Tuesday 23 June 2015

Cetusan Kasih Sayang Ilahi




Assalamualaikum

Alhamdulillah atas segala nikmat yang Allah pinjamkan kepada kita hingga hari ini. Lama betul rasanya aku tak buka blog ni. Insyaallah kali ni aku nak kongsi satu cerita yang aku harap dapat memberi semangat kepada sesiapa sahaja diluar sana untuk berubah ke arah kebaikan.

Banyak sangat kemungkaran yang kita nampak dengan mata kepala kita sendiri sekarang ni. Yang kita tak nampak semestinya lagi banyak kan? Tambahan pulak kita sekarang diberikan segala kemudahan termasuklah teknologi yang kita guna sekarang  contohnya  phone, laptop, tv dan banyak lagi. Dengan dihidangkan pula dengan pelbagai apps seperti whasapp, weechat, insta, facebook, twitter dan juga blogger. Tinggal diri kita sendiri ja yang penentunya, sama ada ia digunakkan ke arah kebaikan or kemungkaran.

Jom sasa-sama kita hayati cerita yang aku nak kongsi dengan hampa semua.. Cerita ni bagi aku dapat bagi aku semangat dan pengajaran untuk terus tabah dalam menghadapi dugaan hidup di dunia ni.. 

Aku seorang perempuan yang baru ingin berubah ke arah yang lebih baik untuk ku.. selepas aku mendapat pendidikan di sekolah agama, banyak yang aku pelajari untuk lebih dekatkan diri padaNya. Aku mula mengubah diri ku dengan cara aku berpakaian. Aku cuba consistent untuk menutup aurat dan cuba untuk menjaga batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. Kalau nak cakap aku tak da minat dekat someone memang tipu la kan? Ahahahah sebab tu memang lumrah kita sebagai manusia.

Lepas aku sambung pengajian aku ke peringkat seterusnya, aku mula untuk consistent memakai tudung labuh.. walaupon bukan tudung bulat, just tudung bawal bidang 60 pon ok kan? Asalkan kita dah melabuhkannya sehingga menutupi dada. Banyak jugak dugaan yang aku lalui sebab aku bukanlah dari keluarga totally bertudung labuh. Ibu dan ayah aku biasa-biasa ja tapi aku bersyukur sebab mereka still mendidik kami adik beradik untuk tidak tinggal solat, posa penuh, tutup aurat..

Masa berlalu begitu cepat sehinggalah aku berjaya menjejakkan kaki ke bumi university. Di sini lagi banyak dugaan yang aku kena hadapi. Aku kena sentiasa kuat supaya tidak mudah terpengaruh dengan budaya yang negative.aku bersyukur sebab aku dikelilingi dengan sahabat-sahabat yang sentiasa menasihati dan mengingati aku kepada Allah.

Satu hari, ada seorang ajnabi yang menghantar mesej kepada ku. Aku membalas pertanyaan nya seperti mana aku membalas mesej kawan-kawan lelaki ku yang lain. Walau pon aku tak begitu kenal dengan dia waktu tu, tapi kami macam dah kenal lama. “mungkin aku jenis yang mudah mesra dengan semua orang kot, sebabnya aku nak semua orang selesa dengan aku”. Tapi makin lama, makin kerap pulak mesej aku dengan dia. Dah berhenti mesej tukar pulak pada ber’whasapp’.. makin kerap lagi kami berhubung dan berkongsi cerita. Aku mula selesa dengan si dia. Hinggalah satu hari, aku tertunggu-tunggu mesej dari dia. Astagfirullah halazim.. ni ka aku? Aku yang dulu ialah seorang muslimah yang betul-betul menjaga hati.. tapi sekarang.. terdetik dihatiku perasaan yang kurang senang..gelisah.. tiba-tiba azan asar berkumandang.. aku menyegerakan solat ku.. selepas solat aku memohon petunjuk dari Allah supaya tidak tercicir dari jalan yang benar. Supaya Allah sentiasa membimbing hati ku.. supaya aku sentiasa kuat untuk menghadapi segala dugaan yang Allah beri kepada ku.. aku mula sedar Allah memberi dugaan yang  besar kepada ku ketika ini, iaitu dugaan hati.. ramai sangat orang yang mudah tewas dengan CINTA. Adakah aku pon tergolong dalam kalangan mereka??? 

