Saturday 18 April 2020

MY CONVOCATION DAY

Assalamualaikum dan salam sejahtera

So happy, finally dapat jugak luang masa untuk create another entry. Selepas menyepi last weekend. hehe
Untuk entry kali ni, nina nak share about my konvo day at UTM.


Actually konvo nina xmeriah sgt sebab xsempat nak pre-konvo dengan kengkawan atas faktor masa.hahaha. But still nice la sebab dapat jumpa kawan-kawan and junior-junior for the last time before masuk alam pekerjaan.

Nina bertolak dari kedah 2 hari sebelum konvo, but its a long journey kan kalau nak shoot terus ke JB. So, my family decide untuk drop by PD untuk rehat dulu. Sambil2 kan, bila lagi nak jalan-jalan rumah sedara yang jauh-jauh, bak kata orang tua-tua "sambil menyelam minum air". But, xdelah gi jalan-jalan mana, just visit our mak sedara pnya rumah plus beristirehat.

For the next day, kami bertolak awal pagi jugak ke JB untuk check in hotel. Nina dah xingat hotel apa but yang pasti bukan Scholar Inn la, sebab Scholar mmg totally fully book walaupun ayah nina prefer duduk Scholar lagi so xpayah rushing sangat. Tapi nak buat macammana kan, terlewat booking masa tu. Before check in hotel, nina singgah dulu UTM untuk bergambar ala-ala Pre-konvo tapi sosad la single Pre-konvo je sebab kawan-kawan nina still xsampai JB lagi. After dah penat bergambar, terus check in hotel, after tu mmg terus rehat ja kat hotel, malam baru keluar cari makan dan jalan-jalan ambil angin JB jap. Ibu nina nak ke pantai sebenarnya masa tu, nina puas fikir nampak pantai lagi ke sebab kawasan tu bnyak naik construction dah. At last, lepak dekat Crown je sambil makan murtabak cheese. hahaha. sory ibu, Next time, kita pegi Desaru or Tnjung balau eh.


Hari konvo memang sesak nafas lah rasa, berjam cari parking je, sebab ingat nak park dekat dengan DSI, kesian parents nak jalan jauh-jauh. Tapi... apakan daya, memang xda pon walau berpuluh kali pusing, dan redha je la park dekat parking FKE. Cabaran nak daki tangga lagi,huhuhu.

Before masuk DSI, memang funny sangat, punyalah semua pakat jadi burung murai, macam-macam nak membawang. Plus beribu kali selfienya. Parents nina follow masuk dalam dewan, adik-adik stay je kat luar. Sebenarnya nina risau juga, sebab ayah nina bukan jenis yang suka tempat yang ramai orang, haha macam pasar malam or mall. Jarang sekali ayah nak follow sekali, lebih banyak tunggu di kereta je. Lepas habis je majlis, ayah nina dah cakap ni last ayah masuk dewan konvo, next time ayah nak duduk luar ja. hahahaha.

After habis majlis tu, nina xstay lama pun kat area DSI, terus ke MSI untuk bergambar sikit dan solat. After tu, jumpa kawan-kawan/ junior/senior kejap then terus parents nina ajak turun ke FKE sebab dah rimas sangat ramai orang. So nina memang banyak bergambar di depan FKE je sebab lengang sikit, parents tunggu dan rehat dalam kereta je sebab masing-masing dah penat sangat.

After that, nina and family terus shoot balik Kedah, sebab adik nina ada exam esoknya, because of her lah vacation kitaorang ni jadi rushing je, xsempat nak bernafas lama sikit angin kat JB tu. Hmmmm.
Bukan senang tau ayah nina ni nak pegi jalan jauh-jauh, xsempat nak ambil kesempatan ronda JB lama sikit.


That all my last sweet memories at UTMJB. Have a nice day to all. Stay safe and stay at home:)
See you next time
Assalamualaikum and Bubye.

Saturday 4 April 2020

ROUTINE DURING UNEMPLOYED

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Macam biasa, hari ni nina nak kongsi kerja yang nina buat sebelum dapat kerja tetap. After habis belajar, nina memang duduk rumah je. Rumah nina jauh dari pekan, so susah sikit nak kerja part time. Almaklumlah masa tu belum ada kereta sendiri, dan nina ni jenis penakut sikit kalau parents xbagi bawa moto pegi jauh-jauh memang nina patuh je. Kalau adik-adik nina, dorang pegi je intern naik moto dari rumah, parents xharap jugak tapi bila dorang pegi jugak xleh nak kata apa la kan. Hehehe biasa la tu, perangai masing-masing.



Ok masa tu nina fikir juga nak buat kelas ajar budak-budak tadika membaca ke sebab waktu cuti after SPM dulu nina pernah buka kelas membaca untuk budak tadika. Tapi rasa malas pulak nak mengajar, hehehe. Lagi satu ayah nina ada cakap nina ni xpandai mengajar budak-budak, kalau nina ajar dorang macam xpaham. So, nina fikir je la other job yang nak buat sementara menunggu offer keja. Masa tu terfikir nak business online, actually masa belajar nina memang dah start buat part time business online ni cuma just dropship product dari butik-butik lain dan just promote through IG shop. Untuk kali ni, nina terfikir nak jual product tradisional yang ibu nina jual. Ibu nina just jual area kawasan rumah nina je, so nina ingat nak promote product ni by online pulak. Then, nina start tanya pendapat ibu, ibu agree untuk nina handle part online customer.



Kali ni nina start untuk jual through Shopee, sebab Shopee punya platform lagi senang handle dari Lazada. Plus masa tu nina memang suka beli through Shopee. hehehe. Alang-alang dah suka shopping, so kita try la business pulak kan. Nina start posting barang untuk minggu pertama still xda sambutan, biasa lah tu, baru sangatkan buka account. Then nina try untuk active with Shopee untuk tarik customer. How? First, nina akan post ikut masa peak hour, (0900-1000, 1200-1400, 2000-2200). Next, nina join semua Live Quiz yang Shopee buat dalam Apps Shopee. Plus, nina join juga every giveaway or quiz yang dibuat di FB Shopee. Alhamdulillah masa tu, ada win satu giveaway dan dapat luggage from Universal Traveler. So korang boleh la cuba tips ni, hehehe.

Masuk second week, alhamdulillah nina start dapat customer melalui Shopee. Untuk makluman, mungkin berguna pada sesiapa yang nak start business with Shopee, product yang dibeli oleh customer through Shopee ni, bayaran xkan masuk dalam account seller on the spot tau, kita kena post barang pada customer dulu, after customer dah accept item yang dibeli, baru Shopee akan release payment tersebut kepada seller. Shopee memang platform yang senang nak dapat customer tapi susahlah pada seller sebab memang perlu guna modal seller dulu before ada customer yang nak beli. Sebab tu Shopee xberapa sesuai untuk Dropshipper or Personal Shopper.

Start 3rd week dan seterusnya, memang nina totally fokus on customer dekat Shopee je, dah ignore dah IG Shop. Sebab apa? Sebabnya boleh dikatakan dalam sebulan, 10 customer kat Shopee VS 1 customer kat IG Shop. Tapi alam business ni lain, kita xboleh expect every month ada income sebab mesti akan ada pasang surut dia, kadang-kadang untung sikit, kadang-kadang banyak. Kadang-kadang banyak customer sampai xcukup tangan, kadang-kadang xda customer. Mencabarkan.

Alhamdulillah during that day, nina punya income xda la banyak, sebab just a small business je, sambil-sambil mengisi masa lapang kan, hehehe. Tapi lepas la untuk guna duet tu je shopping keperluan lain without kacau duet simpanan.

