Friday, 10 April 2015

ZZZZzzzzzzzzz

Bismillah.
Assalamualaikum..
Alang-alang keboringan aku sengsorang dalam bilik kesayangan ni, boleh la hidupkan sikit blog yang jarang diupdated nih..
Inilah aku dalam assignment bertimbun-timbun lagi tak dibuat, dengan kuiz and test bakal menjelma tak lama lagi, sempat lagi aku menyibukkan diri untuk updated blog kesayangan nih..hehe..
Entry kali ni tak dak kaitan langsung dengan tajuk (aku rasa la~).. Haha sebabnya aku pilih title ni disebabkan aku tengah ngantuk sekarang.. ok merapu..

Emm sebenarnya aku pon tak tahu apa motif sebenar aku nak updated blog sekarang tapi yang pasti aku nak motivate sikit diri aku ni yang selalu sangat bermalas-malasan.. 
"Hindari sifat-sifat mazmumah, Dekati sifat-sifat mahmudah"

~
Perlahan-lahan aku membuka mataku.. Ahh beratnya nak buka mata pun..
Aku melihat sekeliling bilikku, tiba-tiba mataku membulat..
"Hahhhhh.. awat cerah sangat bilik nih??? Dah pukul berapa ni??"
Aku bergegas bangun dari katil empuk ku.. Aku melihat jam di dinding agak lama..
"Biar betikk.. dah pukul 10pagi?? Asal aku tak sedar tadi??"
Aku menggelabah seketika.. Mau taknya, 2 kelas dah aku terlepas pagi ni. Dengan assignment tertangguh.
Tetiba hati ku sebak, fikiranku kusut, aku buntu seketika..
Aku mengadu pada diriku, "Kenapa dengan aku sejak kebelakangan ni?? Kenapa aku lampi sangat nih??"
Aku menangis teresak-esak.. Aku tak suka diriku yang sedemikian rupa.. aku suka diriku yang rajin dan bersemangat membuat semua perkara.. Tapi ketika ini aku buntu dan lemah.. Aku terjatuh dan rebah dengan dugaan yang Allah bagi.. Baru sedikit Allah nak uji, tak kan aku begitu cepat rasa down??
Tiba-tiba aku rasakan ada kata-kata semangat yang memberi nasihat pada diri ku,
"Apa lah kau ni.. Semangat la sikit.. Terponteng kelas kan, bukannya saja-saja nak ponteng.. Cuba la kuat sikit.. Fikir macam mana nak selesaikan masalah, bukannya nak tambahkan lagi masalah"
Aku berhenti menangis dan terus bangun untuk bersiap-siap ke kelas.
Sepanjang sesi pelajaran hari ni aku amat berpuas hati. Alhamdulillah walaupun aku tak dapat hadir full class untuk hari ni at least aku dapat sedikit ilmu dari kelas yang aku sempat join tadi..

*moral of this story
-walau apa pun dugaan yang kita hadapi jangan pernah kenal erti putus asa.. tapi mengenalilah erti terus berusaha.. Ingat bila kita lemah dan rebah, kita bukan tengah menyelesaikan masalah tapi kita tengah menambah masalah yang kita hadapi sekarang.. Tapi bila kita cuba lakukan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah yang kita hadapi even dugaan tu tersangat-sangatlah berat, sebenarnya kita tengah cuba untuk menyelesaikan dan meringatkan beban yang kita tanggung.
-apa pun yang berlaku dalam hidup kita, kembalilah pada Allah.. because the best answer ada pada Nya.. 

[Pesanan untuk diriku yang lemah]
nhj
1skee1
sem2

wasalam:')

Saturday, 4 April 2015

Yakinlah Allah pasti membantumu.

Bismillah

Aku juga manusia biasa yang tak terlepas dari dosa..
But I will try..
try kembali kepada fitrah sebenar kita..
Fitrah manusia yang mencintai perbuatan yang baik..
try to do something lillahi taala..

Aku bersyukur sangat dengan kehidupan ku sekarang..
Walaupun aku sering di uji oleh bermacam-macam dugaan..
Aku bersyukur kerana dengan dugaan-dugaan yang Allah berikan inilah aku menjadi semakin kuat dan tabah..
Aku gembira mempunyai sahabat yang tidak pernah kenal erti penat dan lelah untuk menasihati ku..
Memberi tunjuk ajar kepada ku..
Aku bersyukur kerana dengan izin Allah aku berada dalam usrah Bulatan Cinta Kita:)
 Alhamdulillah..


Pernah suatu ketika aku terfikir,
Kenapa aku ni tidak pernah keluar untuk mengajak sahabat-sahabat ku yang lain untuk join usrah?
Kenapa aku asyik berkepit dengan sahabat-sahabat ku yang sudah mempunyai keinginan untuk mendalami ilmu agama?
Kenapa tidak pernah sedetik pon aku berkepit dengan sahabat-sahabat aku yang masih lalai di buai mimpi untuk memperingati mereka dengan kelalaian mereka?
Kenapa aku ni asyik melihat dan membenci perbuatan dosa mereka tapi aku tidak mendekati mereka untuk menegur kesalahan mereka?
Kenapa aku ni begitu lemah Ya Alllah??
(T_T *menangis hatiku seketika)

Aku bukanlah insan yang dari kecil sudah diberi pengetahuan agama yang mendalam..
Aku juga bukanlah insan yang dilahirkan dalam family yang strong dalam agama..
Aku juga belajar dan mendalami ilmu agama di sekolah..
Aku juga berminat dengan ilmu agama apabila ada sahabat-sahabat dan guru-guru membimbing aku..
Aku juga seperti mereka yang lalai dulu..
Sekarang sudah tiba masanya untuk aku pula yang membantu mereka yang masih lagi alpa..
Sekarang lah masanya...

Aku perlukan kekuatan untuk mendekati mereka..
Aku perlukan sokongan yang kuat dari sahabat-sahabat ku untuk mendekati mereka..
Aku tidak kuat untuk bergerak sendirian..

*aku merenung ke langit seketika.. melihat keindahan ciptaan Allah.. tiba-tiba ku rasakan ada air yang sedikit panas mengalir dipipiku..

Aku kembali menyiapkan assignment yang bertimbun di atas meja ku.. Tidak berapa lama kemudian kedengaran laungan azan dari surau berdekatan..
Aku bingkas bangun dari tempat dudukku untuk segera menunaikan solat subuh.
Seusai solat, aku berpaling memandang sahabatku yang masih nyenyak dibuai mimpi.
Aku melipat kain telekung dan sejadah yang aku guna tadi..
aku melangkah perlahan ke arah sahabat ku itu..
aku serba salah untuk mengejutkan sahabat ku itu sebab aku sudah sedia maklum dia tidur agak lewat hampir setiap malam..
Kerana dia lebih selesa mengulang kaji pelajaran lewat malam berbanding waktu-waktu lain..
Aku menghormati jadual stdynya kerana setiap orang mempunyai waktu stdy yang berkesan berlainan..
Tapi aku tidak setuju jika dia sering lewat untuk solat subuh hampir setiap pagi..
Setiap pagi jugaklah aku akan berasa serba salah..
Aku rasa gelisah sehinggalah dia bangun dan menunaikan  solat subuh.. walaupun dia subuh "gajah" hampir setiap pagi.. Aku rasa lega at least dia still solat walaupun lewat..
Pagi ini aku bertekad, aku akan kejut sahabatku hingga dia bangun untuk solat pada waktunya..
Malangnya sudah beberapa kali ku kejut, tidak juga bangun-bangun..
Aku kuatkan semangat untuk mengejutnya dengan lebih tegas, aku berdiri dihadapannya, aku kuatkan sedikit suaraku sambil mengoncang-goncang badannya "Awak.. oooo awak... bangun dah subuh ni..."
Kali ini dia bergerak dan mendengus kecil tanda dia sudah sedar..
Aku sedikit gembira kerana kali ini reaksinya lebih memuaskan dari sebelum ini..
Aku kembali muram apabila dia kembali dibuai mimpi.. Aku lemah dan kembali menyiapkan assignment yang masih tergendala
Aku mengomel di dalam hati, "Macam mana nak kejut ni??? Aku dah la tak pandai sangat nak kejut orang kasar-kasar.. setakat tinggikan suara sikit boleh la~ kalau nak jirus air or tolak dia jatuh katil tak sampai hati la pulak.. Apa aku nak buat ni?? Hmm.. "

Setelah berpuluh-puluh kali jugak la aku kejutkan sahabatku itu, tepat jam 7.30pagi barulah dia bangun dari katil empuknya.. Aku meihat sahaja gelagatnya..

Seusai dia mengqodha'kan subuhnya pada hari itu.. dia bingkas bangun dan mengecas phone kesayangannya itu.. Aku mengambil kesempatan ini untuk berbual pendek dengannya sebelum bersiap-siap ke kelas..

Aku memulakan bicara "Balqis. Awak tidur pukul brapa smlm?"
Sahabatku itu menjawab dengan malas, "Emm.. Tidur macam selalu ja, tak la lewat sangat". Dia tersenyum memandangku..
Aku membalas lantas berkata-kata "Oh.. patutlah.. penat taw saya kejutkan awak untuk solat subuh tadi.. Tak bangun-bangun.. Saya tengok awak dah gerak-gerak, tapi bila tengok kali kedua awak tidur balik.."
Aku seakan-akan merajuk. Dia ketawa kecil sambil berkata dengan nada yang terkejut, " Lah awak kejutkan saya ke tadi? seyesly saya memang tak sedar langsung.. Awak kejut saya lembut sangat kot.. Haha.."
Terbeliak mata ku memandang sahabatku seorang ni.. Lembut dia cakap..  "Eh dah lewat ni.. Saya pegi mandi dulu.. Jumpa di kelas ye.." Dia berlari anak menuju ke pintu, tiba-tiba langkahnya terhenti, dia berpaling lalu berkata " By the way, thanks sebab kejutkan saya tadi walaupun saya tak sedar. Esok kejut lagi eh.. Insyaallah saya bangun.." Dia tersenyum manis dan terus melangkah  menuju ke bilik air..

Aku tersenyum melihat telatah sahabat ku itu. Aku tahu bukan kehendaknya untuk bangun subuh lewat setiap hari. Tapi masih belum ada kesedaran yang cukup dalam dirinya untuk berusaha bersungguh-sungguh untuk bangun awal..
 Dan sekarang aku sedar sahabat ku ini sangat memerlukanku untuk menyempurnakan subuhnya..
Sekarang aku akan lebih berusaha untuk membantunya..
Aku mula ada kekuatan untuk mengejutkan sahabatku itu dengan cara yang lebih barkesan dan yang lebih ganas.. Haha.. Sebab kalau dia marah aku nanti, aku boleh la back up diri aku.. Sebab dia cakap sebelum-sebelum ni aku kejut dia lembut sangat sampai dia pun tak sedar..Haha..
 
~sebenarnya dalam hidup ni kita saling memerlukan antara satu sama lain.. saling bantu-membantu dan ingat-mengingati.. Ingatlah sejahat mana pun seseorang tu pasti ada sedikit keinginan dalam hatinya untuk berbuat baik.. Sebab itu kita perlu membimbing orang yang nak berubah bukan menghina dan menghindarinya atas dosa/kesilapan yang dia dah buat:)

Syukran:) Moga sama-sama mendapat manfaat daripada entry yang tak seberapa ini..
Wasalam






Friday, 3 April 2015

Takut

Bismillah..

Sebab apa aku rasa nak tulis entry kali ni tentang takot..
Mungkin sebab sekarang ni banyak sangat muvi2 yang menakutkan..
Muvi yang menghantui jiwa kanak-kanak sekarang..
Sampai nak ke bilik ayaq pon nak kena berteman (adik laki aku yang sorang tu la..ish3)



Tapi untuk entry ni aku bukanlah nak cita tentang cita-cita yang menakutkan seperti muvi hantu dalam tv tu..
Sebab bab muvi ni kita semua dah terer.. xpayah crita semua kita tau.. and always up to date..
no wnder la kan, zaman sekarang.. hmm

So entry kali ni aku nak cerita tentang perasaan takut yang kurang orang rasai sekarang dek terlalu terhibur dengan kenikmatan dunia..
Takutnya seorang hamba kepada penciptanya..

Bila kita tengok balik situasi di sekeliling kita sekarang, ramai sangat orang dah berani tak bertempat and malu pon tak bertempat..
Berani dedah aurat, berani couple, berani date, berani mencuri, berani menipu, berani tinggal solat, berani pecah amanah, berani buat segala macam perkara yang dilarang Allah
tapi malu nak menuntut ilmu, malu nak kutip sampah depan mata, malu nak tolong orang, malu nak menziarahi orang, malu nak bagi salam, malu nak buat segala perkara yang baik-baik, yang Allah suruh, yang dapat pahala..
Ni la akhir zaman namanya..
(sedih T_T) 

"Hari ni aku bersyukur sangat sebab setelah sekian lama aku bersedih dek kesilapan aku sendiri..
Aku merayu pada allah sebab aku tak pasti apa yang patut aku lakukan ketika itu..
Aku mengadu pada sahabatku sebab dia lah insan yang paling dekat dengan ku ketika itu..
Ketika ibu dan ayah berada jauh dari sisi..
Aku mohon pertolongan dan pandangan serta nasihat dari sahabat yang amat aku percayai tu..
Aku mohon kekuatan pada Allah moga aku tidak lemah semangat dan berputus asa..
Alhamdulillah..
Hari ni aku temui jalan penyelesaian dari Allah..
Walaupun ketika aku diduga oleh Allah aku rasakan diriku jauh dariNya.. 
Tapi sekarang terbukti Allah sentiasa dekat dengan kita..
Allah sentiasa mempermudahkan urusan kita, if kita sentiasa berdoa dan mengharap pertolongan darinya.."
~jangan mudah putus asa dengan dugaan yang Allah berikan sepanjang hidup kita di dunia ini:)

Okey.. moga entry yang ciput ni dapat memberi manfaat kepada siapa yang setia membacanya:)
Time to help my beloved father siapkan rumah.. 
Wasalam..


Thank for reading, maap dipinta andai terkasar bahasa:)