Wednesday 10 December 2014

Hebatnya Ikatan Persahabatan

Assalamualaikum and good evening..

Hmm xtaw nak kongsi apa sebenaqnya.. tapi alang-alang dah boleh connect dengan wifi UTM yang  limited ni, trus je la updated blog ni yang dah lama menyepi. maklumlah minggu ni buzy dengan segala macam assignment yang kena submit sebelum study week..

Haa.. saya nak kongsi sikit tentang pengisian usrah semalam bersama Kak Anis :)
Walaupun tak ramai yang dapat hadir semalam tapi alhamdulillah usrah berjalan seperti biasa.
Harap lepas ni ramai lagi yang dapat hadir..

Tajuk usrah semalam "Ukhuwah Islamiyah" (ikatan persaudaraan berlandaskan islam)

Just nak kongsi sikit pengisian yang penting bagi saya. Dan saya rasa semua orang perlu tahu dan amalkan nya. Iaitu Rukun Ukhuwah.
Rukun Ukhuwah ada 3:
  • bersangka baik (level yang paling rendah)
  • berlapang dada (level sederhana)
  • melebihkan sahabat (level yang paling tinggi)
Tiga rukun ni amat penting dalam bersahabat.
Cuba renungkan kita sekarang di level yang mana? adakah di level yang paling tinggi?
Level yang paling rendah pon belum tentu kita boleh buat.

Contoh:
Kawan tak datang kelas. So apa yang kita fikir tentang kawan kita?
  1. Ala tidoq lambat la tu semalam, pastu tak mai kelas
  2. ponteng ja tau budak tu
  3. Apala depa ni, kelas tak mau mai
Pernahkah kita fikir seperti ni?
  1. Dia sakit kot sebab tu tak mai kelas.
  2. Sat lagi dia mai la tu
  3. Ada hal yang lebih penting yang nak diuruskan tu
Renung-renungkan lah seketika:)
moga bermanfaat untuk diri sendiri dan sahabat

That's all for today..
insyaallah jika diberi peluang dan kesempatan nanti blog ni akan terus dihidupkan dengan benda-benda yang bermanfaat insyaallah.
dah2 jom study, final dah dekat:)
 Assalamualaikum



No comments: