Sunday, 25 February 2018

Kelas Tafaquh MSI

Assalamualaikum:)

Alhamdulillah hari nie diberi kesempatan utk berkongsi serba sedikit apa yang niena and kawan2 yang bersama ke kelas tafaquh tadi.
Ok, sebagai permulaan. nina intro sikit yep maybe ada yang belum tau.
Kat UTM nie, masjid kita (MSI) sgt aktif mengadakan pelbagai program untuk kita sebenarnya. cumanya kadang2 kita je xtau kan.
Contohnya kelas tafaquh nie.
Ok kelas nie diadakan setiap hari kalau xsilap niena. Tapi niena selalu pergi kuliah untuk hari ahad sahaja disebabkan hari ahad niena ada sedikit masa yang free utk diluangkan. So niena cuba utk mula consistent utk ke kuliah nie walaupun hanya sehari dalam seminggu.
Kelas nie diadakan lepas asar pada pukul 5 hingga 6.30 petang di Dewan Al-Marbawi,MSI. Ter buka kepada staff and student. So, kalau korang berkelapangan jom lah sama2 isi masa kita di kelas tafaquh nie:)

Ok. Untuk setiap hari ahad, kuliah akan disampaikan oleh Ustaz Mahyudin menggunakan kitab Riyadhus Shalihin (boleh rujuk gambar kat bawah ye)





Kalau korg xde kitab nie blh je dtg, sbb MSI ada sediakn kitab nie dlm dewan. So boleh pinjam untuk rujuk sesama kuliah disampaikan.

Ok back to the main point. Pengisian untuk hari nie.
First thing yang niena dapat dari kuliah nie, apa perbezaan antara takabur, riak dan ujub?
Haaa ada x yg tau? yg dah tau tu mmg terer lah, yg xtau lg tu meh niena cerita.
Takabur, riak dan ujub nie merupakan perbuatan membesarkan diri sendiri.
Perbezaan antara ketiga-tiga ini :
- Takabur = ditunjukkan dengan lafaz.
- Riak =  ditunjukkan melalui sikap.
- Ujub = terdetik didalam hati. Paling bahaya kerana dekat dengan syirik kecil.
Ha untuk ubati penyakit membesarkan diri nie, kita kena sentiasa berasa cukup, redha dengan ketentuan Allah, merasa lebih rendah kerana ada orang yang lebih hebat dari kita, jangan sentiasa pandang orang yang lebih tinggi dari kita kerana akan timbulnya hasad dengki/cemburu kecuali kepada orang yang selalu membaca Quran dan bersedekah and semestinya kena selalu beristiqfar.

Next, ada 3 tanda orang munafik. Pertama, bila bercakap dia menipu. So elakkan daripada bercakap bohong, cuba untuk bercakap benar dalam apa keadaan sekali pun. Yang kedua, diberi amanah tapi dia khianati. And the last one, berjanji tapi mungkiri.

Ok setakat ini shaja perkongsian untuk malam nie. selamat memulakan sesi pembelajaran esok hari. Kat bawah nie niena lampirkan bersama jadual kelas tafaquh untuk tatapan bersama. Semoga kita menjadi lebih baik dan sentiasa diberkati Allah:)


Assalamualaikum

Wednesday, 14 February 2018

Universal Studio Singapore (USS)

Assalamualaikum:)
Hai semua. Dah lama sesangat rasanya xupdated new entry kat sini.
Maklumlah dah final year kan (acah je mcm busy sgt.haha)

But tetiba excited plak kan nk updated something kt sini. Maybe sbb xsabar nak share pengalaman di uss kot.



Actually ramai je kwn yang dah sampai sini before nina. But saja nak share utk yang bakal pergi uss xlama lagi. Kot2 lah membantu.

Before tibanya hari kejadian (hahaha..),lebih kurang setahun before gi uss. kami satu organisasi nie ada bincang untuk buat familyday sesama kami. Objektif utama nak rapatkan lagi ukhuwah sesama kami. And start to brainstorm how to generate the money for all people in this organisation.
And kami comeout dengan satu keputusan untuk generate duit melalui ambil tender rumah hantu semasa Pesta Konvokesyen. And alhamdulillah kami dapat buat rumah hantu nie sebanyak dua kali Pesta Konvo and dapat tampung serba sedikit duit untuk menjayakan familyday. This actually more kpd reward pada yang join untuk menjayakan rumah hantu lah.

And alhamdulillah, perancangan selama lebih kurang setahun untuk adakan familyday akhirnya berjaya.
Kami pergi ke uss melalui agen so lebih senang. Kalau nak pergi tanpa agen pon ok je, maybe lebih murah:)
Anggaran kos untuk seorang adalah RM280. Duit nie bukanlah totally dari duet rumah hantu ada juga guna duet sendiri.
Semasa hari kejadian, kami berkumpul pada pukul 7 pagi and bertolak menaiki bas travel agency dalam pkul 8 lebih macam tu kalau xsilap. Dalam perjalanan, kami berhenti sarapan. Sarapan dibawa dari UTM, so lebih jimat. hehehe
Ok lepas dah siap sarapan, kami terus ke destinasi go through border malaysia and singapore. Time nie dinasihatkan kepada gentleman2 sekalian supaya xbawa rokok. Klau bawa kena bayar cukai, mahal plak tu 15sgd kalau xsilap. so xpayah lah bawak ye. Kalau korang bernaseb baik tu maybe lah akan terlepas daripada bayar cukai.

Ok.. sesampai je di USS, kami terus masuk ke dalam sementara xramai. sebabnya takot kena beratur panjang untuk naik rollercoaster. First rollercoaster yg nina naik Battlestar Galaxia Cyclon than baru masuk Human. Nie rollercoaster paling mencabar n seram gila ka sini. Trbaiklah org yang guide nina mmg pernah datang sini, so dia bawa kami ke tempat yang mencabar and akan ramai org dulu. Time nie lama jugak beratur tp oklah sbb xde la gila2 pnya lama. Sebelum naik Cyclon nie takot jugak sbb teaser dy tunjuk mcm seram n bila tima masa nina naik mmg seriusly seram bg nina lah.. mmg mostly tutup mata n jerit je. buka mata 2-3 kali je. tu pon kali pertama buka mata nampak langit. kali kedua nampak bawak menjunam. Gila xseram.arghhhh. Tapi mmg xdinafikanlah mmg best.


Then after that, kami naik transformers and egypt. Yang nie paling best bagi nina n xdelah scary sgt mcm Human and Cyclon tu.. so blh lah kalau nak ulang2 naik banyak kali. Then, baru kami ke tempat2 lain mcm jurassic park, far far away, wall climbing and soon. Sayangnya niena xdapat naik Puss n Boots sbb time tu cuaca mcm nak hujan and berangin sikit so dorg tutup jap n tunggu cuaca ok sikit. Total yang nina try lebih kurang belas-belas jugak lah. Sampai sakit gila tumit kaki maybe sbb bnyak jalan n berdiri.



Masa kat sini, guna lorker untuk letak barang bagi rollercoaster yg xboleh bawa barang je trmasuk phone. so kena pandai2 guna lorker kalau xnak kena cas duit. loker ada yg 45min je free ada yg 60min. Bab makan, kami mmg xde beli mkanan langsung kat sana, sebabnya nina just tukar duet sikit je RM99=33sgd. makan dalam tu sangat lah mahal and kalau nak beli kena tahu makanan mana je yg halal ok. so nina ada bwa air and roti bilis sebagai bekal. kongsi2 dengan kengkawan. sebenarnya xbolh bawa mknn msuk uss, tapi pandai2lah simpan dalam beg sbb dy xdelah check dalam beg cuma kt border singapore tu je dorg buka beg tapi xpe je kat situ.

Ok, sekarang kita cita pasal souvenirs. kalau makanan pon mahal inikan pulak souvenirs. mestilah lg mahal. conclusinya mmg xcukup kalau bawak range RM100 je msuk uss. nasihat nina, bawa la lebih sikit kalau korg suka mkn and suka shopping. hrga fridge magnet 4pieces = 20sgd. untuk keychain, 3pieces=20sgd. tu jelah yang nina igt.

Setakat nie sahajalah entry untuk kali nie. Happy Holiday and CNY semua. kalau ada sebarang pertanyaan blh je drop komen kat bawah. in sha Allah nina reply:) bubye assalamualaikum.


Friday, 8 September 2017

Rutin Budak Praktikal🙇

Assalamualaikum semua❤
dah lama betul rasanya tak menulis.

So harini nina nk kongsi la sikit pengalaman LI walaupun xda la banyak sgt..hehe

ok. first sekali bila nak intern mestilah kita akan pilih company and tmpt yg kita nak intern kan? mcm qeja jgk.. msti kita nk yg dekat dgn rumah so senang nk ulang alik.. xpayah fikir pasal rumah sewa n mkn minum..
Nina pon time first2 dulu mcm tu, tp apakan daya.. diri ni banyak sgt kekurangan..huhuhu (ayt sedih mintak simpati😆) yela.. rmh kwasan kg pendalaman, pastu lesen moto qeta ada tp qetanya xda😢.. nak bawak moto parents ckp bhya kawasan tu.. betul lah jgk nina pon takot nk bwk moto kwsan hutan tmbah pulak sengsorg..
So terpaksalah jugak berulang dr rmh sedara n balik kg tiap2 minggu.. dgn xda kawan LI skli kt tmpt LI.. dugaan2..

Btw, segala dugaan nilah buat nina lebih pndai berdikari.. pandai2 untuk cri jln penyelesaian n tak lari dri masalah.. 💪
Thank u Allah❤

Tapi nasihat nina kalau korg sama kes dgn nina, xyah la ada niat nk LI dekat2 rmh, baik LI dkat2 ngn kwn. supaya korg blh sama2 survive.. hehe.. cthnya time boring xda keja, ada jgk kwn nk sembang or nk ajk jln2 pusing company or ajak jd model n photographer.. haha

The second thing, korg msti bersabar bila intern ni.. biasalah suasana qeja ni lain dgn suasana bljr.. disoal tu biasa.. ye la, kita kn still belajar msti dorg aspect kita tahu lg bnyak dr dorg but sbenarnya kita still xleh challenge pengalaman yg dorg ada..

Hmm mcm dah habis ja apa yg nina nk kongsi,🤔
haaa lg satu pesanan, jgn la mind set tu LI ni xbest langsung, boring ja memanjang.. sebenarnya ikut company jugak.. ada company yg mmg tiap2 hri bdk2 intern ada keja smpai kena OT.. haaa, time ni mula la mengeluh penat LI sbb xleh nk relax..
Bila xda qeja, boring.. bila ada qeja, penat.. ish3.. nilah kita yg slalu sgt merungut..

For me, nina boring sgt bila xda qeja nk buat n bila xda pakcik yg ajak gi site so terpaksa dduk ofis smpai ptg. sbb nina lebih suka turun site sbb walaupun dorg xsempat nk terangkan satu2 pd kita at least kita blh tgok n bljr dr apa yg dorg buat.. ni pengalaman paling best time LI..

5 weeks to go, time ni mula la xsabar nk cpt2 hbis LI.. tp bila dh start class nnt msti mula rindu LI ni.. sbb xserabut dgn esaimen bagai.. huhu

________________________________________________________________________________

Hai semua, skrg nina dah habis LI cuma report still in progress lg..huhu..
esok dah mula kelas and bermulalah zaman tahun 4 nina di utm nie..
waaaa.. tak sabar rasa nak cepat2 habis belajar..hehehe
Btw, wish me best of luck and do the best for my capstone and fyp.. hope everything ease for me and frenz..
Lot of luve from me ^_^


Bubye jumpa lg dilain entry❤
Assalamualaikum

Friday, 26 May 2017

SALAM RAMADHAN:)

Assalamualaikum semua.

dah lama betul tak menulis. disebabkan harini merupakan first ramadhan. and naseb baik pulak quota wifi yang dah habis untuk bulan ni tetiba boleh guna lagi. mungkin quota ni ikut bulan islam kot..haha.. by the why, sebelum tu niena nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua umat Islam di seluruh dunia. semoga sama-sama kita manfaatkan ramadhan untuk tahun ni dan sehingga dapat berjumpa ramadhan yang akan datang. In sha Allah.



Sebenarnya, tak da merancang pon untuk tulis entry about Ramadhan. tapi disebabkan kesunyian yang melanda di malam hari ni, yelah... mana tak sunyinya, sambut ramadhan di UTM bukan di rumah.. sunyi sebab ramai kawan-kawan balik rumah lagi... hmmm sabar je la...

Dah rancang ka jadual ramadhan unuk tahun ni? Untuk tadarus, solat teraweh, and soon?
Kalau yang dah ada matlamat tu, memang terbaik lah.. maksudnya dia memang dah bersedia untuk berjumpa ramadhan.. yang belum tu, dont worry, its not to late now.. tetapkan matlamat sekarang supaya apa yang kita nak tercapai sebelum kita bertemu syawal nanti..
Matlamat yang niena maksudkan bukan tema raya or fashion baju apa nak pakai raya ni tau.. ahahahaha.. itu lain cerita.. sekarang kita tengah cerita tentang matlamat ramadhan contohnya nak khatam quran dalam bulan ramadhan ni.



First, senaraikan apa yang korang nak buat sepanjang Ramadhan.
Antaranya, nak khatam quran, nak solat teraweh sepanjang ramadhan, nak bangun sahur sepanjang ramadhan, nak join kuliah/ceramah di masjid, nak iftar, nak banyakkan selawat, nak banyakkan sedekah..

Then, find a way untuk realisasikan impian korang.. kalau korang nak pastikan korang dapat khatam quran dalam bulan ni, korang boleh join tadarus quran ataupon boleh bahagikan setiap hari mesti habiskan 4 helai.  kalau korang nak consisten dalam solat teraweh untuk sepanjang ramadhan tak kisahlah hanya 8 rakaat atau 21 rakaat, so pastikan korang sentiasa ikut orang yang rajin ke masjid (ikut ayah, ibu, nenek or kawan).. so korang takkan rasa malas nak berteraweh.. and pastikan korang tak mula tengok drama korea pada bulan puasa.. confirm bila dah start tengok drama, korang akan malas nak berteraweh disebabkan nak luangkan masa teraweh tu dengan drama.. huhuhu..
Kalau korang nak consisten bangun untuk bersahur setiap pagi, pastikan sebelum tidur korang dah pasang niat yang sungguh-sungguh untuk bangun sahur, in sha Allah korang akan automatik sedar untuk sahur.. so lepas dah sedar tu jangan la tidur balik, confirmlah lepas dah tidur balik tu takkan terjaga semula..huhuhuhu...
Kalau korang nak join kuliah or ceramah agama sepanjang ramadhan, pastikan korang rajin ke masjid. contoh rajin-rajinkanlah solat dimasjid.. walaupun tak semua waktu korang solat di masjid, at least subuh, maghrib, and isyak pon dah memadai kan daripada tak ke masjid.
kalau korang nak beriftar pon pastikan selalu ke masjid, sebab kebanyakan masjid menyediakan juadah berbuka. so boleh lah korang beriftar beramai-ramai...