Aku mula berfikir.. apa yang patut aku buat.. kami dah pun luah perasaan masing-masing.. kami sama-sama suka antara satu sama lain.. memang perasaan tu kita tak boleh halang, tapi sanggup ke aku kejar cinta manusia tapi Allah murka pada aku… aku tak sanggup kehilangan cinta yang paling agung (Cinta Allah)..  panjang aku berfikir, sebab keputusan itu ditangan aku.. tinggal aku ja untuk melaksanakannya.. sama ada aku memilih cinta manusia ataupon cinta Allah.. aku tak nafikan memang susah untuk melupakan atau hilangkan rasa cinta kita pada orang yang kita kasihi.. sebab tu kalau perasaan tu timbul sebelum tibanya waktu yang sesuai, baik hapuskan cepat-cepat.. sebab bila dah disemai dan dibaja lama-lama, pasti perit untuk lupakannya..

Aku masih lagi berhubung dengan si dia.. di samping, aku masih berfikir solution yang baik untuk menerangkan sesuatu yang penting kepada dia.. (sesuatu yang penting tu, keputusan aku la.. keputusan aku, aku lebih memerlukan cinta Allah daripada cinta manusia..).. aku taknak lukakan hati sapa-sapa.. walaupon keputusan yang akan aku beritahu pada dia akan menyebabkan dia sedih, biarlah kesedihan itu mengundang ingatannya kepada Allah.. Hakikatnya, hati aku berat sangat untuk melepaskan orang yang aku suka, tapi inilah yang terbaik demi mengelakkan ‘zina hati’ di antara kami.. aku berpegang pada kata-kata “kalau ingin berubah, tiada istilah terlambat bagi kita.. kalau kita rasa kita nak berubah ke arah yang lebih baik, tanamkan kekuatan dan terus berubah.. biarlah apa orang kata sebab Allah ja yang mengetahui isi hati kita.. biar manusia kutuk, tapi mulia di sisi Allah”

Satu hari aku tekad dengan keputusan aku itu. Aku mendapat kekuatan kata-kata nasihat dari kawan-kawan dan family. Aku tekad dengan keputusan aku, sebab aku yakin dengan Allah.. kalau dia betul-betul jodoh aku, Allah pasti akan jaga dia untuk aku.. aku mula mengarang ayat untuk menerangkan keputusan aku kepada dia.. aku berdoa agar dia faham maksud mesej yang aku kirimkan dan menerima keputusan aku dengan baik.

“Salam. Saya dah sampaikan salam awak pada ayah dan ibu saya. Ayah dan ibu saya nasihatkan saya suruh berkawan ja dulu. Bila dah habis belajar nanti baru la fikir hal kawen. Ayah cakap berkawan boleh, tapi jangan janji apa-apa pada sapa-sapa pon sebab kita tak tahu jodoh kita dengan sapa nanti. Ibu cakap kawan memang tak salah.. kawan la biasa-biasa dulu.. jangan berharap pada seseorang.. belum tentu dia jodoh kita.. setakat kawan takpa, jaga diri kita, jangan leka.. belajar dulu sampai capai cita-cita.. bila saya fikir balik betul cakap ibu dan ayah, saya tak boleh berharap sangat pada sesuatu yang belum pasti. Bukan bermakna saya tak percayakan awak.. tapi ketentuan Allah tu kita tak tahu kan.. mungkin salah saya sebab terlalu awal saya berterus terang tentang perasaan saya.. saya nak serahkan semuanya pada Allah, sebab Allah lah yang lebih mengetahui segalanya. Kita sama-sama belajar dulu.. kalau awak betul-betul bersedia nanti, carilah saya.. saya tunggu awak.. saya harap sangat Allah pelihara perasaan saya kalau betul la awak jodoh saya.. tapi kalau ada orang yang lebih baik dari saya sukakan awak, awak buatla istikharah dulu.. sebab mungkin juga orang tu jodoh awak.. jangan fikirkan saya.. kalau saya sedih pon, insyaallah tak lama.. saya redha dengan apa pon ketentuan Allah.. awak mesej la saya bila ada hal penting ja ok? Saya taknak terlalu suka pada awak, sampai saya akan rasa sangat sedih satu hari nanti jika kita tak da jodoh.. saya minta maaf andai saya ada salah silap pada awak.. Assalamualaikum..”