After nina dah dapat offer kerja tetap, nina sayang sangat nak tinggalkan business nina ni sebab hasil usaha kita kan. Nina ada juga recommend kat adik-adik nina untuk continue, tapi dorang memang xminat nak wrap item, nak pegi post, nak promote item. huhuhu sedih sangat masa tu, sebab nina memang xcukup tangan nak buat, so nina memang totally stop business tu. Waktu awal-awal close business, ramai yang PM kat shopee and ada juga through whatsapp tanya berkenaan item nina. Tapi nina terpaksa tolak je, sebab memang xsempat buat dan xda sapa nak tolong. Nah nina share profile Shop nina kat Shopee, tapi jangan tanya untuk beli ye sebab nina dah totally close, hahahah. Nampak gaya macam memang xkan continue unless adik-adik nina tukar fikiran dorang, heheheh.



Ok  sampai sini saja kot entry kali nie from ex-businesswoman, hahaha. Btw all the best untuk businessman and businesswoman diluar sana, dalam business ni kena cekal and jangan mudah putus asa sebab field ni memang mencabar. Hope korang dapat serba sikit manfaat dari sharing nina kali ni.

Assalamualaikum dan bubye, see you again next time.


MY SKINCARE ROUTINE AFTER BREAKOUT


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
And happy weekend everyone.

Here I am, macam unexpected pulak kan rasa every weekend nak update something sejak MCO nie, maybe boleh start semula hobi time belajar dulu kot. :)



Ok, today just nak continue juga entry yang dah lama create cuma xsempat nak siapkan dan post ja. Sbnrnya post nie nina create masa tengah menganggur dulu kat rumah xda buat apa, sementara tggu offer keja. While during that day ada la juga start small business di Shopee. Tapi sekarang memang totally stop sebab memang tak cukup tangan kalau nak buat semua benda kan, sometime we have to sacrifice something walaupun kita minat bidang lain jugak. Hehehe. Ok such a long intro pulak kan. Ok lets back to our main topic.

Sbnrnya nina pernah breakout teruk sebab salah guna product, of course cosmetics product. After dapat experience tu, nina mmg dah kurang interested dengan makeup-makeup nie. So, nina start fokus on skincare product. Sapa je kan yang xnak jaga muka, all woman nak jaga kot muka dia. Sebenarnya nina dah ada tanda-tanda nak breakout tu masa zaman belajar lagi tapi nina yakinkan juga diri nina untuk teruskan guna that product sebab yakin tengok orang lain punya muka, but the end bila makin teruk dan xbaik-baik, nina start untuk terima yang nina mmg kena stop using it. So nina totally stop pakai any product kat muka, dan start pakai pure organic like pokok lidah buaya (naseb baik ibu ada tanam banyak kat rumah, hehe).

Almost berbulan juga tak pakai apa-apa product just bergantung pada lidah buaya, at the same time nina ada research la juga product skincare yang recommended (xda la research mana pon, just tanya kawan-kawan yang lain je,hehe). So, time tu ada yang berjaya advice nina untuk pakai product cosmoderm (rujuk gambar, sory sebab gambar google je sebab cari gambar nina dulu xjumpa). Nina start pakai that product alhamdulillah breakout mmg dah xmakin teruk, cuma dia punya scar memang susah nak hilang. Ramai yang cakap product yang safe nie mmg lambat untuk tengok dia punya effect. Tapi nina nie bukan jenis yang boleh sabar bertahun-tahun, haha (salah sendiri pastu nak cari pasal lagi kan, hmmm). Then nina stop pakai those product, bukan sebab product nie xok, and....... bukan lambat dapat good effect from those product tu satu-satunya reason nina stop. The other reason is muka nina start naik whitehead. Tapi bagi nina bukan salah product, just like most of us think; "all product dia ikut kita punya kesesuaian kulit", so nina accept that dan start cari product baru yang mybe lebih sesuai dengan kulit muka nina.



Finally, after so many recommendation, nina choose untuk cuba pakai HadaLabo product. Before guna tu ada la search juga about this product. Yea, product ni from Japan. Start juga untuk search dia punya ingredient dan compare dengan ingredient yang kita as muslim xboleh guna. Setakat nie, nina xda jumpa ingredient like KOD E dalam ingredient HadaLabo. But, HadaLabo xda sijil iktiraf halal. Tapi kenapa nina guna HadaLabo? Nina banyak baca pendapat orang time tu, dekat sebulan juga la mencari keputusan samaada nak pakai this product or continue cari product lain. Salah satu nina terbaca tweet ImanAbdulRahim; "HadaLabo memang takde cop halal jakim tapi tak semestinya dia tak boleh guna. Check balik ingredient dia". Masa tu nina memang tengok in details satu product HadaLabo and cari satu-satu ingredient dia, but just pick random product HadaLabo yang ramai orang guna iaitu dia punya Lotion.



Ok nak x nina share details dia punya ingerdient?
Ingredient Premium Whitening Lotion :
1) Water (air)
2) Glycerin (vegetable, soybean, coconut, palm oil. Some article said SAFE)
3) Dipropylene Glycol (a chemical compound, type of alcohol that have been used in your perfume or hair product. kalau nak tau indetails pasal this chemical maybe boleh search in detail atau tanya anyone yang lebih expert pasal Kimia. But you must know I thing, tak semua bahan Kimia bahaya, kalau nak tahu lagi-lagi details boleh buat personal check on barang-barang kat rumah korang yang ada chemical like sabun mandi korang)
4) Tranexamic Acid (made from amino acid (protein), amino acid made from fermented product like soy)
5) Btylene Glycol (alcohol type, often made from distilled corn)
6) Diglycerin (natural, coconut, palm kernel oil)
7) PEG-8 (Lauric Acid, coconut oil)
8) PEG-6 (cosmetic chemical, apa yang nina faham PEG ni bahan kimia yang ada dalam product cosmetic. Same article said TO AVOID)
9) PEG-32 (Almost same as PEG-8 dan PEG-6, but kena tau juga ada PEG yang highly toxic even in a small doses such as PEG-4, PEG-7, PEG 100)
10) Methylparaben (several fruits such as blueberries. Some article said TO BEWARE)
11) Polysorbate 20 (not suitable for sensitive skin, sugar alcohal from vegetable and fruit)
12) Styrene/VP Copolymer (sejenis microplastics, tak tahu sangat pasal ingredient ni maybe boleh rujuk yang lebih arif)
13) Hydrolyzed Hyaluronic Acid (from hydrolyzed hyaluronic acid and silver ear mushrooms)
14) Hydroxylated Lecithin (a milk derived emulsifier, soybean/egg yolk)
15) Citric Acid (Fruit such lemon/limes/orange. Some article said SAFE)
16) Tocopherol (vitamin E, vegetable oil such sunflower seed oil)
17) Magnesium Ascorbyl Phosphate (water soluble derivative of Vitamin C)
18) Sodium Hyaluronate (Soybean/corn)
19) Sorbic Acid (natural organic compound)

Such a long story kan. Motive utama nina adalah untuk find out sama ada this product ada guna haiwan tak terutamanya haiwan terlarang. Setakat yang nina jumpa, memang xda tapi just incase kalau korang punya research terjumpa term ingredient yang ada haiwan dalam this product boleh lah share ok. Supaya kita sama-sama tahu. But, actually bila nina cari satu-satu ingredient, rupanya memang banyak bahan chemical yang diguna, but korang kena tahu memang mostly product skincare or haircare or bodycare yang kita guna sekarang mmg ada chemical product either it save or not je.

So after dah kaji sikit-sikit ingredient product, its time to decide sama ada nak guna atau tidak. Semuanya terletak atas tangan masing-masing. Tapi masa tu nina decide untuk guna this product, and alhamdulillah product ni sesuai dengan nina, dan nina still continue guna maybe until ada bukti lain yang menyatakan this product ada guna haiwan atau bahan kimia yang mmg bahaya like mecury.

That all for today. Boleh lah sama-sama belajarkan macam mana nak find out to know something. Semoga entry ni membantu pada yang memerlukan. hehe. Ok lah, rasa mcm dah panjang sangat entry kali nie. See you next time k di next entry.


Assalamualaikum. Bubye:)