Wednesday 27 January 2021

Macammana Nak Turunkan Berat Badan 10Kilo?

 Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Hopefully semuanya dalam keadaan sihat. Sentiasa jaga kesihatan dan stay safety with just stay at home okay? Bukan selalu dapat cuti hari Khamis macam ni kan, jadi gunakan waktu cuti ni dengan hobi korang ye.

Entry kali ni nina nak share berkenaan berat badan. Musim PKP ni tidak dinafikan most of us lebih bahagia dengan makanan daripada senaman. Nina pun termasuk dalam kategori ni. Masa ni la masa yang sesuai untuk belajar memasak, cuba resepi baru, buat makan-makan dengan housemate atau family, dan macam-macam aktiviti lagi berkaitan dengan makanan, betul tak? Tapi jangan salah faham pulak, tak semestinya benda tu salah dan kita tidak boleh buat. Boleh ja, tapi pastikan kita tambah kebahagian kita di musim PKP ni dengan senaman.

Sebelum tu, meh nina share sikit history seketul nina diawal tahun 2021. Nina ni sebenarnya jenis yang senang maintain berat badan, memang dari zaman sekolah, tak perlu diet sangat dan senaman sangat. Memang nina tak pernah diet, kalau diet tahi ayam adalah kot.haha. Nina pun bukan jenis yang suka timbang berat badan, kalau terjumpa penimbang baru timbang. Dan mostly bila timbang berat memang maintain je, (+ - 2kilo) macam tu je. Tapi sejak PKP1.0 dulu rasa macam kurang sangat bergerak dan makan melebihi daripada biasa. Jadi cubalah set target dengan kawan untuk buat diet Intermittent Fasting (IF) dan joging setiap hari. Sebab ramai orang berjaya turunkan berat badan dengan kaedah IF ni, jadi nina memang nekad nak cuba. Nak tau resultnya? Jeng jeng jeng. Tak sampai seminggu, nina dah makan macam biasa dan malas nak turun joging. Haha kelakar kan. Betul la orang cakap "Bukan senang nak berubah". (Termenung seketika).

Jadi nina pun mula tinggalkan IF dan joging tersebut sampailah tahun 2020 berakhir. Setiap hari berlalu seperti biasa sehinggalah hari pertama mula kerja tahun 2021. Untuk first working day ni, nina just pakai simple-simple je. T-shirt dan black loose slack. Sampai je office terus buka Lappy (nama manja for my laptop) kesayangan untuk mula buat kerja. Nina ni sejenis kalau buat kerja dalam keadaan duduk di atas kerusi dalam tempoh yang lama, mesti ada tabiat akan bersila di atas kerusi. Sapa sama macam ni? (kita geng). But tau tak, keadaan posisi yang paling nina selesa masa duduk atas kerusi sambil bersila tu bertukar menjadi nightmare. Why? Sebab seluar loose nina yang sebelum ni selesa sangat bila bersila atas kerusi bertukar menjadi ketat gila dan tak lepas nak bersila. OhMG!!! Apa yang terjadi ni. Just additional info, nina ni tergolong dikalangan orang yang berat naik di bahagian paha sahaja, bukan perut dan bukan lengan. Muka tu ada la effect sikit-sikit. huhuhuhuh, i'm crying dalam hati sorang-sorang di dalam bilik yang sejuk dengan angin aircond. 

Habis je kerja, terus balik ke rumah. Sampai rumah tu memang penat tapi dalam kepala fikir nak timbang berat je. So cilok lah bilik kawan sebab dia ada penimbang berat sendiri. Then, kuatkan semangat sendiri walaupun dalam hati dah yakin 99.9999% berat nina memang naik bukan beshe-beshe. Ini sangat luar biasa. Tabahkan diri dulu sebelum timbang supaya tak depressed. Hahaha, overreact kan. Never mind, biasa la tu perempuan kan. Mulakan dengan Bismillah, dan tutup mata sambil letakkan kaki untuk berdiri atas penimbang. Lepas tu, Bismillah lagi sekali sambil buka mata dan baca reading pada penimbang tersebut. 

 

Jeng jeng. Memang terkejut sangat masa ni sebab tak expect langsung berat naik sampai 10kg. Naseb baik sedar diri awal. Haha. Masa tu memang tak boleh nak fikir, just fikirkan berat yang dah naik 10kg tu je. Bila lama sikit, dah boleh terima kenyataan, barulah cuba fikirkan senaman yang ringan-ringan supaya nina boleh consistent. Ambil masa yang lama sikit untuk turun pun takpa, janji nina boleh consistent. Bagi orang yang macam nina, boleh try cara yang nina cuba sekarang. Tapi bagi yang kuat semangat boleh try cara yang lebih cepat untuk turunkan berat badan, okay. 

Moral of the story, jangan cuba cara yang drastik untuk capai apa yang kita nak, cuba untuk tanya semula diri kita samaada kita mampu lakukan sehingga berjaya atau tidak. Keep asking yourself first. Then, baru jawab dengan jujur pada diri sendiri kita mampu ke tak sebenarnya. Jangan bila dah jadi bubur baru nak menyesal, sebab once dah jadi bubur, kita kena lagi kuat untuk tembuh rintangan tu. Kalau kes yang macam nina memang dah jadi bubur sebab berat dah naik 10kg, jadi nina perlukan semangat yang kuat untuk turunkan semula 10kg tersebut, kalau nina malas atau tersasar kemungkinan berat tu akan naik lagi. Jadi sama-samalah kita kuatkan semangat untuk makan makanan yang seimbang dan cuba untuk keluarkan peluh setiap hari walaupun dalam tempoh yang sekejap.

Oh no! Macam tak sempat nak share tips yang nina amalkan sekarang dalam entry ni sebab dah dekat tengah hari dan masa untuk prepare makanan. Plus, perlu siapkan diri dan kemas-kemas bilik sikit. InshaAllah nina akan share satu-satu cara nak turunkan berat yang nina amalkan di entry seterusnya, okay. Yang penting jangan putus asa dan lemah semangat ataupun stress. Berat ni bukan masalah besar sebab kita sendiri yang boleh control dia samaada kita nak atau tidak. Jadi be happy okay.

Jumpa lagi di entry seterusnya nanti. Selamat memasak dan solat dhuha. Assalamualaikum. Bubye.


No comments: