Saturday 22 October 2016

Melaka Trip

Assalamualaikum semua.

Harini tetiba terasa nak berkongsi pengalaman trip ke melaka bersama kawan-kawan satu blok minggu ni.. (sebenarnya baru je sampai JB dari melaka time Isyak td. heheh)
Perancangan trip ni semua dibuat oleh kawan-kawan aku yang lain. Aku langsung tak terlibat dalam perancangan trip kali ni.. just join je.. hehehe..

Bila kawan ajak pegi trip ke melaka, rasa memang nak pegi walaupon dah banyak kali sampai melaka.. sebab tak pernah sampai sini dengan kawan-kawan lagi.. dengan family pernah la..
Trip ni dirancang untuk ke Afamosa water world.. sebab ada tiket promosi hehe..
Seminggu sebelum pergi sana dah rasa ketidaksabaran tu.. yela, first time nak masuk water world kat Melaka.. haha..
Kami bertolak dari JB ke Melaka lepas subuh dalam pukul 7..
Konvoi 3 buah kereta and semua gegirl je..
Destinasi utama mestilah Afamosa Water World..
Sampai sana tepat-tepat je. lagi 10-15 minit lagi pukul 11pagi..
Water World ni start buka pukul 11pagi.. tapi sebelum tu dah ramai yang tunggu di luar..
memang alamatnya kami kena beratur untuk ambil bracelet sebagai pas masuk..

Lepas check in, ada sesi photography sikit, and optional sama ada kita nak beli or tak. satu keping RM25..
Picture dia of course la cantek sebab siap ada background and animal balloon..
So, walaupun time bergambar rasa macam tak nak beli, tapi lepas nak check out tergoda-goda dengan perasaan nak beli.. hahahaha

After bergambar, kami terus ke tempat yang ada meja and kerusi untuk letak barang..
Loker untuk simpan barang perlu beli and sebelum tu kena tukar duet kepada token dulu..
kitaorang ambil loker yang besar disebabkan kami semua 13 orang and alhamdulillah muat-muat satu loker besar tu... so just kongsi sorg singgit untuk sewa loker..

Lepas dah selesai bab loker, kami ke tempat pelampung pulak.. pelampung untuk 1person and pair perlu disewa...
Kami just amek 6 pelampung pair... xamek yang 1person.. sebab nak jimat.. haha..
So satu pelampung pair RM21.. selepas dah pulangkn pelampung, kita akan dapat semula duet deposit RM10 daripada RM21 yang telah dibayar.. so jaga pelampung tu baik-baik eh.. jangan tinggal je.. kalau nak tinggal, pastikan korang amek semula.. Pelampung family and 4person korang tak perlu sewa sebab pelampung tu disediakan ditempat yang sepatutnya...

First game, kami start dengan kolam that look as laluan tu.. ala, yang ada ombak-ombak tu.. yang ada Wahaha tu..(Lazy river).
Lepas dah puas sikit main ombak, kami naik ke darat untuk main family and ice cream raft ride...
First time naik benda-benda camni, memang seram lah..haha
But, i must try it.. kami bahagi kepada 2 kumpulan, half naik family raft ride dulu and half lagi naik ice cream.. pastu nanti tukar-tukar..
So aku decide untuk ikut team family raft ride dulu.. seram jugak time nak masuk dalam pelampung tu.. tapi bila dah naik tu lagilah menyeramkan.. yela, rasa macam nak terjatuh je sebab berpusing-pusing... Memang perjalanan turun tu penuh dengan jeritan je..hahaha.. lawak betul.. bila dah sampai bawah, masing-masing penat sebab banyak jerit and gelak dalam air... tulah feedbacknya bila kaum-kaum hawa main... Tapi memang tak dinafikan family raft ride best and paling tak takut sangat sebenarnya..

Second try is, ice cream ride.. yang ni rasanya paling menakutkan.. haha.. part paling banyak jerit kat dalam ice cream tu... 180degree kena ayun..haha
lepas dah habis ride 2 jenis ni.. kami teruskan perjalanan dengan melalui laluan Lazy River...
Part paling tak tahan kat Lazy River ni bila sampai dekat Wahaha.. ramai yang menunggu ombak kat sini..haha

Pastu, kami gerak ke Slide yang perlu naik pelampung in pair.. ada dalam 2-3 jenis Slide yang perlu naik in part.. best and agak mencabar jugak but tak seram sangat sebab ada kawan yang teman..
Yang seram,bila sampai part Body Slide, Inner Tube Slide and High Speed Slide punya port.. seram sebab perlu naik sorang-sorang tanpa pelampung..haha menakutkan je..

Part yang paling best and santai kat sini of course lah dekat Wave Pool Stage...
Relax-relax je sambil main-main ombak.. sambil rehat-rehat...

Dalam pukul 4.30 petang separuh dari kami dah mula check out untuk check in Homestay Gabbana..
Dan yang separuh lagi, check out bila Afamosa tu dah nak tutup.. haha.. semangat dorang main air..
Malam tu, aku and 4 orang kawan lagi keluar ke Afamosa mall untuk cari kesejukan disebabkan rasa bahang di dalam rumah.. haha.. biasalah bila dah lama sangat berendam dalam air..


So aku suggest korang cari homestay yang ada aircond, so xda la terpaksa keluar time tengah penat and keletihan.. tapi advantagenya korang bolehlah sembil menyelam minum air.. boleh la cuci mata and beli apa-apa yang korang suka sebab harga barang ka sini semuanya ada always SALE...

So, bila dah sampai rumah, masing-masing pengsan keletihan...
Keesokan harinya, kami bersarapan dan bersiap-siap untuk check out homestay.. harga homestay RM130.. not bad lahh...
Sebelum check out kami ada kan short meeting untuk terangkan destinasi seterusnya..
Lepas check out, kita terus ke BandarayaMelaka,


Ok di Bandaraya Melaka nie, kami just jalan-jalan cuci mata, and of course bergambar sebagai kenangan. Haa, gambar kat atas tu di depan kapal besar. Kami tak naik, just as background ja. heee

And gmabar kat bawah nie pulak berhadapan dengan sungai. Boleh la bergambar kat sini sebab view cantek jugak.


 After that, kami singgah di Klebang. Matlamat utama nak rasa coconut shake Klebang. Alang-alang dah sampai sini, so jalan-jalan la sikit tepi pantai and bergambar. Ada some of us yang sewa that rider macam gambar kat bawah tu.





And than, terus ke Batu Pahat and last destinasi ialah JB (UTM Sanjungan Bangsa).. hehe


Setakat ini saja perkongsian untuk harini.. walaupon banyak lagi yang nak dikongsi.. tapi disebabkan masih dalam kepenatan dan esok ada kelas and lab, so terpaksalah aku memohon diri terlebih dahulu..
Semoga bertemu lagi di lain entry..
Assalamualaikum:)




No comments: