sendiri, sahabat-sahabat, adik-adik, kakak-kakak..
Manfaatkan alam universiti.. cungkil dan cari sebanyak mungkin softskill supaya kita dapat menimba pengalaman dan pengetahuan tentang sesuatu organisasi mahupun program..

Hidup itu indah apabila niat ikhlas kerana Allah.. kerja itu mudah dan tidak membebankan jika dilakukan hanya kerana Allah..

Terimalah apa jua takdir yang ditentukan Allah walaupun ia bukanlah seperti yang kita harapkan.. kerana Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita berbanding diri kita sendiri yang begitu banyak kelemahan.

Segala perkongsian untuk sama-sama mengambil ibrah, maaf andai ada kesilapan dalam penulisan yang tak seberapa ini..
Diakhiri diari hari ini dengan Assalamualaikum..



#moga ALLAH redha