Tu lah serba sedikit rutin yang korang boleh add dalam timetable ramadhan masing-masing.. semoga bermanfaat. Jangan lakukan amalan baik hanya kerana Ramadhan tetapi lakukannya sebagai permulaan untuk amalan di bulan-bulan lain:)


Selamat malam, jangan lupa bersahur esok.. Assalamualaikum:)



Monday, 27 February 2017

TRAVEL : Ke Korea Ke Kita

Assalamualaikum:)

Dah seminggu berlalu, tapi hati ni masih ada lah serpihanya tertinggal di Korea..hehe disebabkan suasana disana sangat menyenangkan.. tambahan pulak, musim winter time tu...
So harini sis nak kongsilah serba sikit pengalaman sis sepanjang disana selama lebih kurang 8hari 7malam...

Persediaan ke sana group sis yang uruskan sendiri sebab we xguna agent.. bak kata orang pergi travel sendiri ni lebih menjimatkan kos.. so we take the challenge untuk travel tanpa menggunakan guider..
Tugas aku untuk travel kali ni adalah untuk mencari penajaan, but disebabkan program kami lebih kepada jalan-jalan so penajaan adalah zero.. but each of us of courselah masing-masing dah dapat duet poket dari YTN untuk program GOP ni.. (duet untuk GOP, YTN bagi dalam RM3k but the last RM1k tu depends on pointer jugaklah.. so kalau bagus pointer dapat lah full RM3k, kalau pointer dah hampir ke laut macam aku ni, paham-paham je la dapat berapa je..huhuhu)..

So disebabkan penajaan macam dah takleh nak go on, aku pon diberi tugasan baru untuk handle bab flight ticket...masalah yang aku hadapi ialah takde ticket promo pada tarikh yang kami dah rancang.. lagi lama delay pembelian tiket, lagi tinggi pulak harga tiket naik.. so kami pun amek la keputusan untuk proceed je dengan harga tiket yang sedia ada tu.. risau lagi lama tunggu, lagi naik harga or tiket licin.. range harga tiket pergi balik untuk each person dalam RM1400.. agak mahal sebenarnya.. so my advice pada sapa-sapa yang nak travel nanti, serveylah harga tiket awal-awal, barulah korang proceed untuk paperwork GOP.. supaya duet xbanyak habis pd tiket flight....

Untuk makanan disana, kami ada sediakan bajet untuk beli makanan dari malaysia.. so kami decide untuk beli Brahim.. (memang mahal.. sebab makanan dy sedap n mengenyangkan.. tapi kalau ada yang nak tiru, fikir banyak kali sikit sbb banyak jugak duet yang akan habis pd Brahim ni.. so serveylah makanan lain kot ada yang lebih murah and berbaloi..hehe)..Brahim ni just untuk makan di Guest House nanti.. time tengah jalan-jalan kat sana perlu jugak makan luar.. of course lah perlu rasa makanan kat sana...

And the other things yang penting, korang jangan lupa untuk collect baucer diskaun untuk ke korea nanti.. tempatnya di KTO..
and jangan lupa jugak untuk ambil insurans sepanjang berada di korea nanti.. kami just ambil insurans by online with AXA.. sebagai advice, pergi daftar terus government insurans di Wisma Putra..(tapi tak berapa tau sangat bab ni.. boleh rujuk pada yang lebih arif.hehe)..and yang paling-paling penting, barang-barang winter disebabkan kami pergi time salji turun.. so kena lah belanja duet sikit untuk barang-barang ni...plus jangan lupa untuk tukar duet kat kedai money changer berdekatan. yang penting korang servey dulu harga supaya tak banyak sangat rugi sebab ada money changer ambil banyak untung.. Masa tu kami servey money changer paling murah di PKNS (rate 3.75 untuk 1000won) and Shah Alam (3.78 untuk 1000won).. but disebabkan aku ni orang kedah so fikir-fikir entah bila la nak pegi tukar duet kat sana... So aku pon servey money changer yang berdekatan ja.. Time tu just jumpa money changer Hassani je, terpaksalah tukar jugak walaupun rate harga dy agak tinggi (RM3.90 untuk 1000won)..huhuhu.. Kali kedua tukar di Kulim, kedai yang berderet dengan balai polis.. kat situ murah la sikit (RM3.80 untuk 1000won)..

Flight yang kami akan naik untuk ke Korea pada pkul 7pagi.. so kami semua perlu berkumpul awal supaya takda sebarang masalah yang berlaku as sorang member tertinggal, tak boleh check in, or tersangkut di imigresen.. so pkul 4pagi masing-masing dah bersetuju untuk kumpul and selesaikan packaging baggage (kami kongsi 40kg for 12 people)..
Alhamdulillah selamat naik flight untuk bertolak ke Korea.. selepas melepasi rintangan yang panjang (proses imigresen)..
Perjalanan selama 6jam atas flight sangat-sangat membosankan.. asyik bangun tido bangun n tido... hahaha.. tu je la aktiviti kami atas flight.. so my advice, kalau ada yang nak pergi travel memana lepas ni, downloadlah banyak-banyak movie dalam tablet/phone supaya tak kebosanan atas flight..



Sesampai saja di Incheon, kami terus bergegas untuk collect our baggage and than terus ke kedai untuk beli and topup TMoney.. (TMoney ni satu card yang digunakan untuk guna pengangkutan awam kat korea cth subway and bas)... Kami yang majoritynya tak berapa tahu sangat tentang kegunaan TMoney nie terus decide untuk topup 50000won dalam kad tersebut... Actually tak perlu pon untuk topup duet bebanyak dalam tu sebab nanti setiap stesen subway ada sediakan mesin untuk topup TMoney.. so masalah yang kami hadapi sepanjang travel ni, of courselah ramai tercicir TMoney yang semuanya ada banyak duet di dalam tu... so learn from our mistake ok? jangan topup banyak sangat dalam TMoney.. ala kadar je.. sebab hrga naik subway di korea agak murah dalam (1250won untuk sekali naik, tak kira berapa jauh perjalanan korang but must in the same track.. kalau korang perlu exchange track ada charge skit la..)





Sepanjang 6hari disana, banyak tempat yang kami visit.. n of course lah the wholeday jalan kaki or naik subway or naik bas.. but sangat penat mungkin cuaca sangat sejuk masa tu.. iyelah winter kan..
antara tempat yang kami visit Vivaldi Park (berbayar n tak ingat berapa..haha.. agak mahal.. ni tempat paling mahal kami pergi.. but sangat best iyelah bila lagi nak try n belajar main ski... seyesly rindu rasa nak main ski lagi walaupun berpuluh-puluh kali jugak jatuh atas ais)..



Then, of course lah tempat wajib kena pergi bila datang korea, Nami Islands(berbayar tapi murah je).. sangat cantik.. orang cakap time Autumn sangat cantik kat sini.. but Winter pon cantek jugak.. seyesly tak tipu... tambah pulak time tu salji turun..


 and other place, Myeongdong(tempat makan and banyak mall and barang-barang kosmetik), Insadong (beg and barang-barang souvenirs murah n banyak), Namdemon market (souvenir lagi banyak n murah), Namsan Tower(cantek untuk ambil gambar), Itaewon (time nilah korang nak makan ayam and daging selepas beberapa hari jd vegeterian..haha.. n tempat wajib kena lawat kat sini ialah masjid itaewon.. paling best bila suasana nak solat jemaah.. walaupun jemaah kat sana tak ramai tapi rasa heaven sangat bila tengok orang korea pakai kopiah and tudung.. bayangkanlah Lee Min Ho, Park Bo Geum, Baekhyun, and Lee Jong Suk pakai kopiah...hahahah tulah perasaannya waktu tu..hehe),


Yeouido Park (taman yang cantek untuk bergambar),


 Hongik University,


 Ehwa University,


 and banyak lagi lah cuma dah tak ingat nama tempat..haha










The best memory ever... rasa nak travel lagi.. my advice try to travel and u can feel the feeling.. and travel might be your hobby...





 till meet again in the next entry.. annyeong..

Assalamualaikum:)