Send…..

Tak berapa lama lepas tu, dia is typing…. (aku tiba-tiba gelisah.. macam-macam yang aku fikir.. tiba-tiba nak marah pulak dekat whasapp ni, kenapala kalau tengah typing pon nak bagitau..)

Aku membaca mesej yang aku dapat  dengan perlahan-lahan

“Cerita yang membuatkan saya sedih pada awal cuti sem ni,huhu.. saya pon tak tau nak cakap apa kat awak sebab saya dah boleh agak apa yang parents awak akan bagitau.. betol apa yang mereka cakap tu, lebih-lebih lagi awak ni anak sulung.. besar tanggungjawab awak nanti sebab awak kena bantu parents besarkan adik-adik awak.. saya redha dengan keputusan awak ni, mungkin ni cara yang terbaik buat kita.. andai kata ada jodoh kita berdua, saya bersyukur sangat.. kalau awak niat nak pakai purdah, mungkin nilah pilihan yang sesuai sebab awak jarang diganggu lelaki selepas ni.. ingat pesan saya tau, jangan suka merajuk sangat.. jangan jadi terlalu emotional sangat.. be a best muslimah for your husband.. pandai-pandai la awak jaga diri lepas ni, ingat la untuk sentiasa tanya khabar parents sebab merekalah yang terbaik untuk awak sekarang ni.. tapi saya akan sentiasa sukakan awak walaupon awak terpaksa lupakan saya untuk sementara..Walaupon keputusan ni membuatkan saya sedikit sedih, saya akan cuba yang terbaik untuk kebaikan diri awak.. saya tak ada hal penting pon untuk berwhasapp ngan awak..Cuma kadang-kadang saya ingin sangat tanya kabar awak.. kalau awak ada masalah apa-apa selepas ni, janganlah takot nak minta saya bantu selagi tak langgar hukum agama.. kalau boleh insyaallah saya akan bantu sebaik mungkin.. banyak benda saya nak berkongsi dengan awak sebenarnya, tapi mungkin dah tak boleh kot.. mungkin cuti saya akan menjadi semakin sunyi selepas ni kan.. taktau la tu..harap awak tak lupakan saya lagi.. bye-bye awak (sebak).. Waalaikumsalam..”

Tiba-tiba air mata ku mengalir tanpa aku mintak pon.. aku tak suruh pon hang keluar wahai air mata.. tapi tipu lah kalau aku cakap yang aku tak sedih.. aku memang sangat sedih, tapi hidup ni tetap kena teruskan kannn… so senyum sikit:’)

Mulai saat ni, aku tekad.. aku nak lebih menjaga diri aku.. aku nak jauhi bermesej dengan ajnabi.. biarlah ia menjadi pengajaran untuk aku dimasa depan..
Moga hidayah Allah sentiasa menjadi milik kita bersama:’)


Aku menangis mendengar cerita ni.. aku nak kongsi dengan blog kesayangan aku  supaya orang lain pon dapat kekuatan dan pengajaran dari kisah ni.. bukan senang nak lakukan benda yang betul lepas kita dah buat banyak kesalahan.. kan3..

Hehehe.. mungkin setakat ni ja coretan aku kali ni.. nak pi tolong ibu masak makanan untuk berbuka sat.. daaaaaa…


Assalamualaikum;)

No comments: