Monday 8 June 2015

BISIKAN HIDAYAH





Hari demi hari berlalu tanpa aku sedari..
Alhamdulillah, Allah sentiasa membantuku untuk menjadi seseorang yang lebih kuat..

Satu hari, aku sedikit terkejut apabila ada seseorang yang hadir dalam hidupku mengungkapkan hajatnya kepada ku..

“Kalau saya suruh awak buat satu benda ni, tapi saya tak tau la awak sanggup ke tak.
Tapi benda ni kena slow-slow la, benda tu nampak senang je. Tapi mungkin susah jugak bagi sesetengah orang.
Tapi jangan fikir saya tak boleh terima awak yang sekarang.
Saya just inginkan yang lagi baik untuk awak dan saya walaupun saya kurang dalam sesetengah perkara.
Kalau awak sanggup, saya sangat suka.  Sangat-sangat bersyukur, tapi depends on awak la. Sebab benda ni kena slow-slow buat la, kalau boleh start awal sem depan. Kalau awak sanggup terima tawaran saya ni.
Kena bismillah dulu.
Sanggup tak awak pakai purdah/niqab?
Sory kalau pilihan saya berat untuk awak”

Tiba-tiba aku terdiam dan fikiran ku lantas berfikir..
Aku mengaku pernah suatu ketika dulu, aku berkeinginan untuk memakai purdah/niqab.. tapi aku belum cukup bersedia.. aku inginkan perubahan ke arah yang lebih baik sedikit demi sedikit sebab aku nak consistent dengan perubahan ini. Aku taknak perubahan yang begitu drastic dalam hidup aku sebab aku tahu aku belum cukup kuat.

Tapi pertanyaan ini, membuat aku berfikir sejenak tentang keinginan ku suatu ketika dulu. Sudah begitu lama aku bagi masa pada diri aku untuk berfikir sehinggakan aku hampir lupa dengan keinginan ku itu.. sekarang Allah hadirkan seseorang yang berharap benda yang sama dengan keinginan ku dulu.. Adakah ini satu kebetulan? Adakah inilah masa yang aku tunggu-tunggu selama ini? Aku berfikir dan terus berfikir…..

Aku mengambil keputusan untuk bertanyakan pendapat sahabat-sahabat dan senior-senior yang berpurdah/berniqab untuk menceritakan pengalaman di samping memberi semangat padaku. Aku bersyukur kerana dengan kongsian daripada mereka, aku menjadi lebih yakin dan tekad dengan keputusan yang aku buat nanti. Aku mengira bilangan hari untuk pulang ke rumah dan berkongsi cerita dengan ibu tercinta. Aku ingin menanyakan pendapat ibu dan pandangan ibu tentang keputusan yang akan aku buat nanti. Hopefully, family aku menyokong dan sentiasa memberi semangat pada aku :)

Aku taknak keputusan yang aku buat disebabkan orang lain.. sebab orang yang suruh.. tapi aku nak keputusan aku ini memang dari diri aku sendiri.. lillahi taala.. hanya kerana Allah.. kerana aku ingin menjaga diri aku.. kerana aku ingin lebih dekat padanya.. supaya aku lebih malu melakukan dosa..
 
Mungkin ini hadiah dari Allah kepada ku sempena bulan Ramadhan yang bakal menjelma tak lama lagi :) Terima kasih Ya Allah :’)

Akhir kalam, selamat menyambut kedatangan Ramadhan pada tahun ini. Moga Ramadhan kali ini menjadi bulan terbaik dalam hidup kita. Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk mempraktikkan amalan dan memperbanyakkan amalan-amalan sunnah yang bakal menjadi saham akhirat kita satu hari nanti.. Insyaallah :)



Assalamualaikum
~11:17am
~09/06/15
~nhj:)
 

No comments: